Thursday, January 23, 2014

kenangan sambutan birthday di tadika

Assalamualaikum..

Rentetan dari birthday aqil. Tinggalkan phone nokia untuk cikgu dia amik gambar dan video aqil :-) adalah dalam 22 keping gambar. Cikgu dia ada juga letak gambar kat fb. seronok tengok anak2 happy :-) kat tadika je dapat buat macam ni. kalau kat sekolah betul ada ke cikgu nak layan. pulak tu, student ramai, camana ibu nak bagi2 goodies bag kat kawan aqil. bankrup. hehe.. ni cuma 25 orang je termasuk cikgu.. saje suka2 untuk budak2 kan.. 

aqil and friends. kek seketul je. ibu tak sempat nak goreng2 nugget ke apa :-)

peace yo!!

happynya dia ..

my boy

aqil tengah bahagi2 goodies bag pada kawan2..

kek pilihan aqil. sebab dia tengok macam wax spiderman :-p

Balik rumah teruslah ibu tanya. seronok ke.. Seronok katanya. tapi bubble yang aqil bagi tu cikgu suruh main kat rumah. Aqil pun dapat sebungkus juga. Dia dah pandai. Nak tuntut hadiah. Duk tanya mana hadiah aqil? huhu.. tak delah nak. ibu bagi tak kira masa. rasa nak bagi, itulah hadiah aqil :-) tapi semalam kelakar. balik2 je cakap, ibu, aqil nak kasut roda. haha. ni pengaruh kawan2 lah ni. selama ni tak de bunyi pun kasut roda. kasut roda tu ntah dia kenal ntah tidak. aqil aqil.. ada2 je.. 

Rutin setiap malam, cek buku dia. Pukul 8 aqil pegi mengaji. kat rumah mengaji tu pun acik tu ada bagi dia homework tulis2 sementara tunggu turn. ikut mood dia lah. kalau dia rajin, balik tu terus tulis siapkan homework. kalau homework tadika, petang lepas kelas dia terus buat. bila balik rumah, aku tengok je lah kot2 ada apa2 yang tertinggal ke suruh dia buatlah..

Rutin setiap pagi pulak masak nasi goreng. Minggu lepas, nasi goreng dengan ayam drummet. tapi macam tak elok je makan selalu. Minggu ni nasi goreng dengan ikan bilis goreng pulak :-) ikan bilis pun aqil suka. Kalau nasi satu pot tu, dapatlah buat 3 bekas untuk kami2 bawa ke ofis :-) ayah aqil pun dapat bawa bekal. hehe.. ibu pulak bawa ikut mood. Faktor kawan aqil juga di mana sampai2 je depan pintu tadika "aqil, kita bawa nugget hari ni" nasib aqil tak minat nugget. 

Malam, dah tak masak. Memang nak makan yang simple2 je. sebab ada orang komplen perut dia dah besar. hehe.. Aku pulak, nak kurangkan makan malam, sebab berat badan macam naik banyak je. risau pulak minggu depan check up. Jadi petang balik keje, buat roti bakar.. roti salut telur lah. aik menu roti aje ke. hehe. tak pelah asalkan alas perut. 

Okey, that's all for now.. bye. wassalam



1 comment:

Rizziela said...

budak2 dapat sambut birthday dengan kawan2 memang sangat seronok..ni Haziq pun dah siap request nak kek .. nak potong kat sekolah dia katanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails