Wednesday, December 31, 2014

sweet and sour 2014. Sayonara!!

Assalamualaikum..

Sebelum tahun 2014 melabuhkan tirainya, mari kita buat satu entri penutup tirai gitu.. Tahun ni merupakan tahun kemeruduman aku dalam berblogging sebab apa aku pun tak tahu. tapi faktor utama adalah sebab kesibukan bekerja. new environment. jadi bila otak penat dah tak de keceriaan nak tulis blog gitu.. (tulis blog mesti ceria-ceriakan sebab kalau sakit hati yang keluarnya adalah sumpahan nanti) idea tu ada je tapi kekangan masa. blogwalking pun dah berkurangan.. tambahan ada facebook, instagram dan lain-lain media sosial yang lagi ringkas penceritaannya..

Dapat dirumuskan tahun ni merupakan tahun yang paling mencabar bagi seluruh rakyat Malaysia amnya dan bagi diriku juga.. kita kecilkan skop fokus pada diri ini sahaja.. cewah tetiba bersastera pulak.. tahun ni bertambahnya seorang lagi hamba Allah yang gebu gebas comel lote iaitu muhammad adam.. AllahuAkbar. alhamdulillah dengan kurniaan Allah.. dah 8 bulan setengah dah dak dibam ni..

lagi kegembiraan yang dapat dirumuskan ialah pada awal tahun, kami jalan-jalan makan angin di Legoland.. itu cerita bulan 1. aku pun tak ingat dah sebenarnya. tapi bila baca balik penulisan dolu2, oh ada aku berjalan rupanya. sebelum lahir muhammad adam. pastu bulan 2 pergi cuti-cuti di terengganu tu pun sebab ikut mak ayah aku balik sana. wehee.. seronok sangat dapat makan sutun celup tepung kat kedai kecewa. kekeke.. tu gelaran baru. kelakar pulak. sebab apa kedai kecewa. sebab setiap kali nak pegi warong pok nong tu mesti tak dapat, orang membanjiri sampai ke jalan. so pergi je lah warong berhampiran kat situ.. tu semua untuk orang yang kecewa tak dapat masuk warong pok nong. kekeke... tapi oklah dapat merasa.. tertunai hasrat mak yong kan..

Bulan februari juga meninggalkan kisah sedih di mana bapa mertua ku yang dikasihi pergi menghadap Illahi.. dah nak hampir setahun dah ye.. Al-fatihah untuk ayahanda ku.. terasa dia seperti ada di mana-mana.. semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman..

Bulan-bulan seterusnya menanti kelahiran si kecil.. alhamdulillah Allah permudahkan bersalin si debab ni pada bulan April. ding dong ding dong cukup 3 bulan naik kerja.. pejam celik pejam celik dengan kesibukan kerja dan perihal rumahtangga kita dah sampai ke hujung tahun.. Alhamdulillah semoga Allah beri kesempatan pada kita semua untuk dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Kepada sahabat-sahabat yang menghadapi musim banjir dan bencana alam, ku doakan semoga kalian tabah menghadapinya. Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu diucapkan. 

Okey, last but not least, azam tahun depan nak jadi insan yang lebih baik. amiin.. nak rajin-rajin update blog. nak jadi lagi pandai dalam bidang pekerjaan. tanya je petik jari dah boleh jawab. kahkahkah. itu semua kena belajar dari pengalaman ye dok.. hajat dihati nak sambung belajar tapi tunggu adam besar sikit. macam dah terbuka hati ini nak jadi student balik tapi bergaji la kalau boleh. hehe.. lagi hajat di hati tu teringin sangat nak pergi umrah. tapi tu pun tunggu adam besar sikit dah putus susu oklah kan.. hmmm.. semoga dipermudahkan semuanya.. Amiiin...

Selamat tahun baru 2015 kawan2.. semoga tahun 2015 akan memberikan sinar keceriaan kepada kita semua.. ok bye wassalam!!!!

Sunday, December 28, 2014

Demam berjemaah

Assalamualaikum...

Alkisah.. Anak2 ku sedang demam berjemaah ni. Aku cuti dari krismas sampai hari Isnin.. Cuti balik kluang. Tu pun balik lewat sebab ayah mama datang kl. Balik hari jumaat petang.. Masa ni aqil yang demam dulu duk bersin2. Tak sangka dia pembawa virus demam kepada adik2nya..

kembali ceria selepas demam

Aisyah dan adam baru demam hari ni. Ish dah lama juga anak2 aku tak demam ni. Syukur.. Bila semua demam macam panik pun ye especially adam. Selalu kalau dia demam macam dedar je. Ni siap merengek tidur je kejenya.. Tapi makan masih ada selera. Hehe.

Aisyah pun kesian. Merah bibirnya bila demam. Budak ni kalau tak demam pun memang susah makan. Hmm.. Merengek juga. Ubat pun payah makan. Dah gi klinik. Balik klinik sibuk cerita doktor masuk ubat kat bontot.

alahai sian anak ibu ni



Sorang lagi bakal demam ialah en suami. Haa yang ni tak dapek nak nolong.. Demam2 pun kena kuat juga sebab anak2 sume tak sihat. Terpaksalah bantu. Tak de makna nak baring2 main game aje. Huhu..

alolo adik dibam demam ye..

Esok dah nak balik kl. Harap2 semua anak2 cepat sembuh. Yang nampak sihat sikit ialah aqil. Tapi mata masih kuyu. Dak dibam ni demam nak tumbuh gigi atas agaknya. Gigi atas dia ada 4 nak keluar. Manalah tak demam. Adam ni sama macam aqil cepat kuar gigi. Jangan cepat rosak macam aqil sudah..


#Doakan kesejahteraan kami
#Doakan mangsa banjir seluruh Malaysia


Selamat menyambut tahun baru 2015. Wish awal2 la takut blog ni beku juga tahun depan. Hehe.

Bye wassalam

Wednesday, December 17, 2014

Big Hero 6

Assalamualaikum..

Cak!! Hidup lagi blog ni ye. Hehe. I'm busy like a bees.. Blogwalking pun takde mood.. Keje melambak tak sudah-sudah dah hujung tahun ni kan. Nak tunggu kerja habis memang tak habis. Amiklah cuti sehari laki bini pada 15/12. Hajatnya nak tengok movie dengan budak berdua tu.. Budak yang tak boleh bawa berjalan, tinggal dengan pengasuh. Kahkahkah. Sape suruh perangai baik kan.. Dulu kakak awak bawa pegi tengok iron men senyap je dapat nenen.. Ni awak ni tak tahulah zaman bilanya boleh ajak jalan happy2.. Huhu

Ok.. Aqil dan aisyah happy kot dapat tengok movie ni. Pergi awal. Amik tiket early bird pukul 11. Jimat. Dapat rm7/person. Anak2 amik seat sorang satu. Tak larat nak pangku.. Tak ramai orang pun.. Seronok. Jalan cerita pun best. Sesuai untuk anak2 jadikan teladan. Cewahh.. Watak baymax pun comel je.. Aisyah sampai sekarang duk cakap seronok kan tengok baymax.heee.. Nanti kalau ada kat astro kita record ye :-)


Upss tengok kat klcc. Kejap je kami pergi. Tapi sempatlah kena caj rm14 untuk parking. Huhu.. Pukul 10.30-2.00 petang. Kalau weekend  or after 5pm selalunya flat rate kalau lebih 4 jam. Gituu.. Tapi tak pelah. Sekali sekala.. Lepas lunch kt food court terus balik. Teringat kat dak dibam yang kena tinggal tu. Hehe. Tapi amik lewat juga. Sebab ibu nak siapkan kerja lipat kain sampai hari ni tak settle weh... Sakit mata. Cari baju sume cari dalam longgokan. Huhu..

8 month already

Eh oklah.. Nak tidokan adam dia cerah pulak biji mata tengok hp ibu cerahkan. Babap ni.. Ok nite lalings.

Bye. Wassalam..

Sunday, December 7, 2014

Happy birthday my princess

Assalamualaikum..

Hi December :-)

Dimulakan entry december dengan cerita birthday my princess Aisyah Humairah. HAPPY 3RD BIRTHDAY ANAKANDA IBU...7 Disember.. Majlis kecil-kecilan dibuat untuk anak dara ibu ni. Buat awal seminggu pada 29/11. Hi-tea katanya.. Sian dia tak de kawan nak celebrate sama2.. So ibu panggillah anak2 jagaan pengasuh aisyah, mak2 sedara yang rapat dan duduk dekat dengan kami.. Jiran sikit sorang :-) kalau ikutkan merebak2 nak panggil tapi apakan daya, chef jadian ni tak reti masak untuk ramai2 orang. Ni pun dah hampir 30 orang. Selesai semua hidangan..

Ibu masak mee kari, puding karamel, kek red velvet, goreng nugget.tembikai beli. Creampuff ayah order dari kawan. Pastu tambah lagi spageti aglio rasanya dua peket. Tempah kat kawan.. Alhamdulillah.. Tema kek aisyah frozen. banyak kali ulang aisyah nak kek frozen tau.. So ibu pun dengan besar hati buat.. Mencari decoration kek sampai ke tmn melawati sana.. Jumpa ok.. Now aisyah dah jadikan sebagai mainan dia toys frozen tu.. Kek red velvet ni kesukaan ramai. Jiran suka, family suka. Jadi apa kata buat yang orang suka. Mesti habis :-)

Terima kasih kepada tetamu yang hadir.. Hilang segala penat tengok anak gembira.. Alhamdulillah adam senang diurus hari tu. Memberi kerjasama semua orang untuk menjayakan majlis ini. Banyak juga hadiah dapat. Yang kasi duit nanti ibu beli aisyah basikal ye. Hehe.. Ucapan ibu semoga aisyah membesar menjadi anak yang soleh.. Sempena aisyah dah 3 tahun ibu ajar dia potty train.  haa.  dah 2 hari dah ni. Nanti kita citer bab lain pulak kisah potty train dia ye.. 

Ok babai.. Wassalam. Semoga ibu rajin2 update blog ye. Hehe

puding karamel. instant ni tapi sedap dari amway

the food untuk 30 orang. alhamdulillah cukup je

cream puff sedap

aisyah dan hadiahnya. tq maklong kasi h/beg

bday girl sebelum tukar jadi princess

the cake.ibu buat ni :-)

happy girl

one family.. anak2 tengok mana ntah

aisyah dan ibu

the princess to be. tq nek jun dan family kasi hadiah baju ni

tq mak ida bagi barbie mariposa :-)

Wednesday, November 26, 2014

bila nak hujung tahun..

Assalamualaikum..

Haish letihnya terasa minggu ni. walau pun semalam dah gaji tapi tak dapat membangkitkan perasaan gembira. cewah.. yelah. rasa buntu je.. banyak benda kena buat tapi tersangkut2. ni kisah kerja ni.. dah hujung tahun ni, semua pun nak kejar KPI. last taik kat aku ni. kalau satu je bolehla layan. 5 kot payment sume nak kejar dateline 15hb Disember akaun nak tutup. boleh plak nak buat valuation 10hb. lantak. kalau lengkap tak pelah, senang je nak proceed. ini tidak. lompong sana sini, janji nak kasi sampai kesudah tak kasi. Duduklah aku mengadap pc ni dengan harapan bulan jatuh ke riba..

Yang penting hari Jumaat nak cuti.. eh lupa nak cerita. semalamkan, dah pergi klinik gigi tampal gigi. selamat lagi gigi aku ni. ingat dah rongak dah. susah nak cari lubangnya sebab tak nampak. besar juga doktor tu korek baru jumpa. pastu bila dah tampal sementara terkopak pulak sikit ni. minum air masak pun ngilu sebab tampalan terbuka sikit. waaaa.. next appoinment hari Selasa petang.. nak tengok elok ke tak. kalau ok, boleh proceed tampalan kekal.. kalau tak okey, say good bye to my teeth. macam2 doa aku baca.. saiko je semua ni.. tak delah sakit sangat pun . tang kena kat tempat berlubang tu memang la terangkat kaki. masa dia nak 'mesin' gigi tu yang ngilu keras2 badan aku. haha.. nasiblah. faktor usia...

Sabtu ni cadangnya nak buat besday aisyah.. ye anak dara ni dah nak masuk 3 tahun. actual date 7/12.. buat cepat2 la sebab ramai orang ada kenduri kot.. dah 3 tahun dah anak dara ibu ni.. masih pakai pampers lagi. kencing dahlah banyak. betul ke budak pompuan kencing banyak eh. hehe.. pampers pulak share dengan adik dia. masakla ibu duk spend kat pampers je. ada order dengan lazada pampers wee wee dry tu, murah katanya. order isnin minggu lepas, hari ni baru sampai. lama betul amik masa.. kebetulan adam berak2 pulak minggu ni. laju je lah menyalin pampers. kalau tak salin. habis merah2 bird dia..

Eh oklah. tak de mood nak berblog. layan je gigi ngilu ni.. bye.. wassalam..

Friday, November 21, 2014

graduation day aqil

Assalamualaikum..

Hari ni last aqil sekolah sebagai pelajar 5 tahun.. lagi 2 bulan genaplah anak ibu ni 6 tahun.. Alhamdulillah.. Untuk kelas 5 tahun ni aqil dapat no 4 daripada 10 orang. ibu target no 1 sebab aqil nak lego chima kan. tapi sebab tak dapat  no1 maka tak adalah lego chima tu. Tapi dia tuntut juga, dia kata dia nak masa hari lahir dia +_+ Dari segi pencapaian aqil oklah ada peningkatan.. Dah boleh baca, dah boleh  mengaji, cuma mengira je ibu tak berapa tekankan. patutnya math la kena stress out kan. hehe. takpelah, tunggu tahun depan la ibu concentrate kat aqil..

Hari Sabtu lepas, pergi graduation day kat Parcel E Putrajaya.. putrajaya ni jarang pegi. kalau pegi ntah mana2 tak jumpa hala tujunya.. tu yang malas nak jalan2 ke sana padahal banyak tempat yang best boleh pegi kan. tapi ni sebab aqil, gigih ibu buka garmin dan tengok google maps.. alah, sonang je. tepat ibu dulu selalu pegi meeting kat KPM.. tapi masa pergi meeting tu orang bawa, jadi ibu tak tengok lah sangat jalan dia kan. hehe..

Aqil paling seronok sekali. dari tengahari membawa ke petang. lama betul. dua sekolah je tapi persembahan dalam 10 show kot.. jenuh tunggu. adam pun siap tido bangun tido tak habis2 lagi program. tapi tak pelah, sekali sekala kan.. banyaklah persembahan aqil ni, ada boria upin ipin, serigala dan biri2, lagi apa ntah nyanyi2 english dan bahasa arab.. ada rekod video tapi tak tunjuklah kat sini kang syok sendiri pulak :-p Ok jom tengok gambar aqil graduate..


ni maskot Jusco ..

aqil berlakon sebagai upin. bagus. tak malu depan orang  

opening. 


excited aqil.

ni gambar dari report card dia.

dapat hadiah ultramen dari tadika

Overall oklah.. Actually tak graduate lagi sebab belum lepas 6 tahun lagi. hehe.. Ibu harap aqil berjaya menjadi anak yang soleh insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.. Selamat bercuti sekolah.. Kami tak de plan apa2 pun nak bawa anak2 gi bercuti ke apa.. huhu.. kalau ada pun balik kluang je. rindunya nak balik kampung :-) ok bye wassalam..

Tuesday, November 18, 2014

ke klinik gigi lagi

Assalamualaikum..

Penghujung bagi tahun 2014, menyaksikan sekali lagi aku melangkah ke klinik gigi.. tempat yang semua orang takut nak pergi. seram.. tempat yang belum pergi, tapi dah rasa dah kengerian dan kengiluannya.. So, apa masalah pulak sekarang ni? masalah yang datang dan bakal pergi. hehe

Lately, aku selalu sakit gusi berdenyut-denyut membawa ke telinga sampai ke kepala.. sakit tu sebelah je. aku syak sakit gigi. kalau dulu, boleh tuduh sakit gigi sebab gigi bongsu. tapi sekarang, gigi bongsu dah cabut pun. rongak dah gigi belakang ni.. Makan panadol tak hilang pun denyut2 tu.. layan jelah macam mild contraction gitu..

Hari ni actually dah tak sakit. tapi sebab nak puaskan hati aku melangkah juga menuju ke klinik gigi.. klinik kerajaan je aku pegi. kalau pegi klinik swasta dah selesai dah masalah aku ni. siaplah pitih tu kan. huhu. kenangan di klinik gigi boleh baca sini sini dan sini

Daftar jam 8 pagi, dapat no 4.. cepat jugalah dia panggil masuk klinik. bawa aqil sekali untuk cek gigi. tapi kanak2 hari Jumaat rupanya.. hmm dah lambat hantar dia ke tadika.. tak pelah, ikut je lah aqil.. siap dia tapau air tin kat klinik tu.. pastu hantar tadika menangis2 pulak.. geram.. nak legolah itulah inilah. ibu iyekan aje.. nak cepat..


Seperti biasa doctor cek la gigi aku ni. aku cerita la masalah aku. kat gigi tengok gambar tu, gigi bermasalah kat lower 1st premolar. sebelah gigi geraham kecil.. dia rapat sangat, jadi doc syak ada berlubang sebab bila dia korek je dengan pencungkil tajam tu secara automatik kaki aku terangkat sebab ngilu. dengan dia sekali terkejut. seperti biasa aku memang suka terkujat2 ni. bukan buat2 tapi terkejut sebab ada karen sakit. hehe.. dia ketuk2 tanya gigi mana yang sakit. aku kata tak sakit. so kena xray gigi pulak sebab tak nampak gigi mana yang sakit. 

Bila dah dapat xray tu, nampaklah gigi yang sakit tu. seperti biasa, gigi yang sakit tu dah berjangkit ke sebelah. Dah macam buruk dah akar dia. sedih aku. doctor kata ada 2 option samada kena cabut atau buat rawatan akar. nak sakit kejap, cabut je lah. kalau sayang gigi, buat rawatan akar tapi orang kata sakit.. pastu kena buat treatment banyak kali juga. kalau nak cabut, alamak, barisan pertahanan gigi dah tak delah jawabnya.. 

Actually sedih juga la kalau tak de gigi. macam ala gigi dah nak luruh. nak rongak dah.. kalau geraham tak pe lagi, tak nampak.. ee sayangnya.. kalau cakap mesti tersembur2 tak sebab tak de gigi. hukhukhuk.. Ada lagi gigi bermasalah upper 1st premolar, sebelah gigi taring.. haa yang ni pun tunggu masa gak ni. huhu.. dah tampal, tapi doc cakap kalau sakit memang cabut la.. ni pun kalau minum air sejuk memang ngilu.. apalah nasib ye.. 

Appointment minggu depan 25hb.. doc decide nak bukak nak tengok kaedah apa yang sesuai samada boleh diselamatkan atau tidak.. Doc nak kasi ubat tahan sakit dan antibiotik. aku kata tak perlu sebab dah tak sakit.. cuma time floss gigi time tu lah rasa sakit. Doc kata kalau dah sampai sakit ke saraf, memang kerosakan dah sampai akar gigi.. 

Gitulah ceritanya.. bila usia dah meningkat ni macam2 la nikmat yang Allah dah tarik balik kan. gigi nak luruh dah. kang pakai gigi pelsu plak.. huhu. Sampai masa ke dalam lah kita.. Amal ibadah masih kurang lagi. Astagfirullahal'azim..

Kita tunggu minggu depan pulak ye apa ceritanya :-) bye wassalam..

Saturday, November 15, 2014

throwback : Happy birthday my dear nephew Darwisy

Assalamualaikum..

Haa.. kali ni cerita pasal besday darwisy pulak.. actually birthday darwisy lagi awal dari danish. tapi darwisy dah 4 tahun dah tahun ni. banyak naw anak buah sekarang ni.. tahun depan masuk lagi 2 cucu atok shukor ni. tahun ni je dah menambah 2.. rezeki tu.. bila ek gambar ni.. apalah makteh ni. lupa dah besday darwisy bila. 5/10 kalau tak silap.. refer link ni. tulah aku suka ada blog ni semua boleh flashback balik :-) darwisy ni anak sulong kepada adikku faiz.. faiz ni bawah aku, no 3. actually muka faiz ni baru baik dari bell's palsy. sian dia.. alhamdulillah dah makin elok. Now, darwisy dah dapat adik baru.. Nur Damia Medina namanya.. Cucu atok kelapan ni. kawan adam.. sekolah sama2 dengan adam nanti..

Ni first time rasanya celebrate bday darwisy kat rumah tokma.. alang2 raya haji, semua balik pulak tu. meriah la rumah tokma. tokma masak nasi arab hari tu.. mak ida buat sushi kau.. habis berlecak dapur. haha.. pakde akak bapa besday boy beli kfc untuk dimakan bersama.. memang kekenyangan..

happy birthday darwisy.. comel darwisy. bijak dia ni

bersama cousins..

aisyah nak jugak..

tengok aqil tu. memang suka dia bab2 hari lahir ni

haikal. pak sepupu pangkatnya

tara.. sushi home made mak ida.. macam goreng pisang panas gitu..

nyum nyum...

sushi 

banyaknya hadiah darwisy dapat.. suka la tu..

ehem .. roti ni pun nak selit juga. kalau oven ni boleh bercakap, mesti dia kata oiii sudah2 la tu pakai aku.. dari pagi sampai petang duk on je.. haha


Okey.. itu je celebration untuk bulan ni.. tunggu bulan 12 pulak ye.. itu pun macam tak cukup korum je. maklong nya dah tunggu hari. tu je lah pemangsa utama nak ajak datang makan kek dan meramaikan suasana. hehe.. tak pelah ada rezeki buat, takde, kita potong kek kita2 je lah kan..

bye wassalam..

Friday, November 14, 2014

Throwback : happy birthday my dear nephew Danish

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat yang barokah :-)

Dua hari takde di ofis. ke seminar katanya. pagi ni pulak pergi Site Meeting.. Dah makan kat site then tengahari tak de nak pegi mana-mana. Gaji lambat lagi ye. 10 hari lagi meh.. silalah memeram telur ye :-p

Bila dah lama tak godek blog ni, mestilah ada banyak cerita yang belum dikongsi kan. kisah besday nenish pun tak cerita lagi. hehe.. Okla, mai lah kita masukkan serba sedikit kisah besday nenish walaupun mama dia tak cerita pun kat blog dia. :-p

Birthday Danish jatuh pada 1 November 2014.  Happy birthday my dear nephew Muhammad Danish.. Semoga membesar dengan baik, sihat selalu.. Jangan nakal2, jangan nangis ye. Meriah betul birthday nenish ni.. Jom tengok gambar je lah :-)

bacaan yaasin dan tahlil. nampak adam tak.. hehe

kelas ko candy buffet. ini semua aku yang punya   :-)

sedap gile choc fountain ni. aku duk korek2 je choc dia bila dah keras


ini pun sdap. satu lagi kambing aqiqah danish..

the food

the decorations

the most important 'person' pocoyo cake yummy..

the birthday boy and his family

erk.. the choir group may be. haha.. boleh plak tersama baju diorang ni

termenung jauh birthday boy

next month is her 3rd birthday. ibu is still thinking and calculating :-p

the candy buffet

makcik pakcik nenish. orang kuat ni. boleh jemput lagi ni. haha

nenish dikelilingi oleh puteri2 :-p

smile..

yeay!!

apa lagi tu.. 

eh adam dan tok ma ke tu.. 

the cousins

eh sudahlah.. :-p

haa.. panjang berjela gambar ye. rugi tak tunjuk. nanti tak de kenangan. hehe. eh, jangan curi gambo kita ye. kita malas nak watermark ni. ni kamera campur2 ni. yang pasti ada dari samsung dan ipong. wah seronok kan birthday party. i like. tapi untuk anak2 i, i tak buat lah. tak cukup kakitangan. sorang2 je nak handle.. tapi aisyah dah lama dah cakap nak kek frozen. sebagai seorang ibu, tak sampai hati nak biarkan harapan itu berlalu. biarpun dia tak faham lagi, tapi ibu mestilah nak tunaikan hasrat tu kan. cewah.. tunggu ye aisyah. ibu buat kira2 jap eh. hehe.. 

Oklah. selamat hujung minggu. esok nak pergi graduation day aqil.. ni pun kena snap gambar banyak2 ni.. kena cite gak dalam blog ni baru lah jadi blog ibu aqil dan adik-adik. hehe. bye. wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails