Friday, November 15, 2013

taska : cadangannya begini...

Assalamualaikum..

Hai alls.. Esok dah weekend. alhamdulillah.. esok en suami tercinta akan pulang. Semoga selamat sampai ke rumah dengan selamat ye cik abang.. Semoga dengan kepulangannya nanti jadual aku akan kembali teratur. Untuk minggu ni, dah pecah rekod 3 hari lewat. huhu.. Nak salahkan siapa ye. salahkan diri sendirilah.. bangun pun lambat. lepas tu, sekarang ni hujan pagi, jadi kereta memang bergerak perlahan kan.. haa.. ada alasan di situ.. +_+

Aqil okey je duduk dengan pak lang dia. sesekali adik aku asyik miss call suruh call balik aqil nak cakap. aqil cakap benda yang sama je.. "bila nak datang rumah ibu. nanti belikan mainan macam affan yang lekat kat dinding tu" (hotwheels tu.. ) grrr... baiklah tuan. kita tunggu ayah balik ye.. aku pun tanya soalan yang sama juga. "aqil buat apa. aqil dah mandi. paklang buat apa. paklang sapu rumah tak. aqil makan apa?" hehe. itu soalan rutin dua hari ni..

Tadi pun dapat mesej dari taska aqil.. minta pengesahan dari doktor bertauliah samada anak2 dah kena chicken pox ke belum.. kalau tak, tak boleh masuk taska tahun depan.. hmmm.. boleh tak aku tulis surat, sila rujuk blog ini. hehe.. maknanya aku kena lah refer balik ke KK Ampang, sebab masa aqil chicken pox tu aku rasa aku pernah pegi sana.. tapi tak tahulah nak layan ke tak.. hmmm... Aku pun ingat nak buat surat tulis cadangan aku. Sila pihak taska menyediakan rumah tumpangan sementara (taska tu ada 2 biji lagi rumah sewa) untuk anak2 sekiranya berlaku penutupan taska supaya tidak menyusahkan ibu bapa mana nak campak anak diorang. suka hati je 4 hari direct nak tutup. memanglah untuk kebaikan bersama juga. ni dah hujung tahun cuti mestilah dah tinggal sikit. takkan nak bawa pegi opis hari2 oii.. nak gerak gi meeting pun susah.. nak fotostat pun susah..

Kadang geram juga dengan pihak pengurusan ni. baik tu memang baik. tapi tu lah, diorang pun berbelah bahagi agaknya kan. tapi bagilah win win situation.. cuti raya dah amik seminggu. cuti raya haji seminggu.. full payment ok. dah tulis dah dalam undang2 dia.. kalau dia cuti, full payment, kalau anak2 cuti, pun full payment juga... hmm gitulah orang berbisnes ni kan.. 

Okla oklah.. time to go back. selamat hujung minggu.. bye.. wassalam...

2 comments:

Rizziela said...

mesti seronok cik abe nak balik

Masya said...

lah habis tu mcm mana... sshnya kalau pihak taska mcm ni.. rasanya klu hantar rumah org pun mcm ni jugak.. bila byr penuh tu yg rasa mcm terkilan.. dah mcm x ikhlas pulak jadinyakan.. ptt blhlah timbang rsa.. kt pun bekerjakan... tak kan nak cuti jer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails