Tuesday, January 28, 2014

oh mat aqil

Assalamualaikum..

Kisah mat aqil bersekolah pulak kali ni.. Mood nak buat homework ikut rajin dia.. tapi kebanyakkannya tak susah lah nak suruh buat homework. kadang tu sendiri je buka buku siapkan kerja. Kerja sekolah dia disiapkan waktu petang kat taska. tapi aku check juga time balik tu, kadang tu tak siap. Jadi kenalah buat kerahan tenaga sikit. Lepas maghrib pegi mengaji kat rumah belakang. dalam masa sejam lah dia tak de dari jam 8-9 malam. Balik tu pun, cikgu mengaji kasi homework juga. suruh dia tulis2 sementara tunggu turn nak mengaji. 

Tulisan tu memang tak lawa. yelah, budak baru nak belajar menulis kan. kenalah selalu berlatih tulis2 baru kemas. Kaler pensil dah hilang 3 batang. sebelum ni dah hilang sekotak, nasib jumpa balik.. ada dalam bakul, buat penat je marah aqil. hehe. now pensil case dia pun dah bercampur aduk, yang mana aku rasa obvius barang orang, aku suruh pulang balik.

Hari tu, bawa balik jam kawan dia. suka suka je. nasib aku cek beg dia.. esok terus pesan kat cikgu. pastu tak de dah jam tu dalam beg aqil. Semalam, buku latihan pulak hilang. hilang atau tertukar not sure sebab cikgu gantikan dengan buku baru. Aqil cakap tu bukan buku dia. yelah, dah banyak buat dalam tu tiba2 cikgu tulis homework banyak2 page macam aqil tak pernah buat. ntahlah konfius i.. terus mesej kat pengetua dia. suruh tengokkan kenapa buku tertukar atau hilang sedangkan buku2 latihan ni tak pernah bawa balik melainkan ada homework.

Kalau time nak ajar2 ni, aku belum start lagi. nak ajar dia membaca macam payah sikit nak follow sistem sekarang ni. dulukan lain kita belajar membaca kan.. aku pun macam kena study balik. dia kan main suku kata. takpelah, nanti kalau dia dah pandai belajar kat sekolah aku test sikit2 lah kat rumah. hehe. 

Sekarang sibuk menghafal surah dan lagu2. tapi yang menyakitkan telinga bila mana lagu dan surah2 tu dibacakan semasa mandi. ee.. geram pulak. dah kata dalam bilik air tak boleh baca mengaji-ngaji ni. main sebut je.. main hafal je.. yelah, budakkan. baca pun tak betul dan main2 jek.

rajin-rajin belajar aqil :-) 

Ingatkan nak suruh aisyah belajar sekali.. ee budak bertuah tu lagilah. lain yang diajar, lain yang dibuat. huhu. yelah kecik lagi kot. 2 tahun 2 bulan kot :-) tapi dia suka buku tulis2 ni. tapi memang conteng je lah kejenya.. suka sibuk2 nak main buku aqil. bongkar barang aqil. hee... nak ajar pun dia masih tak faham lagi. bolehlah nyanyi abc tu.. camanalah nak hantar sekolah tahun depan ni, sebab dia kan lahir hujung tahun :-) dengan orang yang dia tak biasa dia takut. kalau tak nak hantar dia sekolah tahun 2015 means tahun dia 4 tahun, kenalah ajar sendiri di rumah.. tengok juga progress dia camana kan. 

Oklah, ngantuk sangat dah petang2 ni. macam2 dah aku makan tadi. limau lah, biskut lah.. tapi mataku masih kuyu. ok bye. wassalam...

p/s : eh lupa nak cite. semalam aqil kata bontot dia sakit. aku pun tengoklah. bagitau dia agaknya basuh berak tak bersih kot. lain kali pakai sabun basuh berak tu. dia kata ada spiderman nak keluar kat situ, dia nak buat sarang. haha. lawak betul. ntah2 cacing kerawit ke apa.. tengok macam tak de apa pun..aqil aqil.. macam2..

2 comments:

Rizziela said...

rajinnyer dia

nurul aini said...

hahaha..mmg loyer buruk la mat aqil akak ni.spidermn nk buat srg.hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails