Wednesday, February 5, 2014

Kisah Aqil hilang..

Assalamualaikum..

Ok sambung balik cerita pergi terengganu.. dah ramai menjeles tengok kami dapat bergambar dengan UAI kan. hehe.. Ok cerita di pasar payang.. aku kan pegi dengan lina cousin aku, che ngah dan aqil. mama dan ayah naik kereta lain. Jem.. tapi alhamdulillah, dapat juga parking kat tepi jalan.. ni jalan2 geng perempuan je lah ni. en suami dan aisyah dah selamat balik ke rumah. eloklah tak pegi, orang memang padat.

Aku memang nak cari kain batik sutera. nak buat raya katanya. huhu.. al maklumlah kali ni preparation kena awal sikit.. memang idaman kalbu lah sangat kalau dapat pilih kain ni. hehe.. aku lebih suka naik kat tangga sebelah surau sana. tapi dah termasuk kat tangga tengah, punyalah padat. benci. 

Nak dijadikan cerita, dapat lepas kawasan yang sempit tu. pegilah kedai yang lian bawa, dia kata dia kenal tokey tu. bolehlah dapat diskaun sikit kan. iyolah tu.. huhu.. Baru je sebaris kedai aku jengah, tengok2 budak aqil dah ntah ke mana. AQIL HILANG!!! ye hilang anak aku ni di tengah2 kepadatan orang. haa.. camana tu.. hilang selera kejap nak membeli. dia memanglah follow aku dari mula. tapi dia tersalah ikut orang lain. dia duk main masuk kedai sana sini.sekejap je aku berpaling, dia dah tak de.. hmmm..

Menggelabah jugalah. tapi dalam masa yang sama, kalau aku jumpa aqil ni, siap ko ke marah. haaa.. tapi bila dah ceruk mana aku cari masih tak jumpa. kami berpecah.. manalah aqil ni. risau ada. geram ada. sedih pun ada. yelah ibu2 kan mana tak sedih kalau anak hilang kan. tapi aku tak delah menangis kat situ.. aku percaya dia tak pergi mana pun. tapi tu lah, jauh di sudut hati ni macam2 dah fikir ni.. nauzubillah..

Tak lama tu, ayah call cakap dah jumpa budak ni. kat tangga surau.. Mak aku pergi cari kat orang jual keropok kat bawah tu. tiba2 terdengar announcement kat surau kata ada budak hilang. pegi jengah, tengok aqil. mata merah je menangis. tau takut eaaaaa.. ada orang tunggu dia sementara tunggu mak ayahnya datang. makcik kedai tu kata, banyak dah kes budak hilang mak ayah kat sini. hmm..

bila ayah call kata dah selamat tu, aku pun oklah, meneruskan pencarian kain. hehehe.. yelah, baru berapa minit sampai anak dah buat hal. duduklah ko kat surau tu. ibu nak beli kain ni. ngada2 betul. alhamdulillah jumpa. kalau tak jumpa, tak tahulah nak cakap apa. ntah aku kat balai polis kot sampai malam. nak mengadap laki lagi nak menjawab apa..... huhu

Mama upah dia helikopter. upah hilang. pastu bila aku turun tu, sengih2 pulak. bising cakap aqil hilang aqil hilang.. tulah degil tak nak ikut ibu kenapa. pandai pulak salahkan kita, kenapa ibu tak pimpin aqil.. aqil ikut orang lain. huhu.. solat2 kejap kat surau tu. balik. sempat lagi kena pau nak anak panah pulak. yang keberapa kali ntah.. beli lah, upah hilang katanya. huhu. 

Pastu nampak pulak mempelam hijau. teringat kat laki suka makan pelam. beli. kat sini pulak aku kena tipu ke aku yang bodoh ke tak tahu. budak tu kata sekilo RM5. timbang tak sampai 1.5kg pun. total RM 15.. aku pun bayar jelah. macam bengong gak tak reti nak argue. tak terfikir pun. dalam kereta baru duk congak2. aaa.. geram betul.. rm 15 tu kalau beli 3 kg. budak tu pun satu sengal.. tak reti kira janganlah meniaga. mangkok tul..

Oklah, on the way back tu singgah pulak tepi pantai. mengharung jem pantai, aqil nak layang2.. layankan.. upah hilang lagi ooii.. sampai rumah pukul 7 lebih.. Ha.. sampai2 rumah, aku lah buka cerita aqil hilang. orang lain tak berani nak cerita. hehe.. alhamdulillah.. 

Oh lupa hasil tangkapan dapatlah 2 pasang sutera crepe. dan lepas tu aku gi kedai emas pulak.. wakakaka.. trade in katanya.. gelang dah putus.. trade in dan tambah duit sikit.. baru nampak sikit ke mana duit aku pergi kann.. hadiah untuk diri sendiri.. tak mainlah pandora2 ni.. mahal sesaje tapi tak de value. huhu. jangan marah peminat pandora yek.. hehe.. may be diriku dah berjiwa ke'emak-emakan' jadi lebih minat kepada emas. tak nak dah yang bersifat mainan ni. hehe

Then esok tengahari pukul 1 petang lepas makan, kami pun berangkat balik. mama ayah balik hari isnin. kereta memang banyak dan finally kat karak jammed yang amat. aku rasa semua highway jem kot time tu.. tapi tak pelah, bertabahlah driver.. kereta manual plak tu. huhu.. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dalam pukul 11 malam lebih..

Ok, itulah percutian terakhir ku. terakhir ke.. sebelum beranak lah kalau panjang umurlah kan. pastu aku tak fikir dah mana nak pegi lagi. Nak jaga baby je nanti. ok till then. bye.. wassalam..

6 comments:

umifarisfarhan said...

waaa dah beli 2 psg sutera..
fiza aim nk beli gk sutera upah abes pantang hahaha

aqil ilang? cuak fiza bace
syukur jumpe

faris pnh gk ilang skali..first time ms bercuti kt kelantan.. pnyelah berdebar fiza.. rs nk nanges.. nsb baik husband fiza jpe. syukur..pahtu mmg debo takot anak ilang tiap kali nk.shopping

Ena said...

kus semangat kan bila anak ilang kejap dek pandangan.. kita pun merasa gak dulu.. 2 kali.. dua kali tu memg anak pompuan.. dier ni memg suka pd persekitaran.. padahal dah pegang tangan blh terlepas dan tak perasan. kat I - City pulak tu.. dua2 kali nya kat situ jugak haihhhh!!
Dah lama tak sopim kat pasar payang tu.. kalo dah berubah wajah pun memg tak tahu sbb dah berjinggut kot tak ke situ.. nama je org ganu kan... hahah.. nasib baik pegi balik kita tak sempat dengan jammed. mungkin sbb gerak awal pagi.. jam 3.++ am kita dah gerak dr KL dan dari Ganu.. so, lepas lah adri segala jammed. Alhamdulillah

Suliana said...

samalah perasaan tu terbawa2 smpi ke rumah klu bdk2 ni tak de kat depan mata. hehe.. tak pe, fiza senang nak gi beli, akak jauh nak beli kain. klu beli online mcm tak best xleh pgg2 kain. hehe

Suliana said...

untunglah.. awalnya 3 pagi dah gerak.. hehe..

ejaMaria said...

hehe...sama la kita 'jiwa mak2'... tengok pandora suke + berkenan...tp bila sampai kat habib ampang...kita melencong kat emas dgn berlian...hihihi...

nurul aini said...

klu sy kena ank ilang, blk mst kne kaw2 ngan laki lak.huhu.bapak die bkn blh bab2 ank ni..tp bkn kite nak pun kan.mst cuak giler rs masa 2 kak..adoii lah ank..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails