Monday, December 23, 2013

weekend biasa-biasa je

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin.. ramai ke amik cuti? syoknya dapat cuti lama2 kan. aku malas pulak nak bercuti2 bagai ni.. carry forward je lah cuti yang ada. baik betul. hehe.. malas nak cuti panjang2, kerja ada je. kalau dulu, boleh bajet nak cuti. sekarang pun boleh juga tapi bila tak masuk kerja kang naik cuti selonggok paper kat pigeon hole tu.. better simpan cuti  untuk perkara2 yang betul2 perlu..

Okey2. let's story our weekend. hari Sabtu as usual pergi melawat mertua kat kampung.. seharian duduk situ tapi tak tidur lah. malam balik.. aqil seronoklah main itu ini. aisyah pun sama dah pandai main. tengok ayam kambing sume.. mak mertua alhamdulillah dah semakin baik tapi masih tak boleh masak. makan pun beli je sekarang ni. masak air je dia boleh. tapi nak siap2 kan diri tu boleh dah.. tapi duduk atas kerusi roda lah. Ada masa boleh berjalan pakai tongkat yang 4 kaki tu. ada masa kaki dia sakit tu yang duk atas kerusi roda je. Pak mertua pulak badan lemah je. sian juga. kencing manis yang tinggi. tak stable bacaan gula dalam badan dia. kelmarin balik tinggi bacaannya. 19 something lah.. tapi bila ada anak2 balik dia tak delah tidur je.. kalau tak, dia baring je.. masing2 dah tua kan.. uzur sangat dah..

Hari Ahad pulak, tugas aku melipat kain.. haa... lipat kain adalah keutamaan dari segalan-galanya. tak masak tak pe, boleh beli. tak kemas rumah tak pe, suami boleh buat. lipat kain? ada orang nak tolong lipat kain? kalau seminggu, seminggulah berlonggok tak de orang usik, bertambah ada lah.. jadi mengadaplah aku sejam lebih kot untuk 2 bakul lebih tak termasuk yang melimpah2 tu. hehe.. sampai tertidur2 aisyah tunggu ibu dia habis lipat kain. aqil pulak peneman. duk membebel kat tepi bila nak pegi jusco bila nak pegi jusco..

peneman ibu.. see the basket, dah clear. tapi bertambah juga sebab ada basuhan lagi :-p

Suka sangat dia nak pegi jusco. nak main je sebenarnya. tapi ending dia sakit hati gak. berjanji nak main game je, tak nak beli mainan. tapi last2 kau merengek kat autopay machine tu nak kan anak panahkan. bukan apa, semalam dah beli senapang kat petronas, kelmarin dapat kereta beli kat speed mart. nak anak panah lagi? ingat ibu ni cap duit ke? kadang bukan tak boleh beli pun, anak panah tu pun murah je, tapi tak koser eh banyak sangat mainan dia. kejap je mainnya. benda yang dia beli tu pun kadang benda yang sama kot. anak panah dah berapa set dah. pistol pun dah berapa bakul. ceh over bakul gitu. tapi memang banyaklah pistol dia. dulu duk puji gak bagus aqil ni tak reti mintak mainan. sekarang, over ok.. hmm aqil aqil. macam2 hal.. ada lagi dia aim benda tu macam hot wheel yang lekat kat dinding tu, benda yang kayuh sebelah kaki tu dan play doh.. sume tu dia tuntut masa hari lahir dia. hmm.. tengoklah ye nak. 

aqil aqil. benda ni ada 3-4 set kot tapi kejap je mainnya. hilang atau jahanam terus..

Ni aisyah tak reti minta lagi. tapi dia kalau dah pegang dia tak nak lepas. haa.. kena alih perhatian ke tempat lain. dapat pegang botol susu pun dah puas hati. hehe.. oklah tu je nak share. hujung minggu yang biasa2 je.. tapi oklah as long as dapat puaskan hati anak2. okeylah till then bye. wassalam



1 comment:

~MommyAqilMedina~ said...

huhuhuh..banyak kan basuhan nak kena lipat kala weekend..memang aida pon selalu fail bab ni..heheee..tapi Aqil Su sama dengan Aqil aida..nak mainan je kejanyaa..haih pening dah..beli pon mainan yang sama..tension mak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails