Monday, January 20, 2014

20 Januari datang lagi

Assalamualaikum..

20 Januari datang lagi.. mengimbau detik kelahiran si kecil Muhammad Aqil bin Mohd Zaki. Alhamdulillah.. baby kecil tu dah 5 tahun pun hari ni. 

Selamat Ulang Tahun yang ke-5 Muhammad Aqil. 

Semoga Aqil menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, hidup bahagia dunia dan akhirat.. Semoga aqil menjadi anak yang mendengar kata ibu dan ayah dan juga menjadi abang yang baik kepada adik-adik..

Semakin besar, semakin banyak akalnya. semakin nakal. hanya kesabaran ibu dan ayah je yang diperlukan untuk menangani anak ibu yang semakin bijak ni.. Bila dah sekolah, lagilah macam2 akal yang dibuatnya. Untuk sambutan hari lahir aqil, ibu dah buat sekali dengan adik aisyah hari tu sekali dengan aqiqah baby danish :-) Tapi, untuk tidak menghampakan aqil, ibu beli juga barang2 goodies bag untuk dihadiahkan kepada kawan2 aqil. Patutnya hari ni nak bawa ke sekolah. tapi tak sempat nak bungkus.. Lepas tu aqil macam request kek spiderman. Ibu tak sempat nak buat kek semalam, sampai lewat dari Kluang. So semua barang tu hold dululah esok baru agih2 kat kawan aqil ye :-)

ni kek birthday aqil masa umur 4 tahun sambut di nursery:-) ibu buat.. hehe

4th celebration di rumah. bersama abang aiman. kek ibu buat jugak :-p

masih lagi anak manja ibu ni dan sangat terasa kalau ibu marah or tak nak kawan dia. cepat2 dia minta maaf

bersama adik kesayangan..

eh ni aqil ke.. hehe. ni lah baby aqil pencetus idea untuk ibu blogging. umur tak sampai setahun kot ni.. 

enjoy his play time moment

latest pic aqil. maaflah aqil. ibu cari2 tak banyak rupanya gambar aqil sorang2 sekarang ni. banyak gambar adik je. hehe

my sweetheart

Kek pulak tengoklah kalau rajin malam ni ibu buat ye. kalau tak rajin, ibu beli je lah. hehe. kalau nak buat, mana pulak nak cari edible image spiderman. huhu. nak lukis atas kek, reti ke ibu aqil ni. hehe. kang kesian pulak tengok kek aqil kalau buruk. huhu.. Tak pelah, kita tengok yang mana sempat ye..

Oh hari lahir aqil tahun ni sangat bermakna bilamana ibu bawa aqil pergi Legoland kan? later will story about this. kira sekali lah ni ye hadiah besday aqil. hehe.. Actually banyak list barang yang dia nak, semua dia kata nak masa birthday aqil. huhu.. alah, dia mesti tak ingat punya. kekeke..

Ibu sayang aqil. love u till Jannah.. Semoga aqil membesar dengan baik. Jangan nakal2 ye.. :-) kawan-kawan ibu, tolong doakan yang baik2 untuk anak bujang saya ni.. tq in advance.. bye. wassalam


4 comments:

ietams said...

makin hensem..happy birthday abg aqil!

~MommyAqilMedina~ said...

Happy Birthday Aqil..Semoga menjadi anak yang Soleh dunia akhirat..Jadi abang yang terbaik ye..Untungnya Aqil dapat Ibu yang pandai buat Kek..Kalau auntie dapat kek tunjuk jela..hehee..

Suliana said...

tq ietams

Suliana said...

tq aida ;- )kali ni kek aqil tunjuk je. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails