Monday, March 3, 2014

al kisah hujung minggu

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin.. dah hujung hari dah baru nak update kan. hehe. mata tengah layu ni.. ngantuk. kat luar jerebu sangatlah teruk.. mendung je. nak hujan ke.. tunggu la kita sampai rumah dulu baru hujan ye dok. hehe. kuasa Allah tak de sape dapat menghalang.. 

Al kisah.. kisah di hujung minggu.. Melunaskan janji untuk anak2. hehe. dah lama juga budak2 ni tak pegi Jusco main2.. lama tak lama la, hampir sebulan kot.. yelah, setiap kali hujung minggu ada je program kan. Jadi minggu ni moh le kita ke JJ.. menuntut nak beli mainan. adik aku kasi duit kat budak2 ni. hehe.. 

Pegi tu hampir tengahari jugalah. pegi dengan perut kosong. isi perut kat Al rawsha dulu makan pagi dan tengahari sekali. hehe.. lepas tu baru ke JJ Maluri.. Aqil lah orang yang paling happy sekali. main kejap je selebihnya sibuk round2 nak cari mainan.. Rambang mata.. kejap nak itu, kejap nak ini..

Last2, dia amik apa yang dia nak iaitu set golf kecik dan aku belikan aisyah playdoh. diorang suka tengok playdoh dalam youtube.. so belikan lah. sekali tu, dengan aqil sekali sibuk duk kacau mainan adik dia.. Then, kami ke tingkat bawah beli barang dapur sikit. barang2 kering dan air minuman je. lauk2 tak beli sangat. heee.. ramai orang berbelanja, yelah orang dapat gaji kan..

bergambar dengan maskot strawberry.. ada promo korean stroberi. boleh aqil main tumbuk2 stoberi ni, nasib tak tergolek je maskot tu. huhu. nakal betul..

aisyah.. belikan dia selipar baru. sekali tu terlebih besarlah pulak. nasiblah.. pakai je lah nak. jangan tertonggeng sudah.. 

ni lah mainan baru diorang.. jenuhlah ibu kena tengok.. nanti diorang main combine je colour2 tu.. kena tutup rapat2 kalau tak nanti keras. dan kena perhati dak kenit ni nanti dia masuk mulut. ingat kuih ke apa.. Jadi, kalau nak beli playdoh ni memang kena ada pengawasan dari orang dewasa.. mekacih mak ida, nanti datanglah lagi basuh kain.. hehe.. ibu kena top up duit juga nak beli mainan budak2 ni. hehe. harap kekal lama lah toys baru ni..

Ok dah tu je nak share. esok dan lusa, dua hari pegi kursus dekat2 sini je.. sementara belum bersalin ni, nak cukupkan jadual kursus 7 hari. nanti dah naik bersalin, hope semua dah settle lah kan.. sabtu malam ahad tu, dah settle kemas satu bilik yang macam tongkang pecah tu.. dan dah sorting baju2 lama aqil dan aisyah. Rupanya tak banyak baju baby kecik, sebab ibu dah banyak kasi kat kawan2 opis dulu. hehe.. nampak gayanya ada chance la nak gi borong lagi. tapi tak kot.. nanti2 lah.. ok bye. wassalam



4 comments:

Allene said...

play doh... teringin nak beli. tp bila fikir xde masa nak jaga. later2 la... =)

nor_farihan said...

kita yg besar ni pon teringin nak maen playdoh tuh hehe...jemput baca blog saya kak :)

coratcoretsibudaktembam.blogspot.com

Masya said...

kat mana awak beli mainan doh tu sy berkenan acuan tu doh dah ade .. selalu anak dok uli guna tgn..

Suliana said...

kt jusco ada masya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails