Friday, February 28, 2014

hasil tangkapan hari ni :-)

Assalamualaikum..

Hai.. Lunch tadi pergi merayap.. seperti biasa area belah SOGO sana. tapi tak masuk SOGO kali ni. Lepas makan tengahari, slow2 bergerak ke JAKEL. wohoo.. dah lama aku nak gi JAKEL tu. nak mencari kain, tapi mengenangkan malas nya nak menapak, terpaksa lah tunda. Oleh kerana hari ni macam tak de arah tujuan, pergi lah juga. mestilah berteman kan, tq shud temankan i pegi beli kain. hehe..

Sampai sana, round2 kat aras bawah macam tak de yang menarik. round tingkat dua terus je semua tertarik menarik.. hehe. rambang mata weih.. cantik2.. tapi kalau cantik2 tu harga dia mestilah cantik kan.. aku nak beli kain biasa2 je sebab aku dah beli kain sutera creep kat terengganu hari tu.. jadi overlah pulak kalau sume nak kain memahal kan.. boleh lah tapi bajet2 lah kan..

Kalau ikutkan nafsu, hai memang lah habis koyak rabak bajet aku. tapi tak pelah, bertenanglah dulu.. huhu. kain banyak2 pun nak hantar upah duit jugak tu. tadi sebelum ke jakel dah hantar kain sutera creep tu kat MARA.. previously memang dah pernah hantar. tahun ni dia naik RM 5 untuk kurung pahang jadi RM 65 sepasang.. bolehlah.. dari aku hantar kat nyonya kluang tailor zaman kecik tu, hancur.. cekik darah pulak tu..

So tadi dapatlah 3 pasang kain, 1 kain biasa, 2 kain chiffon ada lining. ni lagi rabak ni kalau hantar kat tailor. upah je dah double. tapi aku suka kain chiffon macam cantik je kan.. so kenalah cari tailor yang murah2 sikit kalau nak berlining.. hehe. dapat juga kain aisyah 2 pasang.. kali ni baju raya kaum lelaki tak payah buatlah. kebetulan ada satu kain aku tu hampir serupa warna nya. so recycle je la tahun lepas punya.. aqil pun dulu buat besar bajunya.. harap2 muat lagi untuk raya tahun ni..

Kali ni mata aku nampak purple dan kelabu asap je warnanya.. hehe.. selalu suka merah.. tapi tadi terberkenan warna lain.. bolehlah. asalkan cantik. hehe.. nanti kita tambah manik2 blink2 sikit baru up sikit. kuikuikui...


Ok dah. itu je nak cite. selamat hari minggu semua! bye.. wassalam..

4 comments:

  1. hahaha.... kalau pg jakel x sah tak berkenan baju.. mmg rambang.. bahan² kat situ

    ReplyDelete
  2. nmpk signboard dia pun hati dah teruja....haha..... #dasyat

    ReplyDelete
  3. kain ni utk baju raya ke su? senang beli awl² kann...
    kain yg paling atas bunga kecik² biru tu cantik la.. berkenan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails