Friday, January 10, 2014

23rd weeks

Assalamualaikum..

Hai uols :-) semalam danh 23 minggu dah baby dalam perut ibu ni :-) update check up terkini tak berapa bagus. hukhukhuk. mak stress sekejap mengenangkan check up hari tu.. Berat naik 2.5kg dalam masa 3 minggu. HB tak berapa elok, kurang 1 point je nak dapat 11 tu.. pastu ada masalah kat kaki di mana merisaukan juga.. malas nak cite kat sini.. nak kata vena verikose bukan. tapi doktor kata kalau lebam membesar, rasa panas kat tempat tersebut, sesak nafas, pergi ke emergency cepat2. sebab takut darah beku..

Result MGTT ok hari tu. before minum air gula 4, lepas minum jadi 7.. border sebenarnya tapi legalah kan. tapi yang tak melegakan ialah kena repeat lagi minum air gula pada minggu ke 28 atau 30 nanti. ai, dulu2 tak pernah pun minum sampai dua kali. huhu.. doc cakap ikut tempat, sekarang banyak pregnant ladies ada kencing manis masa umur 25 tahun ke atas. tu yang kawasan aku kena minum air gula awal sebab ada doktor buat tengah buat kajian. huhu. aku risau bukan apa, malas nak pegi BSP banyak2 kali ke klinik tu. tapi aku harap berharap sangat aku tak de kencing manis. tapi cara2 macam nak ada tu macam dah nampak sebab lately aku suka makan aiskrim. dan juga bukti awal berat aku naik 2.5kg dalam masa 3 minggu tu. nauzubillah. minta jauh lah kali ni. cukuplah aqil seorang je ada kencing manis dulu.

Baby gerak ok. tak scan2 lagi sampai ke hari ni. aku ingatkan doc nak scan masa check up hari tu, sekali dia kata dia tak nak scan. boleh? aku malaslah nak gi klinik bayar tu, buang duit je. tapi tengoklah kalau rasa rajin pegi lah klinik nak tengok baby apa inside. hehe. mak aku cakap tak pe, tak scan, kasi surprise.. hehe. bukan apa, nak tengok baby sihat ke, cukup sifat ke apa sume tu. tu je.. jantina tak kisah boy or girl, janji sihat..

Oklah nak kuar makan dah. terasa2 nak makan kenny rogers hari ni.. ingatkan nak pergi baby expo kat pwtc tapi mengenangkan tak de kenny kat situ, mohler beralih arah. tapi tak pe lah kalau tak dapat pun. asalkan makan.. makcik dah lapor ni :-)

Ok bye. uppss.. i cuti isnin ni .. dapat 4 hari cuti. yahuuu . lepak rumah je. kalau ada sape2 nak ajak jalan2, bagitau ye, nak itut :-p. bye. wassalam..

4 comments:

~MommyAqilMedina~ said...

Semoga semuanya baik-baik je ye Sue..Aida dulu preggy naik 3kg dalam masa sebulan!muahaha..sebab?aida keep on makan fast food!lepas kena marah,terus tak makan fast Food dah!terus berat maintain cantik je..heehee..semoga Kencing amnis tu takdelah kan..tak suka minum air gulaaa..huhuh

sisanizu said...

su belum tahu ke gigirl ke boboy...dah besar tu 23 weeks..tahniah dh halfway..besstnya

Suliana said...

yelah. harap sangat tak de.. klu ada jenuh lah nak ulg alik klinik.

Suliana said...

dah tahu dah. rahsia. haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails