Tuesday, January 7, 2014

cerita sekolah aqil..

Assalamualaikum..

Hari ni bangun pagi (pagi la sangat).. beria set jam 6.00 pagi katanya. tapi gerak 6.30 juga. hehe.. Ayah aqil terpaksa bangun awal, nak kena pergi terengganu kejar flight. Pukul 430 dia dah bangun, driver datang pukul 5 pagi. Dah selamat sampai dah pun.. sehari je pergi ganu ada taklimat apa ntah.. 

Then aku pulak bangun. terpisat2 bangun. nak mandi dulu ke, nak masak dulu? hmm apa2 hal settlekan mandi dan solat dulu lah. baru fikir masak. Memang dalam sejarahlah masakkan bekal untuk family di awal pagi. ni aqil yang request sebenarnya.. Kisah dia di tadika semalam. time balik terus interview dia. aqil buat apa, aqil belajar apa, seronok ke tak..

Seperti biasa dia tak nak cerita sangat. tak excited pun. kalau aku first day pergi tempat baru mesti dari A-Z cerita kan. ni cerita yang simple2 je. Dia cakap seronok pegi sekolah. Dia kata esok (hari ni lah) nak bawa nasi lemak dengan ayam goreng.. haha. terbeliak bijik mata mak ekau ni. sape pulak nak masak nasi lemak pagi2 buta nak oi.. nak beli boleh je tapi lecehlah melencong ke tempat lain. Pagi2 mesti rushing kan.. hmm.. pandai pulak minta nak makan apa..

Pastu petang semalam, pergi amik gambar dia. Siaplah tapau kfc semalam. Aqil siap amik seketul letak dalam bekas nak simpan dalam peti sejuk esok nak bawa gi sekolah. ish ish ish.. mana boleh makan ayam kfc esok nak oi. tak pelah, esok pagi ibu goreng je ayamas drummet tu dengan nasi goreng. nak tak? ok boleh. 

Ada lagi requestnya. tak nak tupperware cap original. nak bekas container yang clear tu. hmm.. ni semua gara2 terikut dengan kawan dia la ni.. dia tak kenal lagi nama kawan dia tu. tapi dia panggil "kawan yang jumpa dekat mcdonald" (sebab hari tu lepas orentasi ada jumpa budak tu kat mcD tapau breakfast). hehe. Asyik2 sebut "kawan yang jumpa dekat mcdonald" tu bawa nasi lemak dengan ayam goreng. aqil tak nak roti. huhu.. bila ditanya tengahari cikgu bagi makan apa? tak de makan, makan roti je. yek yek je budak ni. sebab cikgu kata ada disediakan makanan untuk budak transit. takkan makan roti je dari pagi kan. hmmm.. balik karang nak tanya cikgu dia..

Jadi, gigihlah ibu pagi tadi menggoreng nasi.. nasib baik memang pegi klinik, boleh keluar rumah lewat sikit.. kalau pegi keje tak bolehnya pukul 7.30 baru nak gerak, lebih2 lagi orang dah sekolah sekarangkan. Aqil pun bila lampu dah terang, dia pun bangun awal. minum susu dulu sambil layan kartun. ibu dah siap masak baru dia naik mandi. Kalau ikutkan nak je suruh dia mandi sendiri, gosok baju sendiri, kemas beg sendiri, tapi apakan daya, baru 5 tahun ibu oii.. hehe. kang suruh lain, jadi lain pulak.hehe

nasi goreng sesuci embun pagi. haha. kelas ko jah. ada nama sekali :-p

Lepas tu, semalam nak dekat pukul 8 malam, hantar ikut pintu belakang pegi ngaji rumah acik kat belakang. dia panggil nenek, aku panggil kak je patutnya acik. heheh.. tak pelah.. diskaun kasi muda sikit :-p aqil mengaji sejam. mula2 dia tak nak pegi, pastu pegi juga.. senyap sunyi rumah time maghrib tu. dah ada undang2 baru, time maghrib tak boleh tengok tv. semua kena tutup tv. termasuk ayah aqil pun kena halau tak boleh tengok tv. hehe.. pegilah mandi ke, solat ke, pegi masjid ke, ada gak faedahnya kan.. ni maghrib2 mengadap tv. aku pun dah tak tengok tv sekarang kecuali cerita korea tu pun pukul 9 malam je tau setiap rabu khamis.. aisyah je sibuk buat hal sendiri main tab. tu memang tak boleh halang, sebab dia tak faham apa lagi, kang mengacau orang pulak...

Pastu aqil balik, ayah dan ibu sambut kat pintu dapur. hehe.. beria mak pak ekau ni aqil.. seronok ke mengaji? best!!! dia kata.. best sebab tak kena pukul. kuang kuang kuang.. padan muka ayah dia.. hehe.. kalau ngaji dengan ayah, memang kena je lah kan. sian aqil.. semoga terang hati anak ibu ni kan.. ok bye. wassalam...

6 comments:

~MommyAqilMedina~ said...

Hehee..macam-macam kerenah kan anak-anak kita pergi sekolah tapi memang kita yang excited sangat..bab nasi lemak tu memang aida pon tak tahan..tapi kalau nasi lemak tu,aida boleh beli kat rumah ni je..dekat..tapi kalau mee hoon goreng,kena buat lah..sebab Aqil tak makan org lain buat..kikik..Semoga anak-anak kita akan belajar dengan tekun dan menjadi bijak..Amin!

Cik Puan Rara said...

hamboih nama! kemahen kan.mst sedap tuh!

Suliana said...

tq aida.. amiin.. tengoklah klu ibu dia rajin bangun awal akan terhasillah nasi lemak satu hari nanti. hehe

Suliana said...

sedap juga tau cik puan rara. hehe

nurul aini said...

mcm klkar plak entry akk kli ni.golak sajo..kih3...blajar btol2 aqil.moga jd pndai dunia akhirat ye..

Suliana said...

tq aini :-) amiin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails