Tuesday, March 25, 2014

Oh jari ku

Assalamualaikum...

Hari ni ada cek perut dan buat BSP sekali. Cucuk jari 4 kali sehari tu... Yang happynya dapat MC doctor kasi.. Hehe.. Tak payah amik cuti.. Pagi2 lagi dah terpacak kat KK, dapat no 12..

Seingat aku time aqil dulu, dia kena sharp pukul 8 pagi mesti dah kena cucuk jari. Tapi tadi nurse yang buat BSP tu sorang je. Jadi, cucuk jari dalam pukul 8 lebih kot. Aku ni dah lah haus sangat.. Puasa dari pukul 10 malam tadi. Tak tahan sangat. Lepas je cucuk jari, minum air setengah botol habis.. Hehe..

Pastu cepat2 cari makanan sebab gap BSP pagi tak lama dah kena puasa balik sejam sebelum kena cucuk tu. Pukul 8, pukul 10, pukul 2 dan pukul 8 malam.. Jadi aku beli roti sandwich telur je.. Result pukul 8 ialah 4.7, pukul 10 ialah 4.5 dan pukul 2 ialah 5.7.. Tu aku makan nasi goreng tu.. Haa. Ok lah kan. Mana tinggi sangat kencing manis tu..

Cek perut pulak. Kalau ikutkan due period hari ni dah 33w and 4 days. Jumpa doctor dah scan perut. Uh, baby macam besar. 2.7kg dah.. Ish macam cuak je.. Aqil dulu lahir 3.44kg.. Aisyah comel je 3.15kg. Adik baby ni berapa pulak ye. Jangan lah besar sangat, takut susah nak keluar nanti dik. Huhu..ada banyak minggu lagi ni untuk baby membesar..

So doctor decide suruh jumpa pakar pada 3/4 ni nak tengok memang besar ke apa.. Huaaa..  hope everything normal. Tapi doctor tadi dah tengok graph sume, ada besar sikit. Waaa.. Takut.. Next cek up 8/4, sekali dengan BSP.. Nasib dua minggu sekali cucuk jari.. Sakit tau kena cucuk. Macam kena ubat stapler tu.. Hancur jari2 i yang tulus mulut ni.. Hehe

So balik rumah lepas cucuk kali ketiga.. Makan aiskrim pulak. Kalau ada ABC memang aku dah beli dah. Nasib tak de orang jual. Kalau tak, spoil result malam ni. Hmm ni tak tahu nak makan apa.. Bila kena BSP baru tahu nak insaf.. Kena control la makan lepas ni..

Nurse cakap kena makan sayur banyak.. Karbo tu makan separuh je. roti pun sekeping je boleh makan. Aku cakaplah aku kuat minum air. Tengah malam bangun cari air.. Memang tu la simptom orang ada GDM ni. Huhu.. Tak pelah, semoga Allah permudahkan. Dah hujung2 ni memang suka manis, tapi kena juga control ye.. Anak laki kan, memang suka manis kottt.. Ntah2 nanti jadi macam aqil suka manis, gigi pun dah tak de. Huhu..

Oklah.. Nak beradu second round. Hehe. Bye.. Wassalam..

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ok dah tu result tu sue, maintain kan je, linda dulu dari minggu ke 8 dah kena cucuk jari 4 kali gagal je.. dan setiap 2 minggu sekali, bygkan brp kali sepanjang mengandung, tp part yg bestnya berkeping2 m.c gov.. bkn senang nak dpt kan.. hehehe

Suliana said...

Ye betul sekali.. Bukn sng nk dpt kan. Nsib xpyh create alasan apa nk mnta utk mc. Hehe.. Syukur jg hjg2 prgnt baru detect gdm. Klu dr awal hai jenuhlah mc manjang.. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails