Thursday, December 12, 2013

hadiah untuk anak

Assalamualaikum..

Hai korang!! selsema ni dan saki tekak. huhu. semalam duk hacuuumm je kejenya. sampaikan anak2 pun ejek. ada yang tak jadi nak bersin. hehe. siap aisyah amikkan sapu tangan, nah ibu.lap hingus. hehe. pandai dah dia cakap :-) asal dah terbersin mesti terkencing. tu yang banyak kali kena tukar kain atau seluar. Semalam, dengar2 cerita jiran2 kata tak de air hari ni. jadi, semalam lah cepat2 settlekan basuh baju semua. esok cuti balik kampung..

Hari ni en hubby cuti.. niatnya cuti nak balik jenguk mak sekejap sebelum balik johor. tapi tapi tapi... semalam bumbung rumah bocor.. waaaa... i ok je. jangan masa tengah tido menitik dalam mulut sudah :-p tapi tuan empunya rumah tu tak senang duduk. terpaksa lah call orang untuk baiki bumbung rumah. musim hujan barulah nampak kat mana bocor sana sini banyak tompok air hujan. berpeta dah plaster siling ku. terpaksa juga korek2 duit yang tak berapa nak ada.. dengar cite banyak juga kos nak baiki bumbung tu.  tak pelah.. redha je lah kan.. 

Semalam juga, aku bawa balik hadiah untuk anak2 aku. ceh, hadiah la sangat.. yelah, ni paling maaaahaalll aku beli hutang 2 tahun ni. kuikuikui.. semangat bawa balik naik motor ni demi nak tunjuk kat anak2 yang pasti akan suka kan nya. huhu.. and as per expected, memang diorang suka.. kot :-p

it's talking english with talking pen from GROLIER

satu lagi kawan punya.

Actually, salesman ni pernah promote kat aku 3 tahun lepas kot. tapi masa tu keluaran lain. aku tak minat. kali ni buku dengan talking pen. berebut2 pen budak2 ni nak pegang. kemek2 buku aku tau. buku tu pun special made lah yang menyebabkan pen tu boleh detect wording dan pic dalam buku tu.. oklah. tapi untuk anak2 aku yang tak didedahkan dengan english, memang lah mula2 tak faham. sebab tu lah beli kan benda ni. main ikut je lah pen tu cakap apa.. hasben kata macam membazir tapi for me kalau nama buku tak pernah ada yang membazir.. macam ada orang tu beli thred mill pastu sandar kat dinding dah setahun dah. uppsss... sape lagi membazir :-P

Kiranya ni hadiah lah ek sempena aisyah 2 tahun dan aqil 5 tahun bulan 1 nanti.. hutang 2 tahun. untuk adik baby juga. haha. ha.. kan ke lama tu boleh pakai. tapi kena jaga elok2 lah. dan kenalah ajar anak2 kan. jangan duk perap je. ingatan untuk diri sendiri juga tu. seronok juga buku dan method ni. hope lepas ni aqil dan aisyah berhabuk cakap english biar ayah dia ternganga2, underestimate ank kan.. haha.. jahat ibu..

Oklah. time's up.. semoga niat murni ibu ni akan tercapai :-D bye. wassalam



5 comments:

Masya said...

sukelah budak² tu... dapat hadiah mcm ni.. mesti masing² teruja..

~MommyAqilMedina~ said...

Wahh mesti escited double A tu kan..semoga beroleh ilmu yang ber manfaat dan anak2 su semakin bijak nanti..Amin!

Allene said...

wah... best tu.. lin pun kadang2 nak beli benda2 cmni fikir byk kali.. tkut dorang jahanam kan je.. sayang ilmu jadi cmtu.

suhaida shukor said...

threadmill tu jual nak kasi berapa

Suliana said...

tnya tokey :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails