Wednesday, February 27, 2013

teaser: awana porto malai langkawi




Assalamualaikum.




Bersiaran dari atas katil awana porto malai langkawi. Hehe. Poyo je lebih. Ha. . Sape kata tak cantik. Sape kata unmaintained? Hmm salah tanggapan tu. Hotel ni cantik sangat dan baru renovate kot. Nama baru dia Resorts World Langkawi. Ok. Aku tunjuk gambar dulu lah ye. Nanti balik keje kita kasi review semua tempat best2 kat sini.

Bye. Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 26, 2013

preparation


Assalamualaikum..

Haa ni lah beg kami anak beranak.. Besar macam ni tapi bila ditimbang tak sampai 10kg.. Kagum betul. Tak banyak kg rupanya beg macam ni eh.. Hehe.. Beg yang comel2 tu sume bawa naik atas. Yg hitam kotak2 tu je luggage.. mama ayah pulak masing2 bila ditimbang beg tak sampai 7kg. Means boleh bawa naik atas la kan. Hmm rugi plak sebab dah beli pegi 20kg.. Maknanya balik boleh la beli lebih2 skit. Hehe..

Now, aku tengah landing2 susukan si kecik ni. Taxi datang pukul 12. Beg sume dah siap. Kain je belum sidai. Budak2 sume dah mandi dah pakai cantik2. Kekeke.  semangat betul!! Semalam dah call taxi remind. Hari ni call kereta sewa kat langkawi. Remindkan diorang.hehe...

Oklah.. Harap2 semua berjalan lancar. Bye.. Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, February 25, 2013

ikan patin masak tempoyak

Assalamualaikum..
 
Update untuk kali kedua hari ni :-) Petang2 sekarang ni hujan kan. aku sidai baju dalam rumah je :-) bermula dari bulan ini, Aisyah dah tak pakai Cloth Diapers. Sebab dah besar dan selalu bocor.. Tak pelah, puas hati pakaikan dia selama setahun 2 bulan ni, dari dalam hari lagi dia dah pakai CD.. Pengasuh pun mengadu cakap bocor. Lagi pun, CD aisyah tu kan turun temurun dari zaman aqil, aku just tambah sikit2 je lah, tu pun insert dah makin nipis, getah tepi dah longgar.. tak pelah, kita surrender lah ye.. Itu juga menyebabkan aku kurang basuh kain dalam 2 minggu ni..
 
Kurang sikit aku kuar rumah basuh kain, dan anak bujang jiran belakang aku pun dah boleh lepak senang hati kat beranda belakang rumah dia. Kalau tak, berdesup dia lari bila aku buka pintu belakang nak basuh kain.. Segan agaknya bertowel je pastu main komputer sambil isap rokok. Aku pun segan gak sebenarnya, kuar rumah kena pakai elok2 lah kan. kalau tak tudung, aku pakai towel... kalau tak de orang, aku togel je. hehe.. Kadang tak naklah bertentang mata dengan dia, tak reti nak borak apa. hehe..sekadar senyum gitu je lah, ramah2 mulut sikit then sambung basuh kain. Kadang tu, saje je sebelum aku buka pintu tu, aku buat bising2 panggil nama aqil. hehe.. cover line.. pastu bila aku buka pintu, line clear.. kekekeke..
 
Eh panjang pulak muqaddimah nya.. ni ha nak tunjuk first time masak ikan patin. mak mertua den bagi.. hehe.. Aku mula suka kat ikan patin masa aku pregnantkan aqil.. aku rasa sedap gila ikan patin masak tempoyak tu.. mak mertua aku beli kat pahang katanya. mahal, sekeping RM 30.. Pastu sabtu lepas, aku balik kampung, wah ada ikan patin!! dia beli kat kedai je.. beria aku cakap aku suka aku suka. haha.. pastu mak mertua kasi bawa balik sekor yang belum masak. Aku cakap tak reti nak siang, tak pe, mak dah siang.. just masak je..
 
 
So inilah hasilnya.. jadi jugaklah. Aku letak air, tempoyak, cili api, daun kunyit, kunyit dan daun kesom. garam gula secukup rasa.. Pekat atau tak, bergantung pada citarasa masing2.. Sedap betul bila kena lemak2 dia tu.. Ikan ni tak de rasa tanah lansung. best2.. seekor tu masak untuk tengahari dan malam.. Kalau kat R&R Temerloh tu mahal gila. sepotong dah RM 12 siap masak..  tapi ikan patin memang mahal kan. ni pun mujur dapat free. hehe
 
Ok, tu je nak share.. bye :-) wassalam..
 
 


berdebar

Assalamualaikum..
 
Happy Monday all!! kembali bekerja hari ini.. dan hari ini adalah pay day.. alhamdulillah.. selamat dah aku bayar bil itu ini, transfer ke sana ke mari. dan bakinya cukup2 makan. hukhukhuk.. tak pelah, rezeki bukan untuk kita sorang kan. untuk dibahagi2.. Tadi pagi cepat2 settlekan bayar bil sume, sebab bila dah masuk jam 8 pagi, of course lah line tenet pun slow motion kan.. Alhamdulillah settle sudah..
 
Esok kami akan bercuti.. Doa2 kanlah perjalanan kami semua berjalan lancar dan selamat pergi dan balik. Actually berdebar2 jugak tau nak pegi bercuti esok ni.. 2nd time naik flight selepas 6 tahun tak naik. Dan 1st time buat sendiri, risau pulak.. Semalam, dah siap2 packing beg. Aku amik pegi 20 kg balik 25kg untuk kami 4 beranak.. tapi berat beg semalam macam over je. baju pun dah bajet2 tu.. hmm.. malam ni kena adjust lagi..
 
Minggu lepas, aku ada beli weight scale tu. tapi, sampai ofis aku test la, timbang tu rosak rupanya. semua yang naik lebih 6kg.. angin betul. Lunch nanti nak pegi tukar.. dan nak cari beberapa helai seluar panjang untuk aisyah. Sian dia tak de suar panjang jalan rupanya.. stokin pun aqil punya dah kembang2.. huhu..
 
Apa yang merisaukan aku ialah takut beg melebihi muatan. kalau lebih kena bayar lebih lah kat kaunter kan. pastu, takut tak lepas masuk flight. punyalah risau aku ada lah juga baca review orang kan. semua yang aku baca tu kebanyakkan mereka yang lambat sampai ke lcct. Jadi aku kena pegi cepat esok.. Flight pukul 3.30 tengahari. Aku pegi LCCT tak bawa kereta. aku sewa taxi dari rumah pegi dan balik.. senang sikit nak handle. siap duit je lah o_0 mak ayah aku pun ikut sekali pegi.. yeay, adalah kawan sikit kan..
 
Destinasi bila sampai ke langkawi, belum ditentukan nak berjalan kemana2.. Yang aku target, aku nak pegi kabel car tu je. selebihnya jalan2 dan shopping2.. niat di hati tu memang tak nak shopping sakan. biasa2 je. aku pun tak de target barang apa kecuali aku nak beli pemanggang ajaib, katanya murah.. selebihnya coklat je lah.Eh sekali tu pegi terus rambang mata, semua ko nak borong:-) barang lain aku tak beli sebab kalau lebih muatan camana, sapo nak bayar eh.. nak mengangkut lagi.. Ada pro & cons la bila naik flight ni. naik feri masalah lain pulak. Banyak benar pikirnya.. Aku dah booking tiket dari bulan 11 lagi tau.. jadi kawan2 opis aku ni dah dengar aku membebel pasal langkawi start dari bulan 11 lagi. kuikuikui.. sian diorang.. haha. bosan je. kejap2 tanya. kejap2 tanya lagi :-D selagi tak pegi, selagi tu lah banyak soalan..
 
Ok dah tu je. kalau free aku cotcetcotcet lagi. bye..
 
Wasalam..

 


Friday, February 22, 2013

Di hari ulang tahun ku

Assalamualaikum..
 
Semalam, memang tak masak. kata hari special kan, mestilah goyang kaki jer. hehe.. cari pasal nak gi makan luar.. dan semalam, en husband terchinta sudi melayan isterinya yang seorang ni bawa pegi KLCC.. woot woot... aish dah orang tanya.. takkan nak menolakkan. hehe.. Ingatkan nak makan kat Secret Recepi je, tapi sidia kata SR je? aa.. pucuk dicita ulam mendatang. chewah.. oklah KLCC pun ok juga..
 
Jadi, beraraklah kita ke sana dalam pukul 8 lebih.. Aqil dengan aisyah pakai selekeh je, baju tidur je. hehe.. Ingatkan nak gi makan kat food court je, sekali tu en husband kata Nando's jelah. Ada kek kat situ.. oo ok.. mohle kita.. Tapi sebelum tu pusing2 amik gambar dulu kat tepi kolam tu. aqil nak tengok air pancut. Amik gambar kat mini court tennis kat luar dulu..
 
 excited aqil
 
 adik pun mood okey. happy je. alhamdulillah..
 
 ibu pun nak masuk gambar juga
 
 di court tennis dengan kasut ulat
 
our food yesterday.. dan terselit gambar besday girl. kekeke..
 
 cheecky aisyah. ha.. suka posing macam ni tau. gigit kang..
 
 dah habis makan, layan anak2 main rides dulu. RM 3sekali pusing. first time aisyah nak naik rides ni. dan ini yang paling selamat. suka sangat dia. terkekek gelak. hehe..
 
 
 

dan ayah menghadiahkan ibu seutam jam TITUS.. beli kat KLCC juga ibu yang pilih. hehe.. bukan senang woo nak dapat hadiah dari ayah diorang ni.. hentak2 kaki, hentak2 barang, muncung mulut sedepa tu pun belum tentu dapat. kuikuikui. tapi tahun ni macam senang plak, hint2 skit eh dah dapat.. terima kasih abang.. i love u so much.. hehe.. terharu sangat. sengih sampai ke telinga. pastu what's app ke family dapat hadiah. hehe.. haa.. bukan susah sangat nak menggembirakan hati seorang isteri kan.. ada rezeki lebih, adalah. kalau tak de, sekadar ucapan dan makan2 pun alhamdulillah.. tak gituwww :-D
 
ni kawan2 jam ibu ni.. koleksi sedekad yang lalu. wah sebut sedekat dah 10 tahun pun jam swatch ibu yang warna skin tu.. tali dah berubah2  dah. dulu tali dia macam jam baru ibu tu.. tu jam swatch tu masa bercinta ok, umur 21 masa tu. ibu ingat lagi.. haa.. zaman belajar boleh je kasi jam swatch okey. tiba dah zaman kawin, jarang2 dapat hadiah. oleh itu, korang2 yang sedang bercinta tu, tak salah nak kikis skit, nanti dah kawin tak merasa. kuikuikui.. matiklah kena kutuk dengan readers lelaki..
 
 
Last but not least, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang wish kat fb dan blog. dah hide pun masih sudi wish.. tq.. May Allah bless all of u too.. Wassalam..
 

Thursday, February 21, 2013

fesyen baju saya suka

Assalamualaikum..
 
Siapa pernah beli baju di thepoplook.com? haa.. ni saje lah nak share kan.. aku menceburkan diri membeli baju kat sini masa berpantangkan aisyah.. agak risiko juga kalau kita nak beli barang online ni kan. lebih2 lagi baju.. aku ni cerewet sikit.. ikut nasib juga sebenarnya. tengok dalam tenet, macam cun je baju dia. sekali bila sampai kat kita, ala.. tak kena pulak.. dalam banyak2 baju kat poplook aku beli yang aku paling selesa sekali ialah fesyen HENLEY TUNIC, kain cotton viscose.. aku dah ada 2 helai baju ni warna blue black dan oren. dan tadi aku baru beli lagi 2 pasang. kuikuikui.. ampunkan saya penunggu gua :-D
 
 pink
 
deep red
 
Pengalaman memakainya memang selesa.. aku suka pakai baju longgar2 macam ni. Baju2 kecil dah babailah.. Baju lain yang dijual pun banyak juga yang cun2, tapi kelebihan tambahan baju ni ialah sebab lehernya kecik je. Ada baju yang aku beli leher besar, menggelebeh2 aku pakai.. tak selesa betul, yelah kena adjust lagi tang leher kang tersebul pulak bahu ku. Yang ni senang nak nenen si kecik tu tak payah selak2 baju :-p panjang tangan dia pun boleh adjust panjang ke pendek. kalau nak basuh pinggan boleh button on je, singkat skit lah.. tapi kalau dah duduk rumah, baik tukar shirt je kan..
 
Masa mula2 beli dulu, kelakar tak tahu saiz. nampak model pakai macam ok boleh muat dengan aku. sekali sampai rumah, haha dah macam sarung nangka, lebih2 lagi time tu dalam pantang.. boleh pulang balik tau kat poplook dengan syarat tak buka tag lagi.. tapi dia tak kasi duit, dia minta kita beli baju lain. kos penghantaran baju yang salah tadi ditanggung sendiri..
 
Kalau kain baju jenis jersey material pun aku suka. tapi kena tengok pattern juga. aku dah ada 3 helai :-p yang tu pun selalu pakai.. asyik2 lah ulang pakai baju sama je. Yang jenis kain silky material pun aku ada, tapi biasa2 je kot, tak minat sangat.. dan tak berapa pakai. nak pulang balik tag dah buka. huhu
 
Sekarang ni, aku tengah cari mood nak membuang baju2 kurung lama yang mana dah tak elok. nak kasi orang pun getah dah kembang. yelah, baju dari SPM pun masih boleh pakai tapi kain dah kembang2. bosanlah dah lama sangat pakai.. nak cari baju baru pulak.. nak bawa gi keje je kan. saiz badan pun macam dah kembang sikit. Itulah kelebihan baju kurung, boleh pakai lama.. tapi kain, kena pandai2 lah ye adjust :-p
 
Lately ni kan baju peplum berlambak2 kat pasaran.. aku belum berani nak try lagi. yang peplum pendek tu of course la dah keluar dari senarai. mahu tak lepas sirim kat rumah aku.. hehe peplum pun ada peplum panjang juga. tu yang aku nak try tapi tak berbuat2 lagi.. sweet je. anak dara nampak anggunlah pakai. mak dara pulak kena hati2 kang terbonjol sana sini tak dapek nak nyorok :-)
 
Sekian, wassalam..



31 tahun

Assalamualaikum..
 
Hari ni 21 Februari genaplah umur ku 31 tahun.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di bumi Allah ini.. Syukur. Moga Allah sentiasa merahmati hidupku dan orang2 kesayangan ku.. Thanks kepada sahabat yang wish, suami dan juga family.. Tahun ni, saje aku tukar setting kat facebook tak tunjuk birthday. Nak tengok berapa ramai je yang ingat.. hehe.. tak pelah, siapalah saya untuk diingati..
 
Tak de apa yang special pun bila umur dah meningkat ni. mungkin perlukan serum kecantikan yang lagi power. kehkehkeh.. Owh.. lupa.. dan bulan ini aku share birthday dengan beberapa orang ofismate. jadi hajatnya nak buat birthday party triple celebration lah konon.. sekali tu, tak jadi pulak bilamana salah seorang kena pegi induksi. tunggu bila dia balik baru on semula. Jadi, celebration untuk diri sendiri adalah di langkawi next week. kuikuikui.. Bawa mama dan ayah sekali. kononlah kan sambut birthday kat sana, dengan mama sekali sebab besday mama pada 18 feb yang lepas :-D
 
Ok, itu saje untuk coretan pada hari bersejarah ini. Mungkin tidak begitu penting pada sesetengah pihak, tapi pada aku bila tiba hari ulang tahun, dia rasa lain macam je. So, please be nice with me today and don't spoil my mood ok :-)
 
Bye, wassalam




Wednesday, February 20, 2013

ceria!!

Assalamualaikum..
 
Saya dah kembali ceria!! Alhamdulillah saya dah baik.. tapi saya stop makan ubat antibiotik tu sebab saya memang tak suka makan ubat, ayah dan ibu dah fed up bagi saya makan ubat.. ibu dan ayah selalu berhempas pulas nak buka mulut saya. Selalunya sehelai kain akan disediakan untuk lap muntah dan ayah dan ibu akan duduk depan kipas sebab bila kasi saya makan ubat, mereka akan berpeluh2.. hehe..pity them..
 
Semalam, saya main sorang2 je.. bila ibu duduk kat kerusi saya pun mula mengendeng nak panjat juga.. itulah saya ketika saya sihat dan ceria.. ibu kata saya menyibuk je. ibu nak duduk sorang2 pun tak boleh.. hehe..
 
Nak tahu tak, saya dah pandai sebut perkataan sikit2.. hujung2 je lah.. yelah, saya kan tak pandai jalan lagi, tapi saya dah boleh cakap sikit - sikit je lah, tak banyak :-p ket (sakit sambil tunjuk kaki) kel (panggil aqil), nenen, nak (bila nak sesuatu). Aktiviti mengutip saya dah mula berkurangan tapi saya masih mengutip. hehe.. comel kan rasa macam nak lempang diri sendiri :-p
 
saya tengah peluh2 ni
 
 
Saya juga suka tengok gambar sendiri.. bila tengok je, saya akan jerit baby baby :-) haish camanalah ibu tak geram dengan saya ni. saya pun dah pandai joget sambil kepak-kepakkan ketiak  saya bila ibu sebut get get (joget). Okey tu je pasal saya..
 
Pasal abang aqil pulak, semalam hari nangis dia. sebab dia tak ingat mengaji. siap dia bila time ayah ajar. ayah tu bukan mengajar tapi tak tahulah nak cakap apa. contoh tempoh pembelajaran adalah 30 minit tapi 5 minit je ayah ajar, the rest paham2 sendirilah.. sian abang aqil saya. sampai mengigau2 dia tido. Hari ni abang aqil dah 4 tahun satu bulan.. manja makin menjadi2 kalah saya tau..
 
Oklah, itu je saya nak cite hari ni. ibu cakap blogspot tak boleh bukan 10 am onwards. dot com je boleh. jadi ibu minta maaf tak dapat nak baca blog kawan2.. kalau ibu lapang, malam2 ibu baca dan drop komen ye.. tq sudi singgah di blog ibu saya ni.. bye. wassalam..
 
 






Tuesday, February 19, 2013

majlis sambut menantu

Assalamualaikum..

Semalam agak busy nak update blog :-) hari ni pun ada meeting jap lagi tapi selit juga lah barang sekeping dua entry :-p Okey, just nak share cerita majlis sambut menantu my sis yang berlansung ahad lepas di kg melayu subang.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.. selamat dah semuanya.. lepas ni diorang nak gi honeymoon plak.. Ok, jom tengok gambar je lah.. tak sempat nak cerita panjang lebar :-)

pengantin in turqoise

dah lewat sebenarnya. janji pukul 1 nak berarak, pukul 12.30 baru gerak dari klang.. pengantin siap dari klang

nak menyelit gak. macam ni pun boleh. hehe

 makan beradab

 pengantin with my parents

 aku dan kak long. kelihatan affan berlegar2 di situ :-p
 
 ni rombongan dari KLuang. campur2 la, ada yang nak bas, ada yang nak kereta sendiri.. ramai jugak.


ready nak berarak

 pelamin yang simple but sweet

 muka penat je oko. 

meja makan beradab, tunggu pengantin settle baru boleh makan. hehe. khemah ni khusu untuk belah perempuan je.. meriah sangat.. ada cabutan bertuah, makanan masak sendiri gotong royong - orang jowo yo. hehe

Kami balik dalam pukul 3 macam tu.. sebab nak rushing balik ampang nak tengok nenek sedara sakit. kebetulan hospital sebelah rumah je, alang2 diorang nak melawat, adalah tidak patut tak singgah rumah aku tau. hehe. jadi, jemputlah mereka untuk menyinggah ke rumah ku. Aku goreng mihun singapore yang aku pun tak rasa apa rasanya dan juga makan makanan dari mangkuk tingkat rumah lelaki bagi.. habis licin.. alhamdulillah.. kalau tak, sapo nak makan banyak2 tu.. Jadi hari ahad tu, memang penat sikit. diorang balik je lepas maghrib, aku pun terus kemas rumah sapu2 mop lantai sume. kalau tak de orang datang, memang jadi tukun mop tu tak bergerak. heee..

ok, dah tu je nak share. semoga jadi isteri solehah. bahagia hidup rumah tangga :-)

Saturday, February 16, 2013

baby ulser

Assalamulaikum. .

Hari sabtu kufikirkan hari untuk bergembira dengan kehadiran family sempena majlis perkahwinan belah lelaki di sini.. Rupanya tak jadi nak happy2 sangat sebab adik comel demam dan merengek yang diluar kebiasaan.. Waaa... Jumaat dia demam. Pengasuh kata merengek sikit.

Hari ni, air liur menjejeh2. Ku ingatkan nak tumbuh gigi lagi.. Abis basah baju tak telan pun air liur dia.. Petang tadi, teringat nak cek mulut dia. Masa dia tengah nangis buka mulut besar, aku tengok ada putih2 kat tekak dia. Kiri kanan. Owh.. Pity my baby.. Patutlah bila bagi susu je nangis. Apa je lah masuk mulut sume nangis..

Aku pulak memang tak jadi tido rumah kakak aku. Terus zass balik rumah, pegi klinik dulu.. Sampai klinik agak ramai orang tapi oklah.. Doc pun geleng kepala tengok ulser di tekak dia.. Dapat ubat demam, antibiotik augmentin dan ubat selsema.. Total RM 68.. Fly without wing :-P Dan tadi baru je perang nak kasi makan ubat. Kalau bab membazir ubat, bagi kat semek ni. Makan muntah.. Tak kira, paksa juga.. Amik ko dua jenis ubat dah selamat. Tu pun ada ura2 nak muntah lagi. Mujur angin je keluar. Huhu.. Tak dapat nak bagi ubat selsema.. Ni dah tido dah.. Elok lah tu. Sian dia.. Aisyah kalau demam biasa takdenya menangis macam ni. Sakit sangatlah tu tekak dia.

Kalau aqil dulu, ulser kat mulut. Yang tu ok lagi boleh minum air pakai straw, tekak tak terjejas. Yang adik ni, dah itu laluan telannya.. Sakitlah bila langgar makanan. Badan dahlah kecik, tak makan pulak tu..

Tak pe dik, nanti adik dah baik, ibu suap adik makan banyak2 ok. Bulan depan nak timbang di klinik. Klu kena line kuning habislah ibu... Cepat baik sayang.. Nanti kita main2 gelak2 lagi ok.. Sayang dia. Esok kita pegi jugalah kenduri mak ida ye..

Bye.

Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, February 15, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum..
 
Berjumpa lagi kita pada Jumaat kali ni.. Jumaat minggu depan belum tentu lagi kita berjumpa.. uik takut pulak bila cakap macam tu kan.. Sunat mengingati mati.. Hari ni, adik comel demam.. sian dia.. Masa ambil dari rumah pengasuh semalam, tengok dia macam diam je melepek.. masa tu pengasuh nya kata belum tidur lagi dari pukul 3 petang tu. hmm.. ni mesti balik rumah kena tidurkan. rupanya betul, ayah dia tepuk2 je kejap je dah tidur. Masa dia bangun sebelum maghrib tu, rasa badan dia dedar2 sikit. amik termometer, sah dah nak mula demam ni dimulai dengan suhu 37.8.. bagi makan ubat.. kali ni walau pun dia masih tak nak buka mulut, tapi berjaya juga masuk dalam tekak dia tanpa muntah. yeay.. pandai anak ibu ni.. pagi tadi ayah aisyah kasi makan ubat sendiri, walaupun nangis2 tak nak, tapi berjaya juga tanpa muntah. selalunya memang standby kain la nak lap muntah dia..
 
Semalam, sebelum tidur, bukan main galak lagi gelak2 dengan aqil.. main hempas2 kaki. boleh? hmm.. tu dah nak dekat pukul 12 malam tu.. time demam dah kebah.. sekali bangun pagi, panas balik, tapi tak tinggilah.. bangun pagi tengok nursery ryhmes songs dia tu, terus je happy.. goyang2 badan. hee.. comel je.. hiks, puji anak sendiri.. tak pelah, bagi chance ye :-)
 
Abang aqil pula jangan diketepikan.. still anak manja ibu. memang manjalah, kena tepuk dengan adik dah weeekk.. sape yang baby nih. kalah main tarik2 dengan adik pun wekk juga.. time tidur kena peluk dia, habislah tangan ibu berselirat dah dua2 nak perhatian.huhu.. anak2..
 
 
ok.. bye..

wassalam

Thursday, February 14, 2013

Buku : Biografi Agung Rasulullah.. Terbaik...

Assalamualaikum..
 
Kali ni aku nak kongsi satu buku yang best!! Selalu kita cakap kita cinta pada Rasulullah, rindu pada Rasulullah.. kan kan kan.. cakap di mulut, niat di hati adakah selari dengan perbuatan? chewah.. gituww... kepada adik2 yang masih  ada baucer buku 1Malaysia tu, belilah buku ni.. bagus sangat.. menambahkan kerinduan pada Rasulullah..
 
Buku ni, ustaz kelas tafsir yang cadangkan.. dia bagitahu masa ceramah maulid nabi baru-baru ni.. Jadi, untuk menyahut saranan ustaz tersebut, aku pun carilah buku tu di Pustaka Mukmin di Jalan Tar.. yeay ada.. Ada dua buku yang ustaz cadangkan. Yang ni kulit keras dan tebal sikit RM 65, masa aku beli tak de diskaun.. Yang lagi satu RM 35.. tapi aku prefer amik yang ni lah, macam best je. dalam dia ada biodata Rasulullah dan macam2 cerita dari kelahiran Nabi sampailah wafat. siap ada gambar lagi. Seronoklah baca. Penulisnya Rusydi Ramli Al-Jauhari. Aku belum khatam lagi baca, baru sampai isteri Nabi. tapi bila baca tu memang masuk dalam cerita yang disampaikan.. macam kita baca novel. tahniah kepada penulis kerana berjaya menterjemahkan dan menyampaikan dengan baik sekali..

salah satu koleksi buku. bukan sekadar buku.. bila tengok gambar dan baca cerita2 Nabi kita rasa macam terharu sangat.. tak retilah nak cakap perasaan tu. Baca kisah hidup Nabi dan sejarah Nabi menimbulkan rasa rindu yang mendalam..
 
eh, rindu juga kat budak ni :-)

Sekian.

Wassalam

Wednesday, February 13, 2013

Korean Drama : King of Ambition

Assalamualaikum..
 
Selamat kembali bekerja.. hari ni ofis senyap sunyi. Jalan pun tak jem yahuu.. tak pe2, kepada yang dah bekerja, selamat bekerja. kepada yang masih bercuti, enjoy your holiday..  Ok, kali ni cik Puan blog nak review skit lah cerita korea terkini di chanel 393 One HD iaitu KING OF AMBITION!!

 
 
Wah cerita ni mengikut firasat ku macam best dan ternyata best pun. dari 1st episod lagi aku dah boleh rasa aura best dia tuh. hehe.. romantic.. Sekarang ni dah jalan 3 episod kalau tak silap.. sinopsis cerita dia macam ni :- 
 
Ju Da-hae (Soo Ae) is a highly ambitious woman born into poverty, and would never let anything stand in her way to become the First Lady of Korea. “King of Ambition” is a tale on how hopeless romantic, Ha Ryu (Kwon Sang-woo), is willing to sacrifice everything for his love, Da-hae. Starring: Kwon Sang-woo (Big Thing), Soo Ae (A Thousand Days’ Promise) & Jung Yunho (K-Pop Group TVXQ).
 
 
Mamat hero dia ni aku rasa macam pernah tengok.. muka dia jenis mamat yang berlakon pandai nangis. aku teka dia berlakon dalam Stairways to Heaven. Google punya google, sekali tu betul la.. hoyeahh... patutlah macam pernah tengok je muka dia..  dan heroin dia bila di google, hmm tak pernah aku tengok dia berlakon tapi rupanya best actress okey.. gi lah cari dalam wikipedia Soo Ae, ada di tulis dalam tu siapakah dia..
 
Chewah, promote nampak. tak delah, benda yang aku suka, suka je nak share dalam blog.. Semalam, sakit hati tengok cite korea bilamana sub-title dia lompat2 kejap ada kejap tak de. bila kita tukar suara bahasa melayu, tak kuar juga suara doraemon tu.. haish. geram betul.. dengan aqil dan aisyah lagi menambahkan stress aku yang tak faham bahasa korea ni.. geram sangat tau.. last2, aku bawa kerusi duduk betul2 depan tv. macam lah faham sangat.. hehe. tapi memang bengang betullah semalam, bila part yang penting kita tak faham!! berlarutan masalah dia sampai cerita Welcome Rain To My Life. tapi mujur cite Dan Bi tu boleh alih suara.. setakat episod 3 ni, aku layan sorang je, husband aku dah tengah2 kang baru dia join. hehe..
 
Okey, tu je nak share. enjoy watching every Monday and Tuesday 9.00 - 10.15 pm at OneHD 393 chanel..
 
Sekian, wassalam..

Sunday, February 10, 2013

weird

Assalamualaikum..

Weird holiday. Why? Eh betul ke weird ni pelik? Betullah gamaknya. Kang kena ejek dengan laki den plak grammar kelaut. Uhuk uhuk.. Yelah, apa tak peliknya.. Cuti 4 hari tak gi mana2.. Bersantai kat rumah je weih.. Hari ni je balik kampung hasben. Tak tido pun. Sampai rumah pukul 11 malam..

Dan this weird holiday ni juga dirasai oleh my sis.. Hmm.. Instinct yang sama.. Rasa macam nak balik kluang je. Jeles tengok parents & makcik datang pegi jalan2 jpo & melaka.. Waaa.. Nak itut.. Dan jeles juga tengok fb kawan2 update status kampung halaman masing2. Seronoklah korang...

Aku bukan tak nak balik kg, tapi minggu depan wedding belah lelaki pulak kat kl.. Parents datang sini.. Lagi satu, simpan duit nak bercuti nanti. Jadi, duduklah ko diam2 kat rumah. Pegi kemas rumah sana jangan nak membuta je. Hehe..

Tadi, akak datang singgah rumah MIL aku melawat FIL dah lama dia tak sihat. Baikkan my sis :-). Dapatlah lepas rindu kat family. Huhu. Pastu dia singgah rumah adik plak kat kajang. Berjalan saje dari pagi sampai malam.. Nak lepaskan boringlah tuww. Aku tak tahu nak lepas boring kat mana. Haha.. Belasah jelah, lusa dah keje.. Gi gosok baju gi..

Jiran2 sibuk main mercun. Ni belum lagi dia pasang mercun yang boleh gegar tingkap rumah ni. Semalam dia sudah bodek kami.. Dia kasi sekotak lokam manis kat kami.. Bodek letuwww nak bising2 main mercun meh... Boleh, jangan tanggal tingkap rumah kami sudah..

Ok tu je nak bebel2.. Harap kebosanan ini tak lama dan dapat diatasi dengan segera :-P upss gambar di atas pengubat bosanku.. Tu first time pandai screen capture.. Yeay!!

Ok bye. Wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, February 8, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum..
 
Salam Jumaat semua. hari ni terasa letih dan mengantuk sangat. start dari malam tadi aku dah rasa mengantuk. dah bangun tidur pun penat lagi.. wargghh.... dengan aisyah lagi susah nak tidur semalam. sebab dia dah recharging pukul 9 dia bangun balik pukul 11.. nak paksa dia tidur tapi tak berjaya. takpelah dik, pandai2 la ko bawa diri sendiri ye.. Eh lupa tau nak story adik aisyah dah 1 tahun 2 bulan semalam :-) alhamdulillah dah nak naik lagi satu gigi susu yang ke lapan. jalan?? masih belum.. berdiri tapi takut nak melangkah. makan alhamdulillah dah suka makan. sikit2 nak mengecek apa yang kita makan..
 
 rambut ayah
 
 kanak2 suka main remote kan? :-)
 
 tet.. tukar chanel
 
 nom nom nom.. suka minum air masak
 
 ibu nak sikit ke?
 
aumm.. tak boleh..
 
Dia dah pandai cakap sikit2. tapi aisyah ni berat mulut sikit.. pendiam kot macam ayah dia ke? haha.. pendiamlah sangat.. dia dah pandai cakap "bu" haa.. ibu lah.. sambil tepuk2 ibu bila nak nenen.. comel je bila dia panggil ibu :-) kalau dia dah pegang barang then aqil amik, haruslah menjerit dan menangis. sian aqil kena mengalah. dahlah aqil tu cengeng, merengek je ko kan.. pastu kalau nak merengek, menangis2 kat ibu, pegilah kat ayah tu sedap2 je lepak. aku ni nak tengok tv pun tak senang, sorang merengek sorang duk usik2 tv.. mana me time nya.. no time ok.. sume nak keliling ibu.. hailah anak.. cam ni lah jadi ibu ni kan.. bila dah penat, apa pun tak boleh.. nanti bila dah besar, janganlah lupa ibu dan ayah ye..

Dah ibu. jangan bising2.. esok cuti 4 hari bu.. hoyeay hoyeah... tak pegi mana pun. may be balik kampung husband. selebihnya duduk rumah diam2 maa.. Gong Xi Fa Chai.. and happy holiday..

Bye..

wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails