Wednesday, February 26, 2014

summary few days back

Assalamualaikum...

Hallu hallu.. i'm still here.. aku rasa aku dah publish dah 2 entry, pakai bloggerdroid - yang logo dia B kaler hijau tu. tapi tengok2 hampeh tak de. penat jari je menaip. nak uninstall la apps tu.. huhu..

Ok ni baru balik dari site. banyak makan hari ni.. pagi makan nasi goreng bawa bekal, pastu ada perhimpunan pagi dan senamrobik, tapi aku tak join lah duk tepi je. dapat juga makan nasi goreng lauk telur dengan sambal. nak tolak rasa rugi, amik je lah, makan jugak. haha. sampai kat site, ada kuih.. yang ni tak amik. lepas tu, balik site, bos ajak pegi makan kat kedai kelantan kat pantai dalam yang banyak gila lauk sampai tak reti nak pilih. Anis apa ntah nama dia.. tapi sedaplah.. dan yang penting MURAH.. makan 4 orang dengan ikan kembong percik, ikan talapia, sup daging bagai, air freh oren RM 38.40 jer.. alhamdulillah. murah rezeki orang yang belanja itu.. aku tapau jugak lauk untuk malam ni. hehe..

Oh lupa. kisah exam hari Isnin lepas.. haa.. soalannya susah.. tu jelah nak kata. hehe. lulus, alhamdulillah. kalau tak lulus, memang tak ditakdirkan jadi Sr kot aku ni. haha.. kalau lulus exam ni ada 2 steps lagi iaitu kena buat critical analysis report dan interview.. waaa malasnya.. mana2 je lah, aku tak kisah dah. Tapi, menjawab exam time preggy memang dugaan sangat. aku rasa macam nak terberanak pun ada.. stress kot tak cukup masa 3 jam tu.. siap baby tendang2 nak tolong ibu agaknya.. hehe. aku sendiri tak confident dengan jawapan aku tu. banyak case study.. ntah apa2 aku merapu.. open book exam. tapi buku tu lagi banyak info yang kita nak cedok. cedok2 pun kenalah tengok gaya jawapannya nak apa kan sebenarnya. tak pelah, lupakan je lah. dah lepas pun. hehe.

Lepas habis exam tu, aku balik rumah. rasa letih gila. so aku decide aku amik cuti jelah hari tu sebab aku pun tak tahu status aku hari tu apa. cuti tanpa rekodkah, kena masuk opis balik ke. kalau masuk opis balik dah setengah hari dah. baik amik cuti je. boleh aku legakan fikiran jap.. 

Then hari selasa ada check up. minggu ni minggu ke 30 ye kawan2.. haa.. risau mak encik. lagi 2 minggu kena minum air gula untuk kedua kalinya.. prosedur baru katanya.. minum di awal dan hujung pregnancy.. umur 25 tahun ke atas.. dengar air gula pun aku rasa kembang tekak aku.. ok, hasil check up semalam, berat aku 53.5 kg. hehe. ok kot.. HB 10.8.. tak capai 11.0. tak ok tapi nurse tak cakap apa ok la kot.. tekanan darah pun rendah. dapat scan sekali lagi dengan doktor.. baby dah 1.8kg. kepala kat bawah dah tapi masih ada ruang untuk dia pusing balik.. lepas ni kena 2 minggu sekali check up. 36 minggu ke atas kena seminggu sekali.. haa gitu.. dah hujung2 ni macam tu lah gayanya.. 

Oklah.. till now. bye. wassalam..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails