Tuesday, December 17, 2013

met baby danish and the celebration

Assalamualaikum..

Hi alls!! tora datang lagi. tapi yang ni bukan tora ye. hehe.. Hari ni nak kongsi cerita balik kluang jumaat lepas.. kejap sangat cutinya.. terasa tak puas pulak bila balik kejap2.. ada aqiqah baby danish anak sedara ku yang baru.. jadi meriahlah sikit hari sabtu tu ada event kan.. aqil dan aisyah lagi lah puas main2.. aqil sangatlah happy dapat jumpa sepupu2 dia. main je kejenya.. main badminton dengan tokma, main kolam lah. tak heran dah ibu dia. suara pun sampai serak2.. tak tido siang.. malam je lah waktu tidur yang terbaik..

Ok apa ye nak cite. oh.. aku tak pegi mana2. siang sabtu tu cari barang nak letak dalam goodies bag aisyah je.. celebrate bday aisyah dan aqil sekali. aisyah 2 tahun, aqil 5 tahun. kek dua biji. dua2 ibu buat ye. ingatkan nak beli je senang, tapi ayahnya kata buat je lah lagi sedap.. buatlah kek red velvet.. seperti biasa, kek buatan sendiri agak comotlah kan. hehe..

Ni kira menumpang majlis aqiqah baby danish la ni.. aku siap kek je. menu malam tu ialah gulai kambing aqiqah masak manis., kambing golek sekor ayah belanja birthday dia 16/12. lain2 lauk kampung. pada mulanya memang lapar sangat. tapi bila dah ramai tetamu, kena jaga anak pulak, tak teringat lansung nak makan. lauk dah habis baru tercari2 . huaaa.. tapi takpelah, korek mana yang ada. dapat juga merasa. malam tu aku tidur dalam pukl 2 kot. bukan buat apa pun. hehe.. ok jom tengok gambar..

my babies.. time ni baru sampai. anak2 ku duk agah2 dan usik danish, tapi baby ni tidur je. tak terusik lansung.. 

masa tengah selawat dan marhaban pun tidur juga. 

ootd.. jubah dari Dubai yang suami belikan untuk kami anak beranak. see my baby bump? hehe. 19 weeks already.. alhamdulillah..

posing2 sebelum majlis bermula. 

lepas majlis aqiqah, potong kek untuk anak2 ku. aqil ada kat tepi tak masuk pulak gambar dia.. 

ibu dia yang over. haha..  

esoknya papa danish cukurkan rambut dia. dah comel dah kepala tu..

Sedikit cerita tentang baby danish. budak ni malam suka berjaga. kalau diam tak pe, tapi dia nangis kuat gila.. ada satu malam tu semua bilik bangun sebab terdengar suara dia nangis kuat. aku ingatkan jatuh katil ke apa kan, rupanya nak salin baju je. sebenarnya lapar, tapi salah step pegi salin pampers dulu. apalagi, kalau dah nangis memang harapan lah nak pujuk kan. huhu.. eee budak comel ni. babap karang.. sedapnya bau baby. tunggu turn aku pulak bulan 5 tahun depan gomol baby sendiri.. baby-baby yang ada ni dah macam2 bau. haha.. 

Oklah till then. bye.. wassalam..


6 comments:

~MommyAqilMedina~ said...

ALahaii comelnya baby Danish tu..geram..meriah jugak majlis Aqil n Aisyah..Happy birthday Double A sayang..Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin..Close up skit kek ibu buat tu...nampak macam sedap!!hihih

Suliana said...

tq auntie :-) ala kek yg biasa ibu buat tu lah. hehe.. comot..

umifariswafiq said...

hehe alhmdulillah kak sue sehat pas bleeding hr tu..take care ye ibu!

x sbr jg nk tggu baby sndr nih kak sue tp berdebo hanya Allah yg tau hehehe :)

smga Allah permudahkan aminnnnn

lily lotus said...

alalaaa pic baby last tu tengah tahan nak nangis ke apa...comel ;)

Suliana said...

tq fiza :-)

Suliana said...

dia nk nangis tu.. rimas. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails