Thursday, January 31, 2013

Bacalah Anakku

Assalamualaikum..

Tadi pegi beli buku untuk Aqil.. set buku BACALAH ANAKKU.. kawan rekemen katanya modul sekarang dah tak macam dulu a b c.. sekarang sume main sebut suku kata.. dan kebanyakan pra sekolah pakai buku ni. tapi depends on sekolah jugalah kan ada yang pakai modul sendiri.. oleh kerana aqil belum bersekolah pada umur 4 tahun ni, ibulah jadi cikgu aqil.. home schooling gitu.. haa.. siaplah aqil dapat cikgu yang garang ni. belum guru besar dia lagi. baru bukak buku dah macam singa.. hehehe.. untuk permulaan beli buku bahasa melayu dulu, later tengok progress dia camana, baru tukar buku English pulak..

Set Bacalah Anakku RM 38.++ kalau tak silap.. ada 8 stage..

Selain daripada set bacalah anakku tu, aku pun beli buku matematik untuk 4 & 5 tahun.. seingat aku jarang jugalah aku ajar dia matematik ni. dan dia kurang kenal nombor rasanya.. huhu.. tapi mulut tu pandailah sebut 1-10 cuma nombor je lah konfius antara 2 atau S.. activiti jadi guru sambilan ni mungkin akan berlansung semasa ibunya free atau in a good mood. weekend ni ok kot macam tak de plan je.. hehe..

Harap2 aqil terang hati nya.. Dalam set buku ni, ada juga panduan untuk ibu bapa mengajar. Contohnya, suasana belajar yang tenang dan ceria, jangan paksa anak belajar kalau dia tak nak. dan yang paling penting Pengajar mestilah bersifat SABAR dan TENANG.Agak2 kalau penat tu dan mood tak elok, tak payah lah ajar anak ye.. huhu.. Kalau anak tidak bersedia, cari masa yang lain yang lebih sesuai.. Ni bukan lah ibunya expect anaknya terus pandai baca tapi nak kenalkan huruf supaya dia lebih familiar nanti. Kalau dia terang hati dan pandai baca, dah satu bonus untuk anak dan ibu bapa. ye tak.. hehe..

Diharapkan juga buku ini tidak bersawang dan ibu sila jangan hangat2 tahi ayam :-D korang, camana ajar anak ye. jomlah share :-)

Sekian, wassalam..

cara potong kek berlapis lapis

Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya nak beli pemotong kek ni.. tapi harga dia dalam RM 30 lebih kalau tak silap, yang tu canggih lagi.. pemotong kek ni aku jumpa kat kedai Yen Bakery kat Lembah Maju. Actually tak de dalam list pun masa nak beli barang buat kek boboiboy aqil tu. tapi sekali nampak ada, terus beli. yeay, lepas ni dah tak payah peluh2 potong kek menjadi 2 atau 3 lapisan :-)

Selalunya, aku potong pakai pisau. tapi memang kena berhati-hati sangat. silap potong, boleh senget.. dan kalau senget je tak pe, tapi kalau sebelah nipis sebelah tinggi camana.. huhu.. tapi tak kisah pun kan, bukan ada orang nampak sebab dah cover dengan krimkan.. tapi masa nak makan nanti, potong2 kek tu nampaklah tak sama level keknya.. hmm nama pun amatur, dimaafkanlah ye :-D

Pernah juga try potong pakai benang. konsep yang sama dengan pemotong yang aku beli ni.. yang pakai benang ni pun kena hati2 juga semasa nak letak kedudukan benang tu. dan proses menarik benang tu pun kena hati2.. tapi hasilnya tetap sama juga.. Jom tengok gambar pemotong kek yang aku beli ni..

 simple je kan pakai tali tangsi.. harganya pun murah saje.. RM 5.50. kek aku ni mendap tengah o_0

yang kiri tu garis pelaras dia la.. kita boleh adjust ikut berapa lapis kita nak potong..

Lepas ni kalau buat kek, kerja memotong kek kepada beberapa lapisan akan menjadi mudah.. hehe.. tapi apa2 pun yang kita buat kena berhati2 supaya hasilnya cantik bila dipotong. kek aku kali ni maybe suhu oven terlebih panas dan kek tinggi di tepi dan mendap di tengah. tak pelah, janji boleh makan. hehe..

Okey, itu je nak share hari ni :-)

Sekian, wassalam..

Wednesday, January 30, 2013

Sedapnya ikan bilis Pangkor

Assalamualaikum..

Wah, tajuk promote nampak :-) Officemate belikan ikan bilis pangkor minggu lepas. semalam dia bawa datang ofis. memang dah kirim kalau dia singgah ke Lumut.. tapi kalau tak de pun tak pe.. tapi, memang dah rezeki kan, alhamdulillah dapat.. Bukan kat sini tak de ikan bilis yang sedap, tapi ikut nasiblah kalau beli selalu beli ikan bilis putih pangkor kat tesco/kedai2, kalau dapat yang elok, eloklah. kalau dapat yang hapak, hadap je lah kan. huhu..

Rumah ku ikan bilis memang laju je. hasben suka, aqil suka.. goreng gitu pun dah sedap. My friend cakap ni ikan bilis mata biru. tapi tak delah nampak biru matanya. dah mati kan. hehe. Beli yang belum kopek lagi, sekilo RM 25 selepas diskaun. Aku amik setengah kilo je RM 12.. tu pun banyak.. free time, kopeklah ikan bilis tu. Bersih je tengok.. Nipis dan makan macam tu pun dah sedap. Dulu, aku ada habit makan ikan bilis mentah. hehe. kopek masuk mulut :-p

 sebelum dikopek.. tet, kantoi.. abaikan kertas yang diconteng2 itu ye.. :-p aku kalau cakap telefon memang suka conteng2 kertas. hehe..

 banyak lagi sebenarnya. tapi lepas dah kopek, lagi bertambah banyak..

malam tadi goreng ikan bilis ni.. rangup nya.. sedap!!

malam tadi buat sambal gesek.. sedap jugak. hehe

lawan dengan sup ayam buat kuah.. tinggal leher dan kaki je :-p

Stok setengah kilo ntah berapa lama bertahan.. hehe.. kalsium tu.. tapi terlebih makan pun tak boleh juga.. buat sambal bilis petai pun sedap ni, tapi tak jumpa petai pulak. hehe.. 

Sekian, wassalam..

Tuesday, January 29, 2013

Air Panas Pedas, Negeri Sembilan

Assalamualaikum..

Kali ni nak share aktiviti kami sekeluarga masa cuti 4 hari yang lepas. Hari Sabtu, kami ke Family Day ofisku di pedas Negeri Sembilan.. Bertolak pukul 9 pagi dan sampai pukul 10.30 pagi. Banyak kereta menuju ke selatan, lori pun banyak juga.. Sampai2 je Pengarah dah bagi ucapan.. Aku bawa tikar sebidang, dan duduklah berpiknik kat bawah khemah yang disediakan. Ni untuk acara sukaneka kita main kat sini, kalau nak main air, belah sana. Tak ramai lah yang datang, dalam 80 orang plus family.. balik2 orang yang sama je main game. tapi seronoklah juga, suka2.. bagi sokongan kat kelab untuk aktiviti tahunan.. :-) Ok, jom tengok gambar..
on the way.. my cheeky girl.. suka senyum macam ni sekarang

dah sampai.. ayah masamnya muka. tengok aisyah tu, menyengih aje :-)

perasmian oleh pengarah..

aqil join game.. dulu aqil kecik lagi. buat hal sendiri je..now dah boleh main..

 sukaneka aqil : rebut gula2.. aqil ni tak reti main sukaneka sangat.. slow motion jek..

 ini je hasilnya.. huhu.. orang lain siap masuk dalam baju sume..

aqil main curah air dalam baldi menggunakan span.. tengah dengar penerangan.. tergelak tengok budak2 kecik ni main. tak faham arahan betul.. orang suh lari sorang2 ni, sume sume main belasah lari berkumpulan.. sabo je lah..

 cepat aqil.. lari!! haha.. kelakar lah aqil ni. atau game tu susah sangat untuk budak2 baya aqil ni

 game susah ni masukkan getah dalam straw. aqil sampai leleh2 air liur. siap jatuh2 straw dan melekat rumput kat mulut. haha.. aqil aqil..

 anak manja ibu.. sikit2 toleh cari ibu

 yeay.. saya menang botol air. dapat 3 biji.. kalah ke menang ke sume dapat :-)

 my family

 lepas acara sukaneka, acara main air pulak. ni bebas lah kiranya. budak2 memang dah tak sabar nak berendam. mujur aku teringat bawa swim suit aqil.. dah ketat dah.. kena beli baru untuk aqil. tapi pakai jelah sampai sendat ye aqil .hehe..

 aqil ni macam ni la. pegi tambun pun main kat tepi je.. budak2 lain rilek je main kat cendawan tu.. 
 
sape2 nak pegi boleh tengok kat sini fee entrance dia. murah je.. padanlah dengan keadaan pool dia dalam tu. oklah not bad. RM 10 per entry.. tinggi aqil dah kena bayar ye..

opening hour..

 benda2 ni pun ada kat dalam. tapi siang tak buka.. malam je kot

 ada juga mini zoo. tapi kebanyakkannya ayam pelbagai spesis.. hehe

 ok, dah jom balik dik.. senyum lagi :-)

Ha, puas hati dapat lambak gambar 20 keping dalam ni. hehe.. untuk percutian kali ni ok jugalah.. alah, percutian disubsidikan. boleh bawa anak2 main air gitu. tapi untuk kesekian kalinya aku tak masuk air juga. malas lah berendam lekit2 main air. panas pulak tu.. biarlah aku jaga beg dan aisyah. hehe.. fasiliti dalam tu ok juga, ada restoran. tapi harga not sure lah mahal ke murah, sebab makanan kitorang dah dikira dalam event ni.. makanan luar tak boleh bawa.. makanan yang diorang masak ala2 je lah.. boleh lah. dah lapar kan.. Actually ada aktiviti sukaneka yang aku masuk. masuk semuanya, dah orang pun tak cukup, balik2 orang yang sama je main kan..   tapi hadiah untuk johan je.. hadiah cabutan bertuah, semua dapat cuma besar dan kecik je. aku dapat hadiah  no 8 kira antara yang grand lah. haha.. set mangkuk bertutup. jadilah.. Yang penting, we have fun.. and especially my kids.. balik tu sume pakat tidur dalam kereta.. kepenatan..

Sekian, wassalam..


Saturday, January 26, 2013

sogo member sale




Assalamualaikum. .

Sape pegi sogo sale semalam, angkat tangan :-) ye, aku pegi dan aku tak beli benda yang merapu2. Clap clap clap. . Tapi dalam tak merapu tu aku pegi juga bahagian kanak2, sangkut juga 3 benda tak sampai rm50. Hihihi..

Sale kali ni oklah tak padat sangat compare kalau nak rayakan. .tapi nak beratur tu ko kena spare 30 minit. Kalau amik selai baju tu rasa berbaloi tak beratur.. Huhu.. Baiklah fikir2 balik, hari isnin kang boleh beli jugak. Ok, dah settle bersesak nak beratur, jengah kat ladies lagilah bersesak orang cari inner ware.. Hmm. . Ni pun kena fikir2 juga. Tapi best jugalah sales dia cuma tak pelah, malas nak beratur. Bye.


Pegi supermarket, saje nak tengok susu dutch lady 456 berapa hengget. Sekali ko, rm 18.90 saje. Gile tak beli. . Amiklah 4 bungkus utk aqil dan aiman. 2 soranglah lah kan. Kak long pun nak mengirim jugak. Mujur tak beli diapers, patah tangan membawanya..


Tu jelah aku soping.. Selamat duit. . Sogo kena tingkatkan sistem pembayarannya.. Cari alternatif lain camana nak elak customer dari tunggu lama sampai setengah jam nak beratur bayar. Bila dah ramai2 macam tu, line telefon pun tak dapat especially maxis.. Asyiklah masuk mailbox aje. Mujur aku pakai celcom tapi 2 x 5 jugaklah. Takpelah, sale kali ni kita kasi chance kat orang lain. Tapi tidak untuk hari raya sale. Kena amik cuti okeh. Hehe..

Dah, itu je nak share. . Kesimpulannya, kalau tiada kepentingan, duk rumah diam2. . Hehe.

Bye. 

Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, January 25, 2013

me time

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. Hari ni, saya tak cuti... Malas pulak nak cuti banyak2 ni kan.. kang bulan 2 nak amik cuti lagi. jadi, duduklah diam2 kat ofis ni.. Lagi pun, hari ni dan esok adalah SOGO MEMBER SALE.. yuhuu.. jadi meh lah pegi cuci mata :-)

Semalam, dapat berita kematian lagi.. Pegawai kat ofis juga.. lepas sorang sorang pegi meninggalkan kita.. sedih juga even tak rapat mana tapi selalu jugaklah berhubung pasal kerja kan.. EO di ofis ku.. Semalam, majlis maulidur rasul kat masjid pun tak dapat pegi sebab aisyah demam. boleh je nak pegi tapi dengan budak kecik tu memang agak merengek la semalam. badan dia dah naik rashes, macam nak kena campak pun ye. tapi belum kuar habis lagi. baru kat badan..

Aktiviti esok pulak, insya-Allah jika tiada aral melintang, nak join Family day Cawangan ku di Wet World Pedas Linggi sana.. dah bayar dah untuk kami 3 kepala RM 70 je, untuk staff mestilah ada subsidi dari kelab kan. hehe.. dan hari2 seterusnya tidaklah ke mana, mungkin tidur balik kampung rumah mertua kot. Parents aku dan adik no 3 balik terengganu cuti2 jalan2.. seronoknya mereka.. huhu. jeles pulak. kirim air liur je suruh belikan kain sutera. ayah aku iye kan aje, ntah ada ntah tidak. huhu..

Okey, tu je.. time's up. get ready nak menyogo ni. hehe.. bye.. wassalam..

Wednesday, January 23, 2013

memori

Assalamualaikum..

Masih tak habis2 lagi cerita besday aqil. walaupun tidak semeriah macam orang lain punya birthday, tapi ibu tetap nak tulis sebagai kenangan indah dalam hidup aqil. hehe.. Hari isnin lepas, bawa kek sebiji ke taska aqil bersama goodies bag untuk kawan2 aqil.. tinggalkan handphone nokia kesayangan dalam beg aqil dan pesan pada cikgu dia tolong rakam dan snap gambar aqil nanti.. 

Balik je kerja cepat2 tengok handphone.. wah.. baguslah cikgu ni. ibu suruh snap je tapi dia amik video sekali. so sweet .. ibu suka tengok :-) jom kita tengok aktiviti aqil di taska..

 main keretapi kotak. cikgu pesan tapi ibu lupa bawak hari tu.. sukanya aqil..

 inilah kawan2 aqil.. tapi yang baya dia tak berapa ramai dah sebab ramai dah masuk tadika dan may be ada yang pegi sekolah.. ni jelah yang tinggal waktu petang bersama2 baby yang lain..

 aqil potong kek dengan kawan2..

 birthday boy


 makan apa tu..

makan sorang2 ke anak ibu ni. hehe..

video
Ok, jom tengok video aqil.. :-) aqil malu2 potong kek..

Ok tu je nak share hari ini.. Salam maulidur rasul. jom pegi masjid dengar ceramah maulud..

Wassalam..

Tuesday, January 22, 2013

adik comel demam

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. hari ini, ibu pegi keje dengan berbaukan perfume muntah aisyah. Dia demam hari ni. hukhukhuk.. sian baby ibu ni demam.. semalam lagi dia dah start merengek. pengasuhnya pun perasan budak ni siang dia susah nak tidur. pastu bila petang balik amik dia rasa dedar je badan dia. amik termometer dan cek suhu dia dah 37 plus plus.. pagi tadi 38.1 degree.. semalam dah kasi makan ubat sekali. pagi ni bagi sekali.. seperti biasa budah bertuah ni tak nak makan ubat.. sekali bagi habis dia muntahkan. yelah sebab dah nangis2 angin dah masuk kan.. mujur kena kat baju dia dan kain ibu je.. bukak baju dia, mandi kan pagi2 ni. ibu pulak dah tak sempat. basuh je lah sikit kain ni, tak kuasa nak tukar baju, dah lambat. huhu..

Anak tak sihat memang merisaukan. tapi harap2 aisyah demam for good.. dia dah gigih berlatih bangun dan berdiri sendiri.. harap2 lepas ni aisyah pandai jalan :-)



Ni pic semalam.. seronok tengok dia bangun pagi senyum2.. hari ni pun senyum juga tapi sebab kena makan ubat, terus hilang senyum digantikan dengan tangisan di subuh hari.. sian adik.. ibu harap adik cepat baik ye. Macam aqil minggu lepas bengkak kelenjar plus batuk dan selsema.. budak tu lagi membimbangkan sebab bila dia demam, macam2 keluar like bengkak tu lah kan. huhu.. tapi alhamdulillah dia dah baik.. adik pulak.. tak pelah, cabaran untuk ibu dan ayah.. muhasabah diri untuk mendekatkan diri dengan Allah.. cepat baik ye adik.. mmuuaahh.. sayang dia..

bye.. wassalam..

Monday, January 21, 2013

happy 4th birthday my dear son

Assalamualaikum..

Semalam, 20 Januari 2013 adalah hari lahir aqil.. dah 4 tahun dah anak ibu yang manja ni.. seperti biasa, sambutan hari lahir aqil hanya menjemput saudara mara terapat dan adik beradik je. luckily, birthday aqil jatuh hari ahad.. senang sikitlah ibu nak prepare apa2 untuk hari istimewa aqil ni kan.. 

menu semalam adalah nasi ayam dan kek.. tak sempatlah nak buat dessert lain sebab tak cukup time. hehe.. mujur kak longku bawa buah duku, tu jelah pencuci mulut beserta air oren laici ayah aqil buat :-) beria ibu beli bahan2 nak buat puding kastard dan koktel tapi tak sempat nak masak. next time ye..


 birthday boy bersama aiman. malu2 kucing pulak orang nak amik gambar dia..

 the food. simple je lah.. 

 tetamu2 ku..

 berebut2 nak tiup lilin budak2 ni.. tu ibu beli lilin  HAPPY BIRTHDAY. baru puas main api :-p

 specialnya kek aqil tahun ni ibu yang buat.. clap clap clap.. kek red velvet.. tapi seperti biasalah, comot sikit.. hehe.. nak deco2 pun toppingnya agak lembik. tak pelah, janji aqil suka dengan gambar boboiboy tu. asyik buka tutup peti ais je tengok. berebut2 nak makan kepala boboiboy tu..

 aqil dapat hadiah dari maklong dan mak ida.. dari ibu dan ayah tak de. hehe..apalah ibu ni. hehe.. tak pe, aqil tak pandai minta lagi.. makan2 ni kira hadiah hari lahir aqil lah ni..

 petang tu pulak, sementara diorang lepak2, aku bancuh sebijik kek lagi. kek coklat untuk dibawa ke nurseri. nak buat malam2 takut tak sempat pulak kan.. haa.. punyalah print pelbagai jenis resepi untuk pipe atas kek, sekali tu tak jadi buat sebab dah malam, aisyah dah ngantuk. tepek je terus coklat ganache dengan edible image ni.. tabur2 manik skit, yeay.. oklah tu :-)

 aqil tido lepas orang semua dah balik.. sian dia. keletihan.. tu bantal busuk dia tu. pegi taska mesti nak bawa. kalau tak de, boleh hilang mood dia okeh.. jadi, bantal is a must every morning..

ni hadiah aqil untuk kawan2nya.. sibuk tolong ibu packing. termasuk si adik. habis berterabur sana sini.. aku pack untuk 40 orang lebih. ni kali kedua kalau tak silap bagi hadiah kat kawan2 aqil. tahun lepas aqil sambut birthday masa ibu dalam pantang..

last but not least, pertunjukkan dari 'kucing2 jadian' di hari lahir aqil. hehe..

Ok, itu saje kenangan sambutan hari lahir aqil yang keempat.. terima kasih banyak2 atas ucapan selamat dari kawan2 ibu... ibu dan ayah doakan aqil menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata dan taat pada perintah Allah dan ibu bapa.. Semoga aqil terang hati dan mudah menerima ilmu dan perkara2 yang baik. Amiin.. Doa ibu sentiasa mengiringi aqil.. 

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails