Monday, April 29, 2013

she is walking :-)

Assalamualaikum..
 
Tetiba hari ni senyap je kan. tak update blog. hehe.. hujan kat luar sangat lebat.. guruh berdentum2.. sama macam semalam.. kilat memancar2 depan mata masa kami on the way balik dari Jusco.. takut..
 
Semalam petang, mr hubby ajak pegi jusco. kalau ikutkan dah petang malas nak kuar. ecece.. ayat solehah sangat. haha.. saje melayan anak2 especially aqil.. dalam pada tak nak beli apa2 tu, terbeli jugalah baju tido aisyah 2 pasang dan spender comel dia. selalu pakai dress tak de spender, terus pampers je. hehe..
 
Semalam, balik dari JJ, ayah aisyah paksa dia jalan. so sweet sangat ibu dapat record dia jalan dari dapur sampai ke depan.. dapat lah banyak tapak. haa.. ini budak memang manja kot, takut jatuh.. boleh je jalan.. tapi maybe dia lagi suka merangkak dari berjalan kot.. jalan pun macam robot dah. hehe. semalam, ingatkan nak beli kasut dia, tapi fikir2 balik, alah bukan berjalan pun lagi, pakai je lah kasut baby dia yang sendat tu. hehe.. next time ibu belikan ok. kalau aisyah betul2 nak jalan, ibu belikan kasut mahal sikit. cewah. mahal lah sangat, tak lebih RM 50.. hehe
 
video
Abaikan pemandangan belakang ye. tumpukan pada aisyah sorang je. hehe..

Then bila aqil dah habis main, dia nak pegi bahagian mainan.. hai.. sekor mainan lie robot tu yang ori dah puluh2.. nasib baik dia amik pemanah.. RM 15.90 je. ok pass.. boleh beli. hehe.. suka betul dia dapat main pemanah tu. tala kat cermin. jangan pecah cermin ibu sudah :-)

aktiviti aisyah. bongkar beg ibu

toys terbaru aqil

terer tak aqil ibu. hehe..
 
Ok, tu je nak share.. bye. wassalam..
 

Friday, April 26, 2013

merahnya mak ngah!!

Assalamualaikum..
 
Salam Jumaat semua. Hari ni aku berbaju merah. hehe. merah meghela gitu... baju baru siap nih. ingat nak simpan untuk raya, tapi tak pelah, pakai jelah dulu. haha. raya kang kita cari baju lain :-p oleh kerana merah menyala hari ni, adalah peminat2 nak bergambar dengan ku. kuang kuang kuang. kebetulan pagi tadi, ada kelas kongsi ilmu dan unit ku jadi koordinator.. haa.. eh ada kaitan ke? kekeke.. tudung tu lebih kurang matching lah kan, tak de tudung.. hitam pun boleh kan.. aku tempah kat MARA, RM 60.. kurung moden tapi loose2 sikit lah..
 
cik pah dan cik ti :-)

Eh, ada kek pulak kek red velvet. minggu ni aku dah buat dua biji kek ni, kawan opis hasben tempah. minta maaf lah tak pandai sangat deko cantik2.. lagi pun topping dia kalau pakai mascarpone cheesse memang tak stabil. ni 3 kali kuar masuk peti ais ni... puaslah ku google cara2 menghias kek red velvet dalam you tube. harap2 customer suka dengan rasanya even tak berapa cantik. huhu.. Weekend ni kena buat lagi kot, sian kat hasben dan anak2 ku duk hidu bau je.. hehe.. sabar ye, nanti ibu buat lagi :-) kita habis kan bahan2 yang ada :-)
 
Ok bye. wassalam..



Thursday, April 25, 2013

face expression on a pay day

Assalamualaikum
 
Selamat pagi semua.. haa.. hari ni orang gomen dah gaji.. ha.. hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.. tunggu hari gaji ni selama 30 hari.. 25 mac sampailah 25 april.. tunggu punyalah lama.. habis tak sampai sejam. klik sana sini bayar itu ini.. all gone :-D
 
 kejap je senyum
 
 
Bulan ni aku kena lebih berjimat cermat.. bulan ni tak boleh belanja lebih2. haa.. sebab bulan lepas dah banyak order itu ini, tiba masa yang ditunggu perlulah diambil kan.. huhu. tak pe tak pe.. bulan depan cover balik.. tak sempat hujung bulan, kena korek lah mana yang patut..
 
sekian, wassalam
 

Wednesday, April 24, 2013

gigi oh gigi

Assalamualaikum..

Hai.. pagi ni aku ke klinik gigi. kali ni buat kat tanglin.. klinik kerajaan.. actually gigi tak sakit tapi makanan asyik masuk celah je kan. sebelum ni dah pernah tampal gigi tu, tapi dah lama tercabut tampalan tu. pegi je lah. tunggu tunggu kang makin parah camana. sementara tak sakit ni kan.. berdebar lah juga nak gi klinik gigi. katanya sakit dan ngilu.. hmm..

Sampai klinik pukul 8 pagi, pukul 9 dah dikerjakan oleh doktor.. ha.. keras kejung badan aku. kuikuikui.. gigi yang dikerjakan tu sebelah gigi taring, ala, yang geraham kecik tu sebelah gigi taring. haa.. dia dah terkena jangkitan gigi sebelah, tu yang berlubang.. pastu doctor cakap dah agak dalam juga berlubang. harap2 dia tak sakit. kalau sakit, alamat kena buanglah gigi tu.. no no no no.. abislah rongak gigi aku bila senyum nampak kosong nanti. hmm.. sian i.. kena cover2 senyum nanti. hehe..tapi gigi tu pun memang selalu ngilu kalau minum ais.. hai gigi, janganlah rosak cepat ye.. kita cayang awak. tolong jangan sakit please.. then doctor cakap gigi yang lain kena bagi perhatian lebih sebab giginya rapat2.. kena rajin guna flos.. takut cepat rosak.. baik doktor. balik ni aku cari balik flos aku yang dah laaamaaa aku beli :-p

Bila aku tanya nak buat scaling, doctor cek, ok lagi ni. tunggu lagi 6 bulan lah. hehe.. okey.. scaling pun ngilu juga tu. tapi tak pelah, kalau doktor cakap okey, dah bersih, tak payah ler. hehe.. so tadi kena singgit untuk pendaftaran dan dua ringgit untuk tampalan.. 

okey, itu je nak cite pagi ni :-)

bye, wassalam..

Tuesday, April 23, 2013

kisah makan

Assalamualaikum..
 
Selamat pagi kawan-kawan.. Sarapan apa pagi ni. aku belum sarapan lagi. lapo ni.. semalam makan mee hun sup je. mana kenyang kan. dah terbiasa agaknya makan berat2, bila kena misup jadi cepat lapar time pagi. hehe.. Sekarang ni, mr hubby dah jaga makan. hmm.. beras pun kami dah tukar beras herbaponi faiza. pada aku tak berapa suka beras tu, beras fight against diabetes.. macam kureng lah rasa dia. tapi mr hubby kata tak pe lah, jaga kesihatan.. dah lah dua2 belah family ada kencing manis kan. rasa tak puas je makan nasi. tapi untungnya bila kita masak 1 pot, tak habis okeh makan dia.. macam nasi tu beranak2 je. hehe. dulu aku akan masak satu pot lebih skit untuk sekali makan.. tapi sekarang 1 pot pun tak habis makan. camano tuh... nasi dia macam peroi je, sebutir2.. masak nasi ni air mesti lebih..
 
minum susu dulu pagi ni :-)
 
Minggu lepas, dapat buat asam pedas kepala ikan tenggiri. kepala dia tu separuh je. separuh lagi simpan. hehe. dah laaaamaaa nak buat tapi tak terbuat. sebab mr hubby tak berapa suka asam pedas. choii lah.. hmm tak geng lah macam ni kan.. tapi tak pelah, aku nak buat juga sebab tengok daun kesom aku merimbun je. hehe.. buat sikit je lah, kot2 tak habis makan kan. sekali tu, menjadi agaknya aku buat, haa licin... aku buat cair2 sikit, kata kawan ku, style orang melaka.. aku letak bunga kantan je sebab benda dah ada kan. hehe.. sedap sedap sedap :-)
 
asam pedas ku :-)

Ok dah tu je nak cite pasal susu tu je sebenarnya. meleret2 kelain dah. hehe.. susu tu aku bawa ke ofis sebab letak kat rumah tak bergerak pun. dia kata kena habiskan dalam masa 4 minggu, ni dah lebih sebulan dah tak habis2 lagi.. so, mari minum susu kawan2.. bye. wassalam...

Monday, April 22, 2013

weekend story

Assalamualaikum..
 
Salam hari Isnin.. saje je nak share cerita weekend :-) kami tak pegi mana2 kecuali balik kampung lenggeng pada hari sabtu dan ahad lepak2 di rumah.. Oklah, asyik kuar rumah je kan. apa kata lepak rumah pulak. hehe.. ingatkan bila melepak adalah keje rumah yang dibuat kan, non hado.. memang lepak semata-mata lah..
 
Aqillah yang paling seronok sangat duduk rumah. hehe. hyperkah ini budak. tak reti duk diam.. main je.. kadang rimas pulak. tapi bila difikirkan, biarlah dia main, dah lah tak de kawan nak main, so dia hiburkan diri sendiri dengan idea kreatifnya.. di samping menyerakkan rumah lah kan..
 
Ini kerja aqil. suka benar dia main stool tu then heret atas basikal dia. tak tengok dah kaki adik dia kena lenyek ke apa.. sabo je lah.. yang keretapi tu pulak adalah block ABC sebenarnya, tapi block kayu ABC tu pun dah sepah2.. nanti ibu belikan aqil basikal besar sikit ye :-) dah besar anak ibu ni tapi manja juga dengan ibu..

adik kecik pulak buat apa.. main basikal yang telah ditinggalkan aqil. ni aqil pegi kedai ngan ayah dia.. dapatlah dia godek2 basikal.. macam ni jelah dia mampu main.. hehe.. nak naik takut. hehe.. sayang sangat dengan aisyah (aqil pun sayang juga).. budak baik ni.. anje anje hangat ni.. huhu.. malam tadi berak tengah malam, aku pun tak sedar, tahu2 salin pampers dah kering dah bontot..
 
Okeylah.. tu je aktiviti di rumah.. tadi pagi hantar aisyah, dia sedih.. merajuk.. haha.. dah pandai merajuk kena tinggal. muka dah jebek2 dah kena tinggal.. sian adik. aqil pulak ok pagi ni. duk kira hari je nak cuti balik. hehe..dah lah kencing atas tilam, mujur tak banyak. dia bangun cakap ibu, aqil kencing dalam seluar. hmm... pegilah masuk toilet bila kena jerkah dengan ayah dia. huhu. dengan ayah takut budak2 ni..
 
sekian, laporan pagi ini :-) wassalam



Friday, April 19, 2013

syomel sangat :-)

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Semalam, kat opis kecoh budak2 ni main edit2 pic kat perfect 365.. haa.. lepas ni fotographer tak leh cari makan lah. mak andam pun sama, dah semua orang dah boleh edit sendiri. kehkehkeh.. kalau orang yang nak kawin tu, tunjuk ke kat mak andam "i nak make up macam ni". haa.. baru ada guide line sikit kan.. :-p untuk anak comel ibu, ini dia keje ibu semalam.. hehe

alololo... comel nya saya ni :-)

Ada yang tak tahu tanya nak gi mana malam2 ni. hehe. padahal edit je.. muka ibu dah tentulah ada 2-3 keping yang telah diedit. tapi tak leh lah tunjuk kat sini. kuikuikui.. nanti laki i marah.. hehe.. muka orang laki tak best sangat edit, macam tu je lah rupanya, sekadar brightness je. kalau lebih2 jadi pons plak.. hehe. 

Ok bye.. wassalam :-)

Thursday, April 18, 2013

rindu adik.. :-)

Assalamualaikum..

Rindu kat anak ibu ni.. anak no 2 ibu ni. hehe.. semalam kan adik datang opis ibu kan.. hari ni adik dah duduk rumah pengasuh.. dan hari ni ibu cari kunci drawer ibu.. tak jumpa. dah hilang. mana ada selit aaa.. mujur lah drawer tu tak lock. jadi ibu tak boleh  nak simpan barang2 penting dalam tu lagi dah.. huhu..

Berikut ialah gambar cheeky girl name aisyah humairah :-) dengan beg baru souvenir dari mak ida pegi gold coast hujung bulan lepas :-) suka dia dapat main dengan bag kangaroo tu. siap peluk2 lagi.. macam ni lah budak pompuan kan, kecil2 dah nampak penyayang.. hehe..





ni masa pagi2 belum mandi... mandi pun mandi kambing je tak de sabun. mandi pun sebab aisyah berak pagi tu lepas makan mihun goreng. hehe.. pandai pulak dia makan mihun. pastu tengahari, tak nak makan nasi, nak makan ayam/fish je.. ratah lauk je.. tu pun kunyah2 pastu luah balik.. Dengan kawan2 ofisku pulak, lansung dia tak nak. nak melekat dengan ibu je. aku nak gi toilet dan solat pun tak leh lama2, kang keluar toilet dengarlah budak melalak.. hehe..

Okey.. esok dah Jumaat.. weekend leh lepak2 dengan family. air kat rumah ada tapi masih kecil dan tak boleh nak basuh kain.. jenuhla tengok kain tinggi betul tak berbasuh. huhu.. okey bye. wassalam


Wednesday, April 17, 2013

suprise.. hehe

Assalamualaikum..

Suprise!! hehe.. apalah suprise sangat tu.. adik aisyah kat opis ibu lah. hehe. hari ni pengasuh dia minta cuti sebab nak pegi klinik gigi.. aku pulak minggu lepas dah EL, takkan nak cuti lagi kan minggu ni. yang menjadi masalah, hari ni ada meeting bulanan.. terpaksalah kawan aku amik alih. tq so much.. aisyah tak nak kat orang.. camano.. huhu.. Datang opis tak mandi, pagi lagikan.. dan hari ni aku tak bawalah cooler bag, bawa dak kenit ni :-)

 fresh look me :-)

biasalah, jakun jap datang opis ibu kan. semua nak main.. :-)

BIla orang datang dekat, cepat2 peluk ibu.. hmm. susahlah kalau jenis melekat macam ni :-( ok..bye.. wassalam..

Monday, April 15, 2013

Weekend at Petrosains KLCC

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin. apa macam weekend lepas? okey tak? Aku sekeluarga berjalan2 ke KLCC. hari sabtu pegi Jusco aqil dah tuntut2 dah.. bila time nak balik, mulalah buat muka, meragam tak nak balik lah tu.. actually aku nak pegi KLCC nak betulkan jam hadiah birthday hari tu. baru beli dah kong.. ingatkan problem apa, rupanya bateri. hope tu jelah masalah nya, tak de masalah lain. JAdi sebab aqil dah melalak2 tak nak pegi KLCC,terpaksalah pegi Jusco. happy sangat dia dapat main.. mata dia dah merah2 dah sebab tak tidur dari pagi.. 

first time adik main kat sini :-) happy girl..

Next day, hari ahad, pegi KLCC pulak. disamping nak baiki jam, ada hajat lain. nak makan popcorn & durian creepe sebenarnya. hehe.. tapi tersesat pulak pegi petrosains, kak long ku kata best bawa budak2 kat situ.. tiket dia pun boleh tahan lah, RM 30 untuk family (2 adults & 2 kids) kitorang amik yang pakej. kalau ala carte, dewasa RM 15 with mykad, kanak2 pulak RM 3. bawah 3 tahun free..

Aqil mula2 seronok sangat dapat pegi sini.. Tapi bila kena naik telur yang macam helmet tu, masuk terowong, mulalah dia takut. haish anak aku ni tempat tinggi takut, tempat gelap takut. apa yang beraninya.. tapi memang gelap la terowong tu, aku pun takut.. hehe.. aisyah relax je.. Ok, jom tengok gambar. sepanjang dalam terowong tu, dia tunjuklah macam2 view contoh hutan rimba, view dalam air etc.. 

telur berupa helmet yang ditakuti aqil :-)

Q time.. ramai juga orang time ni.. pandaikan adik senyum :-)

okey, gambar adalah berterabur.. ni jelah tempat yang aisyah boleh lepak2. tu pun termenung apa nak buat dengan lego ni. siap masuk mulut nak makan :-)

ok, ni aqil suka.. tapi ayah dialah kena control.. tengok aisyah pun sibuk nak kacau..

ni aqil duk sibuk berebut nak main korek pasir. nak tunggu budak2 main punyalah lama, yelah diorang macam tak puas main sikit2.. nak main juga, kena tunggu.. 

  ni first entrance.. ok, aqil suka main..

 
 kena paksa posing celah ni :-) mata dah pandang ke lain.. 

 tengok benda lain juga. main je keje aqil ni. lompat sana sini..

aisyah.. bila nak jalan ni.. kalau dah boleh jalan, tak delah penat ibu dokong adik dalam petrosains ni. 

Okey, masuk petrosains ni memang penat sikit.. dalah dalam sejam lebih dalam tu.. sebenarnya lama lagi tapi kami tak explore habis pun. dah penat. bila time balik, aqil dah tak nak naik telur hitam tu. terpaksalah kami minta kebenaran keluar ikut laluan staff.. hee. spoil betul. tapi okey juga, cepat je sampai ke galeri petronas tu. hehe.. kami keluar dari situ dalam pukul 3. lapar. cepat2 cari makanan kat food court.. makan dengan lahapnya.. hehe.. bila tanya aqil best tak KLCC. dia kata " tak best, lagi best Jusco" hmm.. nampaknya black listlah klcc dari kaca mata aqil. hehe

okey, ni acara selingan. banyak coins kami bawa. aqil memang dah prepare nak naik all the rides dalam KLCC ni :-) dapatlah naik 3-4 rides.. perabih siling..

ni action je, cakap batman ni rosak, tak leh gerak. hehe

popcorn garrets, mix flavour. cheese tak best. macam lemau.. di samping itu, beli juga durian creepe.. bukan musim durian kan jadi susah sikit nak dapat, hanya di KLCC :-)

Okey, itu sajelah cerita weekend kami.. penat memang penat.. tapi layan anak2 kan. minggu sudah ayahnya demam tak leh jalan2. minggu ni pulun 2 hari bersuka ria :-) thank you ayah kepada anak2 ku bawa kami jalan2 :-) weekend akan datang, kuaratin duk kat rumah pulak :-)

Sekian, wassalam..

Friday, April 12, 2013

sport shoes

Assalamualaikum..
 
Salam Jumaat.. Apa ada pada hari Jumaat minggu ini ye.. Bagi diriku, minggu ini akan start kelas aerobik. hehe.. beraerobik lah kiteww :-p tu yang gigih diriku membeli sport shoes yang baru semalam. hehe.. secara rasminya, inilah kasut sukan kita yang pertama dalam hidupku.. pertama okeh.. selama ni duk pakai kasut sukan orang bagi. pastu sekali pakai je, pastu terus ntah mana2 dah kasut tu. Jadi, kasut ini insya-Allah akan dimanfaatkan sepenuhnya mulai sekarang. 
 
Nak beli kasut dah laaamaaa dah.. tapi asyik bertangguh je sebab rasa macam mahal je kasut sukan. nak pakai bukan selalu pun. sekali tu, kawan suggest kalau penggunaan yang tak heavy try lah beli kasut POWER dari BATA.. haa.. mula2 pegi belek kedai kasut sukan kat Pertama, semua 100 ke atas. aku bajet dalam 100 ke bawah je.. so pandang sebelah mata je lah. sekali tu, bila pegi BATA, tengok semua kasut sukan POWER bawah 100, terus rambang mata weiih.. haha.. ada yang serendah RM 50.. oklah kan untuk orang yang tak berapa bersukan macam aku ni.. katanya nak buat lari atas treadmill je atau pun kelas aerobik.. so aku amik running shoes lah..
 
fewwiitt.. tayang sikit kasut baru.. RM 66 hengget :-D
 
Harap2 tahan lama, tapi selalunya dengar2 orang kata dia akan 'lapar' kalau jarang pakai.. menganga je kalau tapak dah lekang.. Oklah. bye. wassalam :-) 

Thursday, April 11, 2013

aisyah's breastfeeding journey

Assalamualaikum..

hee.. asal hari kamis je mengantuk :-p sedap tidur semalam, sejukkk je.. dah hujan, aircond lagi, kipas lagi. actually aku tahan sangat kipas, nanti bangun pagi sure hidung aku meleleh2.. kipas semalam pun aqil dah hala kat dia sorang, dia kata tak kena angin.. haish.. dah aircond lagi mahu angin ke. pastu tengah malam tidur menonggeng cari selimut. aisyah pun tak suka sangat selimut. bukan tak suka sangat, memang tak nak selimut. kalau ada selimut, cepat je dia berbunyi. tak reti sejuk ke diorang ni padahal badan masing2 aku rasa dah sejuk dah. huhu.. semalam kan hujan lebat kan. aku keluar ofis pukul 5 lebih, masa tu belum lebat lagi.. bila sampai rumah je, lebatnya masya-Allah. aku amik aisyah pun pukul 7 gitu.. risau juga hujan lebat ribut petir gitu kan. aku duk tengok bumbung rumah aku je takut bocor :-p alhamdulillah, tarak bocor. selalu kalau bocor bila angin bawa hujan masuk ke celah2 flat2 roof tu yang menyebabkan air bertakung, bila floor trap tersumbat dengan pasir2 kecil. gitu...


Ada kawan bertanya.. aku jarang cerita pasal breastfeed journey bersama aisyah kan. hehe.. bukan malas nak cerita, tapi dah banyak cerita time aqil dulu. jadi lebih kurang sama jelah. cuma aisyah tak berapa kuat susu sangat. pompuan kan.. setakat ni, alhamdulillah setahun 4 bulan aisyah masih breasfeed lagi.. dan aku masih bekalkan susu perahan kepadanya sebanyak 4 botol setiap hari.. 5oz paling banyak dalam sebotol tu. tapi pengasuh aisyah cakap tak payah letak sampai penuh, dalam 3oz - 4oz dah cukup untuk semek ni.. sebab nanti dia minum tak habis, sayang kalau dibuang.. ha.. senang keje ibu. kuikuikui.. stok susu perahan pun masih ada. dari bulan Jan sampai april ni. may be tak sampai 30 botol kot.. masa aqil dulu, stok susu beku ni habis sebab aku pegi induksi 2 minggu. terputus bekalan aqil dan kena top up dengan formula milk.. 

Jadi, seperti gambar di atas, aku telah bahagikan siap2 untuk aisyah. ni hasil perahan sesi pagi. FYI, aku perah susu 2 kali sehari je. pagi dan petang..so hasil pagi ni, dapatlah dalam 6oz. Alhamdulillah.. kalau dapat lebih pun ok, kalau dapat kurang tak pelah.. aisyah pun tak kuat susu. budak ni, susu tak kuat, makan pun pilih2.. hmm.. aku dah try milk shake shaklee.. untuk aqil, aku campur dalam susu dutch lady dia. ok je dia minum, siap cakap "ibu dah campur belum susu aqil".. hehe. untuk budak kecik aisyah ni, aku ada bekalkan pada pengasuh sikit, kot2 lah nak tambah dalam susu ibu tu kan.. haa.. dia tak nak minum!! cerdik betul. tak habis dia minum ok..

Now apa yang aku buat, aku sudukan satu sudu kecil milk shake mentah kat dia. tu pun macam nak terbelahak dia makan. kekeke. cepat2 dia minum air masak.. apalah adik ni.. seminggu dua ni aku lupa dah nak bagi. aku harap kat pengasuh je untuk bagi. tapi aku rasa macam dia tak bagi.. tak pelah, nanti ibu free dan teringat ibu bagi aisyah ye :-)

Ok, berbalik kepada breastfeeding journey aisyah tadi..aku masih menggunakan pam spectra 3 yang sama. dah 3 tahun dah pakai.. alhamdulillah.. masih boleh diharapkan.. cooler bag pun masih pakai cooler bag yang sama from mom's little one.. 4 tahun dah beg tu.. dah buruk sikit dalamnya. tapi okeylah, malas nak beli lain. sekarang ni banyak cooler bag yang cantik2 dan murah2 kan.. later lah. 

dari segi pemakanan pulak, aku tak delah amalkan apa2 makanan penggalak susu.. cuma aku ada amik vitamin EPO, vitamin C, minum susu. itu je. tapi itu pun kadang2 lupa makan :-) yang penting, air kena minum banyak, nasi kena makan, kena rajin pam. bergantunglah pada seseorang. ada orang pam banyak kali kat opis. tapi aku 2 kali je lah.. sekarang ni banyak produk penggalak susu, cuma serasi dengan tak je dengan badan kita. dah makan penggalak susu tu, kenalah rajin pam/direct feed barulah menjadi susu tu..

Ha. lagi satu aku dah stop dah makan pil perancang Noriday tu.. bukan apa, dah lama aku berhajat nak berhenti sebab tak peod2 pun dah setahun lebih ni.. selain dari BF may be hormon terganggu sebab makan pil kan. tak sengaja stop ok.. ikutkan nak amik lagi, tapi sebab selasa hari tu, aku EL, tak dapat pegi LPPKN nak amik ubat, so decide stop teruslah.. risau gak. kot2 lah sangkut ke apa kan. hee.. tapi time aqil dulu gap 5 bulan.. aku nak tunggu peod dulu baru fikir langkah seterusnya.. kalau tak peod sampai sudah, pandai2lah ye. aisyah pun belum jalan lagi. tiba2 dapat adik camano.. rezeki lah kan.. tiba2 nak pregnant balik, masih teringat kesakitan melahirkan aisyah.. ouch.. seriau mak :-)

Oklah, panjang pulak entry kali ni. bye.. wassalam..

Wednesday, April 10, 2013

kembali sihat

Assalamualaikum..
 
Hari ni dah masuk ofis.. En suami pun dah pegi ofis tapi belum sihat betul2.. kata pekerja cemerlang, haruslah pegi keje kannnn :-p al-maklumlah dah 2 hari tak masuk ofis.. Semalam, aku cuti, sempatlah aku mengemas bilik yang aku selalu lipat kain tu.. haa.. baru nampak cemerlang gemilang dan terbilang sikit :-) barulah rasa seronok nak lambak kain kat bilik tu lagi. hee.. tinggal lagi satu bilik yang masih belum dikemas.. kalau dah kemas tentu lagi sedap mata memandang.. lagi bersemangat aku lipat kain :-) letak carpet yang dah tak elok dalam bilik tu, letak rak seketul, barulah rasa tersusun sikit :-) tapi cik mek molek tu belum nampak lagi aku letak kain kat rak tu, kalau dia nampak, mahu kena punggah tu.. huhu.. redhai sahajalah..

Alkisah anakanda aqil.. suka sangat makan oren sunkist yang aku beli.. oren 4013 manis. sedap makan masa sejuk2.. ingat ye 4013 :-) tapi ikut musim jugak kot. dulu aku pernah juga beli limau ni, tapi masam.. aqil asyik nak makan limau je.. pastu kedekut pulak kalau adik nak makan tak boleh. dia je berapa biji dah. aisyah tak reti makan lagi, kulit limau dia makan lah. hehe.. jom tengok gambar budak2 ni makan limau. nampak sangat takut adik ngecek. hehe..

nyam nyam nyam..sedapnya aqil makan limau :-)
 
aii nampak benar kedeknya :-p. sian adik duk terintai-intai dari belakang. hehe.. adik tak molah, baik adik minum air masak ni :-p semalam kan aisyah tanpa disedari telah menapak sendiri 4-5 tapak, lepas tu dia terkejut, terus nangis. haha.. pemalas jalan budak ni.
 
Alhamdulillah.. harap2 semua orang2 kesayangan ku sihat2 sentiasa..owh ayah mertua pun alhamdulillah dah boleh keluar wad semalam.. lega sangat. semoga dipanjangkan umur ayah mertua ku. dah 71 tahun umurnya.. kencing manis yang kuat.. masuk hospital sebab tiba2 kejang di rumah.. cuaklah mak mertua aku. mujur ada jiran yang pernah ada pengalaman situasi macam ni kasi minum air gula pekat, tunggu ambulan datang tambah lagi 5 botol air gula, barulah sedar. terus masuk spital..
 
 
Okeylah itu je nak share. now aku pulak yang rasa macam nak migrain.. urat mata dan gusi aku dah berdenyut2 ni.. padahal tak sakit gigi pun.. hmm.. mahu 3 hari terasa sakit kepala ni.. wassalam. bye....
 


Tuesday, April 9, 2013

dugaan.

Assalamualaikum. .

Selamat pagi. Hari ni aku terpaksa amik cuti kecemasan. Selalu anak2 yang demam. Tapi kali ni apak eh yang domam. Huhu.. Hari ni dah masuk hari kelima.. Tongsil bengkak dan hampir bernanah. Siksa benar aku tengok orang laki ni kalau sakit. Haishhh.. .adakah memang sakit benar atau tak tahan sakit? Hmm beranak lagi sakit tau :-P

Tak pelah tak pelah. Kita kasi chance la.. Kasi muka ok. Anak2 totally aku jagalah. Nak makan tak leh minyak2, pedas etc. Nak makan pun tak boleh. Tekak sakit. Susah nak telan.. Terpaksa makan sebab nanti nak makan ubat camana kan..

Hasben aku ni kalau demam tak baik2, dia akan pegi dua klinik. Dua ok!! Klinik swasta dulu kalau tak baik lagi pegi pulak klinik kerajaan atau hospital untuk amik darah.. Haa.. Ko mampu? Hehe.. Jangan marah noooo.. Gitulah kaum adam ni.. Sabar..tapi agaknya memang tak tahan dah kot. Hmmm...

Semalam aku pegi lah keje. Hasben aku pegi kk terus dapat mc.. Dapat pulak call dari adik ipar katanya ayah mertua masuk hospital. Hampir kena strok sebab gula rendah.. Ayah mertua memang ada diabetes. Mujurlah jiran kasi minum air gula dan urut2 kaki baru sedar.. Hmm berdebar betul. Terus naik ambulan gi spital seremban.

Tu yang aku pun cuti sekali hari ni nak bawa hasben tengok ayah dia. Hari ni pun habsen melepet lagi badan panas tapi bengkak tonsil dah kurang katanya.. Pegi kk tangling tu siap2 dah isi klinik berhenti merokok. Haa.. Dengar sini orang kampung. Katanya NAK BERHENTI MEROKOK!!! Ni dah kali ke berapa cakap nak benti ni. Siap dah beli ubat berhenti tapi xpakai2 lagi.. Nak tunggu sakit baru nak insaf.. Hmmm... Harap2 harapan jadi kenyataan..

Oklah.. Nanti kita sembang2 lagi. Anak2 xde ni.. Boleh rehat2 :-P bye  wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, April 5, 2013

delete gambar dari google search

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Alhamdulillah, hari ni makan pagi dan tengahari ditaja. cewah, ditajalah sangat.. ada perasmian library baru di pejabat. include makan pagi, mihun dan telur goreng. lepas tu, mesyuarat agung kelab pulak. ada makan tengahari, nasi ayam. hehe.. syukur..kenyang.. so tengahari ni, tak tahu nak kemana. may be merayap sekitar sini je :-) dan hari ni tiba2 pulak mendapat jawatan baru iaitu pemeriksa kira2 kelab. cis sungguh sape yang calonkan tu. huhu.. tak pelah, bila dah bagi amanat, kenalah laksanakan dengan baik, betul tak.. :-)

menu hari ni. kenyang dah. alhamdulillah

Semalam, ada benda yang merisaukan.. kawan ofis ni duk google image dalam tenet. google lah nama. tup2 keluarlah image tu.. sebagai seorang blogger, of course lah kalau search nama aku memang banyaklah gambar yang melibatkan nama aku.. tiba2 boleh pulak terselit gambar yang tidak ditapis. aku pun hairan juga camana gambar yang ditapis tu boleh keluar dalam google search.. pastu terfikir, agaknya dia sync dengan smart phone ke apa kan..

Risau juga.. nak buat kat opis, tapi kat opis ni memanjang kena blocked bila kita nak delete gambar tu. so semalam, sebelum tidur itulah kerja aku nak ubah setting. Aku tak pasti samada gambar tu dia sync dari smart phone or dari picasa. Aku ada download picasa, memang kat situ pun aku edit2 gambar semua.. so, semalam aku telah berjaya hide all those picture dari pandangan umum.. kena cari punca gambar tersebut, so aku punya dari picasaweb, just ubah setting kat situ lah..  kawan aku ada bagi satu link kalau kita nak padam gambar dari google search. try link ni.. http://productforums.google.com/forum/#!topic/webmasters/tgR0qswz8dE. tapi bagi masa dalam 24 jam untuk dia padam. nampak gaya gambar yang tidak diingini tu telah tak de dalam google search. yes..

lepas ni kena lebih berhati2.. aku pun dalam proses nak membuang gambar yang tak elok (in terms of aurat)  dalam blog aku ni. lepas ni, kalau tengok entry2 lama kalau ada lompong2, harap maaf ye. biarlah ia disimpan untuk tatapan peribadi sahaja :-)

Sekian, terima kasih.

Wassalam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails