Monday, January 6, 2014

memori sekolah pertama aqil

Assalamualaikum.. 

Banyak gambar terpendam belum disiarkan. cewah.. kiranya banyaklah aktiviti tapi tak sempat nak share dalam blog kesayangan ni.. Dimulakan dengan aktiviti bersogoan pada 1 Januari 2014, pastu aisyah demam campak. pastu aqil masuk sekolah. kita skip semua kita pergi ke cerita aqil masuk sekolah dulu lah ye :-)

Ok, hari ni first day aqil bersekolah. sekolah dekat dengan kawasan rumah je. semalam dah mula orentasi day dia lah. siap pakai uniform tapi sekejap je. pukul 8 pagi pukul 9.30 dah boleh balik selepas sesi taklimat dan suai kenal kelas murid2.. 

Tak ramai pun student sekolah aqil ni, tak sampai 20 orang rasanya. campur2 dari 4 tahun sampai ke 6 tahun. kelas 5 tahun ramai sikit dari kelas 4 tahun;  adalah tak sampai 5 orang kot. hehe.. seronok aqil. kebetulan ada kawan2 yang dia kenal. tu untungnya owner nursery dan tadika yang ini sama. jadi budak2 nursery ada yang nak sekolah kat sini. lagi satu, faktor tempat kerja ibu bapa dekat dengan tadika tu, tu yang diorang menten terus sekolahkan anak kat situ.

Dulu tadika nya nama lain, now diorang dah tukar program, amik program lain, automatically tadika diorang pun bertukar nama.. Okeylah.. tengok dulu macamana prestasi aqil kat sekolah ni. boleh membacakah, boleh solat kah, boleh mengaji kah..  then baru tengok hala tuju tahun depan camana.. Jom intai2 gambar aqil di hari persekolahannya..

testing baju. adik pun sibuk nak join kan..

ahad : orentasi day. kasut ibu baru belikan.. kasut superman :-) kasi semangat sikit budak baru nak gi sekolah kan

breakfast susu je.. tu pun tak habis. pandai pulak bila dah nak pergi sekolah tinggal kat rumah botol tu

cepat sikit minum ye..

perhimpunan pagi.. ada yang tak dapat lagi baju sekolah. tak de saiz kot..

aqil asyik jeling2 ibu je. malu lah tu ibu tengok dia gi sekolah. hehe

aqil dalam kelas 5 tahun bersama teacher fiza. ni guru kelas aqil.

taklimat kepada ibu bapa. 

kak aida owner nursery dan tadika ni. sejak dari aqil 8 bulan di bawah pengawasan beliau dan anak didiknya.. alhamdulillah ok. tak de apa2 yang serius. lebih kurang je lah selagi tak melibatkan kecederaan zahir dan batin.. FYI, time hantar aqil ke sekolah ni, aku pakai suar tido lagi. pakej dengan belum mandi. aku ingatkan hantar tinggal, rupanya siap bertaklimat bagai.. malu pulak bila parents lain datang cun2 je.. aku datang sorang pulak tu, hasben tido lagi kat rumah dengan aisyah. haha.. tu yang malu nak bergambar. kekeke.. apa lah ibu ni..

buku-buku aqil..

Semalam, sebelum tidur, siapkan tulis nama kat buku dia sume.. lenguh juga tangan menulis buku. semua barang2 dia kena label. baju, beg, pensil, pembaris, pensil warna semua tulis.. yelah budak2 kan ada yang bertukar ke hilang ke, kang balik aku nak check ada lagi tak barangnya.. tadi bawa bekal roti sapu jem stoberi. tu pun dia tak nak bawa. dahlah kat sekolah tak de makanan. kecuali budak transit je ada. aqil salah soranglah transit kat situ sampai petang tapi lunch je lah dia kasi makan..

Tadi pagi hantar dia. ok je. cuma jeling2 kat ibu. bye aqil. selamat bersekolah. tapi cikgu kata minggu ni tak belajar sangat. buku bawa semua tadi sebab jadual tak dapat. masa orentasi aku tak bawa pun buku dia. dia bising2 nape tak bawa buku aqil. asik salahkan ibu je tak bawa buku dia. hehe..

Oklah. ibu doakan semoga aqil diterangkan hati. dapat serap ilmu yang cikgu ajar dengan baik sekali. amik yang baik2 sahaja ye aqil.. malam ni, lepas maghrib first kelas mengaji aqil dengan jiran belakang. tu pun dia kata tak nak pegi.. hai risau pulak. diorang ni nak dengar cakap ayahnya aje baru nak gerak. kalau ibu cakap semua tak nak.. tak kira, pegi jugak kalau tak ibu jadi tarzan. sebab apa tau, kelas ngaji dengan ibu dan ayah tak boleh lah, sebab dua2 tarzan dan ghimau. tu yang dia takut nak gi ngaji takut kena marah. huh. oklah. bye. wassalam...


6 comments:

Cik Puan Rara said...

botol susu x tinggal eh.hehehe

Rizziela said...

sempat breakfast susu dulu yer Aqil

~MommyAqilMedina~ said...

Aisyah dah kena campak?kesiannya..hopefully dah sembuh..Abg Aqil semangatnya pegi sekolah ..nasib baik dia tak meragam kan..Semoga terus berhaya ye sayang..AMin!

Suliana said...

tak. bangun pagi itu yang dicari dulu :-)

Suliana said...

ye.. senang je breakfast dia. hehe

Suliana said...

haah. seronok dia nak pegi sekolah. bangun pagi sikit2 je lah merengek dia :-) aisyah baru kena campak. tapi sikit je tak demam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails