Friday, December 27, 2013

Jumaat terakhir 2013

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. Jumaat terakhir di tahun 2013. Cepatnya masa berlalu (ayat klise) hehe.. beberapa hari lagi dah 2014 dah.. Azam tak de azam sangatlah.. cumanya nak kena saving saving and saving. tahun depan dah bertambah sorang lagi ahli keluarga.. hope everything semuanya ok. Allah kan ada. Dia lagi tahu apa rancanganNya yang terbaik terhadap hamba2 Nya di dunia ini :-)

Hari ni ada meeting unit dan juga jamuan makan tengahari sempena perpisahan ofismate.. baru je kenal dah nak kena tukar. huhu. rakan gelak2 aku ni dan sumber rujukan juga.. hmm gitulah kami ni. pusing2 semoga berjumpa lagi. manalah tahu tiba2 satu hari nanti ditakdirkan satu ofis dengan husband pulak kan. kekekeke...

So menu hari ni adalah Nasi Arab Al-Rawsha.  Ni duit kumpul sendiri ye. bukan duit kerajaan :-p menu2 lain kami bawa potluck lah. ikutlah sape nak bawa apa2 dipersilakan. aku bawa puding kastard bersama kuah cocktail. menu lain seperti spaghetti, buah-buahan, sosej, kek prune dan air sarsi.. Nasi Arab tu sampai lewat sikit jadi kami mulakan dengan makan apa yang dibawa dululah. hehe.. Bila nasi dah sampai makan pun slow je. pastu petang lapar balik tapi perut dah sendat dengan baby lagi.. ish ish ish. rasa tegang je perut ni..

Apa-apa hal puding ku la kena tunjuk dulu :-p habis. alhamdulillah :-)

antara makanan yang ada.

lapar pulak bila tengok gambar ni

peserta yang tersingkir :-p selamat maju jaya kak nona dan semoga dapat bekerjasama lagi di lain masa..

Tu jelah aktiviti aku hari ni. Dan selepas kekenyangan, kami pergi Jusco cuci2 mata kejap je. kalau ikutkan nak merayap ke Jakel sana tapi clash pulak dengan jamuan.. tak pelah, tak de apa pun nak beli. hehe.. esok pulak balik kampung in law tidur sana.. kena siap2 lah apa yang patutkan before leaving our home sweet home. hehe. ok selamat berhujung minggu kawan2. bye.. wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails