Wednesday, February 5, 2014

i heart terengganu

Assalamualaikum..

Hallu!!! i'm back. amboi, lama benar tak meninggalkan blog kesayangan ni. lama la bagi i :-) Sihat ke.. camana dengan cuti korang.. i'm happy cos the dreams came true.. hehe.. Alhamdulillah.. Dah lama meroyan nak pegi terengganu last2 dapat juga.. thank you sangat kat mr hubby sebab sudi melayan permintaan isterinya ini. walau pun keputusan dia last minute :-p ok, boleh beranak dengan aman nanti. haha.. ada ke orang beranak dengan aman. Eh bulan februari ni ada event penting lagi kan. jangan buat2 lupa pulak *kelip kelip mata* 

Bertolak pukul 12 malam khamis malam jumaat.. gilir2 drive dengan sepupu aku. ayah mama naik pajero dengan adik aku..Sampai Gong Badak hampir pukul 9 pagi kalau tak silap.. banyak berhenti.. sebab driver ngantuk nak makan asap. Subuh dekat kerteh. dapat solat jemaah subuh dengan orang masjid :-)

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Aku kan sekolah kat sini 2 tahun, sekolah teknik.. banyaklah kenangan kat sini dari kenangan zaman kanak2 riang sampailah zaman sekolah. especially bila lalu sekolah teknik aku tu . biarlah ku simpan kenangan itu dalam lipatan sejarah ku. hehe.. 

Sampai rumah che ngah, rehat2, tidur, sarapan.. petang2 dalam pukul 4 lebih, mulalah merayap pergi makan celup tepung.. tu lah idaman kalbuku.. pergi warong pok  nong yang femes amos masuk JJCM tu kan kat pantai batu rakit, nama apa aku tak ingat kawasan ni, ya ampun.. orang beratur sampai tepi jalan, melingkar.. tak kuasa eh walau pun agak hampa. pergilah warung depan2 sikit.. oklah not bad.. dulu dah pernah makan kat sini. tepi pantai..  Jom intai gambar. tak banyak pun kali ni bergambar kat terengganu.. tapi kita ada gambar special tau kali ni. sangat bertuah :-)

ikan celup tepung

keropok lekor is a must. aku borong RM 50 kepok lekor. tapi banyak2 tempat lah. nak gi beli kat kelulut 008 punyalah panjang orang beratur.. kirim kat mama keesokan harinya, kami balik hari asing2.. 

sotong celup tepung.. oklah tapi tak leh lawan pok nong punyalah.. 

abc. semua orang makan abc. aku amik air nyor :-)

aqil, tok ma dan danish. danish meleleh2 je tengok orang makan. sabar ye yang, kamu tu belum sampai umur lagi nak makan..

makan makan

my forever cousin. tq sudi entertain kami. still single but not available

family picture.. hehe

atok dan anak sepupuku. qhaireen

adik mama aka che ngah. adik beradik mama seibu sebapa 3 orang, tak ramai. tapi kami lebih rapat dengan che ngah ni dari kecik sampai la ni.. kalau balik terengganu memang sinilah hala tuju kami even ada je rumah sepupu dan sedara lain..  

danish dan mak teh. muka danish nak sama besar dengan mak teh lah. hehe

3 of us. aqil dah ligat ke mana dah..

haa.. ni la rare picture yang mendapat beratus like di FB kami. kekeke.. 

Actually kami pergi ke kenduri anak sedara mama belah satu lagi. satu bapa tapi mak lain. tapi dengan sepupu ni tak berapa rapat. aku pun macam tak cam je rupa sepupu aku ni tapi aku ingatlah pak sedara aku tu. mama cakap setiap kali kenduri kami dia mesti datang dari jauh.. jadi macam tak sedaplah kalau mama tak pegi kan. tu yang kami balik terengganu ni.. teman mama dan ayah. Ni kira kenduri kedua. kenduri sebelum tu kenduri kawan2 mama masa kecil2, pegi jugalah. sedap lauknya tapi aku tak makan sebab kenyang lagi. kenduri yang sepupu ni aku makan. tengah makan, ternampak kelibat ustaz azhar idrus.. datang sorang je naik motor EX5. hehe..

Pemalu lah ustaz ni, dalam ceramah beliau kemain melaser. senyum je.. hasben aku sampai tak makan duk tunggu ustaz ni. haha.. (tak tahulah kenyang ke apa dah makan kenduri kat rumah first tadi) UAI ni lepak dengan anak2 muda.. Rupanya dia jiran belakang rumah pak sedara aku ni. rumah second wife dia katanya. aku makan pun tak kenyang. nak tangkap UAI nak bergambar katanya. haha.. tak senang duduk takut terlepas peluang :-p

Dengan pengantin tak pulak aku bergambar. hehe.. Akhirnya pucuk dicita ulam mendatang.. yeay. dapat bergambar dengan UAI.. sempoi sangat. Haaa.. untunglah en suami ku dapat bersalam dan bergambar dengan UAI. selalu dengar downloaded ceramah dalam kereta je..

Ok. to be continue dengan cerita lagi saspen.. hehe.. panjang dah.. sikit2 naaa.. bye. wassalam...




3 comments:

Masya said...

Insyaallah raya nanti nak ke terengganu jgk, wah beruntungnya dapat jumpa UAI

umifarisfarhan said...

haha x jauh ngan umah fiza umab second wife UAI ni ;)

Khairi Idris said...

Menarik!

Salam Suliana, kami di majalah LIBUR sedang mencari foto ikan celup tepung di Terengganu, untuk dimuatkan dalam edisi Khas LIBUR Disember 2014, untuk ruangan 'Foodporn Malaysia.'

Justeru, kami ingin minta kebenaran untuk guna foto ikan celup tepung di blog anda dalam edisi khas tersebut. Sebagai balasan, kami akan kredit nama & link blogspot anda di muka surat kolum itu nanti. Jika dibenarkan, harap boleh emel foto tanpa watermark ke khairi@karangkraf.com.

Untuk info majalah, boleh layari facebook LIBUR (taip majalahlibur)

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails