Thursday, January 16, 2014

gurau senda anak-anak

Assalamualaikum..

Hai! Selamat pagi. dari satu hari ke satu hari nak update blog tapi tak tertulis2 pulak. beberapa gambar terpendam mungkinkah terpendam selamanya? cewah.. ok pagi ni sampai agak awal di ofis. 7.38 am. Actually i ok je tapi kesian kat en suami yang terpaksa merempit nak kejarkan pukul 8 pagi. hope dia dapat punch sebelum pukul 8 hari ni :-)

Anak2 pulak bagaimana ye.. Hmm.. kisah aqil. hari2 ibu kena masak nasi goreng. kalau bangun lewat bawa bekal roti sapu jem strawberry buang kulit roti. tapi dah 2 minggu dia sekolah ni, kebanyakkannya aku masak nasi gorenglah. nasi goreng pedas ada, nasi goreng butter ada, nasi goreng ikan bilis pun ada. haa.. ibu dah expert masak nasi goreng sekarang ni. haha.. aqil request mesti ada ayam goreng. ayam goreng ayamas je.. 

Tadi pagi masak nasi goreng butter. sedap jugak. letak butter, letak bawang, letak telur dan sedikit kiub ayam. gaul2 jadi warna yang menyelerakan :-) dapatlah aqil dan ayahnya sebekas sorang.. ibu tak pelah, kasi mereka je lah rasa air tangan ibu pagi2 ni kan. hehe.. aqil pulak request nak pakai tupperware baru yang baru beli kat tupperware isnin lepas. ok boleh, jangan hilangkan sudah.. aqil okey je bawa balik, ayahnya semalam dah tertinggal atas motor orang tupperware favourite ibu warna kuning. so dendanya hari ni bawa bekas tau foo fah sahaja ye.. 


Kisah sekolah dia, oklah.. setakat hari ni dia suka pegi sekolah. tapi malas sikit nak buat homework. kena ayahnya yang ajar baru gerak. kelas mengaji pulak alhamdulillah. cuma semalam je lah jiran belakang cakap tiba2 dia nangis nak ibu. ngada2 betul budak ni. ntah pasal apa ntah. tak de kawan kot. kalau buat ayat drama tu no 1. contoh kalau tak nak makan : tulang aqil dah pecah ni. semalam, dia nak nangis masa mengaji, dia cakap dengan jiran, "cuba tengok mata aqil ni, nak keluar air mata dah" haha. ada2 je lah budak ni. sampai jiran aku tu pun takut dah cepat2 hantar balik even tak sampai sejam lagi. 


Kisah aisyah pulak. hmm.. susah hati bila fikirkan dia susah berak sekarang ni.. nangis2 nak berak. pastu dia jadi fobia kot bila nak berak. ni dah 3 hari tak berak2. dah makan ubat lembut najis tak jalan, dah masuk enema pun tak jalan jugak semalam. sabor je lah. haish.. budak ni. apalah nak buat ni..

payung pengasuh bagi. berebut dengan aqil. 

Bestfriend dia aqil lah. kawan bermain dan kawan berebut. apa abang dia buat, semua dia ikut. tak sedar diri tu kecik lagi. kang tergolek sape yang susah. main rebut2 tab, bila sorang dapat, sorang duk menganjing kat sebelah. manalah tak bising rumah. haish anak2 ni.. rambut dia dah mula nak panjang. sementara nak panjang betul, dah macam anak singa dah sebab rambut sikit tapi mengembang. hehe.. 

fokus.

anak singa kecil :-)

Oklah get to go. bye. wassalam

8 comments:

Allene said...

macam2 kan ragam anak2 ni.. kadang dorang buat kita marah.. tapi kita boleh ketawa plak... =)

umifariswafiq said...

klakar la abg aqil ni hehehe

faris pn byk peel br skrg ni.. bla fiza dah bersalin..perati peel faris..byk tul yg baru nye hehe

nurul aini said...

uishhh..ayahnye plak blh tglkan tupperware ek..adoiii..

ayat abg aqil klakar la..nsb x ckp, tgk mte aqil nk terkluar dh bijik mate ni..heee

~MommyAqilMedina~ said...

alahai comel je aisyah...hehee...Rajinnya Su buat nasi goreng ,aida pon teringin nak buat lah..tapi Aqil tak makan pedas..nanti nak try buat nasi goreng bodo,tengok dia makan ke tak..hehee..macam-macam peel anak-anak kan..yang penting mereka sangat menghiburkan hati kita..heheee..

Suliana said...

hehe. ikut mood ibu juga kadang kena marah juga klu berperangai pelik :-)

Suliana said...

mmg macam tu fiza. bila dah beradik baru nampak akal dia yang baru :-)

Suliana said...

dah jmpa balik dah aini :-) nasib ada org pulangkan. hehe..

Suliana said...

terpaksa aida. mknn tak disediakan utk rehat pkl 10 tu. sian plak dia dah mnta nasi goreng buat je lah. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails