Friday, March 29, 2013

health check

Assalamualaikum..

Hari ni okey2 je.. malas pulak nak update blog. selalu jumaat macam tu kan. hehe.. tadi pagi pegi cek kesihatan kat MARA. free. check pakai besi apa ntah.. boleh dapat tahu kalau ada masalah ke apa.. keputusan kesihatan ku ialah kolestrol tinggi skit 69. usus kecil ada masalah - berkaitan dengan sistem buangan, paru2 kurang mengepam - passive smoker, kurang calcium, tulang ok, buah pinggang, hati, kencing manis sume ok..darah rendah sikit, kat border.. 

ni lah besi yang scan sistem badan kita. dari Orien Health Management. 99 % hampir sama result dia dengan blood test, katanyalah.. gelang, ja sume buka tadi..

my fren arza, darah rendah. hehe. same problem..

doktor tengah brif kat patient

me tengah amik tekanan darah..

Pastu bila dah di explain oleh doctor, dapat lah paket dari Orien Health - untuk detox dalam badan. best juga ni. perasa epal. sebelum tidur makanlah. dapat 5 sachet free :-) 

Tulah tadi tengahari semangat cari barang2 nak bersenam ni. haha.. doc suh bersenam, kurangkan fast food, oily food.. banyakkan makan fibre dan minum susu :-) tapi kasut sukan tak jumpa pulak bila dicari. alasan la tu. pasni thread mill sila bukak balik :-) biar ibu pulak bersenam kalau ayah malas. hehe.. FYI, program ni extended sampai 5th April. Kalau tak, hari ni last day.. cepa2 pegit adi, rupanya minggu depan ada lagi. haa. tapi kena derma RM 20 sumbangan Lahad Datu.. untuk check up ni FOC..

Ok, tu je nak share. happy weekend all!! Wassalam.

Thursday, March 28, 2013

berkilau-kilauan..

Assalamualaikum..

Tadi pagi meeting di Putrajaya.. Pukul 3 baru sampai ofis.. mabuk kejap naik kereta sebab baru lepas makan, terus naik kereta pastu terasa macam bergelodak je perut. Mulalah asyik sendawa je.. hmm rasa tak selesa.. berangin je perut ni.. Dah lama tak pergi meeting bersama klien, selalu bos je pegi kan.. tapi kali ni bos tak de, bos pengganti yang pergi tu pun tak berapa tahu sangat.. Jadi aku dan ofismate terpaksa ikut even kami pun tak delah tahu sangat tapi lebih tahu sikiiittt je dari bos tadi. hehe. tapi, sebab protokol kan, meeting seperti itu tidak layak untuk 41 seperti kami untuk bersuara. chewah.. bukan lah tak layak bersuara, boleh tapi di sebalik tabir je lah, mesti ada high level bos untuk meeting2 seperti itu.. 

okey2, tinggalkan meeting tu.. Perut pun dah kenyang. hehe.. tu jelah keje nya, selain dari jadi back up person, jadi tukang makan.. pagi memang tak sarapan apa2, sekali tu pegi meeting makanan pulak jauh dari tempat, malu pulak nak amik dan makan. tengok orang makan je lah, perut pulak dah keriuk keriuk dah.. hmm.. pukul 10 baru dapat makan.. lega.. sementara nak tunggu meeting habis, lama betul meeting tadi, baru dapat makan tengahari.. kebulur mak..

Boring2 tu, aku belek2 lah kasut yang aku pakai hari ni. kehkehkeh..berkilau2 okeh.. yeah, kasut beli kat JPO hari tu.. simple je.. aku dari kecil suka kasut kilat2 ni. bila aku pakai kawan2 kata macam kasut budak2.. hmm.. biarlah. asalkan kita suka. kalau pakai kasut ni, kena percik air lap2 gitu je. tak yah risau dah terserap masuk dalam kasut lalu stokin pun jadi hitam. dengan kasut ini, tiada masalah. hehe.. tapi biasalah kasut baru agak menyakitkan. dah lama tak pakai kasut tutup ni kan. habis dihimpit jari2 kaki. tapi hari ni dah kurang sakit..

tantek tak.. hehe.. 

mentekadarah.. menu sedap. hehe

 bukan skendel. kehkehkeh.. ini tunjang unit kami nih.. :-D

kenalah pakai camera 360 kan. baru homel muka tu. huhu

Tu jelah cerita aku hari ni.. meeting adalah berjaya. tak menakutkan sangat. hehe.. ok bye. wassalam..

Wednesday, March 27, 2013

cuti yang diingati

Assalamualaikum..
 
Baru balik kelas mengaji.. separuh masa ok, segar, separuh masa lagi, mata ni dah kuyu dah.. ngantuk betul.. huhu. mesti syaitan2 sedang bertenggek atas kelopak mata kan. berat sungguh mata ku. tapi bila ustaz kata berhenti sampai sini saje, terus segar pulak.. huhu. apa nak jadi anak murid ni..
 
Sambungan dari aktiviti balik kampung minggu lepas. ada pulak versi bersambung eh. hehe. gasaklah.. janji ada up entry kan. hehe.. aktiviti anak2 dan anak2 saudaraku tentu2 lah mandi kolam.. sejak dah sampai rumah tokma, terus minta kolam kolam kolam. itu jelah yang duk disebut2 nya.. ghimeh mendengonya.... layankan. berbaloi juga aqil dapat hadiah kolam renang yang super besar ni. tinggal rumah tok ma je, kalau tinggal rumah sendiri, tak syok lah aqil main sorang2.. hehe.. aisyah pun dah masuk dalam kolam ni. first time :-) ulang2 jugak diorang mandi kolam  ahad main, isnin sebelum balik pun main..
 
ha. berbaloi tak. orang tua pun boleh masuk. berpadat macam sardin dlm tu:-)

aktiviti karaoke lagu masing2 syok sendiri. hehe
 
anak buah yang paling comel dan gebus.. amil affan..
 
macam nilah aksi mereka bila posing.. ultraman manjang..
aksi anak dara menggeletis..
Dan, gambar2 di bawah adalah gambar setelah mereka tiba di rumah masing2. hehe.. punggah2 beg, sekali tu terjumpa kuntuman bunga hiasan yang telah dicabut dari pasu rumah tok ma.. haa.. sian tokma, baru nak lawa2 hias bunga dah kena tarik dengan cucu2..
 
gadis dan bunga :-)
Aktiviti aqil yang terbaru adalah main badminton. ni tokmalah yang ajar ni.. belikan raket kecik untuk diorang.. kalau kat kluang, tokmalah yang rajin melayan cucu2nya main. bila dah balik sini, ibu bapa mereka tak berapa gemar nak main badminton ni. pastu, bila dah main sikit, tak nak berhenti. hoih, letih betul.. tapi main kejap2 je la, layan anak, kalau tak merajuk macam gambar kat bawah :-p

merajuk ni ibu & ayah tak nak main, taklarat dah. hehe

last2 dia main sorang. lawan dengan dinding.

Gitulah ceritanya anak2 ku.. alhamdulillah mood aqil sejak balik dari Kluang ok sangat.. bangun pagi pun dah tak nangis. asyik kira hari je, nak pegi rumah tok ma lagi.huhu. matilah nak create alasan apa nak amik hati mamat ni sorang ni. Aisyah pulak, lately dah gigih nak menapak. tapi, dia menapak hanya atas tilam lembut atau atas katil. pandai anak ibu ni pilih tempat ye. haha.. takut sangat jatuh dan takut sakit ye..
 
ok. dah tu je nak share :-)

Tuesday, March 26, 2013

bergambar dengan Samsung Galaxy Camera

Assalamualaikum..

Ni bukan sponser post ye.. sapelah kita nak di sponser2 kan. hehe.. Ayah baru beli samsung galaxy camera.. best okeh camera ni. Paus hati amik gambar terus masuk dalam ig or fb.. manyak siok.. gambar pun cantik.. jadi, kami telah mencuba snap2 masa gi JPO.. gambar tersangat cantik. seperti biasa, adalah mode dia.. beauty face la, panorama lah etc.. dan of kos la amik yang beauty face aje. hikhikhik.. tapi kamera ni tak leh wassap, call sume tak boleh. camera dia berapa megapixel pun tak berapa nak dipastikan tapi yang pasti boleh zoom.. zoom pun gambar masih cantik. tapi, kamera ni berat sikit.. yelah, nama pun kamera kan.. kalau nipis2 baik pakai smartphone je. eh, tapi S2 aku pun masih cun lagi. ayah beli 2k kot siap dengan beg dia.. jom usha hasil camera ini.. tapi setting pic blog ni takleh extra large, nanti gambar keluar dari frame untuk gambar landscape. 

di celah celah air

clear view

menyerlah.. chewah, caption tak nak kalah tu. heee

comel. 

bukan model mirinda
mulut muncung pun comel :-)

oo lagi :-) pun comel
 
mood baik :-)

camera yang best.. tapi pinjam boleh la. nak beli sendiri tak pelah, bukan cuci pun.. huhu.. tapi kalau dapat free nak jugekk.. :-) sekian.. wassalam


Lawatan ke Johor Premium Outlet

Assalamualaikum..

Hi all!! semalam aku cuti. yahuu.. hehe. dah selamat dah cuti balik kampung kat kluang katanya.. balik ramai2 memang bestkan. ada je aktiviti atau idea nak gi mana2.. kali ni, aku telah menjoinkan diri ikut family pergi Johor Premium Outlet (JPO). dah asyik diorang je pegi, balik2 picture what's app, ai mamadan ayah ni tiap2 minggu ke pegi JPO. huhu. bukan, bawa orang pegi sana.. kami ni yang duk jauh ni tak pernah melancong di negeri sendiri. chewah.. melancong gitu.. yelah, tempat sendiri tak habis pusing lagi kan, sibuk nak gi tempat orang :-)

Jadi, ke JPO lah kita pada pagi sabtu tu dalam tengahari. walau pun belum gaji lagi, tak pe.. kugagahkan diri juga.. dalam hati dah list down barang apa nak beli. kahkahkah. yang tak de duit tu jangan risau, kad plastik ada.. kuikuikui.. jangan lupa bayar sudah.. kena bijak berbelanja okeh.. 

Sesampainya di JPO, adik aku yang biasa pegi, katanya tak ramai orang hari ni. tempat parking pun banyak. hmm.. sampai rambang mata nak park kat mana.. kami pegi satu kereta je, unser. berpadatlah dalam tu.. tak pe, sejam lebih sikit je dari Kluang ke Senai.. hehe. Apa2 pun, jom tengok gambar dulu :-)

smile before kopakkan duit :-) ni idea atoklah ni berpadat satu kereta.

sampai juga aku ke sini. my mum..
 
dak kecik ni tak bawa stroller.. camana nak kendong dia ni. huhu

yeay.. dah sewa stroller.. abang2 dia sume pakat nak naik stroller ni. hehe
Sewa stroller ni harga dia RM 30 je.. tapi kena letak deposit RM 100. so total kena kuar duit mula2 je dah RM 130.. tak pelah, lenguh juga dokong aisyah lama2 even baru 8kg. sewa je lah. atleast ada juga simpanan kita 100 kat situ kalau terover bajet. hehe. Di samping tu, boleh juga letak2 barang soping. Ku ingatkan stroller baby yang biasa tu, rupanya begini strollernya.. kalau new born baby memang tak boleh duduk.. aisyah suka sangat duduk dalam ni.. abang2 dia apatah lagi, berebut2 nak naik jugak. tapi sorang je boleh masuk.. ramai tak boleh ye. kereta warna hitam ni tak berapa comel.. ada juga warna lain like merah, hijau.. tapi banyak dah habis. tinggal hitam ni je.. 

tq mak long jagakan anak2. hehe..
Si Aqil, bila dah jumpa sepupu dia, kemain excited. ibu pun tak ingat. baguslah. pegilah kamu bermain di sana. dan untuk seketika aku tak tahu dah anak2 aku ikut sape.. ingatkan kat atok dia, rupanya mak long yang jaga anak2 ni.. sian mak long tak dapat cari barang. hehehe.. ni dorang main air pancut kat mana ntah. aku pun tak jumpa air pancut ni. macam berbasahan jugalah diorang main air ni. 

ha.. sibuk ibu soping.. At padini time ni..
For me, shopping kat sini best juga. harga dia boleh tahan juga. Contoh seluar Levi's harga asal 300 tapi dapat 150. ok lah kot eh untuk orang yang tak pernah berlevi's cam aku ni. hehe. nak rasa je sedap sangat ke suar ni. aku dapatlah sehelai seluar levi's tu. hasben tak dapat. sebab tak kenan.. hehe. mulanya aku cakap dengan mama, tak nak masuk lah, tak de apa nak beli. pastu mama cakap, eh masuk lah, ko nak duduk kat luar ni panas, masuk dalam dapat aircond. haha. nak aircond je rupanya. cuaca tengahari tu memang panas terik. berpeluh ketiak kalau tak masuk dalam butik2 tu.. sian kat anak2 pun ye juga. tapi anak2 yang behave macam aisyah ni, masih boleh dikasihankan. anak2 yang berlari2 berpeluh2 tu, tak pelah, ko duduk luar kedai je lah. huhu..

makan baskin robbin.
Masa ni aku dah dapat second item iaitu kasut clark. kehkehkeh. dah lama idamkan kat sogo, asik tengok je. tapi harga dia asyik 3ratus je tak koser nak beli. kat JPO jugaklah dapat beli. tapi satu jelah disadvantage dia, kasut dia tak delah latest design, apa yang ada, itu je lah.. kalau tak de saiz, sila cari kasut lain, melainkan kalau ko nak pakai kasut display tak pe.. mujur en hasben aku kali ni jumpa kasut yang dia suka dan ada saiz dan bukan display. hehe. sebab selalunya kasut yang dia suka last pair.. rezeki dia kali ni.. Dah penat meronda, tak tahu nak cari apa, lalu singgah ke baskin robbin.. owh anak2 berada dalam ini rupanya makan eskrem. aku pun tak pernah masuk baskin robbin.. ayah ku garu kepala, mahal katanya eskrem ni.. tak pelah yah, sekali sekala.. :-p hah, apa lagi, order order.. 

couple in red :-) aqil ntah gi mana ntah. my blouse from the poplook.com
muka bahagia dapat barang. kehkehkeh.. satu je tak cari, iaitu handbag.. aku tak lalu pun butik coach.. kalau lalu pun, retikah aku nak pakai beg coach.. mahal pulak tu.. kak long cakap, nak masuk kena beratur.. sama dengan bonia.. mujur tak lalu, kalau tak, mahu sangkut jugak nih.. beg raya katakan :-p

hasil rembatan di JPO. cadar angry bird sama rate dengan Sogo. RM 45 juga

kecah2 barang tengok kak long beli apa, aku beli. haha. pompuan betul.
ha.. gitulah ceritanya.. satu hari di JPO yang best. Kalau ada nak beli barang, mesti best. kalau tak beli, dapat penat je tau. nampak gaya macam nak dikembangkan lagi wing JPO ni, under construction wing belah sana.. kami balik dalam pukul 4 lebih macam tu.. on the way balik tu, nampak orang jual durian kat Sri Lalang, singgah beli. memang sedap duriannya. tapi gambar lupa nak snap.. 6 biji RM 80. bukan musim kan. tapi sebab sedap, tak pelah.. Lepas tu, singgah makan masakan panas bila dah sampai bandar. makan goreng2. aku makan nasi goreng Ujang (tiru menu kak long - padahal tak pernah tahu ada nama nasi goreng macam ni) hehe.. sampai rumah lebih kurang jam 8 malam.. 

Kalau korang yang bakal berkahwin, memang best soping kat sini.. next time kalau balik bercuti boleh singgah ke legoland :-) kalau ada rezeki lebih lah.. ok. sekian, wassalam..


Friday, March 22, 2013

Gangnam Style

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. hari ni bergangnam style la kite.. hehe.. bukan menari gangnam ye, tapi berbaju gangnam.. kain gangnam ni dah beli bulan lepas, tapi hari ni baru boleh pakai sebab minggu ni juga baru siap bajunya. cepat kan... haa.. kain seperti biasa beli kat Jalan TAR, murah je ni RM 35 tanpa batu. yelah sekarang ni kain2 yang dijual banyak yang berbatu. kalau ada batu naik seri sikit kan, cer tak de batu, nampak biasa2 je kain tu.. tapi untuk seorang tailor, tak berapa suka kalau kain yang ada batu. teringat tailor cina kami kat Kluang, asal baju ada batu je caj lebih. sebab apa tau, takut jarum patah lah, rosak mesin jahit lah.. pastu dia kena buka balik batu tu then gosok balik. cerewet betul, padahal kain dan batu tu murah je pun.. tu yang menyebabkan kos upah jahit baju kurung kat kedai dia dah serupa upah kat kl. mahal dia amik RM 70.. padahal kain alahai murah je.. kami amik upah baju dari dia sejak kecil lagi tau, dari sekolah rendah baju fesyen2 semua hantar kat dia. baju  kurung mama jahit..

Now, bila dah jumpa tailor yang murah, tapi jauh sikit, lagi banyak kain aku beli. kuang kuang kuang.. bukan apa.. baju nak pakai gi keje je kan.. asal boleh pakai. sedap tak sedap belakang cite.. kain pun biasa2 je boleh la hantar sampai ke teluk intan.. tapi bukan aku yang hantar, opis mate yang bawa, upahnya RM20 je.. hari tu dah hantar sekali tiga.. aku buat baju biasa je lah, baju kurung atau kurung pahang.. boleh lah, nak buat baju basahan gi keje kan.. boleh pakai lama. aku nak buat penambahan baju kurung dalam almari aku. hehe.. baju yang sedia ada dah lama, zaman SPM dan diploma. zaman muda remaja gituw.. getah pun dah kembang.. ehehe. tu lah kelebihan berbaju kurung. boleh pakai lama dengan syarat badan tidak begitu kembang banyak. kalau kembang pun, still boleh sumbat apa. hehehe..

bercerita tentang kain ini sendiri, aku tengok orang dah berlambak pakai kat area sini.. tapi tak kisah lah, aku nak juga pakai sebab kain dia sedap, sejuk je.. tebal.. minggu ni aku pegi round kat jalan tar, pattern yang sama tapi ada tokey panggil kain awan nano.. tapi material kain tu agak lain skit, printing je sama.. yang aku dapat murah ni aku rasa sebab kain dia reject.. ada pulak line putih2 kat kain. tak pelah, dari kejauhan tak de orang perasan pun.. hehe. dah adjust pun still tak boleh nak sorok.. oklah tu je nak share. salam hari Jumaat. wassalam.. bye.

me today :-)

Thursday, March 21, 2013

Taman Arnab, Oriental Village

Assalamualaikum..

sebelum kitorang naik cable car, nak menunggu cable car dibuka, kitorang jalan2 dulu dalam oriental village ni.. duk pusing2 cari manalah taman arnab ni.. sekali tu jumpa.. masuk adalah free. kalau nak bagi arnab tu makan, silalah beli carrot RM 1 dan juga sayur kangkong RM 1 juga.. gila mahal carrot peket kecit RM 1.. huhu. tapi tak pelah, nak kasi aqil happy kan.. belasah jelah. banyak betul arnab2 kat sini.. yang dalam sangkar pun ada lagi, sian dia tak boleh keluar. hehe 

atok kasi rabbit makan

ini budak tengok atok pakai topi, dia pun paw ibu topi tapi cap langkawi lah. hehe

takut nak kasi rabbit makan.. ada ke dia main campak je kangkung tu. huhu

rabbit tu tak dapat carrot dari hubby.. dia gigit kaki adik.. mujur pakai stokin

aqil dan rabbit. comel je nampak aqil pakai topi.

Haa.. aqil mula2 tu takut juga. dia dapat kangkung tu, di abaling je kat rabbit tu. haa nah makan. kekeke.. aku suruh dia amik balik, pegang kat tangan. baru rabbit datang. hehe. pandai rabbits ni, dia tahu kita mesti datang bawa carrot, kalau tak sibuk dia gigit2 kita.. taik dah la b ulat2, berak sepah pulak tu.. redha je lah terpijak taik rabbit. hehe ada aku rekodkan video budak2 ni kat sini. tapi tak dapat nak upload kat sini. hehe..

Okey.. tu je kenangan kat taman arnab cable car langkawi.. next.. pemandangan indah di langkawi.. last, janji last. hehe.. bye.. wassalam..

Cable Car Langkawi

 Assalamualaikum..

Sambungan dari cerita percutian ke Langkawi.. Rancangan ke cable car Langkawi adalah pada hari Rabu. Ia terletak dalam area Oriental Village.. FYI, pada hari Rabu, cable car dibuka lewat sikit iaitu jam 12 tengahari. kami bertolak lepas sarapan pagi. Agak jauh dari hotel yang kami duduk, yelah nak panjat gunung kan, jauh sikit lah.. Sampai2 frustnya kena tunggu sampai pukul 12. pusing2 lah dalam tu. Macam2 ada, ada kedai2 jual baju, paddle boat, kereta kuda, taman arnab dan macam2 lagi yang menarik sementara nak tunggu pukul 12 tu kan.. 
beratur tunggu turn nak naik cable car

mertua vs menantu :-)

Bila tiba masanya, ingatkan tak ramai orang, sekali tu nak beratur punyalah panjang umat dari kaunter sampailah ke jambatan tu.. fuh.. nak tak nak, terpaksalah en suami beratur kan. nasib baik kaunter dia laju je, dalam 20 minit dah dapat pass masuk. kalau nak dapat harga diskaun kena tunjuk ic sorang2. baru dapat RM15 untuk dewasa dan kanak2 RM 10.. so total kami RM 70 semua.. beraraklah kami ramai2 naik cable car.. mula2 aqil excited, sekali tu penakut! tu yang lemah semangat tu.. Aku pun takut jugak. tengok atas, tengok bawah. mama siap dah baca2.. hehe. aisyah je tak faham apa2 lagi. senyum je :-) pic tak banyak sangat sebab semua dah nak habis bateri.. seronok sangat duk atas ni, sejuk je.. 

gambar terbaik kami :(

3 of us.. 

ibu camwhoring. menikmati pemandangan ciptaan Allah

turun di stesen pertama.. ramai orang juga

rehat2 menikmati pemandangan. cer tengok aqil tu, berkerut je

happy girl

atok..

kenang-kenangan bersama family di langkawi :-)

kami naik tak sampai sejam kot.. mama pun tak naik kat atas sebab tak larat nak panjat tangga.. tu gambar mama tak de sangat.. aqil pulak sibuk ajak balik.. nak balik rumah ibu, nak balik rumah ibu.. tu jelah dia sebutnya.. kecik2 macam ni pun dah pandai gayatkan.. hmm.. turun je, terus kena serbu dengan orang yang amik gambar masa mula2 naik tadi. haa.. oleh kerana gambar cun, maka, kami belilah.. hehe.. Sekeping ni RM 40, plus snow ball yang ada gambar kami RM 60, plus RM 10 sekeping lagi dia print besar macam ni.. haa.. total RM 70, share dengan ayah.. kekeke..Ini jelah tempat berbayar yang kami pergi. hehe. selain itu, otak ingat nak soping je..  Adalah kami pergi ke Beras Terbakar, tapi tu pun dah petang sebab nak cari kain batik mak mertua. kat beras terbakar ni pun ada gerai jual2.. tapi dah petang masa tu, kedai pun banyak nak tutup dah.. Kain batik untuk solat mak mertua kirim.. kat sini murah dapat sepasang RM 12.. jadi belilah kita 4 helai.. 

Gitulah ceritanya.. Belum habis lagi ye cerita langkawi ni.. ada skit je lagi.. :-) bye.. wassalam


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails