Friday, November 29, 2013

link susu ibu

Assalamualaikum..

Hai!!.. salam jumaat. hari ni tak keluar pegi mana.. haa.. kalau ikutkan hati tu, melonjak2 je nak kuar opis cuci mata shopping2 ke.. tapi semalam dah pun keluar pegi SOGO.. malam pulak pegi TESCO nak makan oven bake cookies sundae  :-p sambil2 tu soping sikit2 lah beli keperluan yang penting je. selalunya suka soping barang2 basah tapi dah laaamaaaa mak tak beli barang basah, sebab kurang masak sekarang ni.. alahan pembawakan budak. kuang kuang kuang.. sekeh sikit kepala ibu ni.. ok tak pe2.. dapat jimat masa.. lepas balik kerja petik je nak makan apa. pegi beli. dapat lah rehat lama sikit.. :-p tapi kerja2 seperti lipat kain, basuh kain,semua masih rajin.. yang tu jangan risau.. masih terurus. beras aku pun sampai dah berkutu, siap masuk mimpi kutu tu tukar jadi ulat beluncas. haha. saiko nya sebab jarang masak..

Ok.. aku kan baru dapat anak sedara baru.. danish namanya.. jadi adik aku ni banyaklah tanya aku gitu gini camana breastfeed, EBM etc.. jadi aku ni dah lama tak mentelaah benda2 ni. kira dah ada dalam kepala la golden rule dia. cewah.. tapi kadang tu lupa juga bila tak praktis. kita praktis ikut kebiasaan lah kan. kena banyak membaca benda2 macam ni. info tentang breastfeeding memang mudah didapati sekarang ni. Ibu2 lebih terbuka mindanya dan sudi berkongsi cerita dan ilmu BF ni..

Jadi, untuk memudahkan pencarian ilmu BF ni, aku kongsikan beberapa link penting untuk aku dan juga kawan2 yang lain sekiranya sedang mencari.. untuk adik aku jugaklah senang cite.. aku pun kadang lupa, menggagau cari info bila kita memerlukan. sekarang, semuanya dihujung jari.. tapi pastikan info yang kita cari tu betul.. jangan cari ilmu sesat asal boleh sudah ye.. 

1. link cara nak uruskan EBM kalau dah banyak sangat.. klik sini.. haa.. dulu masa aku sedang cari ilmu berkaitan susu ibu, banyak refer website sarakids ni. bila kita baca tentang BF ni, kita lagi semangat, berkobar2 rasa nak BF.. jangan baca blog yang down ye.. baca yang positif.. kalau aku ada rezeki nak menyusukan baby baru ni, aku akan stat pam semasa berpantang seawal yang boleh. samalah dulu pemikiran aku, nak simpan mana susu kalau banyak2 ni. tapi now aku dah ada Deep freezer, jadi tak payah risau.. lagi satu, kita tak tahu apa perancangan Allah tetapkan untuk kita. manalah tahu kena pergi kursus ke apa kan yang melibatkan masa yang panjang, time ni lah stok2 susu ni sangat berguna.. kalau tak mula dari awal, nanti dah hujung2 stress nak kumpul susu.. 

2. Camana pulak nak bawa balik susu ke rumah sendiri selepas berpantang.. ha.. jangan susah2.. boleh baca link dari farah sarakids ni juga. aku pun ada experience. Insya-Allah dijamin selamat dan susu tak mencair.. boleh refer link ini . okey boleh juga refer pengalaman aku masa bawa balik susu aqil dari induksi dan perjalanan pulang susu aisyah dari kluang ke ampang

3. Tips penyimpanan susu ibu boleh refer blog mummy luna. blog pilihan ku tentang susu ibu. klik here

4. rahsia susu banyak

Ha.. banyak lagi lah ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. kalau ada, nanti aku update lagi. ni baru sikit ni.. bergantung kepada pertanyaan adik aku. haha.. korang kalau ada nak tambah link yang menarik, sila lah drop komen dan bagi link tersebut ye.. ok.. bye.. wassalam. selamat menyusukan bayi anda.. cewah dah macam iklan apa dah..


Monday, November 25, 2013

syoknya memborong di GM Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Hai korang!! Weekend buat apa.. kami semalam pegi tengok anak sedara bersunat.. si Aiman tu.. adalah about few days dah dia sunat.. bogel sepanjang masa tak nak pakai suar.. nak tengok gambar? haa.. hehe.. takkan nak tunjuk gambar pulak kan. ada yang muntah pulak tengok bird orang bersunat. kekeke... Aiman ni bersunat awal, umur 6 tahun dah sunat sebab doc suruh sunat ada infection kat bird dia.. best solution lah tu kan.. tapi budak kecik mana faham apa kan. kalau dia dah besar sikit sunat, mungkin kefahamannya banyak lagi.. mak ayahnya lah yang kena banyak sabar jaga anak sakit ni. wuhuuu... jadi aqil, silalah tunggu besar sikit ye kalau nak sunat. sebab ibu ayah ko ni memang tak penyabar. 

Okey, semalam tak plan pun nak gi GM Klang. Kak Long yang ajak pegi sebab nak beli barang kenduri untuk aiman. jadi aku pun ikutlah sekali. dekat je rumah kak long dengan GM.. hasben dan anak2 sume tinggal. aisyah je ikut kami berdua.. Dulu pun aku dah pernah pergi GM Klang ni. masa tu dia kat shop lot yang setingkat tu. masa tu tak reti nak beli apa. baju aqil pun lebih kurang sama je fesyen dia.. now bila dah ada anak pompuan, tengok gaun2 dia semua cute je.. murah plak tu. kalau kat pasar malam atau kedai2 baju, mahu 40 ke atas..

Oleh sebab murah, maka terbelilah sebanyak 11 pasang baju budak2 ni. aish.. pecah rekod betul.. macam nak raya kekdah nya. hehe.. aisyah dapat 3 helai baju gaun, 3 helai pijamas. aqil pulak dapat baju superhero kain jersey tu 3 helai dan baju tidur 2 helai.. dah dia kata beli 3 baru dapat harga RM 20 sehelai. jadi setelah mencongak sedikit sebanyak  ok lah.. lagi pun baju budak2 ni banyak yang dah kecik.. boleh lah bolehlah pejam mata.. ayah aqil pun dah pesan belilah baju diorang. wah, dapat green lite... orang lain yang nak beli barang, kita yang sakan..

baju biasa2 je..

Aisyah mula2 ok je nak berjalan sendiri.. dia lagi rambang mata tengok banyak mainan. semua nak pegang.. Mula2 elok jalan sendiri, pastu dah lama, dia pun dah letih, nak berdukung je.. kelakar aisyah ni. girlkan.. bila nak test baju gaun kat badan dia. siap pusing2 sofia sofia. hehe.. terikut2 cerita sofia the first tu..
  
happy boy.. walau pun tak ikut. 

Okeylah..ada lagi kedai borong yang aku belum pergi iaitu Kenanga Warehouse Sale, orang kata murah2 jugak... dekat dah dengan ofis. budak2 ofis ni selalu gak pergi tapi aku tak ikut sebab diorang tak ajak. haha.. tak pelah, next time kalau diorang nak pegi aku nak ikut lah. tapi bukan masa terdekat ni sebab aku dah borong banyak dah baju anak2 semalam..

baju superhero aqil. dapat RM 11 sehelai..

Puas hati jugaklah beli. dengan hanya RM 250 dapat 11 pasang baju.. kalau kat sogo tak dapek banyak ni :-) boleh lah buat baju basahan diorangkan.. aqil siap pilih sendiri baju apa nak pakai hari ni :-D upss. aku pun dapat gak 2 helai skirt kembang.. senang pakai skirt or seluar cotton ni, perut tengah nak membesar, baju sangatlah limited bila nak pakai.. oklah. bye. wassalam..


Wednesday, November 20, 2013

random story

Assalamualaikum..

Hai korang. lama tak menulis. tak de idea pun. anyway selamat bercuti sekolah untuk adik2 yang sedang bercuti.. aku tak delah amik cuti pun sepanjang cuti sekolah even ada baki cuti 14 hari lagi.. tapi maybe ada amik cuti dalam bulan 12 kot. tu je lah cuti. yang lain2 masuk GCR dan carry forward :-)

Anyway, aisyah sekarang ni on off demam.. belum betul2 baiknya.. dah seminggu lebih on off demamnya.. demam mula2 tak tinggi sangat cuma dedar gitu je lah. pastu yang time tinggi tu masa dia sakit perut minggu lepas tu yang bawa pegi klinik. pastu ok, dah baik. minggu ni selsema pulak. tu yang turun naik suhu badannya.. hmmm... sian anak ibu yang comel ni. Aisyah ni senang nak jaga dia. compare dengan aqil lah kan.. jarang kena marah dia ni. kalau marah pun saje2 nak buat dia nangis. kuat merajuk. huhu.. anak perempuan cam tu lah gayanya.. hehe..

Now dia suka dengar lagu Sofia The First tu. kalau dengar je, mulalah dia pusing2 joget2 senyum2. hehe..memang betullah anak perempuan. Last weekend lepas ayahnya balik dari Dubai, ayahnya bawa gi Jusco, nak belikan mainan elok sikit untuk anak2 ni. heee.. selama ni yang cikai2 je.. so marilah kita pilih mainan yang mahal sikit :-p untuk aqil, ni lah mainan yang paling mahal kot. haha.. untuk aisyah pun sama.. belikan aqil kereta yang ada trek tu.. bawah 100 la harga dia. actually dia dah amik hotwheel pastu ayahnya tukar sebab yang lagi satu ni lagi best trek dia.. aqil pun seronok..

Balik rumah, main punya main.. dia kebosanan.. nak hotwheels jugak. dia suruh aku pulang balik kat jusco tukar dengan hotwheels. ko ingat apak ko ni cap duit ke. haha.. mainlah selagi boleh.. yang aisyah ingat nak belikan dia barbie ke, sekali tu dia tak heran pun barbie or mainan masak2 tu. dia lagi suka main tekan2 mainan yang ada bunyi2 tu.. so amiklah dia laptop kecik.. oklah boleh lah dia dengar abc ke, nyanyi2 ke dalam tu kan.. tapi agak memekak juga.. haha.. apalah ibu ni, nak main pun tak boleh.. 

hmm itu jelah nak cerita tak best pun. kisah anak2 aku je lah. kisah aku macam biasa.. mata ni kalau boleh nak tido je.. bangun pagi pun sama lebih2 lagi sekarang hujan malam kan. sejuk je.. tak payah dah bukak aircond.. tu yang bangun pun malasnya.. dugaan betul. oklah. bye. wassalam..

Friday, November 15, 2013

taska : cadangannya begini...

Assalamualaikum..

Hai alls.. Esok dah weekend. alhamdulillah.. esok en suami tercinta akan pulang. Semoga selamat sampai ke rumah dengan selamat ye cik abang.. Semoga dengan kepulangannya nanti jadual aku akan kembali teratur. Untuk minggu ni, dah pecah rekod 3 hari lewat. huhu.. Nak salahkan siapa ye. salahkan diri sendirilah.. bangun pun lambat. lepas tu, sekarang ni hujan pagi, jadi kereta memang bergerak perlahan kan.. haa.. ada alasan di situ.. +_+

Aqil okey je duduk dengan pak lang dia. sesekali adik aku asyik miss call suruh call balik aqil nak cakap. aqil cakap benda yang sama je.. "bila nak datang rumah ibu. nanti belikan mainan macam affan yang lekat kat dinding tu" (hotwheels tu.. ) grrr... baiklah tuan. kita tunggu ayah balik ye.. aku pun tanya soalan yang sama juga. "aqil buat apa. aqil dah mandi. paklang buat apa. paklang sapu rumah tak. aqil makan apa?" hehe. itu soalan rutin dua hari ni..

Tadi pun dapat mesej dari taska aqil.. minta pengesahan dari doktor bertauliah samada anak2 dah kena chicken pox ke belum.. kalau tak, tak boleh masuk taska tahun depan.. hmmm.. boleh tak aku tulis surat, sila rujuk blog ini. hehe.. maknanya aku kena lah refer balik ke KK Ampang, sebab masa aqil chicken pox tu aku rasa aku pernah pegi sana.. tapi tak tahulah nak layan ke tak.. hmmm... Aku pun ingat nak buat surat tulis cadangan aku. Sila pihak taska menyediakan rumah tumpangan sementara (taska tu ada 2 biji lagi rumah sewa) untuk anak2 sekiranya berlaku penutupan taska supaya tidak menyusahkan ibu bapa mana nak campak anak diorang. suka hati je 4 hari direct nak tutup. memanglah untuk kebaikan bersama juga. ni dah hujung tahun cuti mestilah dah tinggal sikit. takkan nak bawa pegi opis hari2 oii.. nak gerak gi meeting pun susah.. nak fotostat pun susah..

Kadang geram juga dengan pihak pengurusan ni. baik tu memang baik. tapi tu lah, diorang pun berbelah bahagi agaknya kan. tapi bagilah win win situation.. cuti raya dah amik seminggu. cuti raya haji seminggu.. full payment ok. dah tulis dah dalam undang2 dia.. kalau dia cuti, full payment, kalau anak2 cuti, pun full payment juga... hmm gitulah orang berbisnes ni kan.. 

Okla oklah.. time to go back. selamat hujung minggu.. bye.. wassalam...

Wednesday, November 13, 2013

serabut time

Assalamualaikum.

Hari ni lewat 5 minit masuk ofis sebab berangkut dengan aqil. Taska dia tutup sebab ada jangkitan chicken pox. setakat ni dah lebih 5 orang kawan2 aqil yang kena. tu yang jabatan kesihatan suruh tutup sebab nak bersihkan wabak chicken pox tu. haa.. sapelah yang tak bertanggungjawab biarkan anak chicken pox datang nursery.. masa aqil kena dulu, owner dia siap tak bagi aqil datang sampai kuping hitam tu tercabut. lama mana kitorang kena amik cuti gilir2 2 minggu lebih baru hantar dia ke taska.. tapi tak pelah, musim agaknya tu yang ramai berjangkit tu.

Jadi, masalahnya berpihak kat aku lah. 4 hari dia tutup. sampai sabtu. mujur sabtu memang tak hantar pun aqil ke taska. semalam sibuk dia nak ikut aku pegi ofis. dah macam2 janji dah berjanji, tapi ada dia kesah nak tepati ke tidak. dah kata jangan bising, jangan lari2.. ada dia dengar. hailah budak kecik ni. kalau dah nama aqil tu, aqil lah jugak. sentiasa ceria dan melenting2 macam ada cacing kerawet dalam bontot. esok tengok camana, dia nak ke tak pegi rumah pengasuh aisyah tu. aku risau takut aku kena masuk meeting kalau aqil ada camana nak tinggalkan dia.. huhu

Tadi nak main game dalam pc la. nasib baik aku tak de kerja urgent sangat.. kerja yang melibatkan pc. tapi kena melayan dia main game. sabo je lah aku ni..  pastu tengahari pengasuh aisyah call katanya anak ko sakit perut. menangis je. haa.. aku dah mula tak senang duduk..

Memang dari semalam lagi dia kata sakit perut. ye, aisyah dah tahu cakap sakit perut. angin kot. sebab bila sakit perut je dia nangis cakap "sakit perut". pastu, hilang sakit, elok je.. sembelit pun ye juga. sian aku tengok dia.. pastu tengahari tadi pegi klinik swasta. sejam juga tunggu, orang kata kliniknya bagus.. cubalah. doc pun tak tahu nak cakap apa sebab dia sedang demam, tekak dia tak merah.. maybe ada salah makan. kena biarkan najis dia kuar habis baru akan ok. sekiranya tak ok, kena bawa pegi hospital amik darah dan buat ultrasound.

So tadi, sebab dah panas sangat 38.5 degree, doc masuk ubat bontot. dapat ubat demam dan ubat buang angin kalau tak silap.. oklah rate klinik ni,  RM 26 kena tadi.. doc tu pun explain bagus tu yang berderet orang tunggu sebab setiap sorang lama juga amik masa.. lepas tu, kena pau dengan aqil kat kedai sebelah. haish budak bertuah ni, memang bijak. pantang nampak kedai. mainan yang dituju. tak nak banyak cerita drama swasta beli jelah walau pun gaji lambat lagi +_+.. 

Pastu, hantar aisyah balik rumah pengasuh dan aqil pak lang dia jaga sekejap.. tu pun sibuk call aku bila nak balik. haish.. tu lah, ibu ada nakal.. tak nak dengar cakap.. sabo je lah banyak2 su oii... aku masuk opis balik, sebab ingatkan sekejap je kat klinik tadi, so tinggal gitu je bilik tak kunci tak tutup lampu.. terpaksalah pegi keje balik, rasa serba salah sangat curi waktu. without time slip plak tu.. so ni balik lambat dalam setengah jam. qadak balik lah waktu yang dicuri tu..

Oklah tu je nak share.. doakan aisyah sihat kembali ye kawan2. bye. wassalam

Monday, November 11, 2013

cabaran jaga anak

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. semoga kawan2 semua sihat selalu.. monday blues ke? i xde nak blues2 pagi ni... sentiasa ada keje. hehe..

Ok hari ni nak share lah cerita hujung minggu.. weekend tak pegi mana2. tapi weekend yang agak stress sebab melayan karenah anak2 yang sedang melasak.. memang stress sangat jaga anak sorang2 ni kan. adalah adik aku tu tapi apa yang dia boleh buat pun kan..  nak pegi mana2 aku kena guide sebab tak familiar jalan.. nak tak nak semua aku jugaklah yang kena. ditambah lagi mood pregnant kali ni mood M.. jadi kejenya nak berlingkar je lah kan.. huhu..

Jadi, bila ada anak bujang yang sangat lasak seperti aqil, tahap kesabaran tu dah semakin menipis. marah je lah keje aku kan. haa. geram sangat.. aku sampai cakap aqil pegi sekolah lagi bagus lah. duduk rumah bukan nak reti diam. tapi budak kan, ko kutil dia pukul dia camana pun, kejap je dia diam. kejap je nangisnya pastu sambung melenting balik.. stress tau.

Lepas tu, lagi penambah stress aku bilamana jiran2 aku agak membingitkan keadaan hari tu.. aargghh.. stress.. sorang sibuk drill rumah tak habis2 apa benda barang baru yang dia bawa masuk pun tak tahu (haa.. jeles ke. kahkahkah. tak de makna okey) sorang lagi kejenya pasang radio kuat2 head banging punya lagu tau. satu taman boleh dengar.. ko ingat ko sorang ada radio ke. aku ni pagi2 suka buka sliding door, buka pintu kasi udara luar masuk kan. mula2 elok lagi, lama2 tak boleh jadi, aku tutup semua pintu tingkap, kurang sikit bingit telinga ni.

Nak ajak adik aku outing, aku lagi malas. dapat dibayangkan yang aqil akan melenting2 merengek2 nak main game, nak mainan.. yang aisyah pulak mesti nak berdukung je malas jalan... aaaa.. nangis. tapi, tak pelah kita duduk rumah je lah anak2 ye.. bila tengahari, aku tidokan aisyah. tido depan tv. dengan aku sekali tido. aqil pulak, tak de benda dia nak main, mulalah dia nak itu nak ini.. sekali aku dah baring, ingat senang ke nak bangun. tulang punggung ni dah lembut, jadi dia suruh baring je. kalau bangun boleh kembang bontot ni :-p

Kadang menyesal juga marah anak2 ni.. tapi nak buat camana. apasal ko nakal sangat nak oi.. aisyah boleh tahan lagi.. girl kan, slow sikit lah. aku dah cakap siang2 dengan hasben, kalau aku berpantang aku tak nak bawa aqil sama balik kluang. biarlah dia sekolah duduk dengan hasben. weekend je boleh balik jumpa ibu. teringat lagi keadaan berpantang sama dengan aqil.. tension.. sebab dia jenis yang kuat main, nak kena ada orang layan dia.. ni baru anak dua ni..

Bila dengan aisyah pulak, dah dia tak de kawan kan. adik pegang, dia rampas.. adik makan, dia amik. pastu adik nangis2 nak balik makanan tu, dia kasi plastik je. pastu aku mana ada stok dah kokocrunch ke apa. mana nak cari lagi dah benda dah habis. terpaksalah pujuk kasi benda2 lain. mujur aisyah ni jenis makan pujuk.. hmm.. gitulah keadaan yang selalu membingitkan keadaan. orang dalam rumah tak ramai, tapi suara macam ada anak ramai je. huhu

gambar diambil semasa sedang buat aduan kat whatsapp bersama ayah mereka

haa.. gitulah luahan perasaan aku.. semalam sebelum tidur dah kena kutil sekali nasib tak tertanggal kulit je. sebab buat adik dia sampai nangis. adik tu pulak demam.. aku berdoa je lah pada Allah semoga diberi kesabaran yang tinggi dalam diri aku ni nak didik anak2 ni.. kadang terfikir apalah dosa aku yang menyebabkan anak nakal ni. huhu. terlebih gula ke apa budak ni.. ni dah minggu sekolah, eloklah tu pergi lah sekolah sana. kang petang baru ibu amik. oklah. tu je lah luahan perasaan seorang ibu menjaga anak2 seorang diri selama seminggu. ceh baru seminggu, orang lain yang tak de suami tu jaga anak sendiri relaks je.. ok bye. wassalam..

Friday, November 8, 2013

only 3 of us

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang indah dan barakah :-) tadi time rehat pergi JJ. hajat dihati nak pergi SOGO tapi malas betul nak mendaki tangga nak naik lrt. tak de nak beli apa pun.. just window shopping. SOGO kan ada warehouse sale hari ni. aku ada dapat surat, tapi belum sempat nak buka dan tak tahu apa benda yang sale tu. huhu.. tapi tengahari tadi pergi JJ tu pun tumpang kawan. hehe. bosan duk opis kalau time rehat panjang..

Hari ni bermulalah tugasan ku sebagai ibu dan ayah selama seminggu. en suami telah fly ke Dubai.. arggghh.. kalau ikutkan nak ikut sangat.. tapi apakan daya jadual penerbangan tak sama dengan tiket yang kerajaan bagi tu.. aku kalau pergi mestilah berangkut dua orang lagi tu kan. takkan nak tinggal pulak. jadi, selamat dah en suami naik flight ke dubai tadi.. berkursus. bestkan dapat kursus over the sea. huhu.. kami ni bilalah nak merasa. tu yang best bila duk KADER ni, ada chance nak pergi oversea free.. hehe..

Jadi, bermula semalam juga dah import adik aku datang tinggal dengan kami. upah tu.. bukan senang2 nak ajak tu. haha.. jadi bibik kejap boleh kan yed. layan anak2 buah awak je. hehe.. jadi weekend ni tak tahu nak gi mana.. duduk rumah lebih baik.. dah ada pak supir ni boleh lah tolong2 jadi driver ahkak. hehe..

Untuk en suami, semoga selamat pergi dan balik.. ibu mendoakan abang selamat dan sentiasa dilindungi Allah selalu. pergi sorang tu.. kalau bawa aku tak delah tercangak2 kan. hehe.. macamlah aku ni tahu sangat Dubai tu. bukan apa, at least ada lah kawan kan. hehe.. tak pelah, dia telah menjanjikan nak bawa aku pergi jalan2 lepas ni sebab tak bawa aku sekali. hehehe.. iyolah tu, kang janji tinggal janji je.. tak kira nak tuntut jugak. hehe..

Oklah. selamat berhujung minggu kawan2.. bye.. wassalam

Thursday, November 7, 2013

14 minggu sudah

Assalamualaikum..

Minggu ni dah masuk minggu ke 14 tau mengandung no 3 ni.. lambat pulak ku rasakan sebab masih belum melepasi fasa fobia tu.. dah masuk second trimester.. Jom baca apa yang berlaku di fasa ini. copy paste dari babycentre.my

Crown to rump, your baby is around 3 and a half inches / 9 centimetres long and weighs one and a half ounces / 43 grams. The body is now growing faster than the head. This week, its parchment-thin skin covers itself with lanugo (ultra-fine, downy hair that usually disappears before birth). Though eyebrows are beginning to grow and the hair on top of the head is sprouting, this hair may change in both texture and colour after birth. 

About now, the fetus can grasp, squint, frown and grimace. It may even be able to suck its thumb. Researchers believe these and other movements probably correspond to the development of impulses in the brain. 

If you haven't yet made an appointment for maternal serum screening (also known as the triple test), you may want to do so now. The test provides more information about your baby, and screens for Down's syndrome and other birth defects. Also, your doctor may recommend an amniocentesis between 15 weeks and 18 weeks for women over 35 and those with a history of birth defects. If you are over 35, have a look at our article on how age affects pregnancy. 

http://www.babycenter.com.my/14-weeks-pregnant#ixzz2jqGoZMJj

Ha.. sekali je aku pergi scan hari tu. tu pun doc KK & Hospital yang nak scan.. time tu juga jumpa cyst. tapi bila pergi scan detail kat hospital, doc pakar tak nampak csyt tu.. hope nothing serious sebab kecik sangat kot cyst tu kan.. hope dah mengecut.. alahan di awal trimester, alhamdulillah aku tiada alahan sepanjang mengandung ketiga2 anak ni.. cuma simptom2 biasa tu adalah macam peka kepada bau.. deria rasa lebih kuat contoh benda2 hanyir cepat dapat tangkap. 

As mentioned in previous post, penyakit malas.. nak tidur je kejenya. tapi kat opis tak delah aku malas, mahu kena jerkah dengan bos aku. haha.. simptom lain is garang. tapi aku memang garang pun tapi bertempatlah kan. tengok mood.. dulu masa aisyah aku suka buat kek. tapi kali ni bila ada orang nak baru aku buat. hehe.. simptom sama dengan aisyah kureng sikit bila bab makan. tapi makan tetap makan, sekadar alas perut, tak nak kasi lapar tu jelah. manis2 pun tak berapa sangat. haa ye ke leh caya ke ni. betullah, compared masa preggy kan aqil, big apple is a must. pastu terus kena kencing manis. hehe.. hope kali ni bila MGTT nanti tak delah melompat tinggi bacaan gula aku. hehe

untuk awal waktu ni, berat badan tak berapa nak naik. sebelum mengandung 45-47kg gitu. bila dah mengandung 45 kg pun payah nak sampai. pastu, rambut aku banyak gila gugur. kalau mandi tu segumpal rambut kat floor trap.. solutionnya ialah nak potong rambut tapi tak pergi2 lagi kedainya..  may be faktor tak cukup vitamin sebab at the same time masih menyusukan aisyah. aaaaaa.. bilalah budak tu nak melepaskan nenennya ni.. kadang aku fed up juga. pantang baring, ada je datang mengendeng.. tak bagi kesian, kadang aku marah juga dia. merajuk. huhu. kesian...

Dia kan kalau merajuk muka jebek2.. baring2 atas lantai.. adoi pengsan nak pujuk.. tapi dia takut dengan ayah dia. bila kata "jangan nangis" terus tak jadi nangis atau nangis senyap2.. haha.. sian aisyah.. sekarang panggil dia adik lagi. kuat makan dah. kalau nak elak dia dari duk selak baju aku, kena bawa bekal untuk dia kunyah2.. baru selamat sikit ibu ko ni. huhu.. oklah, en suami silalah tambah senarai simptom ibu mengandung ni ye. hehe. ok bye.. wassalam..

P/S : AISYAH HUMAIRAH IS 23RD MONTH ON 7TH NOVEMBER.. :-) ALAHAI CEPATNYA NAK BESAR.. TERCAPAI JUGA HAJAT IBU NAK SUSUKAN DIA SAMPAI 2 TAHUN INGAT TAK DAPAT DAH.. 

Wednesday, November 6, 2013

SeLaMaT PenGanTin BaRu

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1435.. Ni cerita weekend lepas.. lambat sikit update sebab aku sekarang pemalas gila nak update blog. macam tak de apa nak cerita dah. tambahan busy kerja lagi kan. blog kawan2 pun tak sempat nak tinggalkan jejak.. kemungkinan tambahan pembawakan budak, hormonnya lain sikit. kuikuikui.. hormon kali ini lebih kepada pemalas.. malas masak, malas mandi (sejak azali kot. haha) malas update blog, malas make up2..  malas serba serbi.. tapi kalau datang mood rajin tu, bergeraklah juga bontot tu. kalau boleh nak tidur je. nasiblah dapat suami yang memahami walaupun...... cewah.. kalau tak faham pun kena lah buat2 faham kan.. :-p

Okey2.. Minggu lepas, kami pergi wedding my beloved besty.. kak shiema salleh dan suami.. haa.. ni kawan dari diploma membawa ke degree membawa kepada masuk keje JKR sama :-) kawan dari asrama kat anggerik tu duduk bilik depan2, bangun lambat sama pergi toilet, bertembung di pintu bilik cover line sebab dah last minit dah nak pergi kelas baru hegeh2 nak mandi. haha.. kenangan betul.. jadi, adalah tidak patut rasanya kalau tidak menghadirkan diri ke majlisnya di Rembau.. jauh juga perjalanan sebab kebetulan jalan menuju ke Selatan adalah jammed!! ikut jalan dalam pun sama. kereta banyak... jadi hampir pukul 2 lebih baru sampai ke kenduri..

Dapatlah bertemu beberapa orang sahabat uitm.. nak borak lama pun tak berapa nak dengar sangat sebab speaker karaoke betul2 menghadap kami. jadi senyum cakap guna bahasa isyarat je lah. haha. nak marah anak pun boleh kuat2 sebab tak de orang dengar :-p 

Lepas makan, sembang sikit2, geraklah kami menuju ke pelamin. mestilah wajib amik gambar dengan pengantinkan. baru ada bukti. hehe.. kenangan tu, masuk album pengantin nanti. hehehe.. Anyway, happy sangat sebab kawan2 dah jumpa jodoh masing2. even lambat.. jodoh, ajal, maut, rezeki anak semuanya di tangan Allah.. kita sebagai hamba-Nya hanya berusaha yang penting doa yang tak putus-putus..

gambar kenangan bersama pengantin. dari kiri mirda, kak fazie, nana
belah kanan uji, me dan kak dilla. juga aqil :-)

Kepada sahabatku kak shiema dan suami.. selamat pengantin baru.. semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. Semoga dapat mendayung bahtera perkahwinan sehingga ke Jannah. Adat dalam rumahtangga ada pasang surutnya.. yang penting ialah komunikasi, tolak ansur dan saling memahami.. bila dah kawin baru tahu camana perasaan itu. hehe.. semoga menjadi isteri solehah ye kak.. ok bye.. wassalam..


Monday, November 4, 2013

kek yang membanggakan

Assalamualaikum..

hai! ramai ke cuti hari ni? aku pulak tak cuti. agak pelik bila aku tak cuti. sebabnya aku memang akan selalu amik cuti tersepit ni. tapi kali ni tak amik pulak, sebab tengok kawan2 kat opis ni tak cuti pun. bagus betul diorang ni. reasonnya ada yang cuti nak habis. aku pulak cuti consider banyak lagi tapi masa raya haji tu aku dah cuti direct seminggu, agak segan nak amik cuti. heee...

Ok, nak cerita pasal kek yang aku buat minggu lepas. actually kek dibuat untuk tempahan ofismate hasben.. aku buat kek coklat moist dan juga red velvet kek.. kek coklat moist tu aku suka pakai resepi macam2.. resepi kali ni oklah tak guna butter tapi dia pakai minyak jagung. kek tak berapa manis sebab aku kurangkan gula. tapi bila dah ada ganache topping tu, kira seimbang rasa dia. sedap juga. aku makan serpihan2 kek tu ye. kedua2 kek coklat dan rv ni berat dia 1.5kg masing-masing..

Kek coklat aku tak reti nak deco camana. tapi akak tu nak hantar ke taska anak dia. so kira budak2 lah kot makan. aku letak m&m je. ingat nak letak gambar kartun ke apa ke kan, tapi informer aku ni tak menjalankan tugas tanya detail kat akak tu. jadi aku buat lah corak ikut suka hati aku je lah. hehe..

dibantu oleh adik2 kecil yang sibuk nak juga coklat tu.. grrr....

font pakai red krim red velvet.. macam ni aku amik RM 50

Kek red velvet pulak, seperti biasa aku akan pakai resepi dari puan nani rostam (mohon halal ye kak :-) ). memang dari dulu lagi aku suka resepi dia ni. lain dari yang lain tak macam kek red velvet yang aku rasa.. specialnya apabila toppingnya ada mascarphone cheese. ada dua cheese la kat situ.. tapi kebanyakkan orang atau kedai tak jual topping macam ni sebab mascarphone cheese tu sendiri dah mahal. memang kita akan guna satu tab tu. satu tab 250g tu dalam RM 16++ ikut brand. ada yang RM26++.. tapi kelemahannya ialah dia tak boleh nak deco sangat sebab krim dia akan lembik. kena sentiasa duk dalam peti ais. bila nak makan baru keluarkan. gitu...  

harga RV ni aku amik RM 70. dah naikkan harga. dulu aku amik rm 50 je, rasa tak berbaloi sebab barang dia mahal. penat lagi kan..

Dan untuk order yang lalu, aku dah dapat satu design baru. cewah.. design gitu.. tak delah, dah lama aku teringin nak buat rose swirl. rupanya aku dah pernah beli nozzle dia tu, cuma tak reti nak apply. so aku tengok youtube.. korang cari je tajuk dia rose swirl. banyak tutorial pilih je. lepas tengok tu, aku bingkas bangun capai piping bag tu, terus picit. yeah.. jadi. alhamdulillah. rasa excited gila dapat buat bunga rose atas kek. haha.. tapi first time buatkan, placing rose pun berterabur. kena buat rapat2 sikit baru nampak banyak je rose tu :-) cuma tepi dia je aku buat garis2 macam tikar.. hehe..ok, let's tengok gambar..

nak juga tabur dengan manik2. hehe..

Ok tu je lah.. puas hati dapat buat kek ni. harap dapat menepati citarasa customer. cewah, customer tak tahan.. aku bukan lah serius buat kek ni.. ada orang minta aku buat, kalau tak de, tak delah, tak delah aku nak promote kat fb ke apa kan sebab tahu kek aku buat tak delah cantik mana. huhu... tu pun ikut rajin aku juga. kalau aku malas, memang tak gerak lah kan. tapi tak pernah pulak aku tolak buat kek ni.. ok je kalau kena dengan masa aku.. 

Oklah, bye. wassalam..

update : resepi kek red velvet kak nani rostam refer here.

Friday, November 1, 2013

permulaan november : ahli keluarga bertambah

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang penuh barakah. first of all, aku nak ucapkan tahniah sangat2 kat adik perempuanku yang telah selamat melahirkan seorang baby boy.. syukur sangat2. Jam 7.22 am pada hari ini, 1 November 2013.. berat apa sume belum tahu lagi.. adik aku ni czer.. sebab baby dah terbelit tali pusat dan dia tak engage pun. patut due 3/11 so decide operate je lah. tak de rezeki nak normal.. Alhamdulillah. bertambah lagi anak sedara aku.. bertambahlah ahli keluarga aku. bertambahlah bajet duit raya tahun depan yek. hehe. gambar baby biarlah mama dan papa dia yang reveal. cewah.. comel sangat.. geram tengok baby baru lahir kan.. 

ni kira cucu no 6 atok dan tok ma lah ye. semua baby girl except cik adik aisyah.. hehe.. al- kisah budak kecik  ni kan.. sekarang ni kalau pagi2 tak boleh tukar pampers dia. mulalah buat hal pagi2 meraung.. hmm.. nak tak nak terpaksa kasi pada pengasuh tanpa tukar pampers. tapi selalunya aisyah tak kencing banyak.. kurang bangun malam sekarang ni. kecuali kalau dia tak sihat, boleh dapat tahu lah, dia akan kerap melekat dan bergayut dengan aku.. jadi pagi2, akalu dia tengah tidur, aku akan angkat dia dan pass pada pengasuh. sambung tidur balik.. kalau dia segar, dai terus main. kalau masih mamai2, tidur balik. hehe

dak kecik.. semalam aku tidur awal. letih sangat. dah dua hari aku tidur pukul 1 pagi siapkan tempahan kek.. so semalam amik kesempatan tidur awal.. tinggalkan budak2 ni dengan ayah dia.. hehe..

ginilah hasil dia. terkejut beruk aku tengok kaki dia.. ingatkan apasal naik merah2 kat kaki tu. rupanya berconteng. haish anak sapelah ni. dia memang suka menulis.. hehe.. conteng2 bulat2.. dia suka buku. harap sampai ke besar lah ye suka buku :-)

Okeylah. to be continue.. nanti aku cerita pasal kek ye.. :-p

bye wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails