Friday, February 21, 2014

Special day today :-)

Assalamualaikum..

Today is my special day. it's my birthday. 32 years old already :-) alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat yang Allah bagi. Dikurniakan keluarga yang bahagia, suami yang penyayang, anak-anak yang comel, kerjaya yang baik.. kesihatan yang baik. Alhamdulillah.. mahu apa lagi.. Terima kasih kepada mama yang melahirkanku dan membesarkan ku.  walau dah 32 tahun, mati hidup balik pun tak dapat nak balas jasa mama dan ayah . Thank you Allah.. Ok2.. HAPPY BIRTHDAY TO ME.. semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

Ok, semalam kan kursus dua hari kan.. penantnya berjalan.. train ke titiwangsa problem semalam.. dari hujung ke hujung berjalan mencari solution nak naik apa, rasa nak jatuh perut ni. serius terasa penat. bila rasa penat macam tu, rasa macam eh, mahu terberanak awal macam ni. 7 bulan pun dah boleh keluarkan. kadang rasa macam janganlah baby ni keluar tak cukup bulan. huhu..

Semalam kursus half day je. balik sampai rumah pukul 3. pergi hidupkan lesen kat post office dan tukar atm kad. Alhamdulillah kejap je urusannya.. Now jalan dah macam peguin. Ada dua hari tu, berturut2 kaki krem! malam berikutnya minta tolong kat husband suruh urutkan kaki. terasa sakitnya, urat tegang. tapi alhamdulillah lega, dah 2 malam tak krem. letak bantal peluk kat kaki, kasi tinggi sikit.

Lately, malas sangat nak makan vitamin! vitamin hematinic dengan iron. iron tu ok lagi kot.. tapi hematinic tu kalau makan, mesti rasa loya. tak kiralah makan sebelum sarapan ke, makan nak dekat2 tengahari ke. rupanya bukan aku sorang je, kawan2 yang pregnant yang makan vitamin sama ni pun rasa macam tu. nasib baiklah pil merah tu dah habis.. katanya brand yang tu murah sikit, kalau obimin tak de plak rasa nak termuntah ke apa. may be takde peruntukan kot, makanlah ko pil meloyakan tu. huhu..

Ada cerita misteri semalam. hehe. tak tahulah misteri ke apa kan. semalam, aqil nak pergi mengaji. seperti kebiasaan, aku hantar kat pintu dapur rumah. tiba2 bila dia tengok muka cikgu ngaji tu, terus dia macam terkejut dan tak nak pegi. nangis2 tak nak. aku pun heran juga, mulalah fikir benda pelik2 kan. huhu. siap tengok kiri kanan kot2 ada 'apa2'. pastu macam2 janji, nak belikan aiskrim lah. last2 dia minta mainan baru dia nak masuk rumah cikgu tu. aqil tu lemah semangat sikit. ntah apalah yang dia nampak..

Lepas tu, mulalah aku fikir, kenapa kenapa kenapa.. time aku gosok gigi sebelum tidur semalam, aku tutup mata. tiba2 terbayang pocong mata dia merah tengah tunggu kat beranda atas belakang tempat sidai rumah cikgu tu.. serius takut gila. padahal tengah gosok gigi tu. macam real je. sampai sekarang terbayang. terus aku jadi seram sejuk.. waaaa.. takut. lepas ni takut pulak aku nak sidai kain malam2.. huhu.. dahlah semalam malam jumaat. ee.. harap2 cuma bayangan mata aku je lah. tak nak jumpa kalau betul ada. nauzubillah.. 

Oklah, merepek sudah. salam hari Jumaat! Doakan aku ek exam hari isnin ni. jadi nak enjoy2 sangat rasa macam terhalang pulak. huhu.. buku tu memang bawa ke hulu ke hilir, buat berat bahu je, tapi bila sampai rumah, macam2 urusan.. nak pulun hujung minggu ni. insya-Allah. amin... bye wassalam

7 comments:

babYpose said...

Happy birthday, may Allah bless you always. All the best for your exam.

mamaelly said...

happy birthday sue..smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu kay..

mcm takut je cite aqil tu..huhuhuhuhu

umifarisfarhan said...

hepi bufday dear sista..smga tercapai segala yg diimpikan dan bahgia dunia akhirat amin ;)

Allene said...

happy sweet 32 year old dear...

~MommyAqilMedina~ said...

Happy Birthday Sue...May Allah bless you..semoga kebehagiaan tetap menjadi milik Sue sekeluarga selamanya..Amin..Tapi bab pocong tu seram jugak ni..nasib baik tak tinggal sorang-sorang dengan anak2 dah bile malam jumaat..heheh

mama maman aka yana said...

happy berday dear.. semoga segala impian dan cita2 terlaksana...

mamawana said...

Assalamualaikum

Hepi besday. Akak pernah ternampak pocong terawang2 kat atas pokok tapi muka dia tak nampak.. Takut ..seram..so akak cakap alaaa bebudak main2 nak takut2 kan org. huhuhu walhal dah jam 3 pagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails