Monday, January 27, 2014

25 weeks

Assalamualaikum..

Hallu alls!! Happy monday. happy ke... ke blues tak habis2.. hehe. aku ok je. kerja tak busy sangat. ntahlah hari ni ofis senyap sunyi je. ramai orang cuti. bos besar pergi umrah.. Jadi agak tak proaktif di situ :-)

Weekend seperti biasa tak lekat kat rumah. kali ni balik kampung suami pulak. Asyik tak lekat rumah je weekend, rumah jadi apa ntah. ada satu projek mengemas bilik tak gerak2.. macam tu je lah rupanya. Nak buat sorang2 memang tak larat. lebih2 lagi nak angkat berat kan. 

Oh ye.. aku dah 25 minggu. pagi tadi check up. oklah tak de apa. berat terkini ikut timbangan klinik 51kg. compare dengan check up lepas naik 500gram je. haa.. dimanakah silapnya. aku ni dah risau2 tahap tak mo makan dah. mengenangkan nasib badan perut besar. risau takut ada kencing manis pun ye. tapi tadi ok plak beratnya. alhamdulillah la kan. cuma kena inject ATT dos tambahan. sampai sekarang terasa sakit lagi tangan kiri aku ni. huhu.. anje anje sangat.. ee memang sakitlah..

Bawa aisyah sekali timbang. naik beratnya jadi 9.1kg tapi masih dalam line kuning. Jadi 29hb ni ada pakar pemakanan datang klinik, jadi kena pegilah sebab dulu dah tolak sekali sebab asyik gi klinik je kan. malas pulak aku rekod kehadiran aku tak cantik nanti.. aisyah dapat multivitamin. dah 3 botol kot dapat, tapi tak pernahnya habis sebab rasa dia ubat. cubalah buat rasa sedap sikit, laju jelah budak tu minum kan.. tak pelah, kali ni try kasi habis tengok keluar tak dia dari kepompong kuning tu..

Bila dah half way ni, macam2 perasaannya. suka, sedih, rasa nak menangis, emosi tak menentu. kadang rasa seperti dipermainkan, rasa seperti kurang kasih sayang.. eh gitu pulok..  ah malaslah cite pasal ni..  baby  aktif alhamdulillah.. bila gerak2 suruh ayah dia rasa, malu pulak nak gerak.. aisyah dan aqil ok je. asyik nak cium perut ibu. so sweet. jangan bila adik keluar awak jeles pulak ye :-) owh dia masih lagi menempel dengan ibu time nak tidur. kalau tak, dia tak dapat tidur. sian aisyah.. Aku harap dia dapat berhenti sendiri.. oh jantina setakat scan terakhir may be baby boy:-) selang bunga. kena dapat sorang lagilah ye, hope dapat girl :-) tapi sebab aku dah ada boy and girl, aku tak kisah, asalkan selamat sihat walafiat cukup sifatnya. amiin... Dugaan mengandung kali ni pun tak habis lagi, dah fikir no 4. teettt :-)

Tentang sembelit aisyah, dah dapat solution. aku pakai TANAMERA VIRGIN COCONUT OIL. ni adik aku yang kasi. Alhamdulillah, menunjukkan perubahan yang baik. even najisnya masih bulat2 tahi kambing tapi dia dapat membuang tanpa terseksa.. so tiap2 hari pagi dan malam, aku titiskan dalam susu dia. jadi tiap2 hari dia akan membuang. susu tukar balik susu LACTOGEN MADU. oklah kan.. aku pun tak reti dah susu apa lagi nak tukar.. 

banyak kelebihannya. utk ibu mengandung pun boleh pakai buat perinial massage kalau retilah. hehe. untuk sapu2 kat badan sebagai pelembap pun ok juga..

Oklah oklah. berjela pulak dari tak de apa nak tulis.. sampailah panjang lebar macam ni. tak sabar nak bercuti lepas ni tak de cuti best2 dah. cuti beranak terus. may be nak ke Terengganu ikut ayah! sape tak nak ikut, tinggal :-p tapi payah pulak kalau lone ranger nak membawa budak2 kenit dua orang ni, dalam perut lagi.. tak pelah takpelah. adalah yang jaga nanti. ok bye. wassalam



2 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

semoga dipermudahkan bersalin nanti kak :)

umifarisfarhan said...

waaa baby boy :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails