Wednesday, January 29, 2014

mood ke laut mehh...

Assalamualaikum..

Hari ni mood sangat ke laut.. laut china selatan perginya. cewah.. siap dah ada hala tuju mood aku ke mana. mood nak bercuti larr.. orang lain raya, kita menumpang gak nak bercuti kan. Lepas ni tak de cuti best2 dah.. aaa nak cuti!! sekali tu tadi aku boring2 tahap dewa kat opis ni, aku apply satu hari cuti iaitu esok. hehe.. nak buat apa tak tahu tapi saje je lah melepak kat rumah renung siling :-p

tadi pagi bawa aisyah jumpa pegawai sains pemakanan. budak underweight kan. macam2 kena interview dengan pegawai tu. pegawai ke doktor ke tak tahu lah. tapi bukan doktor kot..  interview tanya makan apa dalam seminggu. berapa kali, berapa mangkuk, berapa sudu makan.. haaa... aku ni main ingat2 je lah. dah kita kerja kan.. aku amik time malam dan hujung minggu jelah.. so rumusan dari itu, aisyah ni kurang karbohidrat.. sepatutnya budak umur macam aisyah, 3 tahun makan 4 mangkuk nasi sehari.

Tapi, dak kenit ni makan bukan mangkuk.. berapa sudu je dia makan.. kalau sekali makan dengan kitorang, adalah dalam 3 sudu nasi je. selebihnya dia makan lauk.. suka makan lauk je.. Jadi kena kerap kasi dia makan, 4 kali sehari makan dan snack time 2 kali.. so total dia kena makan ialah 6 kali.. Kalau bubur tu campur butter sikit.. kasi makan yang lemak dan berminyak sikit.. dah boleh campur satu sudu minyak dalam makanan dia. lama dah kot campur. tapi tak pelah, kita cubalah lepas ni kan. multi vitamin pun dah bagi.. harap2 bolehlah weight gain sikit kan bulan depan. next appointment bulan 3 tau.. dah terpaksa attend banyak kali appointment dengan klinik.. tak pelah, kalau tak banyak kerja pegi je lah, kalau kerja banyak, kita buat2 lupalah ye :-p

Okay.. back to work now. Selamat bercuti untuk semua rakan2. Hati2 di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat :-) Bye. wassalam

p/s: boring-boring suka baca entry lama-lama. pandai juga aku menulis. haha.. tu lah kelebihan ada blog ni. mengimbas kenangan suka dan duka.. Harap2 blog ini berkekalan untuk tatapan suami dan anak2 ku  kemudian hari :-)

2 comments:

Ena said...

heheh..

Kita pun cuti gak esok.. yeayyy!! balik ganu jommm!! ;P harap2 x jammed lah.. dah lama plan nak blk ni.. ada misi yg nak di jayakan.. huhu..

umifarisfarhan said...

hehee btul tu kak..mood nk g bercuti gk ni :)

samela kite.. time boring2 suke bace entry lame2.. same harapan kite..smga dpt jadi kenangan buat suami dan anak2 kelak in shaa Allah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails