Monday, March 31, 2014

end of march

Assalamualaikum..

Selamat pagi Isnin semua. pagi ni, rutin adalah terkawal :-) aku handle sorang2 budak2 ni tau. en husband demam.. huhu.. berjangkit dengan aisyah. aku pun selsema jugak ni. nak makan ubat tak berani. tahan je lah asyik bersin je kan. makan vitamin C je.. teruk juga virus yang dibawa aisyah ni.. dia kan kecik lagi, kalau bersin main sembur je.. depan makanan ke, depan orang ke. tak cover lansung. dah berjangkit dengan ibu dan ayah tau. huhu..

Bangun agak tersasar 15 minit. hee... tersasar memanjang aku ni.. ingat nak bangun pukul 6 sekali tu 6.15 daaa.. bangun terus turun bawah. masak nasi goreng dan goreng ayam segera untuk aqil.. siap2 buat susu sume. naik atas balik jam 6.45 mandi dan solat subuh.. sebelum tu dah gosok baju aqil. semalam tidur agak awal juga. yelah, budak2 ni kalau tidur lewat, nanti bila bangun pagi sibuk nangis2 cakap nak tidur lagi... hmm camana tu..

Semalam pun aku tidur agak tak tenteram. kejap2 bangun nak kencing sambil jenguk cik abe apa dah jadi tidur kat bawah tu, pastu bangun sebab aisyah dah sampai hujung katil nak jatuh. pastu bangun kencing lagi.. aaaa apalah nasib. bangun pagi pun kepala ting tong..

Alhamdulillah manage to reach office before 8 o'clock :-) kali ni aku memang dah tak de perasaan. lambat pun lambat lah.. tak koser nak bad mood pagi2 okey.. oklah tu je nak cerita.. bye. wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails