Tuesday, December 31, 2013

Sedap ke Restoran Upin Ipin?

Assalamualaikum..

Lama tak menulis review kedai makan kan. hehe. actually selalu je pegi makan luar sekarang ni memandangkan hormon pembawakan budak tak berapa suka nak masak. teeettt.. alasan.. eh tapi betul, memang jarang ke dapur tapi masak lah juga kalau dah terpaksa or kena marah. hehe..

Baru-baru ni kami jalan2 cari makan. Ingatkan nak pegi kedai makan yang selalu kami pergi iaitu restoran bangkok station tapi tutup pulak hari ahad tu. nasib baik perut ni tak berapa nak mengidam sangat nak makan apa2 kan. so teruskan perjalanan mencari kedai makan. sekali tu terlalu kat taman dagang, ada kedai upin ipin. aku rasa dah buka dalam 2-3 bulan kot baru perasan sebab dah lama tak lalu kawasan tu kan.

Anak-anak apa lagi, excited tengok kedai upin ipin.. ramai juga orang dalam kedai tu.. tengok2 menu macam sedap je. tengok orang sebelah makan mee kari pun nampak sedap. hehe.. aqil dan aisyah mata dah meliar tengok barang2 dalam kedai upin ipin tu.. tapi yang bestnya, aisyah behave sangat. dia diam je duk dalam baby chair tu. kecuali dak aqil berjalan sana sini tengok barang2 upin.. Jom tengok apa kami order..

bihun soto. terlalu berminyak dan ada daun kunyit. may be resepi terbaru. boleh lah makan..

nasi dengan sambal ikan keli. kuat sangat belacannya.. 

aisyah dan ibu.. 

abang aqil.. suka buat muka macam tu tau..

anak dara ibu :-)

air yang kami order..

Ok dari segi harga, standard la kan. total makan termasuk air malam tu lebih kurang RM 24.00 kena pau lagi dengan aqil majalah upin ipin RM 6.. Dari segi rasa, maaf cakap, rata2 mana2 cawangan yang buka kedai upin ipin tak de satu pun kata sedapnya... pada aku sekadar boleh makan.. alhamdulillah. nak sedap, may be pihak pengurusan boleh improve lagi. may be tak perlu nak inovasikan makanan tersebut. just bihun soto bihun soto  je la. kenapa perlu letak daun kunyit.. kekalkan rasa kesotoan tu.. yelah, lain orang lain tekaknya dan tak mampu nak puaskan hati semua orang. may be kena belajar dengan orang Johor kot untuk buat soto. tettt...

Tapi tengok meja lain makan western macam ayam goreng, nugget, fries mesti dah tahu rasa dia macam mana kan, macam sedap je. may be next visit boleh rasa yang itu pulak. lagi satu, air tak banyak variety. tak tahulah kalau buku menu tu terkoyak ke apa. air panas satu je ada, kopi jantan ke kopi tok dalang kalau tak silap.. 

Kebetulan ada pulak kertas komen/maklumbalas atas meja makan. panjang juga komennya.. hehe. harap pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya.. Jangan berharap kepada karakter upin ipin sahaja yang akan menguntungkan. makanan pun kena sedap juga. ye tak.. Ok 2 1/2 bintang je saya kasi.

Sekian, terima kasih...



Friday, December 27, 2013

Jumaat terakhir 2013

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. Jumaat terakhir di tahun 2013. Cepatnya masa berlalu (ayat klise) hehe.. beberapa hari lagi dah 2014 dah.. Azam tak de azam sangatlah.. cumanya nak kena saving saving and saving. tahun depan dah bertambah sorang lagi ahli keluarga.. hope everything semuanya ok. Allah kan ada. Dia lagi tahu apa rancanganNya yang terbaik terhadap hamba2 Nya di dunia ini :-)

Hari ni ada meeting unit dan juga jamuan makan tengahari sempena perpisahan ofismate.. baru je kenal dah nak kena tukar. huhu. rakan gelak2 aku ni dan sumber rujukan juga.. hmm gitulah kami ni. pusing2 semoga berjumpa lagi. manalah tahu tiba2 satu hari nanti ditakdirkan satu ofis dengan husband pulak kan. kekekeke...

So menu hari ni adalah Nasi Arab Al-Rawsha.  Ni duit kumpul sendiri ye. bukan duit kerajaan :-p menu2 lain kami bawa potluck lah. ikutlah sape nak bawa apa2 dipersilakan. aku bawa puding kastard bersama kuah cocktail. menu lain seperti spaghetti, buah-buahan, sosej, kek prune dan air sarsi.. Nasi Arab tu sampai lewat sikit jadi kami mulakan dengan makan apa yang dibawa dululah. hehe.. Bila nasi dah sampai makan pun slow je. pastu petang lapar balik tapi perut dah sendat dengan baby lagi.. ish ish ish. rasa tegang je perut ni..

Apa-apa hal puding ku la kena tunjuk dulu :-p habis. alhamdulillah :-)

antara makanan yang ada.

lapar pulak bila tengok gambar ni

peserta yang tersingkir :-p selamat maju jaya kak nona dan semoga dapat bekerjasama lagi di lain masa..

Tu jelah aktiviti aku hari ni. Dan selepas kekenyangan, kami pergi Jusco cuci2 mata kejap je. kalau ikutkan nak merayap ke Jakel sana tapi clash pulak dengan jamuan.. tak pelah, tak de apa pun nak beli. hehe.. esok pulak balik kampung in law tidur sana.. kena siap2 lah apa yang patutkan before leaving our home sweet home. hehe. ok selamat berhujung minggu kawan2. bye.. wassalam..

Monday, December 23, 2013

weekend biasa-biasa je

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin.. ramai ke amik cuti? syoknya dapat cuti lama2 kan. aku malas pulak nak bercuti2 bagai ni.. carry forward je lah cuti yang ada. baik betul. hehe.. malas nak cuti panjang2, kerja ada je. kalau dulu, boleh bajet nak cuti. sekarang pun boleh juga tapi bila tak masuk kerja kang naik cuti selonggok paper kat pigeon hole tu.. better simpan cuti  untuk perkara2 yang betul2 perlu..

Okey2. let's story our weekend. hari Sabtu as usual pergi melawat mertua kat kampung.. seharian duduk situ tapi tak tidur lah. malam balik.. aqil seronoklah main itu ini. aisyah pun sama dah pandai main. tengok ayam kambing sume.. mak mertua alhamdulillah dah semakin baik tapi masih tak boleh masak. makan pun beli je sekarang ni. masak air je dia boleh. tapi nak siap2 kan diri tu boleh dah.. tapi duduk atas kerusi roda lah. Ada masa boleh berjalan pakai tongkat yang 4 kaki tu. ada masa kaki dia sakit tu yang duk atas kerusi roda je. Pak mertua pulak badan lemah je. sian juga. kencing manis yang tinggi. tak stable bacaan gula dalam badan dia. kelmarin balik tinggi bacaannya. 19 something lah.. tapi bila ada anak2 balik dia tak delah tidur je.. kalau tak, dia baring je.. masing2 dah tua kan.. uzur sangat dah..

Hari Ahad pulak, tugas aku melipat kain.. haa... lipat kain adalah keutamaan dari segalan-galanya. tak masak tak pe, boleh beli. tak kemas rumah tak pe, suami boleh buat. lipat kain? ada orang nak tolong lipat kain? kalau seminggu, seminggulah berlonggok tak de orang usik, bertambah ada lah.. jadi mengadaplah aku sejam lebih kot untuk 2 bakul lebih tak termasuk yang melimpah2 tu. hehe.. sampai tertidur2 aisyah tunggu ibu dia habis lipat kain. aqil pulak peneman. duk membebel kat tepi bila nak pegi jusco bila nak pegi jusco..

peneman ibu.. see the basket, dah clear. tapi bertambah juga sebab ada basuhan lagi :-p

Suka sangat dia nak pegi jusco. nak main je sebenarnya. tapi ending dia sakit hati gak. berjanji nak main game je, tak nak beli mainan. tapi last2 kau merengek kat autopay machine tu nak kan anak panahkan. bukan apa, semalam dah beli senapang kat petronas, kelmarin dapat kereta beli kat speed mart. nak anak panah lagi? ingat ibu ni cap duit ke? kadang bukan tak boleh beli pun, anak panah tu pun murah je, tapi tak koser eh banyak sangat mainan dia. kejap je mainnya. benda yang dia beli tu pun kadang benda yang sama kot. anak panah dah berapa set dah. pistol pun dah berapa bakul. ceh over bakul gitu. tapi memang banyaklah pistol dia. dulu duk puji gak bagus aqil ni tak reti mintak mainan. sekarang, over ok.. hmm aqil aqil. macam2 hal.. ada lagi dia aim benda tu macam hot wheel yang lekat kat dinding tu, benda yang kayuh sebelah kaki tu dan play doh.. sume tu dia tuntut masa hari lahir dia. hmm.. tengoklah ye nak. 

aqil aqil. benda ni ada 3-4 set kot tapi kejap je mainnya. hilang atau jahanam terus..

Ni aisyah tak reti minta lagi. tapi dia kalau dah pegang dia tak nak lepas. haa.. kena alih perhatian ke tempat lain. dapat pegang botol susu pun dah puas hati. hehe.. oklah tu je nak share. hujung minggu yang biasa2 je.. tapi oklah as long as dapat puaskan hati anak2. okeylah till then bye. wassalam



Friday, December 20, 2013

macam comel je..

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Hari ni lunch tak kuar mana2. aku duk ofis je even dah gaji malas nak kuar. gaji simpan dulu sampai 25hb baru boleh usik transfer mana2 yang patut kan. Aku jadi pengiring Auditor SIRIM dua hari ni. ingatkan semalam je, sekali tu hari ni kena replace orang, terpaksalah jadi pengiring lagi.. eh bukan pengiring tapi patung cendana :-p semalam kat ofis je, hari ni pegi site.. mengantuk sangat tak tahulah kenapa. time balik tadi aku tido dalam kereta tahu2 dah sampai. tido kejap je dah sitenya area kl juga.. tak sempat proses air liur basi dah sampai. hehe.. Masa orang audit aku terkulat2 kat tepi conteng2 main mesej la.. yang mana ada isu aku tulis la. dah memang itu tugas nya kan. boring sangat. dia kasi peluang jadi pengiring sebab orang baru lah katakan. otai2 tak mahu dah jadi pengiring. gitu.. oklah juga boleh belajar something..

Ok, berbalik kepada kisah rumahtangga ku pulak. cewah.. dah 4 hari 3 malam en suami tiada di sisi. pergi kelantan nun ada bengkel.. jadi mak tunggul kejap. tapi ada import adik aku dari kluang untuk temankan.. semalam dah balik ikut ayah, tinggallah kami 3 beranak.. asyik kena tinggal je. bosan betul. camanalah orang yang boleh urus anak sorang2 tu kan. aku ni bukanlah penyabar sangat. tu yang jadi 'hantu' kalau budak2 ni tak dengar cakap..

Sorang melenting2. dah sound banyak kali memang gitu gayanya.. sorang lagi buat hal sendiri.. ni semua kes terjadi bila nak atur diorang tidur. nak tidur pun payah. tutup lampu baru senyap. tapi masih ada yang nak main game lah itu lah inilah. selalu aku ugut je. tengok tab malam2 esok nanti tak boleh buka mata camana. kejap je lepas tu terus tutup hp. kadang kena ugut macam tu baru nak dengar cakap.

Yang si adik pulak time tidur mesti nak berkepit dengan ibu. nak 'candu'. kalau tak, tak boleh tidur melainkan dengan ayahnya dia akan tertidur sendiri. powernya kuasa ayah kan. semua dengar cakap ayah. kalau ibu jerit pecah rumah pun masih tak de orang nak dengar. ayah cakap tidur, semua tidur. huhu. kadang terfikir bilalah nak ada 'me time'. tapi bila dah ada 'me time' tu teringat kat anak pulak kan. 

Okey2 tak nak bebel panjang2 dah, masa dah suntuk. acik nak tidur pulak ni. nak tunjuk gambar cik adik aisyah pakai tudung baru. jiran belakang kasi. bukan susah pun nak pujuk dia pakai. cakaplah " cantiknya.. comelnya".. mesti dia nak pakai. hehe.. kalau pakai sepit ke ikat rambut ke, memang selalu dia tak nak.. tapi pakai tudung semalam, lekat pulak. sampai nak tidur pun tak nak buka. sabo je lah. perasan lah tu. tapi adik memang comel pakai tudung. muka kecik je macam nak kena kenyek. hehe..

macam comel je, macam cantik je :-) tapi tudung bengkang bengkok dik. tak gosok dulu ke :-p

ni budak mengarok ni.. aish aqil aqil. bilalah nak jadi abang yang memahami ibu ni..

oklah. time to zzzzz.. hehe.. kat luar pun dah gelap semacam nak hujan lebat ni.. sedap tidur. jangan terlajak tidur sampai lebih waktu pulak. kena set timer ada penutupan audit kena pegi jugak. ok bye. selamat hujung minggu. bye.. wassalam


Tuesday, December 17, 2013

met baby danish and the celebration

Assalamualaikum..

Hi alls!! tora datang lagi. tapi yang ni bukan tora ye. hehe.. Hari ni nak kongsi cerita balik kluang jumaat lepas.. kejap sangat cutinya.. terasa tak puas pulak bila balik kejap2.. ada aqiqah baby danish anak sedara ku yang baru.. jadi meriahlah sikit hari sabtu tu ada event kan.. aqil dan aisyah lagi lah puas main2.. aqil sangatlah happy dapat jumpa sepupu2 dia. main je kejenya.. main badminton dengan tokma, main kolam lah. tak heran dah ibu dia. suara pun sampai serak2.. tak tido siang.. malam je lah waktu tidur yang terbaik..

Ok apa ye nak cite. oh.. aku tak pegi mana2. siang sabtu tu cari barang nak letak dalam goodies bag aisyah je.. celebrate bday aisyah dan aqil sekali. aisyah 2 tahun, aqil 5 tahun. kek dua biji. dua2 ibu buat ye. ingatkan nak beli je senang, tapi ayahnya kata buat je lah lagi sedap.. buatlah kek red velvet.. seperti biasa, kek buatan sendiri agak comotlah kan. hehe..

Ni kira menumpang majlis aqiqah baby danish la ni.. aku siap kek je. menu malam tu ialah gulai kambing aqiqah masak manis., kambing golek sekor ayah belanja birthday dia 16/12. lain2 lauk kampung. pada mulanya memang lapar sangat. tapi bila dah ramai tetamu, kena jaga anak pulak, tak teringat lansung nak makan. lauk dah habis baru tercari2 . huaaa.. tapi takpelah, korek mana yang ada. dapat juga merasa. malam tu aku tidur dalam pukl 2 kot. bukan buat apa pun. hehe.. ok jom tengok gambar..

my babies.. time ni baru sampai. anak2 ku duk agah2 dan usik danish, tapi baby ni tidur je. tak terusik lansung.. 

masa tengah selawat dan marhaban pun tidur juga. 

ootd.. jubah dari Dubai yang suami belikan untuk kami anak beranak. see my baby bump? hehe. 19 weeks already.. alhamdulillah..

posing2 sebelum majlis bermula. 

lepas majlis aqiqah, potong kek untuk anak2 ku. aqil ada kat tepi tak masuk pulak gambar dia.. 

ibu dia yang over. haha..  

esoknya papa danish cukurkan rambut dia. dah comel dah kepala tu..

Sedikit cerita tentang baby danish. budak ni malam suka berjaga. kalau diam tak pe, tapi dia nangis kuat gila.. ada satu malam tu semua bilik bangun sebab terdengar suara dia nangis kuat. aku ingatkan jatuh katil ke apa kan, rupanya nak salin baju je. sebenarnya lapar, tapi salah step pegi salin pampers dulu. apalagi, kalau dah nangis memang harapan lah nak pujuk kan. huhu.. eee budak comel ni. babap karang.. sedapnya bau baby. tunggu turn aku pulak bulan 5 tahun depan gomol baby sendiri.. baby-baby yang ada ni dah macam2 bau. haha.. 

Oklah till then. bye.. wassalam..


Thursday, December 12, 2013

hadiah untuk anak

Assalamualaikum..

Hai korang!! selsema ni dan saki tekak. huhu. semalam duk hacuuumm je kejenya. sampaikan anak2 pun ejek. ada yang tak jadi nak bersin. hehe. siap aisyah amikkan sapu tangan, nah ibu.lap hingus. hehe. pandai dah dia cakap :-) asal dah terbersin mesti terkencing. tu yang banyak kali kena tukar kain atau seluar. Semalam, dengar2 cerita jiran2 kata tak de air hari ni. jadi, semalam lah cepat2 settlekan basuh baju semua. esok cuti balik kampung..

Hari ni en hubby cuti.. niatnya cuti nak balik jenguk mak sekejap sebelum balik johor. tapi tapi tapi... semalam bumbung rumah bocor.. waaaa... i ok je. jangan masa tengah tido menitik dalam mulut sudah :-p tapi tuan empunya rumah tu tak senang duduk. terpaksa lah call orang untuk baiki bumbung rumah. musim hujan barulah nampak kat mana bocor sana sini banyak tompok air hujan. berpeta dah plaster siling ku. terpaksa juga korek2 duit yang tak berapa nak ada.. dengar cite banyak juga kos nak baiki bumbung tu.  tak pelah.. redha je lah kan.. 

Semalam juga, aku bawa balik hadiah untuk anak2 aku. ceh, hadiah la sangat.. yelah, ni paling maaaahaalll aku beli hutang 2 tahun ni. kuikuikui.. semangat bawa balik naik motor ni demi nak tunjuk kat anak2 yang pasti akan suka kan nya. huhu.. and as per expected, memang diorang suka.. kot :-p

it's talking english with talking pen from GROLIER

satu lagi kawan punya.

Actually, salesman ni pernah promote kat aku 3 tahun lepas kot. tapi masa tu keluaran lain. aku tak minat. kali ni buku dengan talking pen. berebut2 pen budak2 ni nak pegang. kemek2 buku aku tau. buku tu pun special made lah yang menyebabkan pen tu boleh detect wording dan pic dalam buku tu.. oklah. tapi untuk anak2 aku yang tak didedahkan dengan english, memang lah mula2 tak faham. sebab tu lah beli kan benda ni. main ikut je lah pen tu cakap apa.. hasben kata macam membazir tapi for me kalau nama buku tak pernah ada yang membazir.. macam ada orang tu beli thred mill pastu sandar kat dinding dah setahun dah. uppsss... sape lagi membazir :-P

Kiranya ni hadiah lah ek sempena aisyah 2 tahun dan aqil 5 tahun bulan 1 nanti.. hutang 2 tahun. untuk adik baby juga. haha. ha.. kan ke lama tu boleh pakai. tapi kena jaga elok2 lah. dan kenalah ajar anak2 kan. jangan duk perap je. ingatan untuk diri sendiri juga tu. seronok juga buku dan method ni. hope lepas ni aqil dan aisyah berhabuk cakap english biar ayah dia ternganga2, underestimate ank kan.. haha.. jahat ibu..

Oklah. time's up.. semoga niat murni ibu ni akan tercapai :-D bye. wassalam



Tuesday, December 10, 2013

berdebar dan risau

Assalamualaikum..

Hai.. Semalam aku EL.. sebabnya.. aku bleeding hari ahad. haaa.. takut tak.. so aku amik keputusan untuk bed rest pada hari Isnin.. ni semua buat mengikut pengalaman dan andaian sendiri.. masa dulu sebelum aqil, aku gugur tapi masa tu 14 minggu mengikut perkiraan sendiri. Bila scan sampai hospital doc kata 12 minggu dan baby tak membesar.. tak de heart beat.. masa gugur tu, darah kuar titik- titik non stop.. ni cite 5 tahun dulu..

Tapi semalam, alhamdulillah seharian bed rest tak de warna yang mencurigakan.. kejap je lah petang ahad tu kuarnya.. aku tak pergi klinik pun. berkira2 juga nak pegi tu. bukan apa, macam konfius eh hospital ke klinik nak pegi ni. pastu bila rasa baby macam gerak2, aku rasa ok kot.. later lah masa check up nanti baru cerita kat nurse. mesti nurse marah tak. huhu.. 

Bukan apa, kalau pegi klinik or hospital mesti dia nak pakai mulut itik tu.. aaa  takut.. sendiri tanggunglah risiko kan.. hmm.. cuak gak.. tapi nak kena pegi juga ni dalam masa terdekat sebab check up 19hb lambat lagi.. and hari ni alhamdulillah clear lagi.. berdebar je kalau nak pegi toilet tu nak cek.. kot2 lah ada warna yang mencurigakan. huhu. minta jauh..

Masuk ofis siapkan kerja yang tertunda.. dah hujung2 tahun ni mestilah banyak akaun nak kena settle. nak tutup akaun, nak pulang balik duit, nak itu, nak ini.. haa.. macam2.. slow2 la aku buat kerja. kena beringat jugak.. doakan semoga baby sihat ye kawan2.. amiin... bye. wassalam



Saturday, December 7, 2013

Happy Birthday my dear Aisyah Humairah

Assalamualaikum..

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday to Aisyah Humairah
Happy Birthday To You!!!!

Selamat hari lahir yang kedua tahun anak perempuan ibu :-) Ibu doakan Aisyah sentiasa sihat walafiat, menjadi anak yang solehah yang bakal mendoakan ibu dan ayah di kemudian hari..

Haish.. apalagi nak diceritakan perkembangan aisyah semejak dua tahun ni. Alhamdulillah dah 2 tahun kita hidup bersama sejak aisyah dilahirkan lagi. Alhamdulillah Aisyah senang dibesarkan cuma ketika awal2 kelahiran, agak merunsingkan ibu dan ayah sebab kuning sebulan tu. haa.. inilah anak bertuah ibu ni mengajar ibu duduk hospital masa dalam pantang. huhu..

Alhamdulillah, Aisyah senang dijaga. Tak banyak karenah. tak banyak nakalnya macam abang aqil tu. anak perempuan kan. lembut je. tapi kalau merajuk, pelik betul perangai. suka baring atas lantai. tak kira lantai tu kat mana. haa.. kalau tablet pulak lambat loading atau hang ke apa, sila kau ke lantai kena hempas +_+. itulah anak perempuan saya :-)

Dari segi makan, oklah boleh lah.. cuma sekarang dah kurang minum air masak, tu yang berak sembelit tu. masalah yang tidak berkesudahan.. pening memikirkan. nak paksa2 dia, dia kan budak kecik lagi, tak faham lagi baik buruknya kan. kalau tak suka, tak boleh paksa.. gitu..

Dari segi minum susu, alhamdulillah juga. dah mula mahu minum susu tepung.. lompat bintang ibu :-) tapi sebelum tidur masih nak bergayut dengan ibu lagi..ye.. aisyah masih breastfeed lagi :-) eh lupa, ibu pun dah graduate la dari BF aisyah kan. sila lepaskan ibu :-p ingatkan tak dapat lah nak susukan dia sampai 2 tahun, rupanya perancangan Allah lagi baik.. dalam semput2 tu, berjaya juga menyusukan aisyah.. lepas ni, suka hati mu lah nak, nak nenen ke tak nak. ibu tak kose nak sapu apa2.. Pandai2lah aisyah berhenti sendiri ye.

Last but not least, happy birthday anakku aisyah.. May Allah bless you and protect you every single time. ibu ayah dan abang aqil love you so much.. mmuahhhhh...


 

Friday, December 6, 2013

18 weeks

Assalamualaikum..

Hai. i'm back :-) tenggelam timbul empunya blog ni ye. nak sangat menulis tapi busy sesangat.. nak baca blog kawan2 pun tak sempat. jadi, terabailah sikit blog ni bulan ni. upss.. lupa. hai disember.. oh lupa again. kalau ikut 2 tahun yang lepas, time macam ni dah ada kat hospital berlegar2 nak melahirkan aisyah. hehe.. how time's fly.. 

Ok, mari cerita satu2.. hari ni aku pegi minum air gula untuk MGTT.. dah minggu ke 18 ye.. dah rasa baby gerak2. perut pun dah naik sikit. kalau melihat pada bentuk perut macam lelaki je dalam ni. tapi kalau melihat pada kalendar cina, macam perempuan. haa.. dah jadi ahli nujum dah.. hehe. tak pelah, lelaki ke perempuan ke, ibu tak kisah cos i got both before this. ibu berharap baby sihat walafiat dapat keluar melihat dunia dengan selamat.. 

Tadi, minum air gula tu memang rasa 'nikmat' sangat.. seawal pagi pukul 7.30 dah sampai klinik. amik darah. haus sangat masa ni sebab dari pukul 10 malam puasa.. lepas minum air gula, aku minta izin dengan nurse nak balik rumah sementara tunggu 2 jam lagi.. nasib baik tak muntah tadi. minum sekali nafas je.. balik rumah dalam kereta tu mulut memang rasa penuh je.. janganlah muntah. sebab kalau muntah kena minum balik. tapi nak ke ko mengaku muntah.. huahuahua.. balik rumah dapatlah tidur kejap.. tengok ada mangga pengasuh aisyah bagi, potong siap2 bawa bekal pegi klinik, kang lepas amik darah boleh makan.. haa.. makan pagi dengan berselera sekali. rangup dan tak masam. cicah garam. tu jelah sarapan pagi tadi.. :-)

Harap2 keputusanya ok. tak naklah ada kencing manis, susah woo kena ulang alik ke spital 4 kali sehari. then jari kena cucuk lagi.. pastu kira berisiko la kan.. takut..  hmm.. tu je lah cerita nya.. nak cerita apa lebih2 pun tak reti dah.. cite pasal kerja biasalah, ada up and down nya.. tapi i likes challenge (muntoh).. banyak yang aku belajar dan mula faham berada di sini.. i like my job *_*.

Ok bye. wassalam...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails