Friday, December 20, 2013

macam comel je..

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Hari ni lunch tak kuar mana2. aku duk ofis je even dah gaji malas nak kuar. gaji simpan dulu sampai 25hb baru boleh usik transfer mana2 yang patut kan. Aku jadi pengiring Auditor SIRIM dua hari ni. ingatkan semalam je, sekali tu hari ni kena replace orang, terpaksalah jadi pengiring lagi.. eh bukan pengiring tapi patung cendana :-p semalam kat ofis je, hari ni pegi site.. mengantuk sangat tak tahulah kenapa. time balik tadi aku tido dalam kereta tahu2 dah sampai. tido kejap je dah sitenya area kl juga.. tak sempat proses air liur basi dah sampai. hehe.. Masa orang audit aku terkulat2 kat tepi conteng2 main mesej la.. yang mana ada isu aku tulis la. dah memang itu tugas nya kan. boring sangat. dia kasi peluang jadi pengiring sebab orang baru lah katakan. otai2 tak mahu dah jadi pengiring. gitu.. oklah juga boleh belajar something..

Ok, berbalik kepada kisah rumahtangga ku pulak. cewah.. dah 4 hari 3 malam en suami tiada di sisi. pergi kelantan nun ada bengkel.. jadi mak tunggul kejap. tapi ada import adik aku dari kluang untuk temankan.. semalam dah balik ikut ayah, tinggallah kami 3 beranak.. asyik kena tinggal je. bosan betul. camanalah orang yang boleh urus anak sorang2 tu kan. aku ni bukanlah penyabar sangat. tu yang jadi 'hantu' kalau budak2 ni tak dengar cakap..

Sorang melenting2. dah sound banyak kali memang gitu gayanya.. sorang lagi buat hal sendiri.. ni semua kes terjadi bila nak atur diorang tidur. nak tidur pun payah. tutup lampu baru senyap. tapi masih ada yang nak main game lah itu lah inilah. selalu aku ugut je. tengok tab malam2 esok nanti tak boleh buka mata camana. kejap je lepas tu terus tutup hp. kadang kena ugut macam tu baru nak dengar cakap.

Yang si adik pulak time tidur mesti nak berkepit dengan ibu. nak 'candu'. kalau tak, tak boleh tidur melainkan dengan ayahnya dia akan tertidur sendiri. powernya kuasa ayah kan. semua dengar cakap ayah. kalau ibu jerit pecah rumah pun masih tak de orang nak dengar. ayah cakap tidur, semua tidur. huhu. kadang terfikir bilalah nak ada 'me time'. tapi bila dah ada 'me time' tu teringat kat anak pulak kan. 

Okey2 tak nak bebel panjang2 dah, masa dah suntuk. acik nak tidur pulak ni. nak tunjuk gambar cik adik aisyah pakai tudung baru. jiran belakang kasi. bukan susah pun nak pujuk dia pakai. cakaplah " cantiknya.. comelnya".. mesti dia nak pakai. hehe.. kalau pakai sepit ke ikat rambut ke, memang selalu dia tak nak.. tapi pakai tudung semalam, lekat pulak. sampai nak tidur pun tak nak buka. sabo je lah. perasan lah tu. tapi adik memang comel pakai tudung. muka kecik je macam nak kena kenyek. hehe..

macam comel je, macam cantik je :-) tapi tudung bengkang bengkok dik. tak gosok dulu ke :-p

ni budak mengarok ni.. aish aqil aqil. bilalah nak jadi abang yang memahami ibu ni..

oklah. time to zzzzz.. hehe.. kat luar pun dah gelap semacam nak hujan lebat ni.. sedap tidur. jangan terlajak tidur sampai lebih waktu pulak. kena set timer ada penutupan audit kena pegi jugak. ok bye. selamat hujung minggu. bye.. wassalam


2 comments:

Rizziela said...

Memang comel pun..memang cantik pun :D

~MommyAqilMedina~ said...

huhuhu..memang kagum betul kat ibu-ibu yang boleh handle anak sengsorang..kalau aida,memang tak mampu..sebab aida pon bukan penyabar sangat..tapi anak2 memang ikut ckp compared dengan daddy diorang..huhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails