Tuesday, January 7, 2014

Aisyah Humairah: 2 tahun 1 bulan

Assalamualaikum..

7/1/2014: hari ni ibu check perut. hari ni juga ulang bulan aisyah yang ke 25 bulan :-) selepas 2 tahun baru aisyah kena demam campak.. naik merah2 kat badan dia macam ruam. tapi dia tak delah demam. bawalah juga pergi KK.. petua pegi KK Ampang, pergi selepas ofis hour means pukul 6 petang time2 macam ni memang tak ramai orang.. risau gak takut ramai orang nak solat maghrib kat mana. sekali tu, lengang.. kalau pergi lepas maghrib, sure punya orang sampai ke luar pintu. tu kalau musim orang sakit demam la  kan. Alhamdulillah rezeki sangat..cepat juga..

Aisyah siap kena amik darah sume. screening measles. doc cakap kes measles sekarang ni dah kurang, jadi kita jangan simply kata measles. lebih kurang gitu lah. sama juga macam aqil dulu2. banyak kali juga dia kena demam campak. tapi tak semua yang bintat2 merah tu demam campak, ada yang viral fever. gitu.. pastu siap tanya imunisasi dah cukup ke? eh mesti la doc.. sebab sekarang ramai orang tak nak amik vaksin untuk anak2.. terpulang pada parents masing2 la. Kena amik darah, nangis juga dia. tapi sebab ayah dia yang pegang masa nak cucuk tu, jadi ayah dia tak berani nak nangis kuat2. huhu.. pandailah anak ibu ni. aqil pulak sedih tengok adik dia kena cucuk. siap cakap "adik aqil".. huhu.. sedih plak rasa anak ibu ni dah pandai sayang adik dia..

Pastu singgah kat pasar cina tu beli betik. sebab masalah sembelit budak ni dah tahap merisaukan . again berak berdarah sebab 3 hari tak berak. meneran punyalah seksa sampai nangis2.. minta dengan doc ubat lembut najis. ok nama dia laktul kalau tak silap. alhamdulillah ubat ni berkesan. di samping paksa dia makan betik, minum air prun even sikit je dapat. kasi lagi scott emulsion.. dan finally semalam najisnya dah semakin ok dan malam terberak cair pulak. haaa.. gitu pulak kisahnya..  tak pelah lepas ni istiqamah je lah kena kasi dia minum air, makan buah etc. kena remind selalu anak dara i ni..

suka cerita sofia the first. nak pakai baju gaun je dia akan cakap nak baju sofia. hehe. ni bukan nak gi mana2 ni, duk rumah je ni. baru bangun tidur petang..

rambut lambat panjang. nak main toncet2 pun dapat seciput je rambut dia.. 

tab ni dah jadi hak dia. kalau tak dapat, mulalah buat perangai akan minta tak henti2.. silalah berebut dengan ayah dan abang aqil ye. dia suka main game baby macam baby bath, baby dress, bagi makan baby. gitu.. 

ni tunjuk tangan dia sakit kena amik darah

dikerumun oleh nurse cari urat darah.. tangan halus je tak jumpa urat..

sebelum kejadian.. kemain suka dia. tak nampak sangat merah2 time ni

suka tengok muka sendiri. abaikan muka ibu. 32 dah aku tahun ni. huhu. oh my skin!!

buah hati ibu ni.. 

Oklah.. kalau rajin kita update lagi ye. ni entry auto publish :-) bye. wassalam..

5 comments:

Cik Puan Rara said...

lahai happy nya aisyah! semoga sihat selalu syg~

Rizziela said...

comel..suka senyum ek

Nurulhuda Abdul Latip said...

Comel si Aisyah ni kan, muka lembut je cam muka awak su..Semoga cepat baik dari sakit yea..

nurul aini said...

KK Ampang tu klinik kesihatan ke kak su??bukak smpai malam?

Suliana said...

ye la aini. KK besar sikit. dia buka sampai pkl 9 malam last register. utk pesakit luar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails