Wednesday, July 31, 2013

Dah cuba Online Shopping Tesco?

Assalamualaikum..

Rest time.. hari ni agak busy sikit but dah settle tunggu bos semak ok ke tak. huhu. dah lama tak balik ke pangkal jalan, now dah berada di landasan yang benar.. huhu.. Setakat hari ni, oklah kot dengan kerja.. sentiasa bersemangat nak memulakan kerja baru tapi agak takut2 manalah tahu kena tanya soalan cepu emas, mana den nak cekau jawapan. takkan main agak2 je kan. ni dah last week member tu kat opis.. banyak lagi tak tahu, terpaksalah tanya senior2 yang ada, semua okey2.. sudi memberi tunjuk ajar. ntah2 menyampah kot abis duk tanya je. hehe.. orang tak kedekut ilmu murah rezeki kan.. :-) amiin..

Ok, korang dah try tak soping online TESCO? semalam, aku saje mencuba beli barang online kat tesco.. kalau korang nak try, boleh la layari website dia http://eshop.tesco.com.my/. Area rumah aku memang dah dekat dengan tesco ampang tu, tapi bulan puasa ni mana sempat nak menyinggah kan. kalau weekend pulak, boleh lah nak pegi tapi beraturnya panjangggggg.. kalau pegi tesco, nanti kena pau dengan aqil macam2.. haha. kena pau pun bukan ibu ayahnya layan sangat.. mana ada kitorang belikan dia mainan kalau lalu tempat mainan tu.. nasib baik aqil jenis yang senang dipujuk. tapi yang paling sukar nak dipujuk kalau lalu kat tempat main tu. berjurai2 air mata nak main. dapat main satu ride ultramen tu pun dah okey. hehe. 

berbalik kepada soping online semalam, Banyak barang yang aku beli tu barang kering je.. Contoh refill dynamo, minyak masak, garam, gula, etc etc... dalam klik tu cecah jugalah RM 100++. Dia ada upah penghantaran RM 10 tau. Pastu, kita boleh booking pukul berapa nak suruh dia hantar kat rumah. cara bayaran pulak menggunakan kad kredit atau kad debit (kad atm tu lah) tapi yang ada logo VISA atau electron.. gitu..

Pandangan peribadiku, ok juga soping online tu, dengan syarat kita tahu barang apa yang kita nak beli, lagi mudah kalau memang dah biasa dengan sesuatu brand tu kan. Kalau nak compare harga, ada yang murah dan ada yang biasa2 je harga dia. Kalau nak harga promosi, pun ada juga. tapi kebanyakkan semalam yang dia tunjuk promosi dah habis tempoh, tak payahlah letak lagi kat ruangan promosi tu kan.. aku cari susu aqil je lah, nampaknya normal price, tak payah belilah kan..

Senanglah beli online ni.. tapi kena amik masa yang tenang untuk membeli belah.. yelah, kena hadap laptop lagi kan, tetiba ada pulak budak kecik nak join sekali.. tak tenang ok mak nak soping nak belek2 apa yang patut.. beli barang yang dah biasa beli dan diyakini halalan toyyiban :-)

So, temujanji kami malam ni, hantar ke rumah. Mudah. beli yang penting2 je dan nak guna dalam masa terdekat. kena register dulu tau dan kena check area rumah korang terlibat ke tidak dengan kawasan diorang..

Ok. selamat.... bye. wassalam

Tuesday, July 30, 2013

planning raya

Assalamualaikum..

Selamat tengahari semua! tadi, aku pegi site. first site pegi sorang2 sebab member tu malas nak pegi. aku ikutlah engineer pompuan sorang ni.. site kat KL ni semua dekat2, jadi sebelum tengahari aku dah sampai opis balik.. seronok gitu.. Mujur tak de isu yang besar sangat untuk orang baru seperti aku.. yang lebih bestnya, dapat buah tangan berbuka katanya.. 

it's a tupperware with a cake inside..

Ha.. mujur aku tak beli bulan lepas.. sekali tu dapat free.. orang lain semua dah dapat dah. sebab aku baru datang hari ni, jadi merasalah i. hehe.. tupperware tu.. hanya jauhari yang mengenal manikam. cewah.. 

ok, tinggalkan tupperware tersebut. Kisah berbuka semalam. tak de apa yang menarik. tapi aku dah boring makan nasi. Jadi semalam, aku makan maggi goreng je.. lalu gerai sate, beli sate 10 cucuk, tambah lagi nasi lemak sebungkus.. tu jelah yang kami makan semalam. Alhamdulillah.. kenyang.. sebelum tidur, tanak nasi dulu sepot. dan sahur hanya telur goreng mata letak kicap..

Aqil pun bangun pagi tadi. beria dia pun makanlah juga nasi 2 suap.. dia ingatkan tak sekolah.. sian aqil. nantilah ye, minggu depan ibu dah cuti.. tadi, oleh kerana tahap keboringan melampau, lebih2 lagi mood raya sudah mari.. aku sudah up cuti aku satu hari lagi :-) sebelum ni aku apply start cuti hari selasa, sekali tu dengar lagu raya je, aku berubah fikiran. alah, aku cuti je lah isnin tu.. buat habis karen je gosok tudung sehari :-p

Jadinya, minggu ni last aku kerja.. yeaaa... tak sabar nak cuti. project nak buat kuih raya belum start lagi ni.. hari Jumaat ni plan nak pegi Maju Junction beli tudung raya, ingat nak pergi aidijuma je. pastu nak clearkan kupon SOGO.. 

Duit raya pulak, aku dah  kirim kat kawan. Alhamdulillah ada. seperti biasa duit RM 5 tak dapat duit baru.. Susah nak pegi tukar kat sini, tak kenal tempat kan, lagi pun aku tak de kereta nak ronda2 kat area sini. kalau kat opis lama dulu, jalan kaki je dah sampai. semua ada kat situ.. tu je lah kekurangan kerja kat tempat baru ni..  yang lain2, masih boleh handle.. :-)

oklah bye. nak tidur pulak. tapi aku pun tak tahu payah pulak aku tidur kat sini. mata tak lelap, lebih kepada main game, tengok FB. pastu kelip2.. pastu nak pukul 2 karang baru nak layu2. huhu.. ok bye. wassalam..



Monday, July 29, 2013

berbuka bersama family - awesome

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. Hari ni dah 20 Ramadhan ye kawan2.. Weekend lepas, kami sekeluarga balik Kluang :-) hoyeah... walau pun, cuti tak dapat nak panjang2 sangat, dapat 3 hari 2 malam adalah pakej yang paling istimewa :-) semua ada kecuali adik aku no 3 je balik Kuantan. Kami bertolak dari opis (aku kena datang kejap ofis jumaat tu) dalam pukul 11. 45 pagi macam tu..  Sampai Kluang, dalam pukul 3 petang kalau tak silap.. Bawa kereta semasa bulan puasa sangat mencabar. Husband cepat ngantuk, jadi aku pun tak dapat tidur.. huhu.. aku kena teman dia drive. kalau tidak, belum kuar tol sg. besi aku dah zzzz.. hehe.. Lagi satu cabaran ialah, membau makanan budak2 ni haa... sedapnya KFC diorang, berasap2.. hehe.. pastu dak kecik aisyah makan whipped potato pakai tangan, comot terus kerusi kereta. ada lagi sampai sekarang, bila ntah nak basuh kereta.. habis lah comot kereta ibu tau.. 

Sampai2 je, aqil lah yang paling excited sebab ada kawan kan. abang aiman dan adik affan.. terus segar bugar matanya.. cuma aisyah je lah, dia lambat sikit warm up.. dia nak main juga join diorang, tapi adik terkedek2 sangat.. hehe. kena tinggal lah dengan abang2 tu. takpelah, adik kawan dengan ibu je.. Mama dan ayah, alhamdulillah sihat walafiat. dapatlah tengok perut adikku memboyot, even duduk ampang kajang tapi lama tak jumpa kan.. 

Menu berbuka hari tu penuh satu meja.. seronok kan berbuka ramai2.. aku tolong2 kat dapur sikit2 je lah.. mama masak menu biasa yang menyelerakan, ayah beli lagi mee goreng dan kuih kat bazar.. Jom tengok menu first day buka puasa bersama family.

penuh meja.. alas paper je, senang mengelap.. :-)

my mom's signature dish. sambal sotong. adik beradik aku suka sambal sotong ni.. tak sampai sahur dah habis..

Then, esok pagi2 (pagilah sangat) janjinya pukul 9 nak gerak ke JPO. last2, pukul 10.30 baru gerak. Sejam setengah jugaklah ke sana, banyak persinggahan di petrol pam sebab ayahku cari diesel nak isi pajero dia.. sampai JPO, tak berapa ramai time tu, tapi bila dah pukul 1 lebih tu, ramai orang.. Aku cari seluar jeans levis.. sebab dah sedap pakai masa beli kat sini dulu, konon nak tambah satu lagi, banyak yang dah tak de saiz. kalau ada pun legging.. koser aku legging2 ni nanti kena ceramah dengan cik abe. hehe.. nak tak nak, kena lah amik juga murah wei.. yang boot cut saiz 25. haa ada berani.. ngam2 ok.. kalau raya nanti tak muat, aku let go lah. haha.. salesgirl kata dia mengembang lepas basuh. hope so lah *sedapkan hati*

Tu jelah yang aku dapat. dua kali juga aku masuk clark nak cari kasut raya. dah berkenan satu sandle ni, sedap pakai. tapi warna pink berkilat husband kata fashion victim. please lah. terus tak jadi okey. huhu. nak kasut raya!!

ni budak aqil.. sekali lagi terliurkan kami, beli aiskrim baskin robin tapi dia makan colour rice je.. sabo je lah, ingat murah ke nak oi aiskrim tu.. huhu

dak aqil..

kaki dia terkena percikan bunga api.. kuat gila melalak. aku ingatkan kenapa. besar jugak kot percikan bunga api tu sampai berlubang kulit dia.. hmm.. ada pakcunya menjaga tapi tak tahulah apa di buat kat luar tu..

the next day tu, tak serik. tapi nampak berhati2 jugak dia main tu..

Aim budak2 ni kalau balik rumah tok ma, nak main kolam. terpaksalah aku mengepam kolam besar tu.. haish bulan2 pose ni memang keletihan nak pam kolam tu. gilir2 dengan aqil dan aiman pam kolam. haha.. mainlah korang sampai kecut.. 

Then, hari Ahad pagi tu lebih kurang jam 10 pagi, kami pun gerak balik KL. aqil nangis2 tak nak balik, nak tinggal rumah tok ma. pujuklah dia kata nak pegi Jusco lah, nak beli mercun lah.. akhirnya ikut juga.. mahu tak ikut, sape nak kutip balik kalau nangis2 rumah tok ma.. petang tu, terpaksa ayahnya cari bunga api. sian dia nak main, tapi tak de orang nak layan. nampak macam boring je dia main sorang2, siap kena marah dengan ibu lagi, sian aqil. huhu. 3 batang je main.. pastu lilin dah terpadam, terus ibu cakap, kita sambung esok eh.. :-)

Dan malam tu, kami tidur awal.. dan hari ni pegi keje.. terasa bosannya pegi kerja naik lrt ni weih.. penat turun tangga naik tangga, aku kira2 dalam 70 ++ anak tangga tau.. manalah tak kurus O_o  . ok bye. wassalam..


Thursday, July 25, 2013

asal teringat je, menyirap

Assalamualaikum..

Salam ramadhan hari ke 16 :-) selamat hari gaji semua. mentang2lah hari gaji, dari semalam lagi aku tak boleh bukak online banking aku.. asyik reloading then error sampai ke sudah.. banyak bil nak bayar ni. settlekan hutang cepat2 baru leh fikir selebihnya untuk hari raya.. Syukur Alhamdulillah ada duit bantuan khas kerajaan untuk hari raya ni. Duit tu je lah nak buat tukar duit raya. haa.. bukan makan sorang tau. duit yang dapat tu untuk orang lain jugak.. rezeki yang sama-sama dikongsi..

ingat lagi tak baju raya yang aku pos ke Kluang tu? ditujukan khas buat nyonya belakang coro.. dia call semalam, katanya baju aku dah siap.. good job. last sekali dia kasi harga, haaa amik kau.. mahal gilos.. dia kata tak tidur malam buat baju aku. sabo je lah. baju aku tu kain murah2 je.. bukan mahal pun.. paling murah upah dia amik RM90 dan ada kain aku beli kat Jln TAR tu rm 50 ke below lagi harga nya. yang tu dia amik RM 110 kalau tak silap, sebab ada batu. adoi.. aku ni rasa macam nak jerit2 kat telefon tu. apasal cekik darah sangat nyonya oii.. dulu pun 70 aku dah rasa mahal.. 

Aku ni regular customer dari zaman kecik lagi ok. tu yang mak aku malas nak hantar kat dia, harga dia memang dah macam butik dah. kedai dia kedai kayu je.. tapi baju dia sedap lah juga pakai. cino kang jahit cantik. memang teliti lah. tapi teliti dia tu tahap cekik darah nak mampos. aku kalau ingat pasal harga baju aku ni, aku rasa berasap je telinga.. total untuk 4 helai baju tu RM 380 tau... nak melompat2 dengar ok.. tak sangkalah aku request date nak bila, dia kata okey je.. rupanya.....

Lepas ni jangan haraplah aku nak hantar kain kat dia. ni yang aku nak buka mesin jahit ni. tapi aku jahit tak kemas.. huhu.. aku hantar last minit sebab kain pun beli last minit.. pastu orang kasi lagi kan.. nak lah juga buat baju raya kan.. buat tambah2 baju.. 

Hmm..  menyirap pulak aku bila ingat pasal baju ni. terpaksa aku korek2 tabung :-( Okeylah. actually kerja aku baru settle.. Tunggu bos sign tapi bos meeting pulak. esok aku cuti tapi kena datang opis sebab ada majlis serah tugas. pastu terus zass nak balik johor.. tapi sebelum tu nak singgah lenggeng dulu tengok bapa mertua yang tak berapa sihat lately, kencing manis...

Ok.. upss korang dapat tak khatam Quran bulan pose ni? aku tak dapatlah, ngaji sorang2 je.. 

bye. wassalam




Wednesday, July 24, 2013

blink blink for aisyah

Assalamualaikum..

Hari ni dah 15 hari ramadhan. tak tengok bulan pun semalam. mesti bulan mengambang kan :-) hari ni pegi keje cik abe hantar.. sebab dia cuti, EL tak sihat.. aku pulak lepas subuh tidur balik. bangun2 dah pukul 7.. saje je buat lambat2 kan. hehe.. So semalam time berbuka pun buka biasa2 je ikan singgang, budu dan ikan goreng.. lauk tambahan jiran kasi asam pedas ayam dan kerabu mangga.. boleh bawa waktu sahur.. lauk tambahan waktu sahur adalah telur dadar.. 

Ok ok lupakan kisah makanan :-) nak share juga dengan korang. bukan nak menunjuk ye.. hehe. dah lama berangan nak belikan aisyah barang kemas. tapi berangan je lah, sampailah semalam menjadi kenyataan :-) emas kan mahal, biarlah orang kata emas turun tapi turun2 tu pun baik aku beli benda lainkan. Lagi pun, dia kecik lagi kan, kalau hilang barang kemas tu, mesti ralat gila lah.. 

So, ada akak tu semalam dia jual emas Zhulian. yeay!! actually mak aku pun member zhulian. tapi kalau tak de orang tunjuk barang, kita pun tak terbeli kan. aku tak delah gila emas sangat.. semalam akak tu bawa 3 beg display.. pergh blink2 mata ku.. dah lama tak tengok kan.. aku pun konon nak amik satu rantai tangan tu, ada batu2 merah, comel je.. tapi tak pelah, kasi aisyah dulu.. belikan untuk dia rantai kaki..

Akak tu kasi 10% diskon.. kalau member dapat 18%.. esok dah gaji boleh lah bayar. kalau aku amik rantai tangan tu siap boleh bayar dua kali. tapi tak pelah, sabar su.. tangan kecik tak comel pakai gelang berbatu tu, gerak2. huhu..

yeay.. umpan dia cakap cantik.. RM 157 before diskon. besar tu tapi boleh adjust..

Alhamdulillah, dia nak pakai!! mula2 tu tarik2 juga. anak aku ni pelik sikit. semua tak nak pakai. reben ke apa ke semua tarik.. tapi bila cakap "mana cantik mana cantik", dia tunjuk lah kaki dia :-p yang jam BEN10 tu pun dia tak nak tanggal, tu jam aqil tu.. kalau macam ni, bolehlah beli gelang tangan pulak. hehe.. ada loceng gelang kaki ni. tak pe kot ek, budak kecil lagi kan :-p pastu jalan keceng2 je lah dia.. ayah dia pulak sibuk nak tanggalkan loceng tu. biarlah. barulah kita tahu dia main kat mana.. ni tak, tiba2 je dah naik tangga sampai atas, tiba2 je ada belakang aku, nak dukung. huhu.

So, aku dah praktiskan dah pakai semalam. nak buat dia terbiasa.. nanti kalau dah lebam, boleh lah cuci kan dik :-) ok bye. wassalam..
  

Tuesday, July 23, 2013

motif tunjuk gambar makanan?

Assalamualaikum..

Hai!! haa.. hari ni sibuk sikit.. Pagi tadi pegi site. dah lama tak menjengah ke site. cari feel.. Sedikit sebanyak mengembalikan kenangan 5 tahun dulu.. Oklah, dapatlah membayangkan "oo ini tahu ni, pernah buat dulu" gitu.. Pastu, petang pulak mengadap dokumen tender.. kawan aku tu dah mula pas kerja. jadi sebelum dia blah, baik aku buat cepat2 dan kalau ada apa2 nak tanya time inilah kan.. 

Ok, tinggalkan pasal kerja sekejap. Ni ha.. menu semalam :-p kadang2 aku tertanya2 juga, apa motif kita share gambar makanan ek? bukan bulan pose je, bulan lain pun sama, tapi dalam bulan pose lagi hebat menayang :-p sakit mental ke? haha.. tapi tak pelah, saje suka2 nak tunjuk. at least kasi idea kat korang lah nak masak apa kan. kasi terliur sikit. haa tu niat tak baik tu. kasi orang nampak, "wah bestnya dia masak.. esok boleh lah masak macam ni." gitu.. kalau ada yang rajin, dia share resepi kan.. bagus gitu. ada sesetengah gambar tu, nampak sedap menarik je, tapi yang tahu rasa sebenarnya adalah tukang ambik gambar dan tukang masak tu. hehe..

Macam aku semalam, teringin nak makan ketam. so, pegi kedai, ada pulak ketam. belilah 3 ekor. ringan je ketam tu. tak de isi sangat tapi boleh la. RM 8.00 ++. beli pulak ikan siakap kecik sekor RM 5.00++.. so total berbuka semalam ialah RM 13 tidak termasuk bahan2 lain yang sememangnya dah ada kat rumah.. jimat kan. hehe..

ketam masak lemak cili api. terpedas sikit pakai cili api yang merah tu.. 

geng dia ialah ikan siakap sweet sour. kuah tak campur atas ikan, atas permintaan en suami. tu tangan aqil tu sibuk je makan ikan.. nak ratah lauk je.. habis rompong dah ikan goreng ibu sebelum buka dah kena makan. huhu

Ha.. tu jelah yang kami buka semalam.. sahur makan telur goreng dengan kicap. pun sodap :-) petang ni tak tahu nak masak apa lagi. makan ikan singgang lawan dengan budu pun ok gak ek. lagi pun en suami tak berapa sihat. selsema pulak.. masak sedap2 kang rugi tak leh rasa. hehe. Oklah. till now. bye. wassalam..


Monday, July 22, 2013

random story on weekend :-)

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan hari ke 13 :-) Apa khabar uols.. kami semua Alhamdulillah sihat walafiat.. Hari ni pergi kerja dengan semangat baru. berkobar2 katanya. tak delah kobar sangat. hee.. Cuti raya sudah pun dipohon. kita cuti dari 6 -14 hb.. tu yang happy tu. tu baru apply okey, belum disokong dan diluluskan lagi :-p tapi biasanya kalau kerja goment ni ok je kot... lebih2 lagi aku kat tempat baru ni kan, macam cuak jugalah nak cuti lama2.. kalau ikutkan aku nak lajak sampai Jumaat tu, tapi staff yang akan aku gantikan tu last day khamis.. jadi, terpaksalah aku datang opis kot2 lah dia nak pesan apa2 ke kan.. baki cuti lepas tolak cuti raya banyak lagi, ada 20 hari lagi.. :-)

Okey, cerita last weekend. kitorang buka kat rumah sendiri je. tak pegi mana2 pun.. keluar rumah tu pun pegi tapau nasi arab kat hadramawt kat jalan Ampang. ha, itu jelah kejenya.. actually berpuasa semasa hujung minggu aku rasa best pulak. macam kita ada banyak masa.. keje aku duk membasuh itu ini jelah. haha.. rajin benar membasuh kain. comforter pun aku basuh, sumbat2 dalam mesin 6.8kg tu, berjaya. pasni rosak boleh beli mesin lagi besar :-p puas hati membasuh jemur pulak, panas terikkan.. pastu siap sebakul je lipat kain yang minggu lepas punya.. yang basuh semalam tak lipat lagi :-(

pic hari ahad petang. nak gi tapau je pun. ingatkan dapatlah pegi carefour jap, tapi lambat pulak siap nasi arab tu. terus balik rumah. sian anak2, main dalam rumah je. tu pun dah banyak kali kena marah dan jentik sebab tak dengar kata.. Aqil yang banyak kena sebab dia suka main bola sepak kuat2. masuk dalam pinggan. anak lelaki kan, nakal dia lain sikit. marah - nangis - diam kejap - buat balik.. penat dah marah..

nasi arab menu petang semalam. lamb mandy dan chicken mandy. dua2 sedap.. suka diingatkan hadramawt kat jalan ampang tu lain tau dua2 kedai. satu wadi hadramawt yang masuk Majalah 3 tu, kami pun dah dua kali pergi, satu lagi yang dekat dengan flyover. lain tokei. so don't get confuse okey. tapi dua2 sedap..

puding kastad with cocktail.. resepi boleh refer kat entri yang popular tu belah kiri side bar :-0

ni menu hari sabtu.. banyak pulak. sekali jiran belakang kasi mee hoon hailam, tambah lagi menu :-)

Semalam, hasben aku pulak duk tanya je, tak nak kuar mana2 ke.. eh terbalik pulak. Mentang2 dia dah tak pakai kad kredit, saje je jolok aku kan. hehe.. aku malas nak kuar mana2 nanti duit terbang. duit tu tak delah banyak pun, tapi kad kredit ada kan. koser aku, kang beli2 sendiri tanggung. gaji belum dapat lagi. Pastu aku dah sibuk google2 kuih raya.. bahan dah ada, tinggal nak cari acuan pulak.. aku ingat nak buat tat nenas. tapi tak mendapat sokongan pulak.. laterlah, banyak lagi masa nak buat kuih raya kan :-) last2 puasa nanti nak buat kek pulak kawan tempah dan nak buat untuk family jugak..

Hmm tu je lah cerita nak share hari ni. bye.. wassalam..


Friday, July 19, 2013

merudum..

Assalamualaikum..

Letih sangat hari ni. lunch hour tadi pegi opis lama.. nak ambil barang adalah dalam 2 beg nak kena amik. berat pulak tu. Jalan kaki naik tangga turun tangga..sampai kat stesen sultan ismail tu, menapak pulak pegi maju junction turun tangga naik tangga lagi. sampai opis, aku dah melepet. penatnya. cam ni nak gi merayau jalan tar. huhu.. pulak tu, baru lepas pam susu. lagi la lembik. kejap je peginya. pukul 1.30 dah gerak dah. before balik, pegi amik gambar pasport pulak, nak wat pas pekerja.. 

Berapa kali adik tu snap. habis snap tunjuk kat aku.. asyik macam tak elok je, snap lagi. lepas tu, tak elok gak, pasrah je lah. cuci je lah dik.. muka cengkung.. nak wat camana, bulan puasa memang berat badan aku cepat susut.. senang sangat turunnya.. siap ada efek kat muka lagi. plus, masih menyusu badan, lagilah... tapi nak buat camana, syukur alhamdulillah ada muka :-D

Sampai ofis, ngam2 2.45.. lepak kejap, solat.. tu pun melepet lagi. macam malas pulak nak pam susu pukul 4 ni.. production bulan ni sangat merosot.. daripada 4 botol, jadi 3 botol penuh..aisyah pulak dah semakin kuat menyusu.. pasrah je lah. ESP tu tak membantu pun membanyakkan susu. kasi tenaga dan susu pekat je lah. tak tahulah lain orang lain pulak efek dia kan..lagi pun anak aku dah besar, tu yang susu pun dah merudum..

 hasil petang semalam, second session. bila dah campur dua2 belah, inilah hasilnya

Ntah2 sebab aku stop pil perancang tu yang merudum tu kan.. dulu makan Noriday. Membantu tau noriday ni membanyakkan susu.. sekarang bila dah stop, peod pun sudah mari, elok je timing dia tak macam dulu.. semakin teratur.. tapi tulah, susu sikit pulak.. tak pelah, berusaha je lah.. kalau dah rezeki aisyah takat itu, itu jelah kan.. jangan putus asa, serahkan pada yang Kuasa :-) smile. walau pun penat. huhu.

Balik ni malas masaklah. acik penat dah seminggu masak. nak rehat pulak.. bye. wassalam

Thursday, July 18, 2013

orang tak de kawan ginilah :-p

Assalamualaikum..

Selamat petang :-) nampak beno dah tak de idea nak tulis apa. actually tahap keboringan masih di tahap 8/10. lagi 2/10 dah habis digunakan dengan mengadap pc dan handphone. hari ni tak dapat pulak wifi, poor connection katanya.. tadi dah jumpa dengan pengarah baru.. oklah not so bad, cakap dia gemersik2 gitu.. lagilah aku kerut2 dahi nak dengar apa dia cakap. hehe.. 

Pastu, aku boring2, aku pegi kacau partner aku yang bakal di switchkan tu.. tanya2 dia.. tak de keje ke nak suruh aku buat ni.. hehe.. jadi aku duk belek2 fail tanya itu ini lah kan.. borak2 lah dengan dia pasal kerja last2 melencong pasal peribadi. hehe.. kepochi sikit kan.. haha.. pastu dah dekat pukul 1 lebih dah, aku pun meminta diri nak tido. kuikuikui..

Tapi kan, kat sini semua yang duduk dalam bilik ni semua nya buat hal sendiri. diorang buat keje ke buat apa dalam tu. huhu.. boring pulak. yang aku dengar orang bercakap adalah yang diluar bilik means Juruteknik, TA dan staf sokongan yang lain. kalau kat opis lama dulu, dah huhahuha dah..  tu lah kelebihan duduk dalam cubicle.. dapat beramah mesra dengan orang.. tak delah bosan sangatkan. aku pun buat sementara ni duk dalam cubicle juga, nanti akan transfer masuk bilik lepas pegawai tu pindah.. 

Tu yang aku bercakap dalam blog je lah senang. nak join diorang takut diorang rasa awkward pulak tiba2 aku tersengih tepi diorang apahal pulak ek. hehe.. nak kacau yang dalam bilik tu, semua senyap je apa dibuat pun aku tak tahu :-p

Oklah, let's fikir nak masak apa petang ni. haa.. aku dah terfikir dah aku nak buat sup ayam :-) sebab lebihan ayam ada lagi, cuma isi je lah banyak kan. muak makan isi ni. tapi nak jimat, masak je lah apa yang ada. pastu goreng ikan pekasam pastu buat sambal kicap. layan gak tu kan :-D cuma sayur je lah dah tak de stok.. tak pe2 balik ni boleh singgah kedai tengok2 apa yang patut.

Sejak aku berpindah opis ni, aku tak de lah beli apa2 untuk anak2 aku time balik.. jadi si aqil dah mula buka peti ais, buka kabinet cari makanan. padahal dah makan, nak juga kunyah2.. sian aqil. nak harap bapak dia pegi kedai, jangan harap. sekali dah masuk rumah tak nak kuar2 dah. ikut timelah, kalau rajin dia pegi, kalau malas, ko makan je apa yang ada.. selalu dia nak makan cococrunch la, makan buah la. tapi itu semua tiada, jangan dicari nak.. cewah.. badan tak naik2 juga.. 

Oklah tu je.. nanti kita cakap2 dengan awak lagi ye :-) bye. wassalam

Wednesday, July 17, 2013

berbuka nasi lemak

Assalamualaikum..

Aku tengah bosan tahap gaban ni. tempat duduk dahlah jauh dari orang, lone ranger betul. Orang borak2 aku dengar je dari jauh. keje pun tak de sangat, adalah satu tapi dateline lambat lagi, boleh lah buat sikit2 kan tapi tak terbuat aku. jadi duduklah terperap kat cubicle ni sorang2.. aku ni memang malas jalan sikit, dah duduk tu kan, duduk je lah sampai petang. jalan gi toilet je. sembang dengan diorang pun masa solat je tadi.. Bagus gak tak banyak bercakap ni, kurang sikit dosa aku :-p tapi lokasi aku ni kat laluan orang. orang lalu aku tengok, dia pun tengok aku, senyum. gitulah kejadiannya setiap kali orang lalu.. :-) sangap aku menunggu waktu balik. huhu.. tak pelah, buat masa sekarang ni memang kena skima sikit kan.. nanti dah banyak keje baru tahu camana rasanya..

Ok, dah petang dah pun kan. mesti korang tercari-cari apa benda nak masak untuk buka ni kan. hehe. samalah macam aku. ada dah idea nak masak apa. hari tu ada beli ikan keli 3 ekor. Hasben dah siap siang kan dah cuci bersih2 dah.. aku tak reti siang ikan sungai ni.. so mungkin ikan keli itu yang akan jadi mangsa gorengan :-p biasa keli ni aku masak goreng garing2 je.. pastu buat sambal merah atau sambal cili api. macam tu je lah. pastu makan lah dengan sayur lain.. itu pun dah cukup. alhamdulillah, hasben tak berapa cerewet bab makan. makan je apa ada. tapi macam semalam, nasi lemak aku macam mentah, muka dah frust dah. yelah, orang puasa kan, tengok lauknya jadi, nasi pulak spoil.. i faham perasaan itu. cewahh..

Tapi tapi tapi, setelah aku adjust2 tambah air sikit, alhamdulillah masak betul nasi tu.. dia kalau santan terlebih, selalu jadi macam tu, nasi akan mentah. kalau mentah tak pe, tambah je air sikit, then biar dia kering.. insya-Allah jadi. kalau nasi terlembik tu memang tak boleh buat apalah kan, jadi bubur je lah.. :-)

aksesori nasi lemak. tambahan ayam goreng segera dan udang goreng kunyit. ayam tu adalah 5 ketul sebenarnya tapi aqil duk meratah sebelum buka tu, terpaksa ibu goreng balik tau. udang pulak dah lama membekukan diri dalam freezer. goreng sekalilah, kang lama2 tak elok pulakkan.. ikan bilis dari Lumut, kirim kat kawan sedap juga. rangup.. timun tu lebihan masak nasi ayam kelmarin. tak teringat nak ambil gambar nasi ayam, dah habis makan baru ingat. hehe.. ada orang takut menggorengkan, aku pun takut juga tapi tak delah sampai fobia.. petang ni kalau jadi goreng ikan keli tu, mesti letup2 punya. petua 1: suruh hasben gorengkan. petua 2 : kalau hasben tak de, lepas letak ikan/ayam tu, tutup dengan tutup periuk lantak ko nak meletup dalam tu. petua ke3: pakai sudip panjang macam batang penyapu balik-balikkan dari jauh. haha.. petua ke4 : masa memasak tu pakailah baju lengan panjang, pakai helmet macam ada satu gambar dalam fb tu. hehe.. 

sambal nasi lemak. sedap juga. cukup rasa. hehe.. rezeki orang berpuasa kan, alhamdulillah jadi. tak tawar tak masin tak masam.. sedang elok. resepi : bawang + cili kering (aku pakai lada boh je) + belacan sikit + air asam jawa + serbuk ikan bilis seketul+garam+gula.. jadi meh...  belah kanan tu nasi lemak. lagi sekali amik daun pandan jiran belakang. malu i dua hari dah duk minta daun pandan dia. hehe. acik tu kata nak buat kuih ke... tak lah, wat nasi lemak je. hehe.. dah 8 hari puasa ni, aku belum sempat lagi kasi apa2 kat jiran kecuali pengasuh aisyah itu pun sebab aku amik aisyah dia kasi lah macam2.. duk kumpul pinggan dan bekas plastik dia je :-)

Okla.. tu je.. selamat berbuka puasa di hari ke 8 ye :-) bye. wassalam

random story day 8 of ramadhan

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. hari ni aku naik lrt pegi keje. hmm boleh tahan juga ramai orang tapi masih boleh masuk cari space :-) lepas ni aku bergelar pengguna setia lrt. hehe.. hasben hantar sampai lrt je then dia pegi keje naik motor aku naik train. oklah, not bad juga. kejap je tak sampai 10 minit dah sampai ke destinasi. pastu tambah lagi 5 minit jalan kaki masuk opis. tadi sempat punch pukul 7.42 kalau tak salah. dan jam dia cepat 3 minit okeh.. untuk opis baru ni kita pakai thumb print. kalau lambat, lambatlah. tak de nya nak suruh orang punch kan ke apa. kalau kat opis lama pakai access card..ok juga tapi thumb print lagi best, baru lah tahu kejujuran masing2 kan. takkan nak buat jari palsu pulak kan nak suruh kawan tap kan :-)

Pagi ni pulak, aku ingatkan ada mesyuarat pengurusan. Rupanya Jumaat.. cis silap hari pulak.. dah jumpa dengan bos dah pagi ni sebelum dia pegi meeting.. hehe, oklah baik kot setakat ni. alhamdulillah. dan dia pun faham aku masih baru dan slow2 kasi aku kerja yang mudah2 dululah :-D lega mak..

Eh macam dah lama tak cerita pasal budak ni.. aisyah humairah.. dah 19 bulan = 1 tahun 7 bulan.. aktiviti sekarang dia suka panjat kerusi. dah macam anak jantan gayanya. rambut pulak tak berapa nak ada.. nanti pakai baju gaun dah rupa boboi dah tapi pakai gaun.. cakap terbalik, nak naik kerusi dia kata nak turun. pandai dah panjat kerusi meja makan sendiri, nak duduk sendiri macam orang besar. aku takut tergolek je.. haa.. sape yang susah nanti.. ni baru baik demam. alhamdulillah, demam tak teruk.. suka tengok upin ipin. kalau nak masak tu, buka je yang record punya. terus diam baring..

Timbang hari Isnin kelmarin dah naik dari 8.3 kepada 8.65kg. tapi masih dalam line kuning..pastu check up dia seterusnya bulan 9 nanti. yeay, tak payah dah datang klinik selalu :-) makan kena jaga betul2 budak ni. dia suka makan apa yang aku makan. contoh, tulang ikan dan tulang ayam. dia suka nak amik apa ibu dia dah makan. tulang ayam boleh lah bagi yang peha tu kan buat main2 hisap, kalau tulang ikan bahaya woo.. lately pengasuh dia cakap kuat susu.. aku bagi susu perah tu 4 botol je. tapi tu pun ada yang 3 oz ada yang 4 oz.. tak cukup katanya. sekarang ni pulak bulan puasa, dan dia pun dah besar. susu dapat dalam 12-15 oz je.. 3 botol lah kiranya penuh. aku kena amik stok beku setiap hari sebotol. lama2 kering gak susu aku tu kan, duk amik je.. botol kosong pun dah berlambak tidak diisi. tak pelah, aku rasa tak lama lagi aku nak campur susu.. takut dia je tak nak.. memilih budak ni. huhu..

Suka nak makan sendiri. tak suka tau, berkecah.. pandai berebut barang.. habis lah aqil menangis. haha.. aqil pandai mengalah juga tapi kadang tu kalau dia rasa dia punya dia rebut gak..satu lagi budak ni suka tutup tv. sabo je lah. tu yang aqil angin tu..tengah sedap2 tengok tom & jerry tup dia datang tutup tv. hehe.. ibu pun pening ramai no datang mengadu..

anak dara ibu ni :-) tengah mengacau orang nak berbuka. macam nilah ada anak kecik, makan macam tak puas. huhu..

Oklah. nanti petang aku kasi menu semalam eh, apa yang aku buka :-) kang pagi2 kasi takut korang terliur plak. kuangkuangkuang.. bye. wassalam





Tuesday, July 16, 2013

new environment

Assalamualaikum...

Hari ni dh report duty kat tempat baru :-) macam budak sekolah rasanya. Pagi hasben hantar naik motor. Kalau tak, nak naik lrt tapi sebab first day kan, takut bininya sesat tak jumpa jalan masuk opis. Hehe..

Berdebar juga sewaktu melangkah. Sampai2 je kat admin, diorang dah tahu ada staff baru. Isi2 borang semua.. Briefing by 44 yang jaga admin. First impression kat dia macam baik sangat!! Ramah. Tengok dia pun bawa beg pam:-) ada geng.hihi

Then naik ke tingkat yang sepatutnya tingkat ukur bahan. Ye di sinilah tempat bertugas yang baru. Back to track. Selama ni duk wat reporting je, now kena study balik profession ku. Kena cepat pick up. Tak leh lembab2 air.. Aku ni blur skit dah lama xbuat kerja qs.. Nasib kawan yang switch dengan aku tu tangguh sebulan. Dapatlah aku belajar sikit2 dengan dia..

Hmmm masih terlalu awal nak cakap best ke tak. Best kot. Bila kawan baru aku cakap senang je keje dia. Yolah, hope so lah kan.. Keje dia banyak... Tapi aku harap dapatlah tangkap dengan cepat. Jangan dibiar kebenakkan terjadi :-P

Pastu aku mencari port yang sesuai nak pam. Buat sementara waktu, aku duduk kat partition. Macam tak sesuai pam kat sini. Orang lalu lalang. Kena masuk surau jugak. Pc pun tak de lagi. Nasib baik wifi ada, siap x block apa2 plak tu :-P kalau tak, mati kutu aku. Nak belek apa lagi. Meja pun kosong. Pen sebatang je ni..

Okeylah. Sebab dah boring habis dah bateri hp ni. Cajer pun x bawa. Hmm... Eh lokasi cuci mata yang baru ialah di JJ Maluri. Hihi. Tapi kena naik tren lah. Dekat sikit dengan rumah tempat sekarang tapi kalau nak bawa keta pagi2 meman jem la.. Oklah. Bye. Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 15, 2013

last minit tukang jahit

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan hari keenam.. hari ni masih lagi berkemas2. last touch up. esok di opis baru sudah :-) dalam pada kecik2 barang, dua beg jugalah nak kena angkut. huhu. laterlah angkut.. stationery je pun.. yang lain2 sume dah sedekah kat orang. hehe.. 

Tadi pagi, aku pegi pejabat pos. nak pos kain nak buat baju raya :-) actually baju raya aku dah ada pun, tapi bila dah pakai awal rasa macam eh tak de baju raya lah.. haa.. kan dah nyesal. tapi bukan baju raya pun niatnya dulu, baju kerja. hehe. Kain ada 4 helai, mama kasi dua, sendiri beli satu dan kawan bagi satu.. pos ke kluang nun. ingatkan nak tunggu nuzul quran baru nak kasi tapi nyonya tu kata takut tak sempat. aku suruh adik aku cop dulu kat nyonya tu empat pasang. tu consider baju kerja jugaklah. hehe.


Pening gak pikir nak masuk kotak apa. aku bawalah kotak A4 double A. boleh tahan berat juga kain tu.. takut je kena cas mahal2.. huhu. sampai di post office, dia ada jual kotak pos laju pra bayar. ikut saiz.. aku amik yang 5kg punya RM 20. tu je cas yang dikenakan. timbang2, okey berat kain tu hanya 2.7kg je. siap pos baju contoh sekali.. hope nyonya tu dapat siapkan awal. cewah, bagi lambat nak awal pulak. hehe..

Hmm lepas balik dari pos ofis tu rasa apasal lemah gemalai je ni.. sahur tadi makan roti bakar dengan nestum plus ESP. oh nampak gayanya lepas ni kena makan nasi jugaklah. huhu. bukan apa, semalam malas nak masak untuk sahur sebab kami tapau nasi arab je. kenyang makan tu je lah. pastu siang hari, gigil. hari ni tak tahulah nak buka apa, rasa macam nak makan nasi ayam je. hehe..


Okeylah, need to go. petang ni pukul 3 appointment dengan klinik nak timbang budak underweight tu..  semalam dia demam. sian dia. tapi on off la demamnya. dah lama tak demam kan. patutnya esok tapi aku report duty, takkan nak datang lambat pulak kan... ok bye. wassalam..



Friday, July 12, 2013

hadiah perpisahan

Assalamualaikum..

Hai ols. tengahari ni, tak pegi mana2.. tak tahulah kot2 jap lagi diorang nak merayap ke kan. but now tengah tunggu bubur lambuk masak :-) wanginya bau. satu level dah berbau.. sori. nanti balik kita bagi sikit sorang ye :-)
belum masak sepenuhnya tapi bau tu memang semerbak lah 

Ni nak cite. sempena aku nak berpindah ni, budak2 ni lah kasi hadiah kat i. tq tq tq.. hadiah yang sungguh tidak ku sangka. yelah, dah duduk dalam kotak kan. dulu2 kalau yang berpisah tu diorang kasi teddy bear. kalau bos2 tu kasi pen mahal sikit. takkan nak kasi teddy bear plak kan. heehee..

Jadi, aku dapat ini.. taraaa...

handbag :-D

Seronok gak sesekali dapat handbag baru. aku baru nak gi jeling2 kat SOGO nak beli handbeg raya.. sekali tu dapat hadiah pulak :-) boleh lah kan,  3 in 1 beg ni, sling boleh, genggam boleh, sangkut kat ketiak boleh.. :-) tq to all my friends.. nanti kalau korang pindah juga. let me know ok..

ni semalam. proses mengemas.. 

3 kotak je yang macam buku2. majalah ke apa aku dah wakafkan kat opis. hehe. ada library kecik lah kiranya :-) yang aksesori tu angkut hari2 naik motor tau.. penuhlah bakul time balik duk mengangkut :-p last day aku hari Isnin.. sobsobsob.. Okeylah, nak gi jalan2 cari idea nak buka apa :-p diorang nak gi cari kuih, aku malas sikit beli2 nanti ntah apa2 kuih sume aku nak beli :-p petang ni pun belum ada idea nak masak apa. hehe. ok bye. wassalam...


random story on 3rd day ramadhan

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. hari ni aku baru first day nak puasa, insya-Allah :-) tadi pagi terbangun pukul 5.21 pagi. haa.. terus terlompat bangun. sempat goreng telur dadar je.. air pun dapat 2 gelas je air zamzam. kurma dan air nestum plus esp pun tak sempat buat.. jadi, aku berharap, petang ni aku masih ada tenaga untuk memasak :-)

Actually, ofis takde internet dari petang semalam. so keje tak jalan. yang berjalan adalah kerja-kerja mengemas aku di hari2 terakhir berada di sini.. terima kasih kawan2 ku yang sudi menghantar barang2 aku tiga kotak balik rumah. aku kan naik motor, camana nak bawa naik motor barang2 tu kan. alang2 diorang nak gi tupperware kat rumah, aku minta lah tumpang sekali..

Ni masih ada lagi sikit2 barang. buku-buku dan nota kursus yang tebal2 tu dah selamat hantar balik. tinggal just aksesori je lah kat opis. pc pun aku dah siap clearkan yang mana personal picture aku yang 20G tu :-) kuang kuang kuang. banyak gile gambar sampai mencecah 20 G okeh. nasib bawa externa1 hardisk ada 100 lebih G kalau tak silap.. so kerja2 transfer alhamdulilah settle. yang tinggal adalah fail kerja saje di pc :-) 

Ok tu je lah nak share. hari ni kitorang ada projek bubur lambuk :-) masing2 dah bawa bahan sorang sikit. jumaat kan waktu rehat panjang kan. boleh lah main masak2.. kalau tak puasa boleh makan dulu :-) okeylah till then.. bye. wassalam

Wednesday, July 10, 2013

1st Ramadhan 1434H

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan.. Dah puasa ye kawan2. macamana pagi tadi sahur tak? Alhamdulillah, hari ni dapat bersahur bersama suami, walau pun ahkak tak pose. rasanya esok dah boleh puasa kot. Kalau diingatkan dah 4 tahun kot puasa dapat penuh tapi tahun ni puasa dah rongak.. Dolu2 kalau tak puasa sebab masalah kesihatan masa pregnant. tu jelah. tahun ni sebab 'kawan' dah kembali normal, alhamdulillah..

Preparation nak berpuasa dah prepare lama dah. hehe. tak de gi soping groceries pun sebab masa dapat gaji hari tu dah beli kan. ni kat opis ada giant, tengahari beli barang kat giant je lah. hmm awal2 ni je lah boleh beli kat Giant, next week dah masuk opis baru, tak tahulah nak berjimba kat mana..

Tadi pagi sahur lauk jiran bagi semalam.. tu je lah. semua sejuk. hasben kata tak payah panaskan. dia nak makan sambil tutup mata agaknya :-p kalau ikut aku tak syok lah makan sejuk2, tapi sebab aku tak pose, ikut suka hatilah kan.. belum masuk tengahari pun, semalam lagi aku dah ada menu apa nak buka hari ni :-p

Jadual masuk opis bulan puasa adalah seperti biasa tapi kitorang naik motor. hmm.. bulan lepas dah beli motor baru :-p baru ada keyakinan sikit kalau nak pegi keje naik motor. motor lama tu tinggal nak jual atau nak hantar balik kampung je..time2 bulan pose ni kan semua orang rushing. tapi tadi pagi jalan elok clear je. sampai opis pukul 7.30 pagi. haa awal gila. keluar rumah rasa dah lewat dah macam pukul 7.10 macam tu.. tapi jalan clear. balik ni tak tahu lah camana rupanya..

Okeylah.. selamat menunaikan ibadah puasa semua muslimin dan muslimat.. banyak-banyakkan amal ibadah seperti solat tarawih, solat tahajud, membaca al-Quran.. kurang2 kanlah main internet tu yek dan juga game yang seangkatan dengannya. nasihat untuk diri sendiri jugak. hehe..

Ok. nak kena kemas barang before pindah.. slow2 bawa balik rumah sebab nak angkut banyak2 tak boleh, naik kuda je kan. hehe.. bye. wassalam..

Tuesday, July 9, 2013

Makan-makan terakhir

Assalamualaikum..

Esok puasa kan. Selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia. Ahlan wasahlan ramadhan al mubarak.. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan puasa yang bakal tiba dalam beberapa jam lagi. Malam ni dah boleh start terawih :-)

sebagai penutup bulan Syaaban, hasrat hatiku nak belanja semua kawan2 di unitku makan2. sempena minggu terakhir aku berada di sini.. Kami makan di Wadi Hadramawt di Jalan Ampang. Tempatnya aku yang pilih. hehe.. Pegi dalam 10 orang naik kereta. dekat je dengan ofis, jalan pun tak jem tadi. kira oklah. pegi balik smooth je lah..

Selamat tinggal kawan2.. macamlah pegi jauh sangat kan. tapi still tak jumpa dah, borak2 macam dulu, makan2 bersama.. Minta maaf segala salah silap sepanjang aku berada di unit ini. Keterlanjuran mulutku berbicara, ketajaman mataku meng'scan' korang atas bawah. hehehehe... kenangan bersama korang tetap tidak akan dilupakan.. semoga kita akan bekerjasama lagi satu hari nanti :-)

pic ni tengah tunggu kereta satu lagi sampai.. sebenarnya kitorang dah lapar sangat.. muka tak sabar dah nak ngap nasi arab tu.. apa ntah yang kami order tadi. ada chicken mandy, lamb madghout, lamb mandy, chiken khabsa dan lamb khabsa.. amik juga mixed grilled dan 2 pitcher orange juice.. licheeeenn.. :-)

orange juice dia ni sangat sedap.. pure juice. satu jug ni cukup untuk 5 orang, air saje utk dua jug tu RM 90.. pergh.. patutlah sedap sangat, sampai ke buih2 dia tu nak jilat :-)

antara makanan yang kami order.. kawan2 ku suka makan chicken mandy.. aku makan lamb modghut.. sedap bangat. hehe.. mentekedarah je kejenya kan. macamkan bulan puasa tak dapat makan. :-p

saje amik gambar tisu :-p

Sebelum balik, tapaukan untuk budak opis orang tak dapat ikut sebab ada meeting, tapau untuk anak cikku dan untuk hasben ku malam ni makan nasi arab lagi :-) tapi kena masak jugak kot eh esok nak sahur. hehe..

pokli habis ko dia makan nasi arab setimbun tu sorang2.. haa terer betul. perut dia ada compartment lagi satu kot, hehe. jangan mara aaa :-p

Ok, last but not least, ucapan terakhir untuk kawan2 ku di Unit PMO, Selamat maju jaya untuk semua.. gonna miss u all.. seronok bekerja bersama walau ada suka duka, terasa hati, bergembira bersama..  Bulan puasa ni kalau jalan di jalan TAR, jangan lupakan daku. cewah. haha. soping je dia ingat. Selamat menyambut bulan ramadhan..

Sekian, wassalam..


Monday, July 8, 2013

sebelum ramadhan..

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin. Lusa bulan Ramadhan insya-Allah akan kembali. Semoga dipanjang umur bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.. Sempena nak menyambut ramadhan ni kan, banyaklah aktiviti ku yang perlu disettlekan. dah masuk bulan ramadhan kalau boleh nak concentrate dengan amal ibadah je.. Insya-Allah. 

Jadi, first step, pegi soping baju raya. macam tak kena je dengan azam di atas :-p alhamdulillah dah settle. hehe. hari2 lain leh cuci mata je.. pegi sogo kan hari Jumaat hari tu. masya-Allah ramainya orang. as expected lah kan. pegi pukul 9 balik opis pukul 2.30 siap redeem sume.. Hari tu, untuk baju anak2 tak lebih bajet. yeay, soping sakan okeh, mesti cepat2 sebelum waktu lunch, sebab kalau dah lunch, lagi ramai orang panjang beraturnya.. Anak2 dapat lah sorang 3-4 pasang. ibu dapat bedak baru. woot woot woot.. berbulu je apak dia tengok. kekeke.

Then, hari sabtu pulak.. aku upah orang tolong bersih rumah. ni pun last minit cari ni. dapat budak muda lagi, umur 28 tahun.. baru renew permit dan baru melahirkan anak. jadi datang balik Malaysia nak cari kerja lah kan. aku ni cepat kesian kat orang. tu pun jiran rekemen. takut juga nak amik orang yang tak dikenali ni kan. tapi, oklah, dapat tolong ringankan beban sikit. hasben aku tak de hari sabtu tu. dia datang pukul 9 habis keje pukul 3, 6 jam aku bagi RM50. sejam RM 10, tapi dia kasi diskon gitu :-p aku nak kasi lebih tapi macam ada benda tak capai expectation, aku kasi ngam2 je lah. huhu..

Dari pemerhatian ku, memang patutlah aku tak de maid, sebab aku agak cerewet sikit. first. setakat ni memang tak nak maid, lebih rela bayar mahal kat orang, tak de privacy. second sebab aku ni fussy sikit. lepas dia buat kerja semalam, aku siap tonggeng2 bawah kerusi meja semua, hmm macam ada benda tak bersih. aku selet jari kat grill hmm habuk lagi. apa ekau buek ni berejam.. tak sampai expectation lah. sebelum dia balik, aku suruh dia buat juga apa yang tinggal2 tu. tu pun bilik air ada tertinggal satu tak basuh. ke dia tak perasan ada bilik air kat situ. dia lap2 kabinet, dapur, toilet, sapu rumah, mop lantai, simbah sliding, lap tingkap dapur. sawang je dia tak bersihkan. 

Tak pelah. at least ada lah benda yang aku nak buat tak buat2 dah dibuat.. boleh lah nak panggil lagi, cuma kena cakap betul2. aku keluarkan semua pencuci lantai- AJAX, jamban - mr muscle, pencuci dapur - CIF, tapi satu je dia pakai, CIF je, untuk semua.. pastu, dah lama sangat dia buat kat bahagian bawah, aku settlekan lipat kain. sampai tertidur2 aku sambil susukan aisyah. Aqil yang tolong jaga :-p sebelum dia datang tu, hasben dah nyorok2 dah barang2 yang dikira berharga. better paranoid sebelum terlambat.

Sebelum dia balik, dia pesan, kalau ada kawan2 nak pakai orang, boleh contact dia. memang dia perlukan kerja. tapi area ampang je lah kot, kalau korang nak pakai, kena amik lah dia kat mana2.. orangnya baik.. tapi kerjanya kena pantau, kena cakap itu ini. gitu..

Then, siap semua dalam pukul 3, lepas maghrib kitorang berangkat pergi PD pulak. event opis hasben.. maka, berseronoklah kami di sana. aqil lah yang seronok, leh mandi kolam. later will update the story yeah.. Hari ni masuk kerja nak settlekan urusan nak pindah ni. nak kemas2 barang je. ke nak buang terus. ehehe. malas aku nak angkut barang banyak2.. nak lenggang kangkung je.. transfer2 data ke external hardisk tapi tak bawa pulak.. banyak personal pic je dlm pc ni :-p

Oklah. bye. wassalam.. 


Friday, July 5, 2013

ready to go..

Assalamualaikum..

Hari ni aku bercuti. tapi ada di ofis :-) yelah, dah opisnya sebelah sogo je, tu yang menyinggah sebelum Sogo bukak. beli breakfast siap2, makan kat opis. sebelum keluar, kena pam susu dulu. kot2 lah terlajak time kat Sogo tu kan tak sempat nak mengepam. koser mak bawa beg pam.. ni pun nak kena godek2 beg ni apa lagi nak dikeluarkan, sebab kang beg ni lama2 dia jadi berat. apa ntah diisi dalam tu, beri tekanan kepada bahu ku ini.

Hajat dihati hari ini, memang nak cari baju anak je. CARI BAJU ANAK SAHAJA. haha.. yang lain2, hari lain boleh.. baju ayahnya tak boleh beli sebarangan, tapi kalau aku nampak yang murah boleh je nak belikan, takut sesuai tak sesuai je lah kan. baju ibu bila2 boleh, tapi kalau ada yang berkenana rasanya nak sambar jugak. eh apa ni, tadi kata fokus kat baju anak je. hehe..

Kredit kad, sila duk diam2 dalam purse. sebab, kalau boleh hari ni nak pakai cash aje. tapi takut terlebih2 pulak belanja, standby je. hehe. Dulu, aku pergi awal pagi berebutkan pampers. tapi hari ni macam tak beli  kot pampers aisyah sebab ada lagi. Susu aqil pun macam ada lagi. berat weih nak bawa balik nanti.. tengoklah camana. Susu Dutch lady dan diapers wee wee dry tu offer besok. hari ni pet pet. mmm takbest lah pakai petpet dah sekarang ni, macam keras sikit compare to wee wee dry.. 

Tadi pagi pun kuar ikut hasben pegi keje. malas nak bawa kereta sendiri. kot2 lah kalau balik awal, boleh lepak tidur kat opis. kalau rajin, naik tren terus balik rumah.. tadi kawan cakap orang dah beratur sampai ke traffic light. hmm.. ponek je beratur panjang, aku nak dekat2 kul 9 kang pegi jelah. mesti padat kat tingkat 4 tu. line telefon memang tak dapatlah kan. dah pesan kat kawan opis, jangan call, line tak de. haha.. 

Ok dah tu je lah.. rasa tak lama kot kat sogo.. Kul 3 baliklah. hee... period pain okeh. baru hari kedua. rasa cramp perut ni.. jangan lah buat hal pulak. tapi lepas membuang tadi, rasa okeh pulak, period pain ke usus pain. haha.. oklah bye.. wassalam..

Wednesday, July 3, 2013

Sepagi di Boh Tea Centre Sungei Palas

Assalamualaikum..

Entry tertunda :-)  Sesiapa yang berhajat pergi ke Cameron Highlands, amatlah disarankan pergi ke ladang boh ni. cantik sangat pemandangannya. masa aku pergi tahun lepas, kami tak singgah ladang boh ni.. padat masa tu.. yang nampak Bharat Tea je tepi jalan, tu pun padat dengan orang, jadi tak jadi singgah. Now, ada peluang, mari kita singgah dan tengok keindahan alam ciptaan Allah..

Kami pergi pagi2. lepas breakfast di hotel, beraraklah kami ke sana. Tak tahu jalan sebenarnya, tapi bergantung pada Garmin dan juga map orang hotel bagi. Actually senang je, nampak bee farm bertentangan jalan, terus belok kiri. Kalau dari Equatorial hotel ke simpang masuk ladang, 1.4km je, nak masuk dalam tu 3.5km.. Jalannya memang sempit, berliku.. memang satu kereta je boleh masuk. Kami ikut bontot bas je. rupanya bas2 kat situ memang otai.. bas sekolah bawa pelancong.. jangan cuba2 nak potong bas tu, sebab dia lebih tahu apa di hadapannya. hehe. macam kitorang kena marah dengan uncle bas tu, sebab ingatkan dia nak berenti, rupanya nak kasi jalan pemandu dari arah bertentangan. 

Nak masuk jalan ladang ni, kena tolak ansur. apa2 kasi bas lepas dulu:-) Sampai2 je dalam pukul 9 pagi kalau tak silap. ladang buka pukul 830 pagi.. Cuaca sejuk sangat. kami park di kawasan yang disediakan. terpaksa menapak jauh juga nak naik atas. kalau naik bas sekolah, memang terus dia bawa ke restoran yang cantik tu.. Jom tengok gambar, aku selit2 sikit cerita ye :-P
bau teh yang segar dari ladang

gwiyomi adik dan ibu

feeling nora elena. haha.. orang kata diorang buat pengambaran kat sini. 

ni lah jalan yang kami terpaksa redah. mengah jugak okeh. tangga dia pun bukan betul sangat.. dalam tak cuti sekolah tu pun ramai orang jugak.

kami berempat. suruh orang amikkan gambar

ni suruh adik sekolah amikkan.. actually ada kilang dan bilik tunjuk proses pembuatan teh. tapi aku malas nak masuk. haha. nak bergambar je lebih kat sini..

ole2 untuk family.. aqil sempat rembat buku mewarna tea boh :-) 


ni kat restoran yang femes tu. satu2 nya restoran kat atas ni. sejuk sangat waktu pagi ni. gigil aku tau. hasben aku tak pakai sweater, lagi lah, tahan sejuk je..

ni yang kitorang makan pagi tu. beratur panjang.. penuh orang. mujur datang awal pagi. kalau tak, memang tak de tempat nak bersantai. siap ada pengantin chinese bergambar atas ni. berkemban je, tak sejuk ke amoi.. food kat sini sedap jugalah. aku pun tak tahu nak amik apa, ni hasben yang amikkan. sedap roti yang ada coklat tu. kek tu biasa2 je lah.. air teh panas pun kejap je dah sejuk..

budak kecik ni lah yang buat hal sendiri. ajak bergambar tak nak, boleh dia tanggal sweater dia.. dah lah sejuk. sibuk nak main game.. rata2 orang yang datang kat sini semua sakan bergambar. hehe

Ok, kitorang pun bila dah puas ronda2 atas tu, cepat2 lah nak balik, sebab nak check out kul 12 nanti.. tapi sebelum check out tu kitorang pegi Raju's Strawberry Hill dulu. beli strawberry petik sendiri kan.. fresh.. later kalau rajin nanti aku cerita ye. hehe. ok bye. wassalam...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails