Wednesday, January 1, 2014

anak sembelit. tukar susu

Assalamualaikum..

Kisah anak dara yang tak habis-habis sembelit.. sejak dari susu ibu dah kering, sampai la ni.. membawa kepada berak berdarah (sikit).. Dan ibu asyik mencari solusi susu apakah yang sesuai. Betul, susu formula bukanlah sebagai menu utama untuk anak berusia 2 tahun ke atas.. Dia dah pandai makan pun.. Tapi anak dara ni memang kurang minum air. haa.. camana budak kecik mahu dipaksa. Kecuali ayah dia suruh baru dia nak pegang botol air. Kuasa ayah. cakap je terus berguling2 budak2 ni tidur. hehe..

Tapi pada pendapat aku, susu ni memang eloklah diamalkan sampai kita tua kan. memang boleh dapat zat dari makanan lain tapi sebagai minuman tambahan. Aku tak de lah bergantung sepenuhnya pada susu tepung ni. Makan is makan. susu is susu.. anak2 aku rasanya balance kot benda ni. cuma aisyah yang badan ringan ni pada mata kasar aku memang susah sikit nak makan dari sejak dia pandai makan lagi. memilih.. Kalau pengasuh dia suap alhamdulillah mau pulak di makan.. may be dia balik rumah perut dia dah kenyang jadi tak mau makan sangat. agaknya lah.. duk makan ikan je.. nasi tak nak sangat..

Jadi, pencarian susu pun bermula.. Ni susu ketiga aku sedang cuba.. tq atas cadangan dan nasihat kawan2 kat FB. kalau lepas ni tak jalan juga susu yang ni, aku try susu lain pulak. aku beli peket kecik2 je dulu nak tengok serasi ke tak. Mula2 susu badan lah kan.. pastu pregnant susu pun kering.. tak de stok habis licin dah.. tapi sekarang pun masih menempel lagi kat ibu. ntah ada ke tidak susu aku pun tak tahu.. tapi time nak tidur je menempelnya.

First try susu formula ANMUM.. masa ni dia tak nak minum susu tepung pun. tak nak dan tak nak. kalau buat asyik buang je. ok. tak pelah, tak payah minum susu. pastu fikir punya fikir saje minta2 sample dari kilang susu. try FRISO. eh dia nak pulak. masa ni taik dia ok tau. start dari situ aku pun beli lah susu friso gold, mahal plak tu. compare dengan susu dutch lady aqil lah kan.. 1.2kg RM 69.00 kalau tak silap. pastu dah tahu kat speed mart murah, terus beli kat situ je. Masa ni aisyah ok tau minum susu ni. Macam ketagih susu pulak. tapi yang tak best tahi keras. sembelit..

Then, semalam decide tukar susu la. tahu sebab utama dia aisyah kurang minum air.. dah cairkan susu sume.. nampak seksa sangat time meneran tu. ada satu masa tu menggigil-gigil badan dia peluh2 menangis.. rupanya taik keras dan berdarah sikit. hati ibu dah mula risau.. hmm.. sejak dari hari tu, asal nak berak je nangis, fobia meneran. tapi sekali tu je lah berdarahnya.. (kes minggu lepas)

So semalam baca-baca tenet, amik lactogen la. pilih dalam kotak. murah je susu ni.. nak tengok ok ke tak. kalau serasi, alhamdulillah.. ada cadangkan pediasure, bebelac dan novalac. lepas ni kita try eh kalau lactogen ni tak serasi.. haish susah betulkan kalau jadi kes macam ni. 

suka dia.. sibuk cakap susu adik susu adik


Dulu, aqil seingat aku senang je nak beli susu dia. Dutch lady 123. now 456.. cuma tukar kadang madu kadang biasa.. dia tu berak keras juga tapi bila dah besar ni pandai dah minum air sume. berak tak delah menangis ke apa kan.. ni kes anak dara ni yang pening sikit ni..

Dulu aku ada kasi syrup apa ntah doc kasi.. nak kasi lembut najis. tapi tu lambat skit bertindak. yangpaling pantas bertindak adalah cecair yang masuk bontot tu.. tu pengasuh aisyah pandai buat. aku tak reti. tapi memang menangislah budak tu kena cucuk bontot.. tapi tak lama tu memang senang dia berak berketul2 taik dia keluar. tapi doc tak kasi ajar selalu, nanti perut terbiasa nak ubat je baru boleh berak. gitu..

So kena banyakkan jus dan makan serat.. kalau orang tua bolehlah cakap macam tu kan. kalau budak2 camana nak buat ni. kalau tak nak tu, tak nak lah juga.. tapi tak pe, kita sebagai ibu cuba yang terbaiklah kan.. owh mealshakes pun ada je kat rumah tu tapi tak menjadi untuk anak dara ni. as a supplement boleh lah.. hmm memang pening fikirkan kesihatan anak2. pengasuh pun risau..

Oklah. panjang lebar tulisannya.. Selamat tahun baru 2014. semoga tahun yang mendatang ini akan memberi seribu satu makna untuk diri kita semua. wassalam...

10 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Oh ye ke? Kesiannya haraplah dia serasi dengan susu baru ni kan..Macam anak kita yang ppuan su dia memang susah nak makan tapi cuba kita pelbagaikan makanan tu..Sekarang ni kita baru realize dia suka makan ayam masak halia dan ayam sos tiram..Jadik kenalah buat untuk bagi dia makan..Yang penting dia suka ayam so memang kena buat benda yang dia suka nak bagi dia makan..Berat anak ppuan kita tu memang kurus jauh sangattttttt bezanya dengan anak laki kita..Kita pun cuma bagi susu dutch lady je nasib dia ok jer.

Rizziela said...

anak2 sy plak sesuai dengan susu Dutch Lady & Dugro ajer..yg laiin2 memang tak sesuai :D

Suliana said...

girl kan. payah nak naik berat dia.. ni bila dah ok susu dia ingat nak tukar friso balik sebab ada lebih. membazir je nanti klu buang :-p

Suliana said...

murah sikit belanja kan rizziela :-) mahal ke murah, janji serasi dengan anak :-)

ruzaini johari said...

Kesian nye ank akak..akak pernh try mealshake tak?bgus untk ank sembelit..kalau akak nk boleh call/sms saya ye 0145927119
Singgah2 lh kat blog saya ye
www.mom2careshopvitamin.blogspot.com

Elemant Limau said...

mealshake beli mana???

Suliana said...

shaklee..

Noraizah Mohd said...

Anak sembelit memang kesian , anak saya pun pernah terjadi . kesian sangat. tapi sekarang Alhamdulillah dah ok dah , tak bagi ubat-ubat pun .. tapi saya amalkan semulajadi jom baca selanjutnya di http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/07/8-sebab-meal-shake-penting-untuk-anak.html

Nor Shafina Mohd Din said...

mcm mana keadaan ank skrg su.. masih sembelit ke.. ape2 pun sebelum buat apa2 ikhtiar, jom kita bertanya Allah dahulu. jika su dh wat alhamdulillah.. in shaa Allah anak akan selalu sihat..:)

MAT NOR said...

Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails