Tuesday, October 29, 2013

perkahwinan terakhir

Assalamualaikum..

Hai alls.. kita muncul kembali :-) weekend lepas yang busy.. adik ipar kahwin.. jadi kami berkampung di Lenggeng la buat apa yang patut.. dapat orang area situ juga. kalau ikut menantu2 yang lain, aku la yang paling jauh. adik beradik yang lain kawin dengan orang satu tempat :-) ni perkahwinan bongsu dan anak sulung..

Ni kira perkahwinan terakhir belah suami ku. alhamdulillah, selamat dah semuanya mempunyai pasangan hidup. mak mertua aku boleh tutup kedai dah lepas ni. hehe.. Nikah pada hari sabtu lepas asar dan kenduri besar hari ahad.. tapi sayangnya kedua2 parents in law tak dapat join sebab kedua2 nya uzur sekali.. mak mertua aku dengan sakitnya tu - terbaring je, pak mertua pulak kencing manis, sentiasa lemah badan. tido je lah kejenya. sian pulak.. Jadi kamilah adik beradik ipar duai yang memeriahkan suasana.. Belah lelaki tak jadi buat, sebab tak de orang nak masak. Kalau ikutkan pada awalnya mak mertua yang nak masak. tapi kita merancang Allah yang menentukan.. Ok let's picture tell the story :-)

pada hari pernikahan.. hanya dengan sekali lafaz, terijab dan qabul sudah..

hantaran dari pihak lelaki. tapi pihak perempuan yang buat :-p

dengan abang no 5 daripada 6 :-p di hari persandingan

berarak. cuaca sangatlah panas terik hari tu.. 

di rumah persinggahan. amik gambar dulu :-p

selepas dinikahkan. bergambar bersama adik beradik, ipar duai dan anak2 buah. aqil tak nak bergambar tapi masuk jugak. haha.

pelamin yang sweet..

Overall okey.. makanan dia sedap, orang kampung masak... especially gulai daging masak lomak tu.. dahlah baru masak panas2 lagi.. berpeluh2 makan.. hehe.. apa-apa pun tahniah kepada adik ipar dan selamat datang kepada biras baru. semoga berkekalan sampai ke Jannah.. amiin.. 

Friday, October 25, 2013

rezeki anak ramai

Assalamualaikum..

Selamat Pagi. Salam hari Jumaat.. yeay esok weekend :-) esok juga adik ipar aku akan bernikah.. jadi weekend ni memang full of activities lah kan.. tak dapat join birthday anak sedara sulung kesayangan  ku amil aiman.. parents pun datang. sian aku kan.. i'm away. huhu.. apo nak buek.. kasih sayang perlu dibahagi-bahagikan.

Apa nak cerita ek.. Pasal kerja dah ok sikit kot. sambung minggu depan lah pulak peningnya. sebab minggu depan nak buat valuation lagi. untuk hari ni, kita chill2 dulu. kejap lagi nak gi meeting. tapi update blog kejap. dia kan macam rasa bersalah pulak kalau tak update blog. padahal tak de apa pun nak stori mori..

Pregnancy. Minggu ni dah minggu ke 12 tau.. hmm.. lambat je rasa nak melepasi fasa 1st trimester ni. sebabnya risiko keguguran tu masih ada..jadi aku sentiasa berjaga2 at this phase.. dari segi fizikal, sikit je lah perut naik. seluar kerja dah tak boleh katup, boleh zip je. tapi baju kebaya masih boleh pakai. hehe..dari segi makan pulak, dah ada time pukul berapa yang perut akan berbunyi. pukul 11, pukul 4 petang dan pukul 10 malam. sebab tu sekarang ni aku balik rumah akan kunyah roti ke apa2 dulu. then maghrib tu dah kurang sikit rasa lapar. makanan yang aku masak atau beli, aku makan lambat sikit.. ni lapar dia memang tak boleh tahan.. memang tak senang duduk kalau perut kosong. huhu..

Anak2 oklah.. cuma dak kenit aisyah je bertanda kat muka dia.. pipi dia tersagat kat body sofa. sofa tu kain dia jenis macam denim sikit. habis pipi bercalar. sekarang ni dah kering lah cuma tak comel lah ada tanda kat muka kan. berkudis dah. huhu.


Owh lupa nak share. semalam aku tengok semanis kurma. best topiknya. pasal REZEKI ANAK RAMAI.. Panel dia Prof. Dr Harlina Siraj, Pakar O&G kalau tak silap.. meh aku share apa yang aku ingat ye.. Kalau nak mempunyai anak yang ramai, perlu plan kahwin awal.. baru boleh dapat anak 8-10 orang. Umur 35 dah boleh pikir dah nak stop pregnant.. kira macam bersara pilihan lah. Umur 40 pulak, bersara wajib. udah2 lah tu pregnant kan.. Bukan nak menidakkan kuasa dan perancangan Allah, tapi bila umur dah 40 beranak no 5 katakan, badan kita dah tak semuda masa kita pregnant sulung dulu.. Jadi kena jaga lebih masa mengandung umur 40 ni.. risiko banyak penyakit akan berlaku.. Haa.. gitulah lebih kurang cerita dia semalam. syok pulak aku dengar. tapi before this pun aku memang berhasrat umur 35 tahun aku dah nak stop pregnant lah. hehe. jadi may be perancangan aku anak 4 orang je. haha.. Anak ni tiket ke Syurga... Saham akhirat kita. kenalah didik betul2.. semoga boleh membawa ibu bapa masuk Syurga.. 

Setiap anak ni membawa rezeki. bukan dari segi duit aje, tapi macam2 lah yang mungkin kita tak perasan.. Macam aku dulu, time aku pregnant aqil, aku dapat kerja baru di sektor kerajaan.. lepas tu dapat beli rumah walau pun masa tu tercekik2 juga tapi boleh juga beli. bila time aisyah pulak, apa ek..  tak ingat dah tapi ada lah rezekinya.. ni pregnant no 3 ni, apa pulak ek, dapat naik pangkat kot. hahaha.. berangan je lebih. kalau tak aku , aku doakan hasben aku la.. aku may be laaambaaat lagi nak naik pangkat okeh.. ramai lagi senior tak gerak2.. doakan ye..

Eh oklah, nak gi makan. to be continue if free.. bye. wassalam...



Wednesday, October 23, 2013

semalam hari pening aku

Assalamualaikum..

kejap ada kejap tak de.. dah macam biskut aku ni :-) tak pelah, sendiri tulis, sendiri baca lah kan. kalau ada sape2 nak baca silakan.. tq sangat2 :-)

Alkisah semalam.. adalah hari pening aku.. pening pasal kerja.. aku ni nak kata jenis kelam kabut, ada sikit lah. jenis terlalu detail sampai dah check detail pun ada salah juga. aku dah 3 bulan lebih sikit kat sini.. sepatutnya dah dapat tangkap sikit2 lah kan. 

Payment yang aku buat sebelum raya hari tu banyak yang kena query.. ada dua projek tu tak cukup dokumen. tu bukan my fault lah kan. orang lama punya fault. ni payment projek sakit ni. sampai yang in charge projek pun rasa kesakitannya juga. berapa kali ek aku buat asik ada je silapnya.. huhu. malu juga. pastu dah baiki2 ok. ayat nak sedapkan hati "manusia tidak lari dari membuat kesilapan".. lagi nak sedapkan hati "aku budak baru, banyak benda tak tahu" teettt... :-p 

Tiba2, time solat maghrib semalam, syaiton punya kerja telah menimbulkan tanda tanya kat aku. "betul ke ko buat tu.. kenapa kontraktor dapat payment banyak pulak bulan ni".. terus je aku tak senang duduk. siap termimpi2 aku dapat interview keje lain.. haha.. 

Masuk2 opis je terus aku tengok payment aku tu betul ke tak.. alhamdulillah.. mana ada silap lagi. choi betul.. memang setan lah ko setan.... perasaannya seperti macam ni. ko bila dah habis exam, ko pegi semak balik soalan tu then terjumpa ada satu page yang ko tertinggal tak buat. terus menggelupur kesawanan.. haaa cam tu lah aku.. 

Haa.. ingat senang ke keje orang gomen ni.. especially line macam aku ni. silap hari bulan terlebih bayar, kena surcaj tau. jadi tomahan seumur hidup. cewah. over gitu..  habis duit gaji duit pencen sume lah kalau dah sabit kesalahan. terus tetiba rasa nak jadi surirumahlah macam ni :-p

Dan hari ni, aku dah keletihan.. penat sangat. nak bercakap pun rasa malas nak buka mulut.. ya Allah, permudahkanlah urusan kerja ku.. amiin... setiap kali nak buat payment rasa berdebar sangat. untuk projek yang satu ni lah.. semoga lepas ni aku akan lebih berhati2..  huhu.. ok bye. wassalam

Monday, October 21, 2013

hai. i'm back

Assalamualaikum..

Hai! i'm back.. hari ni dah masuk kerja. lama betul cuti. mujur jumpa jalan pegi opis. hehe.. cuti aku berbaki 14 hari lagi..  ada can nak cuti lagi. belek2 kalender tangok awal bulan 11 ada cuti tersepit.. haa.. boleh lah plan nak balik johor lagi. teet.. tengok jadual bulan 12 tak de cuti yang best. tak de yang tersepit2. sume tengah2 minggu. kalau tahun2 sebelum ni  tersepit. jadi aku selalu amik cuti direct dari krismas sampai new year... 

Anak2 hari ni alhamdulillah. perangai macam biasa lah. dah faham sangat sorang perangai budak tu duk merengek pagi2.. sampaikan air basuh muka bawa pegi katil. macam putera raja gitu. dah basuh muka, amik botol susu minum susu tutup mata.. bila cakap, "ok jom" baru tercegat bangun. yang si adik pulak, tak bangun2. memang kaki tido la budak ni. bagus. salin pampers pun tidur. bawa gi rumah pengasuh pun boleh bantai tidur lagi. tak pelah, eloklah macam tu, senang pengasuh nak buat kerja pagi2. kalau sebelum2 ni, dia celik mata je, nak ajak round2 jalan2 depan rumah. kitorang lintas rumah pengasuh sambil babai dia.. 

Apa lagi ek nak cerita. oh keje kebanyakkannya ok lah. aku dah buat sebelum cuti lagi.. bila masuk opis, bertingkek2 kat pigoen hole.. oklah at this moment under control sebab report tender dah habis. sebab dah banyak benda kuar masuk, sampaikan aku terlupa apa yang aku bagi kat bos untuk sign/semak..

Pegi kerja dengan dagu bertanda.. ni gara2 membaling roti canai segera dalam kuali. padahal minyak sikit je. amik ko. sape suruh baling. roti canai segera tu ada air beku lagi.. tu yang meletup2 tu.. elok2 selama ni goreng ikan meletup2 tak kena muka, ni goreng roti canai segera pulak boleh terkena kat muka. huhu. pedih tau. bukan kat muka je . ada lagi kat tempat lain bulat2 lecur.. bila nak solat tu, terasa berdenyut2 kat tempat melecur tu.. aku sapu gamat emas je.. sekarang dah keras sikit kat lecur tu. tapi kalau tersiat tu, meti pedih balik. haish.. dapat satu tanda dah kat muka ni.. 

Okeylah. to be continue.. bye. wassalam..

Friday, October 18, 2013

salam jumaat. masih bercuti

Assalamualaikum..

ye.. masih cuti kita. tq to aqil la ye kasi ibu cuti seminggu :-) tapi cuti panjang kita dah nak sampai ke penghujungnya.. hari ahad ni akan bertolak balik kl. ayahnya hari ni baru nak amik kami. rindu dah sama my soulmate tu :-P

Semalam, kitorang jalan2 kat jpo. aku 3 beranak dan adikku ayed sebagai driver. haa.. habislah duk swipe je kad kredit :-P nasib aku sedar diri lagi. handbag yang aku berangan nak, tak de pulak dalam banyak2 kedai tu. ada pun yang design ntah apa2, tak banyak pilihan. tapi aku amik la satu.. tak sampai 200 harganya. oklah masih dalam bajet.

hehe. mata adik kecik sebelah

pastu aku beli bedsheet aqil. dah aqil dapat, aisyah pun nak juga. padahal bukan ada katil pun. bila diletak balik bed sheet tu, boleh dia merajuk meniarap atas lantai. sabo je lah. bawalah ke hulu ke hilir bedsheet tu.. banyak kali juga dia buat macam tu.. aku tak kose nak melayan. orang tak ramai semalam. masuk lah juga dalam butik coach. kot2 lah ada yang berkenankan. sekali tu rege dia sume 1k ke atas. haa.. pitam. belum sampai masanya aku nak pakai beg ribu2. 500 tu pun dah kira paling mahal la tu..


dalam pukul 430 kami gerak balik. dapatlah adik aku baju sweater satu. hadiah besday katanya. aku suka pegi padini sebab baju dia belas2 je. hehe. dapatlah dua helai baju shirt duk rumah je.. oklah kan.. lagi satu kedai yang tak pernah miss masuk ialah kedai clark tu. dua kali aku masuk semalam. bila dah berkenan, tinggal display je. haaa.. malas betul. gitulah jpo ni. limited sangat. tapi aku tak beli dengan alasan display shoes. xnak lah. memanglah diskaun tapi beli mahal2 display buat apa, ntah besar sebelah, hitam sebelah, spoil je. kalau dapat lagi diskaun may be aku beli :-P jimat duit.

ok tu je lah nak cite.. duk rumah ni keje aku jemur kain, lipat kain. nak tolong kemas2, mama tak kasi buat kerja berat. baik lah :-D oklah. bye. wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, October 15, 2013

sALaM aIDiLAdHa 1434h

Assalamualaikum..

hari ni birthday my dear hubby yang ke 31. happy birthday sayang. may Allah bless u always.. Alhamdulillah,  khabar gembira hari ni. mak mertuaku dh boleh kuar hospital esok IF xdemam hari ni.. khabar sedih pulak, seorang sahabat seperjuangan masa diploma uitm dulu telah kembali ke rahmatullah semalam. setelah koma lama juga lah berbulan2 rasanya. akibat stroke. muda lagi orangnya baya kami juga. belum kahwin. al fatihah..


raya kami disambut sederhana sahaja. mama buat nasi minyak. nenek buat laksa johor. sodap sangat dah lama tak makan laksa johor.. budak2 dah siap dari pagi dengan pakai baju pemberian tokma beli masa pergi umrah dulu. aku pulak, pukul 3 baru mandi. makan tido je kejenya :-P pastu budak2 ni pun tido la juga dengan baju cantik mereka. tak gi mana2.. malam karang kot baru nak gi rumah nenek..


tahun ni ayah buat korban tapi kat opis dia. esok baru sembelih. aku pulak amik qurban kat ezqurban. tahun pertama ni baru nak qurban. satu bahagian dulu :-P okeylah.. takde apa pun nak diceritakan. kali ni cuti panjang kot nak sambung cuti. hasben pun masih jaga mak dia sakit. kasi can la kot2 dia nak berehat ke kan..

sup daging kurban

ok bye wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, October 13, 2013

dugaan kali ini

Assalamualaikum..

baru 5 entry di bulan oktober? ish ish ish... ok. well hari ni aku dah ada kat kluang. semalam lagi dah sampai. raya haji kali ni tak dapat sambut bersama.suami tersayang. suamiku menjaga emaknya yang sedang sakit di hospital. untuk memudahkan pergerakan beliau di sana, dihantarnya aku balik johor.. kang ada pulak orang tanya. eh mak mertua sakit kenapa tak jaga ye..

hmm... kita ada anak kecik dua orang ni. camana nak jaga. kalau duduk rumah jaga ayah mertua pun susah nak gerak nak makan itu ini sebab kedai jauh. kang dari sibuk jaga mak sakit nak kena jaga makan minum kami 3 beranak lagi payah. keta satu pulak tu.. betterlah anak2 mak yang jaga sendiri. tapi sayangnya anak2 emak semua lelaki 6 orang. jaga pun time melawat je.. nak tunggu bermalam tak boleh.. jadi itulah sebabnya aku dipos ke johor. at least ada lah orang tengokkan kami 3 beranak ni. dengan aqil yang super excited ni, xlarat nak jerit ok...

Kebetulan aku cuti lama sampai khamis. itu pun macam nak sambung sampai jumaat. hiks.. lupa plak patut sampai jumaat apply cuti. ni kes taska aqil la ni owner dan staff orang kelate, tu yang tutup lama tu.. jadi, berlonggoklah kami di rumah parents kat kluang.

oh lupa nak cerita. mak mertua sakit kencing kotor. dimulakan dengan sakit kepala, pastu demam. tak lalu makan.. dah dua minggu keadaan dia sampailah sekarang. seminggu kot kat hospital. kuman dah naik ke perut. doc dah letak tiub masuk susu kat leher.  sian pulak tengok. sedih.. aku melawat juga semalam. katanya tak sakit dah, cuma lemah. tiub2 berselirat di muka.. tapi boleh lah bercakap slow je.. mak minta maaf kat mama dan nenek dan minta doakan dia sihat.. sedih. bergenang air mata.. mak ayah aku dan nenek datang melawat.. tu yang hasben suruh follow ayah balik tu.. alhamdulillah punya ayah dan mama yang masih sihat ke sana ke mari melawat anak2. tapi ayah aku pun dah malas drive dah. peringkat umur macam beliau lebih suka kalau anak2 atau menantu yang drive. malam lagilah.. mata dah kurang nampak even pakai spek.. xboleh jalan jauh.. nenek pun sama. even dah 70++, alhamdulillah masih sihat ke sana kemari. mak mertua aku kagum dengan nenek aku. alhamdulillah. Allah beri nikmat semua ini.

nenek tak de sakit apa. dia memang jaga makan even doc kata ada kencing manis tapi sejak dia tahu ada kencing manis dia kawal pemakanan. terus hilang.. nenek jaga pantang.. dulu2, time makan nenek suka kepal nasi panas dan selawat nabi.. tu agaknya nenek awet muda kecik molek je.. nenek aku juga suka bergaya.. aku cite aku nak gi jpo nak cari henbeg. nenek nak ikut gak nak beli henbeg. padahal henbeg dia lagi banyak kot dari aku. hihi. katanya dah bosan nak tukar yang lain. oh nenek. sama jiwa rupanya kita :-P

eh panjang berjela pulak cite.. haa sape kate xde cite.. kalau membebel terus lupa diri :-P now tengah tunggu ayah belikan mee hitam. balik sini terus listkan nak makan apa :-P petang nak makan pisang goreng hitam pulak. hope adalah ye orang jual. at this moment rumah mama ni tengah reno. jadi agak berlonggok jugalah barang.. kami duduk dalam longgokan tapi masih boleh bergerak. dah siap plaster sume tinggal cat satu rumah dan alih2 barang..

oklah. bye. selamat bercuti kawan2. wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, October 10, 2013

new look

Assalamualaikum..

Hai. kembali berblog :-) busy sangat lately.. eh macamlah orang lain tak busy kan.. ye, kerja banyak. kerja memang tak habis2.. tahu-tahu je dah rehat, tahu-tahu je dah pukul 5 waktu balik.. haa.. memang berpaku montot ni kat kerusi ni.. meja pun berselerak. pagi ni dah kelegaan sikit, clearkan meja dulu apa2 hal pun.. kalau tak sakit mata tengok kertas berlambak2.. 

Ok dah, jangan merungut.. ini pilihan sendiri.. tak pe.. kata nak belajar kan. amiklah belajar semua ni sementara masih muda.. kumpul pengalaman, kang nanti orang cerita tak delah blur ke apa kan.. banyak yang aku tak tahu sebenarnya. ada satu projek ni memang betul2 berhantu tau.. sampai terbawa2 dalam mimpi. dah lah projek sakit. stress tau nak buat payment dia.. pastu banyak tender keluar masuk. buat penilaian tender, dah siap kena award pulak aish banyak betul mak neneknya..

Ada satu masa sangat down. tak tahu nak cerita kat sape.. macam nak nangis tapi masih bertahan.. lepas tu ok dah bila dah dapat solution tapi masih tak buat lagi solution itu. dahlah biar aku sorang je faham..

ini budak memang tak akan faham. 1 tahun 10 bulan dah saya ni.. yang beliau buat ialah menceriakan hati ibu. pandai amik hati ibu. kuat bodek sangat bila nak nenen.. dia faham dah tak boleh nenen tapi dia tak dapat nak buang ketagihan itu. kadang tu sian juga sebab dia tak minum susu kan, lepas dapat nenen, terus burp kenyang.. sian dia.. susu aku masih ada lagi..  now dah 10 weeks baby dalam perut ibu. tapi macam tak rasa gerak pun. awal lagi kot eh. hehe

it's me wearing new shawl beli kat kawan opis. bebudak opis ni suka beno menjual.. aku belilah dua helai RM 8 je sehelai :-p sebab tak de shawl yang boleh dipakai dengan inner magic aku yang banyak tu. hehe.. ok je pakainya tapi kejap2 kang kena tarik inner tu kasi memolek sikit.. hehe..

oklah. sambung kerja.. zzzzzz wassalam

Monday, October 7, 2013

musim kenduri kahwin bermula

Assalamualaikum..

Weken lepas, kami sibuk dengan aktiviti jiran kahwinkan anak, family pengasuh aisyah.. tapi aku tak de lah sibuk mana. tolong buat kek red velvet je untuk dijadikan kek pengantin. kelas gitu jadi kek pengantin. haha.. actually aku kasi togel je kat jiran sebab dia kata dia nak hias sendiri.. oklah. aku memang dah tahu dia kreatif bab2 deko ni kan. tapi aku terlupa lansung nak amik gambar kejadian akhir kek tu.. nak merasa apatah lagi. huhu..

Aku tak delah menolong sangat. nak tolong apa pun tak reti kan. huhu. duduk kawasan kejiranan senior2 semua tiba2 kita termuda terselit celah tu. cewah tak delah muda mana pun. hehe. jadi nak sponsor apa macam tak reti. salam kasi duit je lah. macam jiran belakang kasi beras basmathi. so jimat sikit catering kawan tu kan bila tak termasuk kos beras.. 

Hari sabtu tu pegi menghantar belah perempuan. walau pun bukan family, tapi bila diajak aku okey je. kebetulan dekat je kawasan perumahan tu kan. panas sangat hari tu.. pegi pun dalam keadaan sedang elok perut dah lapar. makan pulak lauk sedap, ayam goreng panas2 lagi. haa.. dapat pulak duduk meja VIP :-p udang tergantung2 gitu. hehe. hasben aku makan banyak. sumelah sedap :-) pastu dah settle kami balik lenggeng jap tengok mak mertua tak sihat. kencing kotor dan kuman dah naik ke perut. dah seminggu dah kiranya tak sihat.. 

Ahad pulak, majlis besar-besaran.. aku datang dalam pukul 11 pagi. dimulakan dengan doa selamat.. first round makan.. sedap juga.. macam2 ada, jiran2 sponsor.. aku pergi sorang dulu, dekat je rumah sebelah. kali ni tak malu2, sebab dah kenal orang. eksyen dengan suami dah ada orang kenal kita. haha.. Pastu balik rumah kejap ajak suami makan.. time ni dah penuh orang. ramai juga jemputan datang.. ok jom tengok gambar je lah..
wedding belah perempuan. jiran aku anaknya lelaki

belah lelaki rumah jiran. yang baju hijau tu kak ani, kakak kepada pengasuh aisyah

pelamin dia buat sendiri bersama rakan2.. kreatif betul
 
boring2 jom amik gambar dik.. hehe

seronok dia dapat makan aiskrim..

Lepas suami makan, sembang2 dengan jiran, kitorang balik rumah membongkang.. hehe.. tutup pintu dan sliding door semua sebab bising orang karaoke... aqil pulak pantang pagar terbuka nak pergi main kat rumah jiran. sabo je lah.. dah lah panas buta. samalah juga kalau time balik, dia lompat dulu dari motor nak pergi main kat rumah pengasuh aisyah tu.. ada kawan sebaya kan. 

Bila time petang pula perut berkeroncong. tiba2 dengar orang bagi salam minta pinggan. yeay, ada nasi lebih. haha.. jadi semalam makan nasi minyaklah satu hari. alhamdulillah. rezeki sangat.. hehe.. Jadi hari ni, pengasuh aisyah minta cuti. aku pulak serba salah nak bawa aisyah pergi ofis. yelah, i'm new here about 3 months. hehe.. lagi pun, aku dapat agak aku banyak kerja hari ni dan kena keluar ofis. dan memang tepat sangkaan ku..  jadi, thanks to my husband yang sudi bercuti hari ni jaga anak.. banyak urusan dia hari ni, terpaksa angkut si kecik ke sana ke mari. hehe.. jadi anak ayah ye hari ni dik..

Nak selit pasal aisyah sikit. dia kan lekat panggil diri dia adik. kalau aqil dulu, kami panggil dia adik, dia tetap bahasakan diri dia aqil. berbanding aisyah, dia bahasakan diri dia adik. "adik nak ni" " adik punya".. tahun depan tak boleh adik dah ye. hehe.. perangai dia lagi satu yang agak teruk bila tak dapat line dalam tab nak tengok cerita, dia baling je tab tu. haaa.. awaslah sape punya hp yang duk loading tu je kan. sabo je lah budak ni. tahu2 dah berdebuk tab tu jatuh -_-

Eh terpanjang pulak cerita. ok bye. wassalam


Friday, October 4, 2013

Kos masuk tadika

Assalamualaikum..

Kelmarin dah dapat quotation harga tadika aqil.. harga yang ditawarkan memang dah dijangkakan.. so bersiap2lah kumpul duit nak masukkan budak ni ke tadika.. kami memang tak survey kat tempat lain pun kecuali little caliph tapi susah nak pegi sana, jauh dari rumah.. amik yang dekat dengan area rumah. owner tadika tu sama dengan taska aqil sekarang ni.. tu yang malas nak pegi tempat lain. faktor pengangkutan dan kawan2 aqil juga diambil kira.. Meh nak share berapa kos permulaan nak hantar aqil ke tadika.. tahun depan dia dah lima tahun. cepatnya anakku membesar.. pejam celik pejam celik dah sekolah rendah dah..

Monthly payment RM 250.. previously RM 145 je tapi tak masuk mengaji. kali ni dia include semua.. nanti nak masuk dalam bulan 12 kot kena bayar RM 815 tu.. booking RM 100..

pastu kos untuk mak nenek yang lain.. Semester 2 tu bayar bulan Mei nanti.. Kos tambahan tu sekiranya kita nak beli. kalau tak nak tak pe. tapi takkan baju sekolah sepasang je kan.. ingatkan nak transit sekali kat sini tapi dah tambah RM 200 pulak. kalau kasi kat pengasuh Aisyah baru RM 150 tapi sape pulak nak amik aqil balik sekolah. kena booking van juga. pagi boleh lah kami hantar. balik je kena balik sendiri..

Adalah juga pengasuh aisyah tu cadangkan pra sekolah. memanglah sangat murah bayaran. sekolah kerajaan kan.. monthly pun RM 50 je kot. untuk umurnya 5 tahun ni, aku tak bersungguh sangat nak hantar ke pra sekolah tu sebab sian dia nanti lama sangat dia sekolah kat situ.. umur 6 tahun nantilah baru decide nak hantar.. practise pergi sekolah betul..

Ada juga orang kata mahalnya harga tadika dia. sure ke pandai baca tu nanti? hmm susah juga nak jawab soalan tu ye. Bijak pandai anak2  ni bergantunglah pada kebolehan anak2 tu sendiri kan.. dan juga didikan ibu bapa.. ko hantar sekolah mana pun kalau anak tu bijak, bijaklah dia. kalau sebaliknya, kenalah berusaha lebih.. 

tapi budak2 sekarang ni, naik darjah satu kalau tak pandai baca memang agak ketinggalan lah kan, melihat kepada pengalaman kawan. macam zaman kita dulu, darjah satu tu baru nak kenal ABC.. budak2 sekarang darjah satu mesti dah boleh baca.. jadi ibu bapa kenalah lebih concentrate pada pendidikan anak2. 

Hmm tu jelah nak share.. tipulah tak harap apa2 tapi tak nak push sangat (baru tadika je pun). Semoga anak2 ku menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat.. ok bye. wassalam..



Thursday, October 3, 2013

Klebang Coconut Shake Original

Assalamualaikum..

Ha.. hari tu kan aku ada ikut hasben meeting kat Melaka kan.. Bila sebut je Melaka, otak ni terus teringat Klebang coconut shake yang orang duk kecoh2 tu kan. kalau bos2 aku dulu pegi meeting Melaka, dok tayang coconut shake klebang je lah dalam FB. huhu.. Jadi aku pun asyik duk berzikir je lah nak gi klebang klebang sampai sudah. hehe. Actually ada lagi satu tempat nak pegi. ni semua gara2 orang kata sedap. nak rasa asam pedas Melaka tapi tak dapat. tapi tak delah mengidam sangat pun. nak rasa sedap sangat ke asam pedas melaka dengan asam pedas aku. haha.. *sedap ke asam pedas ko...*

Ok, kebetulan geng2 perempuan hasben (kenalan ku juga) nak pegi beli. so on the way balik tu, kitorang followlah kereta diorang.. tak delah jauh sangat tapi sebab tak tahu jalan terasa jauh juga. dalam 15-20 mnit jugaklah.. seronok juga pegi Melaka ni, walau pun duk terperap dalam bilik.. hehe. Bukan seronok apa, banyak tempat menarik boleh dilawati. teringat kecik2 rombongan sekolah pergi Melaka. taman mini malaysia lah, kota A Famosa lah. tapi semua tu aku tak pegi kali ni. kejar masa. lagi pun dah penat. tengahari berjalan apanya kan..

Ok back to coconut shake tu kan. gerai dia tak sampai pantai lagi. tepi jalan je. tapi yang tepi jalan tu untuk bungkus2 je. kalau nak makan situ, masuk dalam, ada kawasan parking kereta yang besar. macam halaman rumah orang gitulah kedai dia ni. manusia punyalah ramai. tapi under control. dapatlah tempat duduk kan. cino pun ramai minum situ.. laju je dah dapat order. Kena beratur nak order, bayar duduk. resit tu letak atas meja. bila dia dah hantar, dia akan cop resit tu TAKEN.

sedap pulak bila tengok balik..  

tengok aisyah tu beria kacau makan nasi lemak..buat sepah je..

Ada juga jual kuih, nasi lemak dan macam2 lagi.. yang ringan2 jelah untuk minum petang.. tapi aku pegi dalam pukul 2 lebih time tu. oklah. dah kenyang makan kat hotel.. makan sikit je, nak rasa..  Aku order Coconut Shake Special. Ada aiskrim atas dia.. murah je kot dalam RM 2.20 kalau tak silap. aku beli 2 air dan nasi lemak satu RM 5.60..

sedap juga. sambal pedas..

Rasa dia camana? hmm.. not badlah kan. tapi biasa2 je kot. sama je macam coconut shake orang lain. tapi tak faham kenapa femes kat klebang ni.. tapi oklah.. teksturnya macam ais blended gitu.. ada aiskrim penambah kesedapan.. ok dah rasa oklah kan. Alhamdulillah.. Bangga tengok perniagaan orang Melayu berkembang maju macam kedai ni.. Air dia siap boleh beli frozen tapi kami tak belilah.. sebab dah kenyang.. kang sampai KL kang cair pulak kan.. hmm seronok pulak jalan2 cari makan ni kan. tapi kena make sure tahu operation time dia dan lokasi di mana.

Ok bye. wassalam..

Wednesday, October 2, 2013

favourite food

Assalamualaikum..

Hai. dah makan? aku baru je lepas habis makan, nasi tapau je kat kantin. alhamdulillah. tapi macam dah boring sebab orang yang sama masak, lauk yang ulang2 gitu je.. tak makan kang lapar pulak.. sekarang ni, aktiviti makan memang tengah mencanak2. karang pukul 4 sure lapar balik. so aku dah siap2 tapau roti butter sugar kat kantin tadi. boleh lah, tak de pilihan.. tapi aku mana boleh tengok ada makanan atas meja, mesti mahu ngap sekarang juga. hehe.. tapi tak pelah, bersabar..

Lagi satu pe'el aku ni tak boleh bau makanan. haa.. bau camana tu. bau orang makan lepas tu aku pun tanya "makan apa tu..." haa.. ada cara2 nak mengecek la tu. kekeke.. tapi tengok makanan apa juga lah kan. macam semalam teknisyen aku tu dia makan laksa. bau laksa kan menyengat2 hidung kan. lalu dijamah sikit. balik tu terus cari laksa. hehe. 

Kebetulan pulak, aku dah perasan laksa ni hari ahad lepas. tapi tak beli. sebab banyak benar tempat aku nak singgah nak beli makanan. last2 aku beli goreng pisang dan keropok lekor je. so semalam, tertunailah hasrat di hati. cewah.. aku beli laksa utara tu dekat tepi padang depan masjid al azim di pandan indah.. sedap!! kena dengan tekak aku. tapi masa aku nak beli tu, macam dah nak kensel tau, sebab kedai dia banyak lalat. siap ada lalat lagi dalam para yang dia letak untuk orang makan situ..  tapi kat tempat dia bungkus2 makanan tu ok plak. tak pelah, cuba je lah kan. kalau sakit perut tahu dah kat mana dapat :-p

Aku memang suka laksa.. tapi make sure kena dengan tekak aku la. kalau beli sekali tu tak sama dengan apa yang kita expect, frust nya.. sikit je makannya. huhu

aqil dan aisyah pun suka.. sedap..

Sebelah van laksa tu ada van mamak mee rojak dan cendol. lama dah dia kat situ. dulu pun selalu gak beli. pastu stop lama tak beli kat dia.. so semalam belilah.. pun sedap juga. cumanya, dia tak letak mee dalam tu. apalah.. tapi nasib sedap.. sebab apa sedap, sebab pedas2 manis :-p

mee rojak.. 

Tu je lah yang aku suka makan. nasi aku tak berapa suka. tapi sebab tak nak perut lapar, aku makan juga lah nasi. cuma tak berselera tapi habis. haa camana tu. hehe.. simptom sama macam mengandungkan aisyah dulu. adakah bayi yang dikandungkan ini perempuan? ok jap cek perut. oh lebar.. haha.. tak pelah, laki ke perempuan ke, asal yang keluar sihat tubuh badan zahir batin.. kan..

ok bye. wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails