Friday, February 7, 2014

26 bulan yang comel

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat yang penuh barakah :-) Hari ni sampai ofis awal sikit. sebab tak payah masak nasi goreng aqil. hehe.. Hari Jumaat selalunya tadika sediakan makanan pagi. Oklah tu, jimat masa sikit kan untuk ibu yang payah bangun awal pagi ni. hehe..


Ok, hari ni 7 Februari.. Aisyah sudah menjangkau 2 tahun 2 bulan. My sweet little pie dah menginjak ke 26 bulan.. ala bucuk2 ibu ni. bangun pagi memang bucuk cikit lah bila ibu cium2 dia tu... tak de bau baby dah. bau susu lactogen memang kuat sikit. tak best. huhu..


Hobi dia suka conteng2 buku.. haa.. pada pandangan aku macam bagus sangat lah kan kalau dia suka buku. aku pun suka sangat beli buku untuk anak2 ni.. tapi bila beli dia zas zas zas je.. conteng seconteng2 nya.. huhu.. yelah tak pandai tulis proper lagi kan.. aqil je bila dah sekolah ni baru pandai tulis. before this mewarna pun terkeluar2, tapi sekarang dah okey..


Dia suka soft toys. mainan masak2 pun dia suka.. eh sume lah dia main. Barbie doll murahan tu sampai tercabut2 baju dan tangan. Minat sangat dengan princess.. kalau tengok tv, nanti dia cakap "nak princess, nak princess" hehe. mesti belajar dengan pengasuh kan, sebab kat rumah pengasuh tu ada few jugalah budak baya aqil.. girl. so terikut2.. 


Baru ni pengasuhnya kasi minnie mouse.. beli kat toy's r us.. ibu pun tak pernah beli mainan aisyah kat toy's r us ni. hehe.. bukan aisyah je, aqil pun sama, beli kedai murahan je.. dia suka minnie mouse tu. asyik duk ulit nak tidurkan sambil zikir, pakaikan 'selimut'.. hehe.. kalau aku baring pun dia tepuk2 sambil berzikir. hehe.. nampaklah sifat keperempuanan dia tu.. baguslah tu. cuma aqil je lah kadang buat adik dia macam boboi. main sepak2 lah tumbuk2 lah.. eee.. geram je tengok.. kalau adik menangis siaplah aqil kena.

best friend ibu ni :-) 

si manja ibu..

Okey get to go.. Ibu sentiasa doakan yang baik2 untuk anak2 ibu. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. Berakhlak mulia, taat pada perintah Allah dan Rasul, dengar cakap ibu dan ayah.. Semoga anak2 ibu diterangi hatinya dengan serapan ilmu yang bermanfaat dan sentiasa dilindungi Allah.. Amiin.. Selamat ulang bulan anakanda Aisyah Humairah :-) bye wassalam..



7 comments:

Allene said...

bijak aisyah...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Aisyah ni memang ikut ibunya sama muka kan..Tak lama lagi dah nak jadik kakak dah..

Linda said...

salam jumaat ;)

ietams said...

comel!
ayu je senyum nya

~MommyAqilMedina~ said...

Alahii comel je Aisyah ni..terserlah kelembutan dalam diri dia..ayu sangat..comel!

~YUN~ said...

Cantiknya la hai aisyah..rambut die perang ke?lawaaa :)

Masya said...

aisyah tak lama lg jadi kaka.. comeyyy sgt..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails