Friday, June 28, 2013

Jumaat hari murah rezeki

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Semakin menghampiri Ramadhan, semakin murah rezeki :-) Allah kabulkan permintaan hamba-Nya, langit dah kembali cerah.. Syukur Alhamdulillah.. Hari ni ada jamuan kat floor kami.. potluck. bawa lah sikit2 makanan dari rumah. tapi kitorang cari benda yang boleh masak di ofis. sebab masing2 naik tren, takkan nak bawa periuk2 naik tren kan.. kot tumpah lauk ke apa dalam tren camana.. Ada kemudahan Giant kat bawah opis, senanglah beli barang kan :-)

Unit kami masak Lontong. aku bawa dadih je. perisa strawberry :-) itu je aku boleh bawa sebab semalam aku kena buat kek untuk kawan aku. takut tak terhandle. tu pun aisyah dah ke hulu ke hilir nak nenen.. dah buat muka sedih dah.. huhu.. alhamdulillah, settle. senang je ek buat dadih ni. aku jarang buat. tapi kalau ada pot luck aku pilih wat dadih la, senang sikit. haha..


budak2 unit kami. antara yang paling lama. aku dah nak masuk tahun kelima kat sini. kawan2 yang lain lama juga tapi dalam 1-3 tahun 

campur2 dengan unit lain..

orang kuat unit belah sana:-) menu diorang spagetti, nasi goreng, sate..

dessert

ni yang penting ni. aku buat. haha.. simple je tu pun nak kecoh kan. kecoh juga suruh orang makan habiskan. kuang kuang kuang..

ni lah kek semalam aku buat. red velvet tapi kawan ni nak separuh je. separuh lagi untuk ku di rumah :-)

tuan empunya kek. untuk seseorang yang istimewa katanya :-p

Bila dah makan, kenyang.. mata pun layu je.. nak tidur tapi tak mengantuk pulak mata ni.. huhu.. selamatlah tak keluar hari ni :-D minggu depan hari Jumaat dan Sabtu (5&6 Julai) sogo buat member sale. yahuuu.. inilah yang ditunggu2. hehe. macam nak cuti je, nak gi tengok2 baju anak2 je. hehe.. oklah. tu je nak share. bye. wassalam :-)


Thursday, June 27, 2013

ke manakah perginya fulus

Assalamualaikum..

Hai, saya muncul kembali :-) selepas beberapa hari yang agak busy plus semalam pergi kursus sehari, cik kak ni muncul kembali :-) ada orang rindu tak? hehe.. tak kiralah orang rindu ke, orang tak rindu ke, tak de orang heran pun. aku je yang biarkan blog ni berjerebu sama dengan keadaan sekarang. bukan sengaja dibiarkan tetapi memang tak sempat nak buka blog.. hari ni je baru boleh blogwalking dan tulis entry sikit2:-)

Ok, saje je nak cite aktiviti di hari gaji. dah dua hari lepas pun gajinya. baru semalam selesai bayar bil2 dan selesailah segala2 nya. sila duk diam2.. tapi sebelum menyelesaikan hutang2 tu kan, mesti upah untuk diri sendiri dulu kannnn.. hehe. yolah, penat bekerja, upah sikit lah :-)

Dapat je gaji terus pegi Jusco. yang kebetulannya nak beli barang dapur. kuingatkan minggu depan ni puasa, rupanya minggu lagi satu.. patutlah macam tak ramai orang, lagi pun weekdays kan, tu yang tak ramai tapi sebenarnya ramai juga. hmm camana tu, belit2 cerita.. faham2 sendirilah..

Kami pegi Jusco beli barang2 keperluan dapur. pastu beli kasut aqil dia nak pergi trip hari ni. dah selamat pergi kot. Join taska lagi satu, owner dia ajak budak 4 tahun nursery join sekali. Kena pakai baju putih, suar warna gelap. nasib baik ada. kasut dan botol air pulak kena gantung kat leher.. kasut tu merangkap kasut raya jugalah. hmm dia tengok kasut tom and jerry terus nak nak nak. sekali tu RM 80++. ish ish ish.. tak boleh tak boleh.. bukan selalu pakai pun. membazir je beli mahal2, untuk ibu ayah tak pe. hehe..

alamak, tido lagi ke aqil oii.. pic pagi tadi. minum susu sebelum pegi sekolah. suruh minum cawan tak mo, cikgu dia je boleh suruh pakai cawan. kalau ibu suruh bolayan..

kasut kikilala aqil. hehe. kena pakai stokin. simple je selagi dia belum kenal erti cantik :-p kasut ni pun ngam2 sebenarnya. asal tanya saiz lagi besar, manjang tak de. ni saiz 27. beli yang lubang2, senang udara nak bergerak:-) suka sangat dia dapat kasut baru. asyik cakap nak naik bas. semalam diam2 dia pakai kasut, kitorang tengah solat, tahu2 dengar orang buka grill dan gate. tengok2 dia berlari2 pergi rumah pengasuh aisyah, nak tunjuk kasut baru. sabo je lah. pandai kuar rumah sendiri, balik kena marah, kalau kena culik camana. haish...

hasil dapur bulan ni.. tengok banyak dah bahan2 nak buat kuih raya dia longgok kat satu tempat. senang nak cari.. ayah aqil bayar ni. hehe. amik je apa2. kuang kuang kuang.. tq suamiku. semoga murah rezeki selalu. doa isteri ni tau :-p dapat pahala belanja keluarga :-)

aisyah yang tak nak duduk dalam troli. hee.. geram rasa. nak tergolek pinggang i ni dokong dia.dah lah kasut tak bawa. kalau ada kasut pun, nak tunggu dia jalan terkedek2, lambat.

my babies :-) aqil semalam asyik kena marah je. yelah, sikit2 tumpah, sikit2 berterabur. ibu pulak macam kepenatan semalam. tido awal. ada je nak buat naik darah ibu. sebenarnya kesalahan tu tak delah besar mana  pun, tapi timing tak kena kan. sian Aqil. tapi budak laki kan, dah kena marah, nangis sekejap eh buat lagi, terlompat2 sengih2 pulak.. hmm gasak mu la nak. Aisyah pulak oklah dah mahu makan tapi sikit2 lah. suka panjat bangku. dia kejenya berjalan je.. kalau dia duduk diam pun time menyusu.. tak pelah, jalanlah nak.. jangan jatuh sudah. jangan kutip sampah masuk mulut ye. hobi dia yang satu ni masih ada lagi. kutip benda masuk mulut -_-

hadiah untuk ibu :-) tapi beli sendirilah. tudung bawal aidijuma. semua lawa2. kain dia pun tak nipis sangat macam bawal biasa. labuh elok. ni ada promosi lagi, tudung ni sehelai RM45 tapi beli 3 dapat RM120. so kitorang share2 lah dengan kawan2 sorang selai.. cantik dipakai dengan baju kosong. sunflower cotton kalau tak silap.

yang ni circle cotton kot..

ha. hadiah untuk ibu lagi. kuang kuang kuang. banyak betul membeli ye. ala kali ni je kasi chance lah. bulan depan gaji beli baju raya anak2 pulak -_-. supplement untuk ibu. ostematrix dan ESP. Ostometrix tu beli sebab hari tu tiba2 sakit gigi. asyik sakit gigi je kan. may be kurang calcium. rupanya adik badik aku yg pompuan sume makan ni. bagus2. dah separuh kot makan. yang ESP tu baru beli 4 hari lepas. kebaikannya katanya nak tambah susu or mengenyangkan lebih2 lagi nak puasa ni kan, tambah tenaga.. ada kelebihan lain untuk kulit terus laju je beli. haha. macam2 lah aku dah try. ephyra la. tapi may be ephrya tu tak serasi dengan aku. tak nampak pun perubahan. dah 3 kotak beli dulu. lain orang lain effect dia kot kan.. yang ESP ni pun belum nampak perubahan lagi, yelah, baru 4 hari makannya...

Oklah, tu je nak share..

Bye wassalam..

Monday, June 24, 2013

bz like a bees

Assalamualaikum..

Salam hari isnin :-) 

Jerebu dah makin teruk kat KL ni.. 

Nasib baik taska Aqil tak tutup.. kalau tutup, kena angkut pegi ofis..

 keje banyak ni siap ada discussion lagi. 

erghhh.. nak cuti weekend pun sedikit terganggu emosi sebab email bertalu2 masuk... 

dah udara berjerebu memang tak gi mana2 pun kecuali pergi kenduri jiran dan kenduri mak sedara hubby kat kampung. 

itu je. later will update about the kenduri.

Haa nampak panjang sikit bila tulis macam ni. kahkahkah. 

banyak entry tertunda, acik sibuk sikit KSU baru katanya.. strict. tu yang bos semua gelabah bila nak masuk meeting esok ni.

yang jadi mangsa acik juga..

tapi tak pelah, dah memang tugasan kan.. buat dengan ikhlas..

bye. wassalam..

Friday, June 21, 2013

Lavender Garden, Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Now boleh tarik nafas lega sikit. sikit je... Ok, mari sambung percutian ke Cameron Highland pulak. kali ni, cerita adalah berdasarkan kepada setiap lokasi lawatan yang kami pergi. Perjalanan dari Tambun ke CH mengambil masa lebih kurang sejam lebih melalui Simpang Pulai.. Oklah jalan ni, memang ok sangat cuma biasalah jalan ke tanah tinggi memang bengkak bengkok tapi tidak seteruk jalan Tapah. Later aku cerita pengalaman pulang melalu jalan tapah..

Setibanya di CH, hati di teruja sangat.. hehe. macam lah pegi obersea kan. nak buka tingkap konon nak merasakan kesejukan udara di CH, tapi kejap je dapat sebab asap lori dan bas lagi dasyat baunya.. Tiba2 ternampak satu taman bunga yang cantik sangat.. Cepat2 berhenti. Kalau tak silap kat Tringkap kot area taman bunga ni. namanya Lavender Garden. memang akan nampak dari tepi jalan. cun sangat.. tempat tu baru buka dalam 3 bulan kata peniaga di situ..

Kalau ikutkan hati nak pergi hotel terus tapi macam awal lagi kan. singgah je lah. excited ok. tengok bunga2 yang pelbagai warna. walau pun macam tak de bau sangat. hehe.. masa ni pengunjung tak berapa ramai. adalah dalam satu bas dan beberapa buah kereta..semua tempat nak amik gambar tau. tapi masa ni hp aku dah nak habis bateri. gunalah tab untuk amik gambar tapi tak dapat nak upload kat sini sebab tak bawa tab. hehe.. Ok, jom sambil cerita sambil tengok gambar.. oh kat sini masuk kena bayar Rm 5/person. macam aqil dan aisyah tak kena bayar.

nama pokok tak tahu.. yang tahu nak snap je kan, tak nak tengok nama pokok pun. huhu

ibu dan anak2nya.. excited tengok pokok cantik, nak tanam sendiri tak menjadi je. hehe

pakai baju poplook.. anak2 yang nak pakai topi, alhamdulillah.. panas juga tapi nyaman..


bunga2 pink. i loike... :-)


 satu family :-) ni pun panggil orang tolong snap kan. hehe.. ada lagi gambar cun tapi dalam tab lah. huhu

cantikkan bunga. macam lukisan..

dalam garden ni ada kedai cenderahati.. sweet sangat dia jual barang2 warna purple. tapi aku tak beli pun. tengok je. tapi bila tengok gambar2 ni balik rasa macam ruginya tak beli. terlalu comel warna itu :-)

see.. sweet kan bila dah kumpul banyak2 macam ni. cer bawa balik rumah, mesti habuk sepikul :-p

lepak kejap.. sambil makan jagung cawan.jari ibu bengkok, kononnya telinga rabbit untuk aqil :-D

pic ni aku buat profile picture fb. hehe.. ni la kot bunga lavender. tapi tak de bau lavender pun :-p

Ada lagi gambar comel2 (perasan) tapi dalam tab. aqil dan patung hello kitty yang pelbagai gaya.. sebab ini destinasi pertama kami, kami beli stoberi je lah. aqil yang nak stoberi.. lepas tu muak dah tengok stoberi sebab semua pun nak jual stoberi kan. hehe. tapi stoberi kat sini segar.. yelah, makan kat sana lebih sedap. bila dah bawa balik rumah, penyek terus kalau yang terlebih masak tu kan. tu belum kira budak2 teraburkan stoberi on the way back via jalan tapah. haru ok dengan jalan benkang bengkok nak kutip stoberi yang berterabur kat seat belakang. nasib ibu tak muntah.. cuma asyik sendawa angin je lah.. 

Ok cite sikit perjalanan balik lalu jalan tapah. hasben lah yang nak cuba, dah orang kata jimat sejam masa perjalanan. actually aku dah pernah lalu masa bujang2 dulu. jalan dia boleh tahan ngeri gak tapi okey lah kan. cuma tak boleh laju dan tak boleh potong. sebab jalan dia sejam setengah tu memang berliku2 sampai habis. Lagi menakutkan gaung dan tompok2 tanah runtuh. tapi jalan ni dah ok sikit compare masa aku pegi bujang2 dulu.. dah boleh jangkalah jalannya memang berliku. kalau kak long aku lalu sini konfirm terburai isi perut muntah. hehe. Ada banyak orang jual petai dan kraftangan rotan.. kalau naik kereta besar dah angkut dah kerusi goyang aqil :-) dah nak habis jalan tu ada Lata Iskandar, air terjun yang cantik. ramai orang berhenti. kami tak berhenti lah.. kejar masa nak habiskan jalan yang membosankan. aku pun tak tido tau, tahan mata sebab jadi instructor kat sebelah driver. hehe..

Oklah, nanti aku sambung lagi dengan cerita kat lokasi lain pulak :-)

Bye. selamat hujung minggu.. wassalam


Thursday, June 20, 2013

tunggu sekejap..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! hari ni sampai awal :-) sebab en suami dah banyak hari tak sempat punch pukul 8. Jadi kena berawal-awalan lah kita di pagi ni :-) 

Semalam senyap dari menulis entry. cait dah macam penulis ruangan surat khabar la pulak. hehe.. 

Ada kerja yang perlu diuruskan..

cerita pasal Cameron Highlands masih belum sempat untuk dikarang. dia mesti ada feeeeeeell. 

kalau tak de itu feeeeel, kelaut cerita i tau. huhu..

Nanti lah bila dah settle urusan kerja, akan ku sambung kembali untuk memeriahkan aktiviti menulis ku ini..

Blogwalking pun tak sempat.. tunggu meh, akan ku datang meninggalkan jejak di blog korang :-)

Bye.

Wassalam..

Tuesday, June 18, 2013

Percutian kali kedua di Lost World of Tambun

Assalamualaikum..

ok kali ni nak kongsi cerita percutian ku pada minggu lepas, khamis-sabtu. kami pergi anak beranak je.. memilih destinasi perak juga pada tahun ini sebab aku nak sangat pergi Cameron Highlands again.. hehe.. kami bertolak pukul 9 lebih kot, lambat bersiap. kemas2 basuh pinggan semua kan. sebelum tinggal rumah, biarlah kemas sikit, walau pun lantai tak bersapu. hehe..

Kami tiba di Tambun dalam pukul 12 lebih. kalau ikutkan standard check in pukul 3 kan, tapi rezeki kami, bilik dah ready. so boleh terus check in. di samping itu, memang tepat betul masa membuang aisyah.. pekung gile dalam kereta dia berak.. haa cepat2 settlekan budak busuk tu. lepak2 dalam bilik jap. Kami stay di Lost World Hotel. bilik yang sama macam tahun lepas..  Aku tempah kat Agoda kalau tak silap, semalam RM 190.. Beli tiket masuk theme park dia pun online juga, total kami 3 beranak yang berbayar adalah dalam RM116, aisyah tak kena bayar..

Nasib baik tak amik pakej untuk hot spring sebab hotel bagi free je tiket malam tu.. hmmm. tapi untuk kesekian kalinya kami tak masuk juga jalan2 malam dalam theme park tu sebab en husband jumpa kawan dia.. upps patah balik cerita.. selepas dah letak barang dalam hotel, mulalah kami mencari tempat makan.. dah penat sebenarnya, malas nak makan jauh2, kami memilih untuk makan di Pappa Rich kat bawah hotel je. tak banyak menu pilihan. Kalaulah blok hotel tu ada orang buka restoran lauk2 kampung, mesti lakukan. tapi sadis, kedai makan tak de pun kat area situ, kena pegi jauh sikit.. Ok, jom lah tengok gambar.. gambar adalah sikit2 dah letak kat FB. hehe..

aik. bilik yang sama ke ibu. patutlah macam kenal, aisyah pernah jatuh katil kat sini :-)

simple room but nice. even weekdays, orang hotel cakap bilik diorang penuh..

time to swim. hehe.. alhamdulillah, nak budak2 ni pakai cap. selalunya aisyah lah budak yang tak boleh ada benda atas kepala tau. aqil pulak pakai cap mak ida kasi.. kitorang melawat swimming pool tu pukul 2 lebih kot. Alhamdulillah cuaca sedang2 elok.. kami melawat sekitar petting zoo dulu. kali ni kami meneroka ke dalam lagi, tapi tetap tak jumpa harimau sebab laluan lain katanya. malaslah pegi. tak sabar nak main air. haha.. gambar kat petting zoo banyak kat tab ASUS.. jadi tak dapatlah upload kat sini.. orang tak ramai, cuma ada company event kat sini, meriah sikitlah..

kitorang main2 air dekat tempat yang sama.. tengok tu berapa ketul je orang yang ada.. hehe.. tapi air dia tak bersih ok. aku ni dok perhati je dalam kolam tu. yelah, dah lama tak pernah mandi kolam kan.. hmm air kencing manusia lagi dalam tu, lumut2 lah.. aiyak.. may be dia tambah klorin je dalam tu. aqil mula2 takut tau nak main slide tu. tapi lama2 dia yang tak nak keluar.. 

aisyah pakai baju renang aqil. nantilah tunggu dia besar sikit belikan baju renang girl yang comel2. kat dalam shop Lost World of Tambun ni, baju renang dia sangat cantik dan very muslimah ok. untuk anak2 pun ada.. untuk aisyah pun ada lengan panjang sume. cute sangat. tengok harga RM 99. ok tak pelah, next time ye. :-) kalau sape2 yang tak bawa baju renang, boleh je beli kat sini..

see.. ibu pun nak join sekali. hehe. dengan baju renang baru :-p layan anak2. hehe. ibu yang lebih2 ke.. haha

aqil sibuk nak bergambar dengan kura2 katanya.. aisyah pun seronok main air, asyik2 nak dekat ibu je..sejuk dia sampai ketar2 main air. tak boleh lama, terus balut dengan tuala. nak main slide pun tak boleh. licin. ada sekali tu aku saje lepaskan dia kat slide, ayah dia sambut kat bawah, terhantuk kat slide. sian dia. mujur tak kuat.. nangis jugak. huhu. 

aqil yang excited. dulu dia pergi ada upin ipin. now dia pun sibuk tercari2 mana upin. asyik panggil kolam upin je. hehe.. kami keluar dari kolam tu lebih kurang pukul 4 lebih.. salin2 baju semua bilas2 badan.. balik hotel, jalan kaki je. dekat.. bagi susu kat aqil terus zzzz... akibat dari mandi kolam tu kan, badan aku habis gatal2.asyik tergaru2 macam berukmatyeh je..mesti kesan air kolam tu, tapi orang lain rilex je tak gatal pun. kegatalan tu membawa ke cameron sana. adoi, memang terseksa lah asyik menggaru je.. alhamdulillah, now gatal2 dah tak de, hilang sendiri.. malam tu cari ubat gatal kat Giant tambun, mujur ada famasi kat situ..kalau tak, menggaru je lah den sampai ke pagi. huhu. dan makan malam kami, biasa2 je, makan ringan2 sebab tak rasa nak makan berat pun sebab en suami dah makan dengan kawan dia..

ok ni muka fresh bangun pagi siap2 nak bertolak ke cameron. masa ni tak perasan breakfast kat mana di kupon tu. rupanya bukan di pappa rich lagi. patutlah tak orang. breakfast free kat dalam theme park sinun.. garden terrace. maka, berjalanlah keluar dari pappa rich tu.. malu kejap.. hehe

aisyah dan ayah.. on the way pegi breakfast di garden terrace

pandangan pagi

aqil dan mascot meow meow.. hehe

camwhoring depan cermin before check out.. ni lah en suami kita. haha. macamlah tak pernah kuar muka dia dalam blog i ni :-p terima kasih abang sudi bawa kami jalan2. hehe tahun depan bawa lagi ye :-)

Ok, tu jelah cerita kami di Lost World of Tambun pada tahun ini. to be continue dengan cerita di Cameron Highlands.

Bye. wassalam


i'm back

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. wah. lama juga aku tak menjenguk blog kesayangan ni. Minggu lepas cuti kan, masa tengah bercuti, berkobar2 nak tulis entry dalam blog, nak ceritalah keseronokan bercuti tu.. tunggu ye. banyak benda nak kongsi bersama. hehe. semalam pulak, aku patutnya masuk kerja. tapi tiba2 je aku kena pergi kursus. yelah, dah beberapa hari tak buka emel. tak tahu pulak aku kena pergi kursus kan. nasib baik sehari je. sekarang ni aku malas nak pegi kursus yang berhari2. paling lama pun sehari je aku mampu bertahan. kalau tak de sebab contoh nak kumpul CPD point ke, tak koser eh nak lama2 kursus kan..

Now bila dah masuk ofis nak kena settlekan pending work dulu. hmmm... Oklah, nanti i cerita lagi ye. babai. 

wassalam :-)

Wednesday, June 12, 2013

random story

Assalamualaikum..
 
Busy sikit lately. siikiiitt je :-p esok ada meeting. tapi kan, esok kita cutiiii. hehe. Mujurlah ada sahabat baik (ceh, tiba2 je dapat title sahabat baik) boleh cover esok. Everything dah prepare tinggal present je lagi. tq fren, nanti i bawa balik stoberi untuk uols :-)
 
Esok kami nak pergi berjalan ke Tambun dan lusa nak pegi Cameron Highlands. Ni percutian yang tidak dirancang. rancang jugalah tapi tak plan lama2, tetiba je kan. Sebab dah 2nd time pegi, jadi agak dah boleh gambarkan nak pegi ronda2 kat mana nanti. cewah.. santai2 je.. kali ni pergi kami 4 beranak je..
 
Ok, tinggalkan kisah percutian ku. nanti kalau dah balik and rajin nak stori mori, i'll update in this blog okeh :-)
 
anakanda aqil punyalah jeles semalam aku duk main game. telah mengeluarkan kata2 yang kelakar okeh. dia kata perut dia nak pecah dah ni. sebab kelaparan. yek yek je. aku baru nak berehat selepas penat memasak.. cepat2 kasi makan dua orang budak ni. sorang kuat makan, sorang makan hujung sudu je. sadis betul..

 three of us going out last weekend.

Ok. tu je nak story.. tak de modal nak menceceh. hehe. bye. doakan kami selamat pergi dan pulang :-)

Monday, June 10, 2013

under weight again :-(

Assalamualaikum..

Salam 1 Syaaban. Salam hari Isnin.. Dah mula naik sekolah kan hari ni. Jalan pun dah start jammed.. Cuma kami tak terasa lagi hari ni sebab ada check up aisyah. So pegi keje lambat sikit, tapi masih kena bangun awal, sebab nak kena kejar nombor kan. hehe..

Jadi, marilah kita pegi klinik ye adik comel.. 7/6 yang lepas, genaplah anakanda aisyah humairah 18 bulan equal to 1 year and 6 months.. haa. dah besar dah anak ibu ni :-) tadi pegi klinik pun muka dia dah resah gelisah dah. macam tahu2 je apa nak kena buat kat klinik hari ni.. sebab selalunya dia kalau pegi klinik memang nangis. padahal nak kena timbang je.. tapi harini kena cucuk juga. complete immunisasi lah kiranya this month..

Berat badan terkini ialah 8.3kg je.. haa.. padanlah muka ibu tak kasi anak makan kan. bukan tak nak kasi, tapi kita masak beria pun berapa suap sangat yang dia makan. last2 makan lah makanan orang tua kan.. tapi itu pun memilih, nasi tak nak, nak fish je.. nak makan sendiri pulak tu. sayur setakat ni dia makan, kutip lah daun2 hijau dan batang sawi tu kan. hehe. bagus2..

Tapi tu lah, berat masih tidak mengikut piawaian KKM.. masih dalam line kuning. jadi bulan depan dan seterusnya kalau masih dalam line kuning kena check up every month.. ibu baru ingat nak relax sikit malas nak gi klinik, tapi apakan daya.. kernamu anakku.. cewah..

pic pagi ni.. dahbalik baru nak happy.. lepas injection ni..

Kena cucuk tadi meraunglah dia. apa lagi.. pantang kena yang sakit2 ni, anje anje betul ia ni.. :-) ok lah anak, lepas ni ibu nak kasi adik makan yang sedap2 yang lemak2 kasi adik montel2 sikit ye.. gerun rasa nak pegi klinik 16/7 kalau berat adik masih tak ok lagi. huhu.

Dah. sekian..

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails