Tuesday, January 21, 2014

Legoland Water Park Malaysia

Assalamualaikum..

Tarik nafas panjang2. may be entry ni panjang kot ceritanya. tak nak buat part2 dah. takut tak habis cerita. hehe.. Yeah.. we went to Legoland Malaysia on 18th January 2014!!! Sebenarnya plan ni dah discuss antara adik beradik. kejap jadi kejap tak jadi. sekali tu jadi. hehe. Pergi ramai2 dengan family seronok sangat. kalau pergi 4 beranak je may be tak berapa fun kot.. Kami beli tiket online. tu pun dah lambat. kalau beli awal seminggu dapat diskaun lagi.. Kalau beli kat kaunter pun dapat diskaun tapi sebab takut nanti beratur ramailah apa lah, better beli online. Yelah, dah ramai2 tu kena beratur lama kang ada yang berangin pulak kan. Jadi, kita beli online je sudah. Rombongan seramai 14 orang dewasa dan 5 orang kanak2 beserta baby dan toddler under 3 years old seorang.. Pergi 4 buah kereta.. 

Bertolak dalam pukul 8.20 macam tu lah. plannya pukul 8 pagi semua kena masuk kereta dah. sekali tu 8 pagi masih lagi berlegar2 kat dapur cari sarapan lah apalah.. last2 8.20 kot baru gerak. tapi tak pelah, memang saje set awal2 tahu dah diorang ni, kalau bagi pukul 8, pukul 830 baru siap. so kira ngam2 lah kan timing i bagi. Oh lupa, i ketua beli tiket, jadi macam ada kuasa sikitlah kan. haha..

rombongan kami. tukang amik gambar ialah pak lang :-)

Kami sampai sana dalam pukul 10 pagi lebih sikit. Masa tu orang dah penuh dah park kereta. dah berderu2 dah orang berjalan ke tempat masuk Legoland.. Cuaca pagi tak berapa panas. actually tak panas mana pun lah, dia ada covered walkway tu kan, kira okeylah.. Berangin je kat sana. tak tahulah johor musim berangin ke apa kan, sebab kat rumah mama pun berangin juga.. Sampai2 depan pintu gerbang legoland semua dah macam apa dah, sibuk nak bergambar kat pintu gerbang tu. kami dapat kat sisi LEGOLAND tu pun kira ok dah. hehe.. So berkumpul depan tu ready nak jalan sama2 masuk ke waterpark.. kaunter tiket water park dan theme park berlainan.. theme park punyalah ramai orang beratur... harga tiket untuk water park sahaja ialah RM 105 untuk dewasa dan RM 85 untuk kanak2 atas 3 tahun bawah 12 tahun.

antara yang sempat 

So, slow2 jalan menuju ke water park. Tiket untuk toddler dan baby tak beli lagi. diorang pun kena bayar masuk RM 10 caj untuk pampers swimming. padahal yang swim nya aisyah je, danish tak delah swim pun. hehe. Kami juga decide nak sewa cabana. cabana ni limited untuk 25 unit je. harga dia full day RM 300. kalau half day dari pukul 2 ke atas baru dapat RM 150. Tapi dari pandangan aku, kalau pukul 2 ke atas tu ikut nasib la, macam tak de kosong je.. Best juga sewa cabana ni. ada peti sejuk dan dapat air bikarbonat dan mineral water free adalah dalam 10 botol. tuala legoland free dan ada 4 seat untuk lepak2.. sesuailah untuk family kami yang ramai ni nak duduk2. ada juga locker nak simpan duit. kiranya terjaga jugalah barang2 compare kalau duduk yang open space tu. locker disediakan kat changing room tapi jauh sikit lah. tak silap aku dalam RM 20 ke atas..

the cabana..

amboi lepaknya aqil.. duk godek2 safety box time ni..

ayah dan mama tak basah pun. jaga cucu :-)

Pada pandangan aku memang best lah dan berbaloi dengan harga tiket yang ko bayar tu.. banyak tempat boleh explore.. semua orang boleh main. kalau mak yong macam aku ni pun boleh gak berendam, main air sikit2. Aku tak de lah naik gelongsor pusing2 tu. Zaman anak dara dulu, benda tu lah duk gila naik kat a famosa water world. hehe.. nantilah kalau pegi lagi nak naik juga benda tu.. adik beradik aku enjoy their vacation. sakan diorang main. yang mana baru lepas pantang pun main gak ala2 superman. balik sakit perut. kahkahkah. rasakan.

superman


bestnya..

Air kolam dia sejuk!!! tak tahulah hari tu je sejuk ke or memang sejuk. Sejuk dan berangin.. Lotion sunburn tu kena sapu kalau tak, terbakar kulit sape2 yang alah tu kan. Life jacket disediakan.. cute sangat. hehe.. Aisyah tak berapa nak mandi sangat. takut air. kat rumah pun memang penakut air. Aqil separuh je dia main. pastu tak nak main dah. penakut main gelongsor. dia lagi suka main kolam berombak..

aqil. lepas main ni terus dia tak nak mandi dah.

berendam time. 

aisyah yang takut air..

Food kat situ standard lah. satu set nasi lemak RM 20. dah ada air. Pada pandangan aku, guard dia tak strict pun. tak check pun beg kitorang curi2 bawa biskut. mak lang aku lepas bawa 2 bekas mee goreng. lepas main air memang kebulur budak2 ni. Ada satu family ni dia bawa 2 bekas mee hun.. Korang cubalah nasib. tapi kalau time korang pegi tu nasib tak baik kena buang ke apa, jgn salahkan i pulak. hehe.. Kalau ku tahu, ku angkut sandwich tapi tinggal dalam kereta. Baju mandi pun tak berapa strict sangat. boleh je pakai t shirt.. cuma ikut certain area contoh gelongsor pusing2 tu dia tak kasi naik kalau baju ko terkibai2. gitu.. dia suh buka baju untuk lelaki la.. untuk keselamatan jugakan. 

ni jelah yang selamat untuk aku cuba :-)

Aku pulak tak main air sangat sebab air dia sejuk. aku tak tahan sejuk. hehe. main yang susur air atas pelampung je. tu pun adik aku teman. tu pun kena simbah dengan air pancut. hehe.. seronoklah.. Ok jom lah tengok gambar selebihnya.. 

perjalanan pulang. sempat beli souvenir..

me with little girl. wearing muslimah swim suit. muat lagi utk preggy mom 6 bulan ni :-) 

aqil dan aiman. having fun there

biasalah bila mak teh nak bergambar ada je sabotaj :-)

mak lang, mama dan cik liza jiran belakang rumah


suasana orang yang ramai tapi still oklah. tak padat

the view from our cabana

new parents..

parents of 2 :-)

Okey. kami siap balik jam 2 lebih. kalau ikutkan nak spend time sampai pukul 6 tapi semua dah letih. jom balik.. Kami ke JPO pulak lepas tu. hehe. tapi kejap je lah. tak de beli apa pun. ok. tu jelah sedikit sebanyak pengalaman bercuti ke legoland. seronok sangat dapat jalan2 dengan family :-) sekali sekala bukan selalu ye dok.. ok bye. wassalam...

note:
#1 kalau family ramai, sewa cabana lagi bagus
#2 makanan luar tak strict sangat. jadi pandai2 lah cover nak save budget
#3 baju pun tak strict
#4 kalau water park better beli kat kaunter sebab tak ramai orang beratur. tapi kena datang pagi lah.
#5 kalau teringat akan ditambah :-)


9 comments:

Rizziela said...

bestnya..tp tiket boleh tahan kan harganya

Suliana said...

haah. tak pe setahun sekali :-)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

beshnyeee...yanty lom pegi lagi...huhuhuuu

Sheila Mutalib said...

Bestnye..sy org johor pun tak gi lagi..hehe.. aritu cousin pergi dpt tiket rm50.. ade pakcik duai yg kerja dlm tu katenye..

Mama Embok said...

best nye!!! sy org sarawak.. ingin nak pegi kat situ sebab anak hari-hari bagitau ingin nak pegi Legoland. Bila google dapat jumpa blog ni terus sy klik.
Thank you sebab sharing!!!

umifarisfarhan said...

bestnye bestnye!!! :)
da lm x bercuti rmai2 dgn family :)

Anna Ruslina said...

Waterpark mcm lagi best dari dry park.

noramiza ahmad said...

Salam perkenalan. Mmg best ke legoland...enjoy bdk2 di sana.

www.noramizaahmad.blogspot.com

Wan Zul said...

Mmng best..gelungsur pusing2 tu utk lelaki mmng harus tanggal baju for safety..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails