Tuesday, December 31, 2013

Sedap ke Restoran Upin Ipin?

Assalamualaikum..

Lama tak menulis review kedai makan kan. hehe. actually selalu je pegi makan luar sekarang ni memandangkan hormon pembawakan budak tak berapa suka nak masak. teeettt.. alasan.. eh tapi betul, memang jarang ke dapur tapi masak lah juga kalau dah terpaksa or kena marah. hehe..

Baru-baru ni kami jalan2 cari makan. Ingatkan nak pegi kedai makan yang selalu kami pergi iaitu restoran bangkok station tapi tutup pulak hari ahad tu. nasib baik perut ni tak berapa nak mengidam sangat nak makan apa2 kan. so teruskan perjalanan mencari kedai makan. sekali tu terlalu kat taman dagang, ada kedai upin ipin. aku rasa dah buka dalam 2-3 bulan kot baru perasan sebab dah lama tak lalu kawasan tu kan.

Anak-anak apa lagi, excited tengok kedai upin ipin.. ramai juga orang dalam kedai tu.. tengok2 menu macam sedap je. tengok orang sebelah makan mee kari pun nampak sedap. hehe.. aqil dan aisyah mata dah meliar tengok barang2 dalam kedai upin ipin tu.. tapi yang bestnya, aisyah behave sangat. dia diam je duk dalam baby chair tu. kecuali dak aqil berjalan sana sini tengok barang2 upin.. Jom tengok apa kami order..

bihun soto. terlalu berminyak dan ada daun kunyit. may be resepi terbaru. boleh lah makan..

nasi dengan sambal ikan keli. kuat sangat belacannya.. 

aisyah dan ibu.. 

abang aqil.. suka buat muka macam tu tau..

anak dara ibu :-)

air yang kami order..

Ok dari segi harga, standard la kan. total makan termasuk air malam tu lebih kurang RM 24.00 kena pau lagi dengan aqil majalah upin ipin RM 6.. Dari segi rasa, maaf cakap, rata2 mana2 cawangan yang buka kedai upin ipin tak de satu pun kata sedapnya... pada aku sekadar boleh makan.. alhamdulillah. nak sedap, may be pihak pengurusan boleh improve lagi. may be tak perlu nak inovasikan makanan tersebut. just bihun soto bihun soto  je la. kenapa perlu letak daun kunyit.. kekalkan rasa kesotoan tu.. yelah, lain orang lain tekaknya dan tak mampu nak puaskan hati semua orang. may be kena belajar dengan orang Johor kot untuk buat soto. tettt...

Tapi tengok meja lain makan western macam ayam goreng, nugget, fries mesti dah tahu rasa dia macam mana kan, macam sedap je. may be next visit boleh rasa yang itu pulak. lagi satu, air tak banyak variety. tak tahulah kalau buku menu tu terkoyak ke apa. air panas satu je ada, kopi jantan ke kopi tok dalang kalau tak silap.. 

Kebetulan ada pulak kertas komen/maklumbalas atas meja makan. panjang juga komennya.. hehe. harap pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya.. Jangan berharap kepada karakter upin ipin sahaja yang akan menguntungkan. makanan pun kena sedap juga. ye tak.. Ok 2 1/2 bintang je saya kasi.

Sekian, terima kasih...



4 comments:

~MommyAqilMedina~ said...

Oh tak sedap sangat ye sue?aida pon tak pernah try sebab dah boleh agak diorang hanya menjual jenama upin ipin tu je..huhuhu

Allene said...

sekarang budak2 ni enjoy makn kat situ je kan... rasa mmg out

Suliana said...

blh la makan aida. lain orang lain taste dia. tapi out of taste la. huhu

Suliana said...

haah. budak2 yg suka benornya :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails