Thursday, March 20, 2014

33 weeks

Assalamualaikum..

Hallu hallu.. tenggelam timbul acik ni . Jumaat lepas cuti, isnin selasa kursus, rabu busy, khamis ada keje juga tapi ngantuk. pagi tadi ada meeting, petang pun meeting jugak.. huhu. tak larat maaa.. tapi hari ni bawa TA baru. bulan depan, sila pergi sendiri ye.. tapi kalau aku nak pegi boleh je tengok keadaan lah. sebab bulan depan dah tunggu hari dah hujung bulan :-)

Baru-baru ni 14hb , ada minum air gula untuk kali kedua. so resultnya dah dapat semalam. Nurse KK tu call pukul 8 malam. huhu. terkojut den ingatkan sape. rupanya nak bagitahu result tak elok, 9.2 katanya. tinggi. so kena buat BSP la. patutnya hari ni. tapi hari ni memang tak dapat sebab meeting pagi dan petang. so dapat sekali dengan cek up minggu depan 25hb.. aku macam dah dapat agak ada GDM ni. hmmm.. dah hujung2 ni memang suka ke arah manis2.. elok lepas minum air gula hari tu makan kek la, makan itu makan ini. nak wat camana, baby suka. hehehe. boleh ke alasan cam tu..

Yang malasnya nak ulang alik ke klinik tu. kalau timing dia rapat2 sangat terpaksa lah amik cuti. tak koserla kuar masuk opis banyak kali.. now aku dah bawa kereta pegi opis. takut pulak nak naik motor bila perut dah besar ni. bahaya. tapi tak de apa pun rasanya kalau hati2..

Baby setakat hari ni alhamdulillah aktif.. tak larat la bila dah no 3 ni usung perut sana sini.. berat sangat rasanya.. harap sangat diberi kekuatan sampai tiba masanya.. tapi tak sabar juga nak cuti sebenarnya. hehe.. cuti 3 bulan tu. free from work and stress (tak delah stress mana pun). cuma jaga anak je lah. huhu... 

Bila perut dah membesar ni, tidur malam tu memang tiap2 malam akan bangun untuk kencing. pastu tido balik. huhu.. patutnya buat lah solat taubat ke solat hajat ke kan. tapi syaitan besar ada di mata suh tido.. huhu.. jahat.. insya-Allah akan dilakukan juga nanti.. doa2  jelah ek.. semalam tido malam berhimpit. eee.. terasa kepanasan walau pun pasang ekon. dak aisyah lagi duk kepit. rasa rimasnya.. nak juga dia tidur rapat2 dengan ibu ni.. kalau tak, tak lena dia tido.. 

Oklah. time to go .. bye.. wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails