Wednesday, August 28, 2013

Magic Inner

Assalamualaikum..

Semalam, ada staff jual magic inner. eh, kat sini macam2 ada orang berniaga.. jual kain, jual tudung, macam2 lah.. mujur aku masuk dah tengah2 puasa kan.. kalau tak, dengan aku sekali duk memborong :-) So semalam, aku belilah 2 helai. tak pernah ada magic inner ni kan, cubalah sekali..

Balik tu, sebelum tidur, aku baru teringat ada benda dalam beg. so, mari mencuba.. belek2 shawl yang ada. ha, ada sehelai je lama dah aku beli.. aku try inner tu, hmm ok jugalah. macam comel je aku pakai. kuang kuang kuang. ok lepas ni boleh try beli shawl pulak lah. saje tukar2 fesyen kan, dengan syarat patuh syariah :-)

model cilik ku. tak reti diam minah ni. konon comel lah tu kan orang nak amik gambar dia, sibuk pusing2 lari2..

makcik sangat.. membongkar..


me testing wearing shawl. ok tak? hehe. muka seharian bekerja. tak delah magic sangat kan, ikut muka jugalah kan, kalau dah nak melekat tu, melekat juga. tapi oklah, tak delah buruk benar kan. hehe


anakanda yang meragam. aqil ni makin besar makin banyak peel nya.. sabor jelah kan melayan anak ni. dapat pulak ibu yang jenis memetir. sian aqil..  


sedikit biodata aqil:
mata bulat, hidung terpacak, bulu mata yang lebat. suka bermain dan menonton tv. gigi dah banyak rosak. suka makan coklat. mulut lebam akibat alahan antibiotik yang kerap diambil semasa 2 tahun ke bawah. seorang yang agak penakut atau dengan kata lain lemah semangatnya. sayang adik dan pandai melayan adik.  tahun depan bulan 1 dah 5 tahun. how time flies..

Ok bye. wassalam..


Tuesday, August 27, 2013

jamuan raya opis baru

Assalamualaikum..

Cerita khamis lepas. Jamuan raya di opis baru. baru tak baru sangatlah, dah sebulan lebih :-) Suasana nya lebih meriah. lebih detail. Pengarah mahu tema purple tahun ni. Dahlah tak de baju purple raya tahun ni, terpaksa ku korek2 baju purple yang available yang masih cantik dipakai.. maka, baju tunang 7 tahun lepas terpilih untuk event kali ni. aku jarang pakai baju ni sebab dia kena dry clean. Malas okey nak hantar dobi. kumpul banyak2 yang mana perlu dry clean baru hantar. tu leceh tu. tapi untuk kali ni, tak pelah, belasah je lah..

Bahagian ku in charge mee sup. amik caterer ani sup utara.. tapi aku tak buat apa2 pun.. tahu2 je dah siap. stall pun dah siap hias :-p nampak sangat tak amik port. bukan apa, diorang tertinggal nak ajak aku masa diorang nak hias stall tu. tak pelah, bagus gak tertinggal :-p tulah, bila dah duduk dalam bilik ni, aktiviti orang luar pun tak perasan.. 

Okey, jom tengok gambar dan suasana sambutan hari raya opis baru ku.. ni baru kali pertama kat sini, tapi posing tetap posing, lebih2 plak hulur telefon suruh orang amikkan gambar :-p 

kawan2 baru saya. umur semua lebih kurang kecuali bos dan akak hujung tu..

jamuan di tempat parking berbumbung..

 
complete but incomplete.. ada 2 orang tak de dalam pic, mc dan wife bersalin.

sahabat jkr since report duty sampailah sekarang. jodoh panjang dapat bertugas di tempat yang sama lagi. 

tara.. menu pertama yang aku serbu (aktiviti berebut makanan masih berlaku tak kira budak baru ke budak lama ke. hehe) . kambing golek ni ada 3 ekor. tak mainlah amik piring kecik2. hehe.. sedap, aku makan 3 pinggan kot, puas makan. dia punya sos black pepper tu 'panas' tapi sedap.. tak berapa lama tu, aku pun berlari2 ke toilet, cirit :-p 

sebelah gerai kambing tu, gerai laksa. amik laksa semangkuk. pun sodap. tengok gambar pun boleh terliur balik, dah la pose. i peminat laksa. tapi bukan sebarang laksa, yang sedap saje :-p

gerai buah

ada durian. puas makan durian. selori datang. ktorang dah simpan untuk kami2 makan later, tetiba boleh plak kena songlap.. sabo je lah

Haa.. itu je lah ceritanya.. jamuan sampai pukul 2 lebih.. so the whole day tak buat keje lah.. kekenyangan.. alhamdulillah dengan rezeki yang dinikmati bersama.. tahun ni seperti tahun2 sebelumnya tak hebat sangatlah aku pegi open house.. Jadual hujung minggu sentiasa terisi..  buat open house pun tak kot, masa singkat.. tapi kalau ada kawan2 yang plan nak datang, memang dialu-alukan.. bagitahu bila nak datang if kami available, jemput datang.. nanti kita masak2 lah apa2 yang patut :-) seronok sebenarnya orang datang rumah. aku pun suka je pegi rumah orang, makan2. hehe..

Ok bye. wassalam

Monday, August 26, 2013

new look baby

Assalamualaikum..

Hai!! Banyak cerita aku skip ni. tapi tak pelah, kekangan masa. silap2 blog ni nanti bersawang. busy lah.. baru tahu keje banyak. bertubi2 benda keluar masuk.. tapi i ok je.. baru hari isnin lah katakan.. tak de lah terasa penat sangat. kalau dah tengah2 minggu tu memang terasa keletihannya.. hari ni puasa ganti hari yang kelima. sebelum cik peod muncul kembali (muncul keeee.. hehe) baik cepat2 ganti puasa.. kang bila dah berhenti puasa, nak mula balik tu jenuh jugak tu kan..

Ok, sabtu lepas tidur rumah MIL.. semalam balik. tak sempat jumpa parents aku diorang singgah rumah MIL kejap sabtu tu.. ada kenduri kawin kat seremban.. FIL aku tak berapa sihat kan. dah lama juga diorang berhajat nak singgah tapi sabtu tu baru dapat jumpa..

tak de aktiviti apa pun.. main game candy crush tu dah level 162. weewiitt.. setelah 2 bulan aku tersangkut kat level 147, lepas jugak akhirnya.. asyik main game je, apa punya menantu lah ni. hik.. Cik adik Aisyah dah berwajah baru tau. siang tu, aku memang dah plan nak trim rambut belakang dia. lambat nau nak tunggu panjang sama rata.. luar panjang, dalam pendek. kita kasi potong je lah..

Dia tahu orang nak potong rambut dia. macam tak kasi usik. hehe.. tapi dapat juga potong itu ekor. trim lebih kurang. rasanya macam tersenget sikit belakang tu. tak pelah kan dik. kalau bawa pegi kedai gunting mahu melalak. tak pe, kecik2 biar ibu je trim rambut korang :-p

before

after

Nampak lain sikit muka dia. nampak lagi bulat.. asyik tengok je muka aisyah.. homei hugak hanak hibu ni :-D kerja dia kan lately ni suka makan. tapi makan merapu lah. kutip2 makan. paling dia suka makan/main ialah kuih raya atas meja. kerepek. ok je dia suka makan, tapi main je lebih. suka makan kurma. itu sudah bagus. tapi kebanyakkannya tak habis.. makan main2. apa2 sume nak suap sendiri.. sabar je lah ibu tukang kutip..

Aqil pulak sekarang ni duk gila nak beli mainan. masuk kedai, terus tuju tempat mainan.. kalau tak dapat, mencuka habis. memang spoil mood dia. time dapat duit raya, dia pesan ibu simpan, beli mainan kereta pusing2.. sabo je lah. tapi dia suka main kereta yang ada track pak lang dia kasi. tahan lama jugalah duk usung ke hulu ke hilir. now dia dah berkenan satu kereta track pusing2 kat speedmart. RM26. semalam dah merayu2 nak beli, sekali kena sergah dengan ayah dia, terus terkubur. sian aqil.. tapi kalau selalu beli mainan bengkok mak kau ni. siap ada list lagi, nak transformer plak lepas tu 0_o tu lah kisah anak bujang tahun depan 5 tahun dah. harap aqil menjadi anak yang soleh.. memahami. berani. dengar kata. iqra dah tak nak baca sekarang, dah pandai gamaknya. belajar2 pun tak de dah.. tengok kartun main game tu jelah keje nya..

Okeylah, tu jelah nak share.. bye. wassalam..

Friday, August 23, 2013

random story

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. baru lepas balik dari Jusco. Follow kawan2 merayap. Semalam dah gaji kan? aku belum buat apa2 transaction lagi. busy katanya. hari ni dapat satu task lagi, buat penilaian tender. Kena study manual dulu, tanya2 orang.. dah lama tak buat. buat dulu pun sekali je, tak tahu betul ke tidak.. tapi aku belum usik apa2 lagi, settlekan kerja yang kecil2 yang dah lama beratur kat meja aku ni.. 

Risau gak.. bos aku pulak jenis high pitch. dia tak marah, tapi dia cakap memang jenis satu opis boleh dengar. huhu.. aku pulak jenis cuak sikit kalau orang cakap suara tinggi. marah ke.. padahal, diri sendiri tu suara petir jugak. tapi staff yang lain cakap, tak dia memang jenis cakap kuat tapi tak marah. haaa.. oklah tu kan.. hehe..

Oh, semalam ada jamuan hari raya di tempat aku bekerja ni. memang meriah. makanan punyalah banyak. ramai sponsor agaknya. kambing golek 3 ekor, durian selori, ko mampu.. haa.. tapi durian tu tak delah habis selori tu, dalam pukul 2 lebih, lori durian datang kutip balik yang mana belum usik. banyak juga pulang balik, pastu kiralah kot berapa yang orang dah makan.. gitu..

Aku aim kambing golek tu je.. haa.. dua pinggan okey. kejap je aku makan, tak lama tu berlari ke toilet, kepanasan berak cair, makan lada hitam banyak sangat kot, sos black pepper dia tu.. terus serik. tapi lepas pukul 2 tu sambung makan balik.. hehe

eh oklah, selamat hujung minggu. later will update lagi ye pasal jamuan tu. bye!!

Wednesday, August 21, 2013

selepas sebulan

Assalamualaikum..

Dah sebulan lebih aku berada di sini.. 16/7 sampailah hari ni 21/8..apa input yang aku dapat? output bagaimana? memanglah bukan perkara baru bagi aku tapi setelah lama ditinggalkan, ia menjadi pembelajaran baru lah kan.. dengan suasana baru, prosedur baru dan sistem kerja yang berlainan..

Sebelum ni, sifu ada, bila sifu dah pindah, semua kerja kena buat sendiri. berdikari. tanya orang sana sini. kadang naik malu asyik sms/wassap sifu.. naik malu juga bila selalu kacau orang tanya itu ini.. tapi haku peduli apa, asalkan kerja yang aku buat betul, lantaklah soalan bodoh ke apa, aku nak juga tanya. tapi aku selalu tanya orang lain2. cover lain sikit lah kan.. hehe.. 

Tapi oklah.. i love my job. cewahh.. walau pun semalam, kadar tekanan di level pertengahan.. pukul 8.30 aku dah tidur depan tv :-p tak tahulah penat sangat ke apa kan, tapi semalam bermulalah tahap blur aku.. orang tanya aku sengih2 je. semalam pegi site bersama2 dengan ex bos aku dulu.. nasib baik puan ni memahami kan, jadi dia tolong cover dan tak tanya apa2 lah..

Sibuk juga. patutlah orang tak bercakap sangat kat sini. dulu aku stress orang tak bercakap kat sini. boring gila. now, bila semua dah sibuk , tak de masa lah nak cakap2. cakap hal yang penting2 je.. radio pun rasa semak je kalau buka.

tapi, bila time lunch hour macam ni, orang sume tidur, kalau tak pegi makan lah. aku nak juga tidur, tapi tak boleh nak tidur. huhu..mata kelip2 je. memikirkan kerja yang banyak. banyak tu bukan sebeban dokumen atas meja, tapi beratur kerja nya. masalah demi masalah. aku tak nak diri dibelenggu masalah, terus tanya bos lah. hehe. kalau boleh nak settlekan kerja yang beratur ni. tapi bila dah cukup time, kriinngggggggggg babailah. sambung esok pulak :-)

Al maklumlah dah lama otak tak bekerja kuat. tak pelah, ni bulan pertama berdikari, bulan2 seterusnya insya-Allah kalau otak aku ni cepat tangkap, dah tahu prosedur, dah terer itu ini sap sap soi je lah lepas ni :-D orang tanya petik jari je boleh cakap. haha.. tapi tadikan ada orang tanya, muka kena konfiden jawab. jawapan betul ke salah tak tahu lagi. kuang kuang kuang. lepas tu baru tanya bos balik betul tak jawapan tu :-p

Oklah, be positive woman. think positive. Anggaplah kerja sebagai satu ibadah.. bye. Wassalam..

Tuesday, August 20, 2013

Selamat bertunang my Cousin :-)

Assalamualaikum..

Hai ols. seperti yang dijanjikan hari ni nak share tentang majlis pertunangan cousin ku.. kami panggil along je. anak makcik belah ayah, the one and only adik perempuan ayah out of 11 orang tu.. 10 orang lelaki sorang je pompuan.. wajib datang ni.. kami panggil mak along mak unggal..

Majlis adalah pada hari ahad pukul 3.. kami datang dalam lepas zohor macam tu lah.. menu nasi putih dan soto. soto tak dapat rasa sebab dah kenyang masa tu.. huhu. dah now terbayang2 kesedapan soto. nak buat tak reti. jadi marilah makan di kedai saje :-p

Ramailah adik beradik ayah datang. tetamu pun agak ramai. anak sulung kan.. Jom cerita sambil tengok2 gambar..


hantaran dari pihak perempuan

the brides to be. insya-Allah this year or early next year

bersama blogger femes. haha -_-

my sis and aisyah the kangaroo girl

singgahsana

the hantaran.. view dari atas tangga

nilah mak dara tangga. jaga line budak2 turun naik. pot baik ni.. nasib tangga tak runtuh :-)

ni semua cousins dan dua orang tu adik beradik aku lah. yang kenit2 tu anak diorang.. muka aku je tak de. may be rushing nak balik.


aisyah dan mak ida.. 

precious moment. bersama cousins zaman hingusan ni. kecik2 dulu kami semua dijaga oleh nenek... macam2 perangai, macam2 kisah dan kenakalan zaman kecil. dah ada anak sepupu pun aku. jarang2 jumpa, sekali jumpa mehlah bergambar sekali. duduk je kl tapi tak pernah pulak terserempak dengan diorang ni.. kat kenduri kendara je lah ada nya.. lepas majlis ni, aku ajak bertandang ke rumah ku.. haa.. sampai maghrib diorang stay. aku buat mee goreng basah lagi, sekilo setengah malam tu. licin..  sekali sekala datang rumah kan.. 

Malam tu, kepenatan tidur zzzzz.. penat tapi happy :-) ok dah tu je nak cerita.. bye. wassalam..


Monday, August 19, 2013

birthday anak buah, affan

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin.. diriku di dalam blues hari ni. Tadi pagi bangun sahur, tidur balik then terlajak bangun. so hari ni lewat sikit masuk keje 8.03 minit.  Punyalah mengantuk pagi ni. tergolek2 atas meja ni.. pastu hujan pulak tu kan.. lagi lah.. Alhamdulillah hujan lebat. i like :-) Kain baju semua yang telah kena tempias semalam, dah siap2 angkat pagi tadi.. jemur dalam rumah pulak, sebab rumah belakang buat renovation, so berhabuk lah belakang rumah tu kan..

Ok, let's story our hectic weekend. yeay, 2 hari semalam dapat beraya :-) hari sabtu tu pegi klang, besday anak sedara yang bambam iaitu amil affan yang ke tiga tahun.. HAPPY BIRTHDAY AFFAN. SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEH.. MAK TEH SAYANG AFFAN :-)

Mama dan ayah pun datang. kebetulan hari ahad sepupu ku bertunang kan.. amik kesempatan lah. Satu malam je ayah mama tidur rumah ku. bawa ketam nipah 9 kilo. best wooo isi tebal.. sebab dah mewah dengan ketam kan, makan ratah goreng kunyit je. sodap. nenek dan pak usu pun ada.. ketam tu bahagi dua dengan kak long. murah ayah beli dengan kawan dia, sekilo RM 15.. tak dapat harga tu kalau di pasaran..

ketam nipah goreng kunyit. makan sampai tebal bibir :-p

mee goreng basah.. sedap pulak. weekend ni je 2 kg kot aku masak mee goreng ni jamu sedara mara yang datang mengejut. oklah kan.. sedap tau. hehe...

So, pagi sabtu tu ayah mama gerak dulu lah. aku tinggal bertiga je, aqil dah ikut atok dia jalan.. hailah budak tu, sibuk nak pegi rumah Aiman rumah Aiman.. pegilah ikut atok tu. tinggal lah anak ibu aisyah sorang. jom golek2 bertiga :-p sementara tu, aku kemas2 rumah, siap2 nak pegi open house jiran. makan laksa dan nasi berlauk.. ada ABC. hmm sedap pulak bila terbayang tengah2 puasa ni kan..

Pastu, bertolaklah pegi Klang. please lah, bulan2 raya hujung minggu ni kan, beratur je kereta atas jalan especially MRR 2... hasben aku cari jalan lainlah kan.. sampai rumah kak long dah pukul 3. terus je potong kek, tunggu aisyah rupanya. tak ramai pun jemputan, jiran2 dan adik beradik je lah.. makan laksa juga.. side dish adalah like pulut etc.. hasben aku tak sihat pulak, sebu perut katanya... so baliklah kita pukul 5 tu kan. melalak aqil tak nak balik.. tengah syok main kena balik pulakkan. nak buat camana. kalau tinggal jadi drama swasta tengah2 malam pulak kan.. ok2, jom tengok gambar birthday boy..

the birthday cake. spiderman

little aisyah with mak ida

ha.. shawl tuala aku :-p mengarok sekali aku pakai shawl. tu mama bagi, dia beli kat mekah. teringin pulak nak pakai shawl kan. sekali tu, serabai je.. laterlah boleh try :-p

dijah my bff pun datang. kebetulan masa kat kluang tu dia datang beraya, aku jemput la sekali. padahal bukan majlis aku kan. haha.. duk shah alam, kira dekatlah kan nak datang klang. tu baby sufi yang montel tu, geram betul. memang sedap kena gomol..

dah jom balik ibu :-) 

Balik rumah sampai pukul 8 malam lepas hantar nenek pegi rumah anaknya kat gombak.. terlepas satu rumah, rumah mak sedara husband. kawan tu tak sedap perut dan sejuk2 badan. ntah salah makan apa ntah. ketam ke. tapi kitorang alhamdulillah makan tak de apa2 pulak.. Jadi malam tu, lepak2 kat rumah siapkan badan untuk hari ahad berikut :-)

Okeylah nanti kita sambung lagi ye. bye. wassalam


Friday, August 16, 2013

bergaya di hari raya - OOTD

Assalamualaikum..

Beginilah kita bila tak de apa nak buat waktu lunch ni yek. acik puasa lagi, day 2 puasa ganti :-p masa yang terluang ni aku install photoscape nak buat watermark kat semua gambar dalam blog ni. dulu aku install picasa tapi kali ni tak dapat pulak. dah cuba install, jadi tapi dia kuar icon apa ntah macam error, terus uninstall balik, install lah photoscape ni.. tq pada kak fillani aku baca blog dia lah baru tahu software apa lagi boleh pakai untuk watermark ni..

So di tengahari yang syahdu ni (sebab tak gi mana2 lah syahdu nya nih.. huhu), marilah kita menayang baju raya apa yang kita dan anak beranak pakai masa raya hari tu. kata kak jemah akak viruspadu OOTD = outfit of the day gitu. actually takdelah gempak mana kan baju raya. haha. tapi tak pelah, nak share kan :-)

baju hari raya pertama. baju ni dah dipakai masa wedding adik aku.. samalah dengan budak kenit tu. nasib muat lagi. hehe. baju aku beli siap.. banyak jual merata2..

baju ni kain beli kat jalan TAR, murah je kot RM 50 kalau tak silap. dan baju nilah aku rasa paling cun. muahaha.. baju kurung moden kain kembang apa nama ntah. baju ni ada lining. kos untuk baju ni je saje dah RM 120 sebab lining kan, kain 50 hengget je.. hoi. nasib sedap pakai.. blink2 labuci jugak.. tapi agak payah juga baju ni nak breasfeed, ketat sikit compare dengan baju kurung kan.. handbag pulak hadiah perpisahan dari kawan2. miss u frens :-) oh, baju encik suami jangan lupa pulak, seperti biasa t-shirtlah dengan jeans.. baju t shirt paling mahal dalam sejarah hidup kami dan mungkin hidup dia juga >_< tak pelah setahun sekali. penat lelah bekerja, silakan...

ni pulak baju hari raya keempat kot.. baju kebaya yang nyonya jahit mahal gilos tu.. tapi kebaya dia buat tak sedap!! tapi sebab dah ada kan, pakai je lah.. kain biasa2 je mama bagi, tapi nyonya tu kata su-te-la maaa..  susah mahu jahit. banyaklah sutera.. ketiak besar, leher labuh, terpaksa pakai brooch, kot2 menunduk seksi ke dalam ke kan. huhu

adik kenit pakai gaun! omei angat ia... sedap kain dia, cotton kan. tapi spoilnya rambut tarak lah anak ibu ni. macam boboi pakai skirt je. hehe. kasut pulak pengasuh dia bagi, recycle anak sedara dia punya. aisyah suka pakai kasut ni.. dah pandai cari kasut pagi2 nak gi rumah pengasuh. hehe..

yang ni baju raya tapi pakai masa gi jusco hari tu.. seluar labuh, tapi tak pe dik, boleh lipat, pakai untuk jangka masa panjang. hehe.. kan dah macam boboi tu. tapi tak pe, cover dengan kasut girl, tu lah kasut raya dia. kilat2 ada bunga2. hehe..

hehe.. lentok sangat dia.. mini skirt pakai kat rumah tok ma. sian budak2 ni, pakai baju raya tapi duduk rumah je.. actually baju raya budak2 ni ada lagi sepasang sorang yang tak berpakai. bukanlah banyak mana pun, tapi sebab tak beraya kan, perap dulu lah.. hehe. weekend ni kita beraya okeh :-) ibu pun ada lagi baju raya yang belum pakai :-)

ok ni aqil pulak.. baju ni sweet kaler dia tapi besar sikit untuk aqil. saiz dah sama dengan umur, tapi sebab dia kecik, jadilah gedabak baju tu..  

Tahun ni kebanyakkan tudung aku pakai Aidijuma. best!!! tak jarang sangat seperti bawal asli, besar dan corak2 yang menarik. lagi, tudung dia boleh digayakan dari pelbagai arah. chewahh.. kira matchinglah dengan pelbagai baju :-) ok dah tu je lah.. cerita raya aku kali ni banyak sangkut2. tengok mood ye :-) ok bye. wassalam.. 



bilik baru

Assalamualaikum..

Salam Jumaat kawan2.. tak sangka dah Jumaat ye hari ni :-p Semalam baru rasa macam tak de mood nak buat kerja. Now, mood dah okey. hehe.. hari ni bermulalah fasa baru dalam hidupku di mana aku akan berdikari dengan sendirinya menjalankan tugas.. Partner in crime dah selamat ke tempat bertugas yang baru. Jadi, kita dah masuk dalam bilik dah. hehe.. dapat duk bilik uols :-D

Jadi pagi ni sessi mengemas bilik kerja.. hmm.. sebelum ni, orang lelaki yang duduk. faham2 je lah kaum adam ni, kalau tinggal bilik kerja tu amboi bukan main lenggang kangkung deme pindah ye.. semua ada lagi. katanya dia dah tak mo dah benda2 tu. hmmm.. terpaksalah aku yang mengemasnya.. tak selera mak. Jadi dah siaplah sikit2 kemas2, lap2 meja. tinggal nak suruh cleaner vakum carpet je..

Kalau time aku pindah dulu, memang clear je lah. yang mana aku nak buang, aku buang siap2. senang orang baru masuk nanti kan. tapi tak pelah.. kat bahagian sini tak boleh nak bersih2 pun, memang semak je dengan dokumen2 berlambak. cukuplah part personel dengan atas meja aku ni tersusun.. 

Siap bawa febreeze lagi angkut dari rumah :-) faham2 je lah, kalau dah nama kaum adam yang duduk, macam2 bau ada. haha. jangan marah ye kaum adam.. minggu depan aku nak bawa benda wangi2 sikit. barulah ada aura positif gitu.. beria kan, sekali dapat keje hampeh tak reti nak buat.. kuikuikui.. tak pe2, tu slow2 boleh belajar kennnn :-)

Jadi, selamat bekerja lah dengan suasana baru :-) duduk lah kau di situ selama 3 tahun. kot lah kan 3 tahun.. sekali tu sekejap je, sekali tu berkurun 5 tahun, sape tahu kan. ok bye wassalam..

Thursday, August 15, 2013

suasana raya episod 1

Assalamualaikum..

Hi! i'm back :-) setelah lama tak mengadap pc, baru hari ni boleh update blog.. boleh je nak update pakai hp kan, tapi malas pulak.. tuan rumah beraya kan, jadi blog pun beraya jugaklah :-) Ok, hari ni baru naik keje. Balik Ampang hari Selasa malam tu dah sampai dah. Semalam, lepak2 kat rumah je lah, tapi lunch semalam pegi Jusco, jalan2 cari makan katanya. Makan Nando's sebab dalam bulan puasa dah lama mengidam tapi tak dapat sebab kekangan masa kan. hehe.. Melayan anak2 main game sambil2 tu aku pun jalan2 cuci mata tengok perhiasan rumah. hehe. mood deko rumah tak habis lagi. tapi gitu jugaklah gaya rumahnya. Alhamdulillah dengan apa yang ada.. Jemput datang rumah ye.. orang KL ni tunggu open house baru nak datang kan, kalau tak, sampai sudah tak de nampak batang hidung. tapi kalau sahabat sejati, tak de open house pun datang juga bertandang merapatkan silaturrahim.

Ok, now dah bau makanan. sapelah yang memasak ni kan. aku puasa hari ni. puasa ganti plus puasa sunat sekali kan.. ha, tahun ni ada lompong 7 hari. aku ingatkan 9 hari tapi sebelum raya tu dia dah stop.. tapi tak pelah, kalau rajin nak buat lebih.. esok pun kalau dapat nak puasa juga.. weekend je tak dapat, sebab ada majlis birthday anak sedara dan pertunangan sepupu.. 

Okey, cerita raya ye. camana ye. raya di Lenggeng oklah, seperti biasa jelah. tak beraya pun, just raya 4-5 rumah buah je, rumah pak/tok sedara hasben. selebihnya tunggu orang datang rumah je lah. basuh2 pinggan, basuh cawan.. Petang hari raya kedua tu dah berangkat balik Kluang. Singgah rumah nenek jap, amik kunci dan makan nasi. hehe.. Pukul 9 tu gerak balik rumah.. dekat je rumah nenek dengan rumah mama, dalam 10 minit gitu. tak lama aku sampai, family pun sampai. diorang dari Terengganu, balik beraya ke kampung halaman mama..

Pastu kat Kluang pun tak beraya ke mana2 pun, kalau ayah tak gerak, kitorang pun tak geraklah jawabnya. Rumah kawan2 pun tak pegi, kecuali my BFF ada datang rumah.. bandar Kluang pun tak round. aku kalau balik Kluang memang macam tu, memerap kat rumah je. hehe. Rumah pakcik2 memang wajib pergi, nak dera diorang masak best2. hehehe.. kalau menyerang bukan sorang dua, sampai padat2 rumah kawan tu. hehe.. tu lah kalau anak beranak memang dah ramai. redha je lah..

Jom tengok beberapa keping gambar. sikit je lah dapat tunjuk sebab pic tak morotate. sabo je lah. later lah tunjuk gambar yang gojes tu 0_o 

menu wajib mak mertua. mi sup, lemang, rendang, gulai ayam kampung dan nangka

rendang mak mertua. campur2 dalam tu ada daging, limpa, paru.. terbaik ni.. 

dengan parents in law. 

gambar poyo2 bersama anak2 tersayang..

Ok. nanti aku sambung lagi.. bye. wassalam..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails