Friday, May 31, 2013

Lunch at Black Canyon

Assalamualaikum..

tak de apa nak stori mori.. Just nak share aktiviti tengahari tadi. hari ni tak pegi aerobic. tu lah kata mula2 je bersemangat. lama2, hangat2 tahi ayam. hari ni je, hope minggu depan semngat ku kembali pulih. hehe.. tengahari tadi, pegi makan ke Black canyon di AEON Keramat. Hari tu, second time makan di BC Maluri, pedas gile fusili tomyam dia tu.. tak tahan. 

Hari ni order menu set lunch, tapi tomyam dia sedap. ala2 krahtong juga tapi tak boleh lawan krahtong.. sedap.. dah dua kali makan kat sini, memang chef dia pandai masak lah tomyam ni. Kami pergi berlima.. Amik set yang 4-5 person makan, Rm 49.90 without drink. oklah, minum sume amik air kosong. haha. bajet gitu.. jalan2 area2 Jusco tu, beli barang nak buat carrot cake katanya.. try buat kek lain tengok, jadi ke tak. hehe. tapi carrot cake memang antara feveret ku di Secret recepi :-) ok, let's tengok gambar ye.. kot2 la korang mengidam nak try, boleh terjah :-)

ni ayam cincang kot. ada telur separuh masak kat dalam tu. sedap juga

yang ni telur hancur tapi ada juga jumpa udang. pedas2 sikit. ok lah..

tomyam seafood. sedap sangat. berebut makan dengan yanti :-)

sayur kobis campur letak tiram agaknya. sedap juga..

ni antara rombongan kami. ada budak kecik sorang tapi dia tengah merajuk. hehe

Ok uols. esok dah cuti hujung minggu.. selamat bercuti kawan2. cepat je masa berlalu. esok dah pertengahan tahun dah, dah masuk bulan Jun.. Bulan meraikan cinta kitorang. cewahh... hehe. 2/6 our anniversary ke enam tak plan apa2 dan tak celebrate apa2 kot.. ok bye. wassalam..


Thursday, May 30, 2013

belum baik lagi

Assalamualaikum..

Hari ni adik gwiyomi demam dan ibu bawa pegi opis. suka2 je kan bawa pegi opis macamkan opis tu ayahnda punya ;-) ayahnda tak de tu yang bawa tu, tapi kalau bawa pun ayahnda weols tak kisah, lagi dia suka. siap dia suh buat satu tempat khas untuk anak2 di sudut opis..hehe.. kalau budak2 besar baya2 aqil tu, suka lalu depan 'atok' nanti atok kasi duit. haha.. lagi pun cuti sekolah, tengok masing2 bawa anak2 gi opis. hehe..  tak pelah, kasi chance la ye. bukan selalu. lagi pun adik gwiyomi demam panas pagi tadi. aku dah siap2 dah takkan nak cuti pulak. nak hantar ke rumah pengasuh macam tak best pulak kan.. maka bawak lah pegi opis.. 

Pukul 4 lebih aku rasa badan dia panas. 2 hari sebelum ni, demam dia light2 je. siap skip makan ubat lagi, relak je. subuh tadi dah 39 degree.. alamak, cuak pulak. dah kasi ubat bontot, dah mandikan pun tak turun lagi. risau juga. now, dia dah tido. suhu badan pun dah normal. alhamdulillah. nanti nak pegi beli ubat demam dia..yang ada ubat lama tapi tahun ni juga lah..

Tu je lah nak cite.. me is tak de mood lah.

Oklah. bye.. wassalam

Tuesday, May 28, 2013

adik gwiyomi demam

Assalamualaikum..

Sebelum nak gi meeting ni, aku nak mencoretkan sesuatu dalam blog kesayangan ni.. Hari ni adik gwiyomi demam.. cian dia.. pukul 5 tadi dia bangun, resah gelisah.. kasi nenen pun masih gelisah lagi. hmm. dah lama adik tak demam. may be nak masuk bulan baru kan dik.. hope adik demam sebab nak membesar.. air liur dia penuh. pengasuh kalau anak aku demam sehari tu 2-3 kali juga dia call bagitahu perkembangan.. tadi pagi report dia katanya adik dah makan ubat, lepas tu muntah.. tidur pun terkejut2.. hmm sian dia.. nape eh.. semalam balik kampung lenggeng jap hantar ole2 dari Mekah.. ke terkejut ternampak apa2 malam2? hmm.. think positive ibu..

Aku memang dapat agak kalau anak2 tak sihat.. dia nam bergayut je.. kiri kanan semua dia tak selesa. pusing sana sini. last2 aku buka cite upin, suka pulak dia tengok. dengan aqil sekali bangun terus tak tido2 tapi adik sambung tido balik.. hmm.. pity u my girl.. kisah aqil pulak, semalam aku belikan dia 3 pasang baju baby gap.. 2 gambar bobiboy dan spiderman. satu lagi wording I LOVE MUMMY AND DADDY. yang wording tu dia tak nak, dia kata ni baju pompuan sebab ada lambang love tu. sabo  je lah.. terpaksalah aku tukar hari ni, hope kedai tu sudi menerima pertukaran itu. huhu.. 

Oklah, time's up.. sebelum keluar opis, pam dulu susu nih. kot2 terbalik lambat ke.. dah lari jadual ku.. ok. bye. wassalam


Monday, May 27, 2013

gwiyomi lagi :-)

Assalamualaikum..

Selamat bekerja uols :-) kite keje hari ni tau. batuk2 tak baik lagi.. huhu.. Cuti 3 hari digunakan sepenuhnya dengan baik. semalam, tunggu family balik dari umrah, alhamdulillah.. dengar2 cerita dan pengalaman, kirai2 beg2 mereka. haha.. tentulah mencari barangan berharga. dapatlah bawa balik sedikit sebanyak barang2 dari tanah Suci :-) tapi tu later lah kita cerita ye.. now mood bersama anak2 hujung minggu terbawa2 hari ini, lebih2 lagi si kecil aisyah humairah :-) Jom tengok gambar anak2 ku. gwiyomi sangat. haha matilah asyik puji anak sendiri je. Ampunkan kami penunggu gua :-) kasi muka sikit kat tuan tanah ye.. sekali sekala :-)

omei2 tak saya pakai selendang. kecik je muka aisyah ni bila pakai tudung. macam nak kena kenyek je. hehe.. aqil tunjuk mercun yang dijumpai tahun lepas punya :-)

ok, ready nak tarik dah tu..

tamatlah kecomelan saya.. serabai..

my happy kids..

so sweet.. makan luar hari tu kat SR, ni selepas makan lah. semasa makan, habis hilang ke'sweet'annya. huru hara. macam ni lah bila jadi ibu bapa ni kan, nak makan pun tak tenang. sebab tu bila nak makan sedap2 makan dengan kawan2 je lah. haha.. baru dapat menikmati makanan itu..

my little sunshine

aisyah dengan baju raya tapi dah pakai. camana tuh. hehe.. tak jadi baju rayalah gamaknya..

last but not least, little duck in the house.. pinjam aiman punya towel.. suka sangat dia.. aqil pun ada satu towel katak hadiah dari nek jun masa besday dia..

ok, tu je lah untuk tatapan hari ini.. kalau rajin, akan disambung lagi cerita weekend yang super best :-) kepada yang bercuti, selamat bercuti uols.. seronoknya. kita tak pegilah time2 cuti sekolah ni kan.. padat.. lagi pun tak de orang nak bawa *buat cite sedih lagi* :-D simpan je lah cuti tu carry forward je untuk tahun depan. huhu.. 

Ok bye. wassalam..

Sunday, May 26, 2013

projek mengemas almari

Assalamualaikum..
 
Haa.. Rajin pulak aku update blog ye malam2 ni. Ni kes tak boleh lelap lagi lah ni.. Cuti 2 hari ni memang memerap kat rumah. Nak tak nak terpaksalah merajinkan diri membongkar almari kemas kain baju. 5s kan almari sendiri ye..
 
Dah semak sangat almari kami ni. Termasuklah laci anak2.. Huhu. Punyalah bertangguh, akhirnya dapat juga dilaksanakan. Ada hikmah lah tak kuar pun. Dengar2 cite jalan sesak sana sini ye. Huhu. Bagus2 duk rumah je kite..
 
Projek stat dari pukul 11 kalau tak silap. Membawa ke maghrib, final touch la kiranya complete dengan mop sampai tangga. Hehe..  dapatlah hasil 5 beg untuk didermakan kepada orang2 yang memerlukan. Masalahnya, aku pun tak tahu nak hantar ke mana baju2 ni.. Eh elok lagi tau baju2 sume. Kebanyakkan baju en suamilah. Suar dia. Dulu saiz pinggang 30-32 skrg malas cakaplah kan..  hehe.
 
 
Baju aku pulak adalah sikit. Sayang benonya nak kasi orang, bila lipat2 ada je kenangan. Tapi ada jugalah terpaksa dilepaskan. Dah memang tak leh pakai pun. Sendat di sesetengah tempat.  hehe. Yang banyak nya tudung bawal. Tapi bila sorting tu rasa eh ni boleh pakai lagi ni. Simpan balik :-)Baju aqil pulak, tak banyak yang boleh bagi. Sebab baju dah lebam. Tapi ada juga kemeja2 yang masih elok, ingat nak kasi baby kawan kat opis.. Hope dia muatlah..  bukan tak nak simpan untuk adik2 yang lain tapi nanti ibu mesti nak beli yang lain kan. Hehe..
 
Baju2 baby pulak aku tak sempat sorting. Memang makan masa kalau nak kemas baju2 ni semua. Kena punggah almari lipat balik. Kasi cun2 skit. Spray dengan febreeze. Hari tu kuar lipas sekor kat almari aku. Haa.. Nampak beno tempat menternak lipas. Yelah, jarang2 kemas.  tahunya lipat dan sumbat. En suami tahu tarik dan pakai saje.
 
 
Tapi, tak sia2 usaha aku malam ni. En suami belanja dinner.hehehe.. Ala tak belanja pun kita buat jugaklah. Makan kat secret resepi. Tapi, menu malam ni salah pilih. Konon nak try menu lain, tapi xkena dek tekak. Nak wat camana, telan je lah.. Ada satu menu tu terpaksa tolak sebab tak tahan bau daging kuat gile. Terpaksa order yang lain. Haish.. Terbang RM 90 okeh. Tax je dah RM 12 for nothing. Anyway tq en suami.. Next time ibu belanja pulak. Tapi kena basuh toilet dulu :-)
 
 
Okeylah. Banyak pulak menceceh malam ni. Esok kena bangun awal. Nak bertolak ke klang. Family akan sampai dalam pukul 130 tengahari. Nak masak sikit2 lah. Sian diorang penat. Mama batuk2. Hmm biasalah perubahan suhu kan.. Aku pun batuk gak ni, nak semput dibuatnya.. Ok bye.
 
Wassalam.
 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, May 25, 2013

terapi diri

Assalamualaikum..
 
Malam ni tak boleh tidur. May be dah banyak tido siang, dengan paginya bangun lambat lagi. Hmm.. Tu yang malam terkebil2 aku nak tido tak boleh. Anak2 dah selamat belayar. En suami buat keje katanya.. Ke tengok tv ntah.. Hari ni cuti tak pegi mana2. Semalam je aku gi makan kat black canyon. Pastu ronda2 jap dalam jusco maluri tu.. Layan aqil main game.. Tu je lah.
 
Dan paling menggembirakan, dapat 2 pasang baju aisyah. Baju jalan. Eh ke baju raya?? Hmm tak sabar nak pakaikan semek tu tapi kalau buat raya pun cun jugak  hehe.. Sekarang jusco ada sale sampai 9 Jun.. Seronok tengok baju gegel. Kalau aqil, dah pandai pilih. Semalam nak belikan seluar 3suku tapi dia tak nak. Aku pun tak faham suar apa yang dia suka.
 
Balik2 pakai jeans yang sama.. Senteng pulak tu.. Terus tak jadi belilah memandangkan jusco nak tutup dah.. Next time lah ibu beli untuk aqil ye.. Suka tak suka, pakai jugak tau :-)
 
Gitulah aku. Eh ke semua ibu2 pun sama agaknya. Dapat gaji niat nak beli baju anak2. Baju ibu tak pelah, nanti2 lah, pakai apa je yang ada kan. Hukhukhuk. Buat cerita sedih pulak.. Berkira sikit aku nak beli baju untuk diri sendiri, tapi kalau dapat beli, laju je klik klik klik. Heeee... Baju untuk hasben setahun sekali je borong masa nak raya je.. Siankan.. Hehe. Tu pun tengok yang sale sampai 70% + 30%. Haha. Eh ada ke macam tu?. Nasib lah dapat isteri yang pandai jimat cermat ni :-P ada rezeki lebih bulan ni, hope dapatlah beli apa2 untuk kami :-D
 
Tak lama lagi nak puasa dah. Pastu raya. Kena lah start kumpul duit. Kalau yang ada main kutu tu, boleh lah cop bulan 7  nak kuarkan duit. Heee.. Aku main gak, tapi bulan 9, nak bayar insurance & roadtax myvi.. Bajet perlu ada maa... Bengkok nanti nak membayarnya.
 
Sebelum puasa ku bajet2 sogo mesti ada member sale kan. Hmm bestnya!! Nak amik cuti then nak beli baju raya anak2. Hee... Macam tak de hari lain nak beli. Masa nilah seronok berperang weih.. Beratur pagi2 sebelum pintu buka. Terus zass tingkat 4. Yang mana berkenan amik dulu later baru pilih. Terkenang tahun lepas pegi.. Hehe..
 
Okeylah. Belum apa2 lagi dah cite pasal soping raya... Bye.. Wassalam..
 
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, May 23, 2013

terpengaruh. akhirnya dapat merasa Burger bakar Abang Burn

Assalamualaikum.

Terasa macam hari Jumaat pulak hari ni. Yeay, hari ni dah gaji. blink blink terus mata. hehe.. Semalam, gigih menyiapkan kek. Ofis order 2 biji. kek hari tu lah, kek coklat tu.. hari ni ada hari penyampaian Tokoh, hari 5s lah yadayada..

Semalam lagi, rasa tak sihat. tekak aku ni kalau berpasir, memang sign of flu lah jawabnya.. berjangkit dengan anak2.. ha.. sekarang kan musim panas, tido buka ekon, buka kipas lagi.. tala kat muka. aku memang tak boleh lah kipas direct ke muka, tapi untuk aqil, dia tu memang suka kipas. aqil yang start flu dulu, then aisyah then me.. so semua tengah berhingus lah ni.. kena pulak hari ni makan free, ruginya nikmat makan ku ditarik.. hidung tersumbat.. 

Oleh kerana semalam nak buat kek, jadi masak memasak untuk family terpaksalah menapau. hee.. ambil kesempatan makan burger bakar abang burn. yelah, blogger sana sini duk canang kesedapan burger tu. aku pun dah minta lama dah dengan en suami. cuma  malas nak menyinggah je.. So semalam, alang2 beli barang kek kat pasaraya Hero kat Taman Dagang, terus lah zass sekali mencuba..

Tercangak2 juga pada mulanya. manalah kedai dia. rupanya dia dalam food court, senang je cari.. Aku pegi dalam pukul 530 lebih lah, dah buka dah. tak tahu nak order apa yang best. main belasah je lah order. Burger dia bukan biasa2 ye.. mahal dari bege biasa. sebab daging bege dia tebal. buat sendiri katanya.. Aku order Burger yang ada cheese 1 slide (beef) dan husband amik yang cheese 2 slice. Meatball tidak dilupakan. Mula2 biasalah, ala mesti bege biasa je ni... sekali makan, best!!!! Mujur semalam dah kuarkan duit siap2, kalau tak, beli burger satu je lah, share2 sebab duit tarak. haha.. total RM 28.++. bukan calang2 burger ni, burger emas ni. haha

ok. komen aku tang meatball ni. memang best. ni bukan entry berbayar ye. ni random opinion je. sos dia tu sedap. rasa cheese sikit, rasa black pepper dia tak kurang tak lebih.. sedap2, recommended.. RM 10. ada wedges sekali.. IKEA punya aku dah tak ingat dah rasa dia camana, tapi aku rasa yang ni best kot. daging buat sendiri, juicy gitu.. chewah..

Burger Bakar Beef Cheesy. ini husband punya. sebelum makan, amik gambar dulu. hehe.. pun sedap.. meleleh wa cakap lu. husband aku makan tak de simpan2 dah. licin. Yang burger aku aku simpan malam sikit, sebab dah kenyang makan meatball.. Sekali tu, lepas buat kek nak makan, dah ada semut! waa tensen mak. aku panaskan kejap. buang2 semut tu. then ngap.. hmm sedap jugak.. kiranya tak rugilah beli. boleh la beli lagi. :-)

preparation of burger bakar. dalam tak sampai 15 minit dah siap.. boleh makan kat situ. tapi aku nak balik lah nak amik anak, so kita tapau je.. 

Ok, tu je cerita kita pada hari ni.. Ai tetiba tengah lapar ni terasa mengidam pulak Burger bakar Abang Burn ni. hehe.. owh, menu free tengah hari ini ialah Yong Tau fu, kek dan kuih muih.. gitu.. Lunch nak gi sogolah, dah lama nak pegi, tak pegi2, ada je halangan. hehe. ok. bye. wassalam


Tuesday, May 21, 2013

first time movie with kids

Assalamualaikum..

Aktiviti hari sabtu malam ahad. Idea mr hubby lah ni nak tengok ironman.. tanpa disedari dia telah booking online cerita ironman.. so, marilah kita berangkat ke KLCC.. cuak juga bawa anak2 ni kan, takut meraung ke apa.. boleh masuk. aku tengok ramai je parents bawa budak2.. 

kami pergi pun dah petang, dalam pukul 6 macam tu, lepas adik aku balik.. sampai sana, oklah orang tak ramai. beratur pegi amik tiket dulu. beria aqil bergambar dengan gambar ironman. hehe.. lepas beli tiket, ready untuk solat maghrib kat LG, sekali tu, ramai nya orang, rombongan budak2 sekolah.. terpaksa bagi keadaan reda dulu barulah nak bersak2 dalam surau tu. lepak kat baby room kejap. cantik dan selesa sangat baby room kat klcc. ibu dan bapa pun boleh lepak dalam tu. sekarang tak perlu risau lagi kalau aku nak gi toilet anak nak letak mana. suh dia lepak2 main mainan dulu, aku masuklah toilet dia. toilet berkembar dengan anak :-) later aku cite lah pasal ni :-)

 aqil yang happy..
 
ironman. tapi botol air tu dah habis

suka dia..

Kisah aqil masa tengok movie tu. Punyalah dia takut nak masuk. dia ingat macam masuk petrosains gelap gelita. dah beria beli popcorn sume, masuklah dalam. sekali tu aqil tak nak masuk. dia siap lambai sambil duduk sebelah tukang koyak tiket tu. "bye.. aqil tunggu kat sini" banyak ko punya cantik, meh masuk sekali dalam, apa lah yang ditakutkan sangat. bila dah sampai dalam, gelap kan, adalah lampu dim sikit.. tu pun sibuk ajak balik. bising kerusi dia asyik ternaik je. hehe. tutup telinga, bising katanya. aisyah pulak senang, tido terus sambil nenen..dahlah ekon tak kuat, berpeluh tido.hmm. aqil pulak asyik tanya mana ironman. bila dah kuar, bising pulak suara dia. huhu.. bila dah habis, dialah paling happy sekali boleh balik. haha. kesian anak aku ni, semua takut.. apa pun tak boleh.

ni aisyah. ajar dia tatih. dia pakai baju tido jek. hehe.. kalau berjalan dengan aisyah, pukul berapalah nak sampai. hehe. sian dia. langkah kecik2 compare dengan ayahnya selangkah ayah, 10 langkah aisyah. Now, kat rumah, dia dah tak payah suruh jalan, alhamdulillah dia dah berani jalan sendiri, tapi macam robot lah.. sejak dia balik dari tengok ironman tu, ntah apa yang disebut "eh eh eh ayeme". hehe. lebih kurang cam tu lah sebutan dia :-) 

ni makan malam kami malam tu.. cendol biasa. beli kat tingkat 3 foodcourt signature

spageti bolognese marinara. sedap. beef. selalu beli ini. yummy

lasagna ayam. tak best sangat, masam. tapi boleh lah..

Kesimpulannya, we enjoy that day :-) balik kul 11 lebih.. dapatlah beli barang2 sikit kat cold storage.. buat kudapan dan cheese mascarpone nak buat kek red velvet untuk kawan opis.. itulah kenangan kami bawa anak2 tengok movie. boleh lah kot nak tengok movie kanak2 lepas ni ;-) bye. wassalam


Monday, May 20, 2013

belum rezeki lagi, tengok gambar pun jadi lah

Assalamualaikum..

Salam Isnin kawan2.. selamat kembali bekerja. 20 Mei hari ini, oh. ulang bulan aqil rupanya yang ke 4 tahun 4 bulan.. Hari ni 10 Rejab, insya-Allah perut ku berehat harini :-) Tadi pagi sempat bersahur lauk daging gulai semalam punya dan telur mata.. En suami pun berpuasa hari ini :-) alhamdulillah..

family di Mekah alhamdulillah sihat. Ayah whassap gambar2 mereka kat sana.. rasa dekat sangat. nak sangat pergi! help help help :-) hehe over pulak. Ahad ni diorang balik. tak sabar nak dengar cerita.. Jom tengok gambar yang ayah kirimkan sewaktu berada di sana. wah, ayatnya seperti ayah pos gambar. hehe

 masa ni ayah kat madinah.

 mama dan nenek (kanan)

selesai umrah pertama. ayah bercukur dan sapu apa ntah, masker herba kot. hehe. kelakar.

di Jabar Rahmah. kat mekah.

mama dan nenek 

Jabal Nur

ayah wassap pic ni. ayah kata sejuk je tengok anak2 ayah kat sini. kitorang yang tengok pun rasa sayu je.. ayah doakan kami semua dapat pegi sama2 anak menantu dan cucu sekali. amiin.. seronoknya solat bila kaabah di depan  mata.. semoga adik2 ku berubah ke arah kebaikan selepas pulang dari umrah..

Doakan semoga mereka selamat sampai ke bumi Malaysia..

bye.. wassalam

Friday, May 17, 2013

Kari kepala Ikan Kg. Pandan

Assalamualaikum..

dah tengahari ni mulalah pikir nak makan apa kan. hehe.. aku kena pegi kelas aerobic dulu lunch ni, pastu baru hegeh2 gi cari makanan.. haa.. tengah aerobic tu pun boleh lapar tau. tadi pagi tapau pancake kat mcd je. tu pun rasa tak cukup. tapi takkan nak hover pulak kan sarapan pagi makan sampai 2 set. hehe.. belek2 gambar, terjumpa pulak gambar kari kepala ikan makan kt kg pandan minggu lepas bersama family :-)

So, mari kita jadikan bahan cerita pada hari ini. Ayahlah pagi tu beria suruh aku masak ayam masak lemak cili api. sekali, masa nak pegi kursus umrah tu, terlalu kat depan kedai kari kepala ikan kg pandan. apa lagi, dia sudah tukar itu menu lunch pada hari itu. mujur belum beli ayam ke apa. Selamat mak tak payah masak tengahari tu. hehe

Kepala ikan dia besar sangat.. Ikan apa tak tahu pulak, rasa macam ikan merah je.. masa ayah order tu, dia main order je, konon macam set lah kan. sekali datang, haa amik, banyaknya lauk.. ada telur ikan, ayam goreng, kepala ikan besar gajah tu, sayur kubis, sotong tepung.. haa.. sila sila makan.. :-)

ha. besar tak besar tak? Jenuh nak habiskan. memanglah nampak kepala ikan je kan, tapi isi dia banyak. kalau korang pegi, amik ini je dah cukup. cer teka berapa hengget kepala ni? 

see.. banyakkan.. ayam tu tak terusik.. sotong pun sama.. siap tapau bawa balik. 

Last2 surrender.. aku makan isi sikit2 je, selebihnya lagi suka makan pipi dia/ tulang2 tu. Tak tahulah apa sedapnya tapi biasa2 je lah, tapi kalau nak singgah boleh la makan. ever green kan tempat ni.. mula2 macam tak pedas, lama2 makan terasa kehangatannya.. podeh jugak.. isi ikan dia macam pejal, macam makan ayam pulak..

kami pun balik dengan kekenyangan. Hajat dihati nak pergi Jusco Maluri, pastu semua dah malas, cancellah balik rumah tido lagi best. hehe.. dah pekena kepala ikan, berat perut lah.. Total harga yang kami makan kat situ untuk 8 orang dewasa RM 150++ kalau tak silap dan kepala ikan itu saje dah RM 80.. haa.. sekali sekala boleh lah. 

So, lunch nak makan apa ye.. ok, nak bersiap ke aerobic pulak. malas pulak rasa..

bye. wassalam

Thursday, May 16, 2013

macam-macam keletah

Assalamualaikum..

keletah anak2 memang menghiburkan. kadang menggeramkan. Kisah aqil minggu lepas pada hari sabtu. aku mana pernah berpisah dengan dia kan kecuali induksi dulu selama 2 minggu dan juga menjadi urusetia mesyuarat di Johor dulu 3 hari 2 malam. Masa tu dia consider kecil lagi lah bawah 2 tahun kan..

terbaru, sabtu lepas, dia beria nak ikut atuk dia pegi rumah kakakku di klang. nak main dengan cousin dia, aiman anak buah aku lah.. nak tak nak, beria dah janji tak nangis, ayah aku pun beria ajak dia. haa.. kalau nangis, sape pulak nak hantar malam2 buta tu kan.. dahlah jauh, kalau rumah sebelah2 okey juga nak gi amik. maka, aqil pun cepat2 mandi petang, nak ikut atuk. terjerit2 panggil nama atuk takut kena tinggal.. bila dah masuk kereta, cepat2 suruh mak ida tutup tingkap, takut aku amik.. salam pun tak nak takut aku tak kasi pegi. hai sabo je lah..maka, pergilah aqil tidur rumah maklong dia kat kelang

Bila dah malam, perasaan sebagai seorang ibu tu kan lain. aqil tak de, sunyi je rumah. aisyah pun senang je tidur tak de orang bising.. lain rasa itu.. hmm.. keluar makan pun rasa macam tak cukup korum je kan.. Pastu, bila dah malam, dapat call dari ayah, aqil yang call/ "ibu, bila nak datang rumah mak long".. hmm kan... tapi dia tak nangis. aku pujuk dia. ok, settle. tiba2, pukul 4.30 pagi, dapat call dari mama. aqil juga yang bercakap "ibu, bila nak datang rumah abang aiman" aku suh dia tidur, cakap esok pagi ibu datang "aqil tak nak tidur, aqil nak tunggu ibu datang" hmm. rupanya dia tak tidur malam tu, kelip2 mata dia. ayah aku kasi dia main game sampai subuh baru dia tidur..

Keesokkan harinya, bila aku sampai, elok je main, tak ingat ibu dah.. petang tu pegi cari barang keperluan parents nak gi umrah, dia terus flat.. bangun meragam pulak tu.hmm.. macam tu lah aqil.. tapi mujur dia ok bila kena pujuk. kalau beria nangis, mahu pening kepala atuk nak melayan.. 

Aisyah pulak, bila tak de abang dia, main sorang2.. main bedak, tengok upin sorang2.. hehe.. layan aisyah je lah ibu kan..

 kerja.. kerja.. jangan tak kerja.. makcik tengah sibuk ni :-)

habis comellah tu..

ini baru comel :-) dia kan, kalau kita amik gambar front camera, dia suka.. suka tengok muka sendiri :-)

ha.. sampai mendongak tengok cerita upin tau. kasi cite upin, ibu boleh wat keje lain like sidai kain, basuh pinggan. good girl :-) pandai main sendiri.. suka tengok buku..

Gitulah kisah anak2 ku.. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. jadi anak yang baik, berakhlak mulia.. amiin.. bye. wassalam..

Selamat hari Ibu dan selamat hari Guru

Assalamualaikum

Selamat pagi semua.. Hari Guru ye hari ni? Selamat hari Guru kepada semua warga pendidik.. kepada kawan2 blog yang bergelar pendidik, kepada family, mak pak sedara, sepupu sepapat, SELAMAT HARI GURU SEMUA!!! seronoknya jadi cikgu, diraikan setiap tahun. mesti cikgu bawa balik berbeg2 hadiah kan. hehe..  Cikgu, jasamu kami kenang.. terima kasih atas segalanya.. 

Dan, tidak dilupakan kepada mamaku, lambat sikit entry ni, selamat hari mama :-) Mama berada di Madinah pada ketika ini.. Setiap hari adalah hari ibu right.. Adikku belanja makan kek pavlova pada hari sabtu lepas. dan tiba2 aku tertukar hadiah dengan mama. hehe.. aku kasi mama kuali steamboat, dan mama kasi aku tempat letak kek. hehe.. actually mama belikan kawan opis dia jual, sekali tu bertukar akad pulak.. hehe

ini dia Guru sebenar dalam hidupku.. tq mama.. mama pun make juga pakai perfect 365. hehe

Sesungguhnya terlalu besar jasa dan pengorbanan beliau dalam hidup kami sekeluarga. moga mama dipanjangkan usia dimurahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan yang baik.. amin ya Rabbal 'alamin.. Semalam ber wechat dengan adik dari madinah. Alhamdulillah mereka sihat2 semuanya kecuali kering kulit dan gatal2 badan. Esok baru mereka akan berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah.. Seronok katanya di sana. tenang je.. hmm ini yang membuatkan rasa nak pergi saaangat...

Okey. tu je lah. makcik ada meeting kat putrajaya nun.. hukhukhuk.. 

bye. wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails