Monday, September 30, 2013

dah buka buku pink :-)

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. happy Monday. Pagi tadi masuk lambat sikit kat ofis dalam 9.40 pagi macam tu lah. pegi buka buku pink kat KK.. banyak betul appoinment klinik lately. Khamis ni pegi lagi sebab kena jumpa Dr. Pakar.. later will story why Dr. Pakar..

Now bermulalah aktviti check up ni.. pagi2 kena pegi sebelum pukul 8. tadi sampai 7.45pagi dapat no 13. oklah, klinik ni laju juga. takdelah sampai tengahari. paling lewat pun pukul 10. tapi kalau mengikut history dulu2, pun memang tak de makan masa lama sangat.. Unless kalau kena minum air gula tu kena tunggu 2 jam lepas minum air gula tau.. pastu bila kena jumpa Dr pulak.. 

So tadi dah kena amik darah.. tak sakit pun time cucuk tu. cuma nurse kata urat aku lari2 masa kena cucuk. sekarang baru terasa macam sakit kat tempat cucuk tu.. Pastu, aktiviti macam biasalah, amik urin, amik tekanan darah.. pagi2 sampai tu kena isi buku. menulis je kejenya.. aku ni tulisan tak cantik. tapi tadi aku dah berazam nak tulis lawa2 sebab kedua2 buku pink aku sebelum ni amatlah buruk tulisannya. haha..

Oklah. awal2 lagi tak de masalah. cuma berat aku 44.9kg tadi. underweight.. pastu apa lagi tulisan merah2 tu GDM. GDM tu mengikut history anak sulung iaitu aqil ada kencing manis, tapi aku control diet. lagi satu history family pun kena amik kira juga, ayah aku ada kencing manis juga. dari segi blood pressure ok.. 

Dah settle jumpa nurse, pegi jumpa Dr. plak. sebab aku tak pernah scan lagi. Jadi jumpa Dr. scan.. nampak lah kelip2 tu heartbeat. aku ni memang dari dulu tak reti tengok scan ultrasound tu. huhu.. pastu lama juga dia scan perut. ada satu benda yang Dr. jumpa tapi dia tak pasti. tapi mengikut pandangan dia adalah CYST. tu yang aku kena jumpa Dr. Pakar hari Khamis ni.. huhu.. sedih pulak bila ada masalah kan. lagi satu Dr. kata rahim aku kembang. stress keje ke dia tanya. hmm tak de lah stress mana, biasa je lah. tak tahulah stress kat rumah ke dengan anak2 ke kan..

Hope segalanya dipermudahkan. kalau betullah ada cyst tu, harap dia cepat hilang dan tak membesar dan tak berbahaya kepada kandungan ku.. mulalah rasa menyesal sebab selalu makan fast food. mengikut Dr. Hamid Arsyad, makan fast food adalah salah satu punca Cyst.. Oklah oklah. tu je nak share..

Owh. hari ni first time aku bawa kereta ke tempat kerja. oklah.. dekat je.. cuma waktu balik je tak tahu camana kan.. takut nak kuar simpang je. hehe.. ok bye. wassalam

p/s : now dah 9 weeks dan EDD insya-Allah pada 8/5/2014 :-) 


Friday, September 27, 2013

kenapakah mukanya

Assalamualaikum

Bersiaran dari atas katil avilion legacy hotel melaka... Hehe. Now ayahnya tengah pegi sembahyang jumaat. Aku pulak dari pagi tadi membuta je.. Ngantuk weih.. Lepas makan, layan anak2 main kolam dalam tak sampai sejam, then naik bilik sambung tido. Aisyah pun tido.. Budak2 ni dah pandai menghargai "hotel". Sebab ada swimming pool. Berangkutlah pelampung yang beli kat PD hari tu. Hehe..

Aqil sangat seronok sebab ada anak kawan hasben yang rajin melayan dia. ajar dia menyelam lah, terjun kolam lah.. tapi aqil mana berani. beria berlari pastu terjun slow2. hehe.. sampai ke balik dia asyik sebut nak main kolam dengan kakak-kakak tu.. 2nd day tu lama juga diorang main kolam. dari pukul 10.30 pagi sampai nak dekat pukul 12 tengahari. Aisyah je tak berapa main air sangat.. tertidur dia lepas tu sambil nenen..

excited main kolam.. dapat berkenalan dengan kawan baru

melawat kawasan..

konon comel la tu. hehe

Ni kisah budak kecik yang tak nak wean off ni ha... Aku letak pewarna merah. Ada dia heran.. Sondol jangan tak sondol.. Cam tu la rupanya tanpa disedari. Haha. Sian adik ye...


Maaflah gambar berterabur. Nanti jumpa laptop i adjust balik. Kejenya memerap jelah kot. Ayahnya jadual pack katanya.. Hmmmm..

Oklah. Bye. Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, September 26, 2013

1 year old and 9 months

Assalamualaikum

Hari ni balik awal sebab ada appoinment kat klinik bawa aisyah timbang. Dan berat terkini dia 8.8kg je. Pergi berdua je dengan dak kenit ni.. Masih line kuning tapi berat naik la.. Takpelah dik, janji adik sihat dan aktif.

naik penimbang pun nangis beria.


Makan yogurt dan roti kat klinik.. Belum nenen lagi ni. Susu masih menolak.. Aish pening dah ibu. Malas nak paksa2. Dia rela tak minum susu.. Tapi ada ke orang tu cakap anak ko tak minum susu terencat nanti. Terencat apanya.. Ish tak baik cakap macam tu tau.. Banyak lagi sumber kalsium dan protein okey.


Oklah. Nak berehat kejap. Jap lagi nak bertolak ke Melaka. Nak ikut event opis ayahnya.. So esok cutilah sehari..

Ok bye!! Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, September 24, 2013

perihal anak-anakku

Assalamualaikum..

Hallu hallu. nampaknya kemalasan update blog telah bermula.. well, tak de apa yang nak di story. Aktiviti hujung minggu pun biasa2 saje.. nak keluar jalan2 belum gaji dan ongkos sangat limited.. dapat beli pampers aisyah je. gaji pulak hari khamis. terasa kelambatannya bulan ini. huhu..

Hari ni adalah hari terakhir aisyah minum susu ibu.. semalam, aku pam dua kali session tu dapat tak sampai 3 oz.. sedih sangat. so aku decide bungkus bawa balik pam spectra 3 yang banyak berjasa tu.. cukup2 lah pam kan.. time balik tu aku tengok je muka anak dara tu. esok2 susu apa lah dia nak minum. sebab dia memang peminum tegar susu ibu.. banyak kali dah aku cakap minum susu botol tau.. dia kata "ala...." pandai tau menjawab sekarang ni..

Dia memang tak nak minum susu lain. tapi bila time balik, habis lah ibu. dia menonggeng2 nak nenen. susu pun tak banyak. tapi aku cubalah sedaya upaya menambah susu ku macam minum esp, minum nestum oat.. tapi tak tahulah berhasil ke tak.. pengasuh suruh beli calciyum.. dia suka makan yogurt tapi strawberry dan grape.. perisa lain tak berapa.. yogurt low fat aku punya tu pun dia suka.. tapi cukup ke kalau makan yogurt je.. pening kepala tau budak ni tak nak minum susu.

budak togel lepas yakyak..

Semalam juga aku dah buka mealshake yang baru.. beli dah lama selepas tong pertama tu. cuma tak buka je lagi. so semalam, bancuh mealshake tu sikit dengan oren.. minum sikit2 dengan sudu. tu pun kena paksa minum. sebab apa tau. sebab dia berak sembelit. kesian lah kalau tengok dia menyorok tertonggeng2 nak berak. yang kuar 2 ketul taik kambing je. pastu sebelum tidur tu, haa.. ambik ko penuh pampers..siap ada duit siling lagi.. sabo je lah main2 duit siling sumbat dalam pampers..

Semalam juga, konon aku malas nak masak.. pengasuh aisyah dah bagi kuih dan  nasi lemak.. lepas balik keje, makanlah sikit kan. sekali tu boleh pukul 9 lebih dak aqil tu kata lapar. aduyai.. ayahnya dah ke laut dah dibuai mimpi. terpaksalah aku masak nasi dan goreng ayam segera 4 ketul.. aqil memang, kalau malam dia tak makan nasi, dia macam tak puas. macam tak de apa yang dia makan malam tu. hmmbudak2 nak membesar kan.. makan je kejenya. tulah peti ais tu mesti ada sesuatu untuk dikunyah like buah ke biskut ke.. 

ni gambar masa pegi jusco hari ahad lepas. time ni dah petang. siap2 mandi pakai baju tidur.. aqil memang hantu main. bawa pegi sini pun dah cukup bahagia dah. hehe

aisyah pulak takut2. dia duduk je tepi2 tengok abang dia main. kutip2 bola. seingat aku, time aqil dulu penuh gambar dan video aqil main kat park ni. tapi aisyah macam kurang sebab dia tak pandai main.. hehe. kalau aku bangun nak suruh dia main sendiri mesti dia bergayut nak ikut.. kalau aqil, habis satu park tu dia tawaf.

abang aqil. kekenyangan semalam.. lepak2 tengok tv..

Oklah. tu je nak share. baru je pengasuh telefon. cakap aisyah habis minum susu FRISO sample yang aku amik kat jusco hari tu..5 oz plak tu, licin. alhamdulillah. kalau dia suka, aku beli susu tu je.. tapi a bit expensive sikit -_-. susu dutch lady dia tak mo.. anmum pun tak mo juga.. legalah aku dengar.. tapi jangan lega sangat takut budak kecik tu pandai tukar2 rasa kan. hmmm...

ok bye. wassalam..


Thursday, September 19, 2013

situasi biasa waktu naik train time balik

Assalamualaikum..

Selamat tengahari.. haa. hari ni macam tak de mood sangat. tapi kerja tetap diteruskan. ni relax2 kejap. perut ni macam meragam sikit. semalam berangin2 je sebab aku minum kopi susu kat meeting. kopi, nescafe dan teh susu adalah kepantangan untuk diriku. kalau minum, insya-Allah perut meragam. haa.. tapi sometimes teringin juga nak minum teh tarik kan.. tu yang pagi2 selalu minum milo ais je.. dulu2 kan, aku macam pelik orang minum ais pagi2.. tapi sekarang, tak pelik lagi sebab aku pun minum. kalau aku minum air panas pagi2, mesti nak ngecek juga kawan yang minum air ais tu. hehe..

Dah lama aku nak tulis tentang situasi naik train waktu balik. semalam lah, train ke ampang. aku dari atas lagi fikir macam sempat je kejar ni train ni., sekali tak lepas. jalan laju jugaklah kan. tak padan mengandung tapi takdelah lari laju. kalau tak mengandung, mesti aku dah lepas naik train tu semalam. elok dah nak sampai pintu train tu, dia dah bunyi.. aku ni penakut sikit. kang tersepit kat pintu kang, naya je.. hehe. jadi semalam terlepas train.. ala, tunggu pun tak lama train ni. selang beberapa minit dah datang balik..

Pastu, situasi lain. orang kan, mesti nak cop dekat dengan tempat keluar punch token tu kan. termasuklah aku. aku dah pandai sikit, aim tiang mana yang dekat dengan exit tu. jadi, gerabak lain tak delah sepadat dengan gerabak yang dekat dengan exit tu.. kalau sempat, aku memang cop kat gerabak tu lah. kalau tak sempat, naik je mana2, yang penting dapat naik..

Dah masuk train, ramai pulak yang berkumpul depan pintu. ko dah kenapa. gerak dalam sikit boleh tak. macam lah tak de tempat kosong kan. time padat tu memang dimaafkan. tapi bila time tak de orang, seboleh2 lah nak duduk depan pintu train tu. takut sangat tak dapat keluar. takut sangat beratur panjang time nak punch keluar nanti kan. eleh, macam aku tak tahu. sebab aku pun berfikiran begitu :-p

Lagi satu lawak. stesen cempaka aku turun tu memang ramai orang turun situ.. so bila dah nak sampai stesen tu, semua orang macam dah standby depan pintu, tu. bila pintu terbuka macam "on your mark, get set, go".. pom (bunyi pistol) hoiiii laju betul orang2 ni berebut nak punch. termasuk aku. ahahaha. tapi diorang ni yang berebut2 macam ayam keluar reban ni, kang nanti beratur juga tunggu bas kat bawah. bas pulak kadang dah sampai, kadang tak sampai lagi.. buat apa nak cepat2. melainkan aku yang laki dah tunggu ni kenalah cepat kan. 

Hmm tu lah gelagat manusia yang hari2 aku tengok. tak lama kot aku naik train ni. kang perut dah besar, aku naik kereta lah. sekarang pagi2 aku naik motor. kena hati2 juga takut terhentak ke apa kan. laki aku kadang bukan perasan sangat jalan tu belubang ke apa kan. aku yang kena tengok sendiri. belum langgar lubang, aku dah berdiri dulu atas motor tu. haha.. langkah keselamatan..

ok. bye. wassalam.

Wednesday, September 18, 2013

trimester pertama - 7 weeks

Assalamualaikum..

Hai.. baru balik meeting di kementerian.. ngantuk. tapi seperti biasa tak dapat nak tidur.. tadi pagi sarapan mee hun goreng. datang meeting pun mee hun goreng. tapi mewah sikit makanan dia siap ada buah-buahan lagi.. aku tengok buah je lah. tak lalu nak makan mee hun dah. tapi bila tengok kawan makan, hmm bukak juga plastik dia. ngap juga tapi tak habis..

Ni dah masuk minggu ke tujuh pregnant kalau tak silap. kali ni aku agak bersabar sikit compare dengan pregnancy yang sebelum ini.. bersabar tak pergi klinik lagi :-p nak tunggu awal bulan depan baru nak pegi scan kat klinik. dulu sebab aku dekat dengan klinik dr rohaya kat mara tu. now, klinik mana ntah aku nak pegi pun tak familiar kat kawasan rumah aku ni. klinik demam2 tahu lah kan. nak pegi buka buku pink terus pun awal lagi, lagi pun tak de scan kat KK tu.. sabar ye adik baby :-)

Tiap2 pagi rasa macam berangin2 je. nak kata loya tak de, tapi sendawa je lah.. Keadaan perut, tak tahulah perut ni memang buncit ke apa kan. hee.. tak nampak lagi kot.. orang kata ketiga memang cepat naik, rahim dah pernah kembang katanya.. tapi tak tahulah kali ni. selera makan pulak tak tahu nak cakap selera ke tak.. lapar tetap lapar tapi bila tengok menu macam tak lalu. tapi terpaksa makan sebab lapar.. benda yang paling tak boleh tengok ialah telur mata.. bukan sebab pregnant ke apa. sebab teringat masa bulan puasa, asal sahur je makan telur mata.. hoih nak muntah ok tengok telur. En suami pun kesian, dah tak lalu tengok telur mata . huhu..

Pastu, kalau makan ikan ke ayam ke, hanyir-hanyir ni macam cepat dapat tangkap. ikan tak fresh, ikan lama.. tapi kalau malam tu terasa macam nak makan sup2 je.. tapi tak lalu juga sup ni sebab tak sampai expectation. masak sendiri pulak malas bukan main. tapi kalau ada lauk basah ok je.. nak menghilangkan 'tak lalu' tu kenalah makan pedas2 sikit kan.. tapi takut juga, kang buasir melanda kembali.. oucchh.. kena banyak minum air weih.. aku pun hati2 juga pregnant kali ni, tak nak berak berdarah dah.. huhu.. takut..

Suka makan masam2.. macam epal hijau ke, mangga muda ke.. hmm semalam minta dengan pengasuh aisyah sebijik, ada pokok mangga.. makan dengan sambal kicap letak belacan sikit..  mangga tu muda tapi masam tak berapa rangup.. kembang pipi.. teringat 'arwah' pokok mangga epal kat kluang. dah arwah sebab dah tebang. sian pokok tu. tu lah pokok kesayangan ku. walau pun muda, tapi dia lemak2 tau, isi dia kuning rangup.. selalu makan dengan garam pun dah sedap..

mangga muda makan petang semalam.. 

ikan keli dan terung telunjuk. hasben masakkan. cili api dan bawang je.

Ha, ikan keli tu hasben memang suka. aku pun suka jugalah sebab dia rangup2 kan.. 4 ekor tu, habis semua.. masakan favourite ialah goreng cili api ni.. menjadi juga, sedap - kena mention ni, nanti dia masak lagi. hehe.. terung telunjuk tu mak mertua memang tanam keliling rumah dia.. amik skit masa balik kampung weken lepas.. Jadi lepas makan malam semalam, terus tersadai kekenyangan.. satu lauk ni je makan semalam. Alhamdulillah.. ni masakan pertama husband tahun ni. hehe.. selebihnya maggi je lah.. dia boleh je masak, tapi malas kan, semua nak isteri kesayangan je yang masak. :-p

Oklah.. time's up.. babai. wassalam




Monday, September 16, 2013

kakak to be


Assalamualaikum...

Ni lah kakak to be ni.. Aisyah humairah. Masih mengendeng nenen ibu ni. Camana nak buat ye.. Kesian tengok dia tercari-cari nenen ibu ni. Tu jelah yang membuatkan dia melekat dengan ibu.. Bonding time dah hampir tamat untuk kami berdua.. Tapi selagi aku mampu, akan kuberi nikmat susu ibu untuk aisyah.. Pantang baring, mesti ada je nak melekat selak2 baju ibu ni..

Serba salah sebenarnya.. Kalau ikutkan hati malas dah nak bagi nenen tapi kesian kat dia. Susu formula lansung tak nak. Kena paksa nangis2 minum. Dalam 3oz tu gerak sikit je dalam setengah oz.. Camana tu dik nak membesar. Tapikan, jangan salah faham pulak kawan2. Sumber protein tu bukan dari susu sahaja. Boleh dapat dari sumber lain macam keju, ikan etc.. Tapi yang senang nak bagi tentulah susu kan..


Kalau baca kisah aqil dulu masa nak wean off, memang sedih syahdu syahdan gitu. Tapi lama2 kena juga keraskan hati. Sebab dah sakit kan.. Lepas je dia berhenti bf, terus jadi peminat susu fm tegar. Asyik minta susu dan asyik makan je..ada je benda nak kunyah... Itulah kisah aqil. Aku suka baca cerita sendiri, flashback balik camana aqil dulu2. Hehe.. Itulah intan payung nan seorang..


Aisyah bila ditengok2 nak jadi kakak alahai macam kecik lagi je budak ni. Aqil dulu nak 3 tahun baru officially jadi abang.. Tu pun memang tengah nak melasak tu. Berpantang sambil jerit2. Haaa.. Ko hado.. Adoi stress mak bila teringat balik. Kesian kat aqil memang banyak kenalah time dalam pantang.. Aisyah pulak, hope dia tak banyak buat karenah.. Maybe sebab dia girlkan jadi please jangan nakal2 ye aisyah.. Kalau nak duduk pantang dengan ibu, silalah buat perangai baik2.. Abang aqil tahun depan tadika dah. Jadi dia akan jadi weekend family dengan ayah. Hehe. Gitulah planningnya nanti.. Lambat lagi. Tapi semua kena fikir tu...

Oklah. Happy Malaysia day to all.. Kami lepak rumah je jalan dekat2 je.. Settlekan kain baju sume.. Cadar yang mana berbau air liur basi tu silalah tukar. Aku ni sejak preggy deria bau memang kuat sikit. Tak boleh tahan bau busuk2 ni.. Oklah. Bye.

Wassalam..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, September 12, 2013

dilema tau . dilema sangat

Assalamualaikum..

Selamat pagi. dah hari khamis dah. tak sabar nak cuti hujung minggu ni. tak plan pegi mana2 pun.. Semalam, pergi JJ cari buah-buahan.. konon lah pagi2 nak amalkan minum jus buah.. pastu beli susu untuk aisyah.. macam2 jenis susu dah cuba ni. Anmum, Dutch lady 123 madu, semuanya tak jalan. for me, pengalaman masa aqil dulu pun sama.. mula2 tu sebulan membazir kot, buat susu tapi tak minum. letak je kat mulut dia.. dari 3 oz, gerak 1/2 oz je.. tu pun nangis2 kena paksa dengan ayah dia.. hmm aisyah2.. pengasuh aisyah pun dah pening dah nak kasi susu kat budak ni.. so try beli susu kotak. tengok camana ceritanya hari ni..

EBM je dia minum habis. susu tepung, bolayan..tapi EBM aku pun tinggal berapa botol je pun.. 5 botol kot.. perah susu sekarang ni pun dapat 10 oz je... kalau ikutkan malas dah nak perah susu tapi kesian kat aisyah tak minum susu lain. kang dia lapar pulak.. makan pengasuh dia kata ok, banyak makan. badan dahlah kecik..

Anak2 aku berangan juga nak kasi minum botol 8oz ke apa kan. tapi tak de habisnya. membazir je.. kalau dia minum takat 5oz, gitu jelah amaun dia.. pengasuh adalah juga dia suruh aku ajar anak no 3 ni nanti campur susu kasi debab sikit. a big no no no lah kan. below 6 month selagi ada susu badan, kasi je lah susu badan. perah. melainkan kalau aku terdesak, terpaksa lah juga.. 

Sape kata susu ibu tak debab. kalau baca rentetan cerita aqil masa kecik2 dulu, hmmm semangat bulat. every month naik sekilo sekilo okey.. cuma semek aisyah ni je memang dari lahirnya paling banyak 600-700 gram je.. ikut gen ibu jugaklah kan. aku ni mama cakap memang kecik2 jenis keding. payah nak naik.. jadi tak payah risaulah anak aku ni kurus ke apa ke. aktif kan. oklah tu. dia makan ok, cuma main2.. lebih kepada nak suap sendiri..

hmm.. oklah.. dari pagi tadi aku rasa macam tak sedap mulut.. bukan tak sedap nak melaser orang tapi rasa macam loya2 gitu.. ok sila serongkan fikiran ke tempat lain, jangan duk fikir loyalah, sakit pinggang lah. macam2 aku fikir tau.. now baru 6 minggu :-) kena makan banyak buah dan serat sebab sembelit aku dah bermula.. waaa... harap2 dengan jusbuah pagi tadi dapat melawaskan proses pembuangan ku..

ok bye. wassalam.

Tuesday, September 10, 2013

serba tak kena

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa macam serba tak kena?
tiba2 rasa bosan
tiba2 rasa nak menangis
ko apa hal tiba2 nak menangis
nak kata dah makan, alhamdulillah kenyang dah
may be feel lonely
pastu bukanlah lonely sangat pun
kerja ni melambak
tapi sebab melambaklah macam ignorekan aje
penat dah aku buat keje weih
berjalan sana sini cari benda
semua sorang2 kena buat
kadang macam orang gila
apa bendalah aku buat ni
bosan bosan bosan
apasal macam tak settle2 lagi kerja ni
oklah oklah oklah
sabar je lah
buatlah selagi terdaya
sedapkan hati
slow2 nanti habislah tu
nak mengunyah tak de benda pulak aku nak makan.
nak makan seaweed pedas
hehehe
sengal. macam orang tak betul.

ok bye

wassalam


Monday, September 9, 2013

sempena 1 tahun 9 bulan

Assalamualaikum..

Bulan ni genap lah aisyah 1 tahun 9 bulan.. yeay.. dah besar dah anak ibu ni.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.. sempena dan membesar anak ibu yang kurus keding ni kan, mestilah banyak perkembangan diri yang dia dah tahu sikit2.. berat masih bawah 9kg ye. ringan dan kecik je anak ibu ni.. jom lah tengok gambar aisyah humairah :-)

nak gi makan kat rumah jiran.. pakai baju lawa2 ingatkan nak jalan jauh. huhu

penceria hati ibu.. gigi besar2.. tak suka gosok gigi tapi dengan ibu semuanya kena suka :-)

sahabat suka dan duka kepada abang aqil

main bubble bersama-sama

happy kids

dah pandai naik basikal.

Tapi kalau jatuh tergolek, meraungnya macam kena apa. tak boleh kena sikit. hee.. manja betul.. now dalam proses nak wean off budak kecil ni.. tapi tak jadi dah try hari tu letak pewarna merah. nangis2 dia. ibu pun menahan tangisan kesian kat anak.. hmm buat masa sekarang masih diteruskan.. aqil dulu sampai umur 2 tahun 5 bulan kalau tak silap baru berhenti betul2.. tahun depan insya-Allah kalau jadi aisyah nak jadi kakak dah :-) rezeki awal sikit berbanding aqil dulu. tu yang kena wean off awal2.. alahai sian aisyah.. hajat nak menyusu sehingga dua tahun lagi sikit je nak tercapai. tapi apakan daya ibu, perancangan Allah lagi baik.

Buat masa ini, masih lagi menyusu, masih lagi mengepam. stok susu pun tak banyak, ada lagi 7 botol kot.. tu pun sekarang pam dapat 10 oz saje.. dah try kasi minum anmum, dari 3 oz tu setengah oz je yang bergerak. tu pun kena ayah dia yang kasi minum.. menangis2 tak nak minum susu.. teresak2 dia. aku pun sebenarnya takut2 juga nak teruskan breastfeed ni, takut diri tak kuat.. takut keguguran.. macam2 lah takut kan.. now pun dah sakit2 pinggang tapi aku tak tahu puncanya apa.. ke phsycology aku sendiri.. hmm tawakal je lah, berdoa pada yang Esa..

Bye. wassalam..


hello monday


Assalamualaikum!!


Hai kawan2.. macamana hari ni ceria ke.. monday blues ke.. aku pulak tak de nak blues ok. setiap hari adalah super busy. siap tak sabar2 nak pergi kerja nak settlekan kerja. gitu.. sampai masuk2 dalam mimpi ok. sampai terpaksa skip appointment klinik aisyah hari ni. gara2 dua2 laki bini sibuk nak mengejar bos..

Weekend tak pergi mana2.. duduk lepak rumah. cuma semalam je hari ahad kuar makan kat cheras then balik rumah.. itu pun ingatkan nak pegi jusco tapi sebab aqil dah pau ibu dia mainan bubble ultramen tu, terus tak jadi pegi. haha. jadilah penghibur dua beradik tu kasi main hujung minggu. nak merayap rumah orang macam malas pulak kan. nak merayap soping kompleks habis duit pulak. lebih2 lagi tengah bulan dah ni. bulan ni pulak dah selesai 900 buat bayar road tax dan insurance kereta. setahun dah pakai myvi kusayang itu.. :-)

Okeylah. let's back to work.. serabut mata ni tengok dokumen yang bersepah2 ni. aku ni bukan boleh meja sepah2.. kalau boleh nak clear dan teratur baru sedap sikit kan nak buat keje.. tapi bila orng datang, bersihnya meja.. meja je bersih, lantai tak bersih tak pe.. tapi janganlah sampai tak boleh jalan dan buka kebinet pulak kann..

stress, please go away

hmm.. ok bye. selamat bekerja.. wassalam..


Friday, September 6, 2013

gantung kuali

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Alhamdulillah, semalam telah lengkap puasa ganti aku cukup 9 hari. Semoga amal ibadah ku diterima oleh Allah SWT.. Lega rasa dapat mengganti puasa, kalau tak, rasa berhutang je.. Mood bulan Ramadhan tu masih ada, tambahan lagi suasana kat opis ni kalau puasa pun tak rugi. Sebab kurang pemandangan yang enak-enak di sini. So nafsu terkawal sikit.. :-)

Sepanjang 5 hari dalam mingu ni, hari2 aku menapau. hehe.. gantung kuali katanya.. mood nak masak tu tak mari lagi. konon hari ahad tu dah pulun masak kan.. so letih dia membawa kepada 5 hari gantung kuali :- p Petang ni lepas balik kerja, nak pegi open house taska Aqil pulak. hehe..

Semalam, sempena meraikan aku dah habis ganti puasa, kitorang makan luar.. makan kat restoran bangkok station. dekat dengan rumah je.. menu yang selalu kami order ialah ikan siakap stim halia.. yang ni kalau pegi banyak kali pun, rasa dia tetap tak berubah, memang sama dan sedap.. cuma semalam, ikan dia macam rasa tanah atau hanyir. tapi disebabkan kuah dia sedap, layan...

Pastu order yang kami suka pilih ialah kerabu ikan bilis. pun sedap. anak2 suka. aqil suka makan ikan bilis. tu yang gigi dia 'kuat' tu. hehe... total kami makan ni RM 42 siap dengan air buah . dua jenis lauk je amik :-)

ikan siakap stim halia.. kalau aku buat mesti tak jadi, overcook lah, kuah kering lah. huhu

selak2 halia baru jumpa ikan.. dia juga letak bawang putih jeruk.. dulu lagi banyak, sekarang sikit je letak.. 

kerabu ikan bilis. dulu ada gak sehelai dua daun salad.. 

Hari sebelum2nya, oleh kerana en suami tak dapat makan kambing kat jamuan raya opis dia sebab dah habis, marilah kita makan kat kedai je.. makan kat Has Raz Steak kalau tak silap. kat ampang water front. ni kira try and error lah kan. tak pernah masuk pun.. tapi sebab suami mengidam, moh lah kita.. kalau sedap, boleh datang lagi.. ternyata ok, boleh datang lagi, not bad lah. harga pun murah. Kalau macam Sizzling Lamb ni RM 17 kalau tak silap..

ni aqil amik gambar.. pandai aqil amik :-)

ni set aku punya.. sama je gambar kat atas.. banyak lemak!! i like tapi agak bahaya, kolestrol maaaa :-p

yang ini dak kenit punya.. kongsilah dua beradik. tak habis pun. beria order kan nak burger.. sampai2, kacau steak ibu jugak.. 

Overall bestlah. banyak sebenarnya kedai makan kat area Ampang Waterfront ni.. Steamboat ada, satay station ada, Shahrin Low ada, korean food ada.. eh banyak pulak tempat yang belum kami pergi. hehe.. siap duit je lah kalau nak makan luar ni.. Sekali sekala kan :-) 

Ok bye. wassalam..


Wednesday, September 4, 2013

nasi minyak untuk jiran

Assalamualaikum..

Ahad lepas, aku buat makan2 sikit untuk jiran2. actually pengasuh aisyah yang nak datang beraya.. dia dah booking lama dah, takkan nak masak mee goreng je kan. hehe. So menu hari itu ialah nasi minyok :-p tahun lepas nasi carrot. alah, lebih kurang jelah, cuma tahun ni tak de carrot. first time masak nasi minyak ni.. selalu makan mama dan kak long punya masakan je. hehe

Hari Sabtu tu, balik lenggeng jap, ada kenduri dan bacaan yaasin sempena budak2 nak exam besar kan.. ramai jugak lah anak2 sedara husband yang nak exam besar tahun ni.. Sempatlah aku pinjam periuk nasi besar MIL aku. hehe.. nak beli sendiri nanti-nantilah, bukan selalu pakai pun.. jadi, pinjam ye mak :-) tahun lepas pinjam periuk jiran. haha. tak tahu malu punya orang. +_+

Okey2.. persiapan bermula dari malam ahad tu lagi. lepas balik kenduri kat kampung, siap2 kupas bawang.. bawang je pun.. pastu tidur sebab dah pukul 11 kot masa tu. tak larat dah. banun pagi2 pukul 5 tau. tu pun sebab aku sakit perut, kalau tak, tentu tak bangun. hehe..

Perkara paling awal ialah aku buat kek red velvet dulu.. haa. ni lah yang tertangguh.. nak buat tapi tak terbuat2.. siap kek pukul 7 kot dah siap bakar. kali ni sebab gatal tukar tepung kan, habis kek aku bantat tau. patut pakai tepung biasa, tapi aku saje nak tukar self rasing flour. mula2 naik elok, sekali tu amik ko, macam kawah gunung berapi dah..

Ok, aktiviti memasak bermula pukul 8 sampailah pukul 12.. siap2 mandi sume.. lap2 mangkuk hidang.. jemputan pukul 2 katanya.. adik aku pun ada datang, aku ajak, sian dia sorang2.. tak lama tu pukul 2.30 jiran2 datang. jemput jiran akak pengasuh aisyah sekeluarga, jiran belakang, jiran depan. adalah dalam 4 buah rumah je kot.. tapi satu buah rumah tu datang dengan sedara mara dia.. penuh rumah ku. yang tu memang noted lah tapi tak sangka ramai. huhu..

First trip je risau jugak takut lauk tak cukup ke apa kan. orang tengah makan aku basuh beras dan kopek bawang. huhu.. Alhamdulillah lauk memang ngam2 untuk pukl 2.30 tu, untuk waktu seterusnya aku suruh en husband beli ayam seekor lagi.. nasi aku maak lagi 4 pot.. petang tu kawan aku datang sekeluarga. oklah.. seronok melayan tetamu.. risau takut orang makan tak cukup je. huhu.

nasi minyak of the day

acar timun. petua mama : jangan letak air. nanti tak rangup.  toskan timun yang telah dipotong. cukup dengan campuran cuka sikit, gula dan garam.

ayam merah. pedas sikit hari tu. aku pakai cili kering. selalu pakai lada boh je. tapi banyak cili kering, better habiskan apa yang ada kan. tapi pedas2 pun terangkat ^_^. jiran2 ku menyukainya.. kekekeke 

nasi minyak sedang dimasak. minyak sapi sikit, hirisan bawang, rempah 4 beradik dan susu cair. nasi ni 12 pot tau. aku pakai beras moghul basmathi 1kg.. tambah sikit dengan beras sedia ada sebab beras panjang dah habis..

hasilnya. bila kering, titiskan sedikit pewarna. biar sekejap, barulah kacau. kalau kacau masa basah, nanti semua kaler dia merebak.. ni aku pakai kaler orange.. kalau ada kuning lagi lawa..

set corning ware baru dirasmikan hari tu. main kutu dengan mama :-)

daging masak kurma.. bau dia sedap.. tahun lepas aku salah step tak tumis, tahun ni jadi.. tapi daging pulak tak de.. pakai daging steak sikit je dapat.. ni gambar sedang diperap ye.. yg masak betul tak do..

rempah kurma beli kat pasar payang terengganu tahun lepas. habis dah. sape nak pos kat i dipersilakan :-)


kek bantat.. macam kawah gunung berapi..

transform to a beautiful kek +_+ dengan cake tray pun baru rasmi. tu semua amik dengan mama.. hehe

Alhamdulillah. segalanya licin.. adalah balance sikit untuk kami malam tu, suka kan kalau apa yang kita masak habis. tak payah susah2 nak buat camana lebihan nasi tu.. kek pun tinggal 1/4 je masa tu. owh lupa, sempat juga aku buat puding kastad tapi kali ni aku tak masak susu cair tu, aku tuang je atas kastard.. macam lagi best kalau masak susu tu. lagi manis..

Minggu ni last syawal kan.. tapi Sabtu jiran aku buat open house lagi. hehe.. now aku berpuasa ganti hari ke 8.. esok insya-Allah nak puasa lagi last day :-)

ok bye.. wassalam..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails