Tuesday, February 18, 2014

preparation for baby no. 3

Assalamualaikum..

Lama menyepi. Ada je.. hari Jumaat lepas dah masuk ofis balik, terpaksa masuk ofis juga eventho kenduri tahlil tak habis lagi  jumaat tu, ada benda kena submit. Dengan berat hatinya melangkah ke opis. En suami je lah cuti hari tu.. 

Alhamdulillah dah settle semuanya.. Ahad lepas balik juga tengok mak mertua. manalah tahu tak de orang balik ke kan. tapi anak2 nya memang bagus semua. kalau tak ramai balik, adalah sorang yang tolong teman mak. ni hari bekerja ni tak tahulah sape yang teman. may be ada kawan2 mak datang rumah kot..

Actually aku tengah mengantuk ni. sangatlah kecik mata ni. biasalah, hormon orang preggy. haha. salahkan hormon la pulak.. minggu ni dah 29 minggu!! ayak.. cepatnya masa berlalu!!. dah masuk third trimester, 7 bulan sudah.. baju adik baby dah beli lah sikit2 jumaat lepas kat sogo.. konon nak beli 2-3 helai je, sekali tu hampir 8 pasang kot aku beli.. hasben kasi duit tu yang laju je aku membeli. hehe. tq la daddy. cewah tukar nama panggilan plak daddy kita ni :-p

Beli baju, beli botol susu tommi tippie 2 botol.. then mitten and booties (patut tak yah beli dah, tapi tengok cute pulak. haha), blanket bumble bee, baby wipe pureen, towel, beli barut baby 3 pasang (buat tambah-tambah yang sedia ada).. haa.. tu je lah kot.. untuk ibu pulak, tak siap apa lagi.. set bersalin adik aku bagi set tanamera. dia tak berapa pakai hari tu, jadi aku pakai je lah.. tambah sikit2 kot ingat nak beli minyak herbanika nonaroguy dan pil postnatal dia tu. best hari tu pakai masa bersalinkan aisyah..

Pam spectra 3 dah siap servis. malas lah nak beli pam lain. rasa macam buang duit je. tapi kalau ada orang nak kasi aku amik je. haha. ada ke orang nak kasi :-p kalau nak kasi bagi medela freestyle tau. haha.. ala pam mana2 sama je, cuma rajin atau malas je nak mengepam.. 

Patut 7 bulan dah siap beg baby dan ibu kan. tapi serius aku baru siap basuh beg baby je. tu pun amik beg aisyah dan aisyah terpaksa pakai beg kecik sikit.. tak pelah dik, kita share2 je lah kan. bantal dan tilam baby pun tak de lagi ni. tak pe, kasi recycle itu tilam dan bantal abang aqil. Nanti ibu sumbat balik kekabu dia ye :-) angan2 dan cita2 tu tinggi melangit, nak menjahit lah itulah inilah.. tapi kang pegi mana2, main beli jek. hehe..

here list to prepare :-
1. kelambu baby (aisyah punya mana ek - ntah2 dah berlapuk)
2. besen mandi (ingat nak tinggal kat kluang 1, malas aku nak berangkut2, nanti orang lain bersalin boleh pakai juga
3. sorting balik baju aisyah dan aqil untuk di basuh
4. stokin ibu
5. bengkung ibu kena tanya mama lokasi bengkung di mana. hehe
6. bantal baby

haa.. tu jelah yang aku ingat. kalau korang ingat boleh tambah2 lagi ye apa yang perlu dan penting. Semalam, aku melawat BFF bersalin kat hospital Ampang. Alang2 dah balik rumah tu kan, singgahlah menjenguk sekejap. ala comel sangat lah baby ni. 3.1kg je.. masa aku datang tu dalam 5 jam baru lahir.. tetiba rasa cuak pulak perasaan nak bersalin ni. Dan kali ni aku rasa aku perlukan en suami untuk bersama2 temankan aku dalam labour room nanti. masa aisyah hari tu tak dapat, sebab aqil tak de orang jaga. now, aku dah tinggalkan amanat kat pengasuh aisyah, kalau aku bersalin sekian2 waktu please tengokkan anak2 aku. Kalau tengah malam pun, silalah datang rumah aku tido sana sementara tunggu waris2 aku datang. hehe..

Eh oklah tetiba dah panjang lebar membebel.. tapi mataku masih kecil di sini.. Esok dua hari aku kursus.. Isnin depan exam! Jumaat ni besday aku tau. hehehe.. hari ni besday mama, happy birthday to my beloved mom yang ke 57 tahun. Semoga Allah memberkati mama, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan.. kami sayang sangat mama!! bye. wassalam...

4 comments:

  1. rindu saat saat ini.hehehe.tapi nk preegy kena tunggu dulu.kami PJJ lagi =(

    akk jom join GA saya.hehehe
    http://lipslikesugar87.blogspot.com/2014/02/awesome-give-away-by-rara.html

    ReplyDelete
  2. Ishh dah 7 bulan dah sekejapnya..Lagi satu rasa cam baru je awak lahirkan Aisyah, dah nak ada yang baru lagi hehe..Jaga diri yea semoga semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  3. Sekejap je masa berlalu..semoga segala persiapan dapat disiapkan sebelum waktunya dan dipermudahkan..Amin..Salam Takziah ye Su..baru dapat tau..Semoga Husband dan keluarga tetap tabah..

    ReplyDelete
  4. semoga mudah bersalin nnt..bestnye dh 7 bulan..sekejap je rasa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails