Monday, November 25, 2013

syoknya memborong di GM Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Hai korang!! Weekend buat apa.. kami semalam pegi tengok anak sedara bersunat.. si Aiman tu.. adalah about few days dah dia sunat.. bogel sepanjang masa tak nak pakai suar.. nak tengok gambar? haa.. hehe.. takkan nak tunjuk gambar pulak kan. ada yang muntah pulak tengok bird orang bersunat. kekeke... Aiman ni bersunat awal, umur 6 tahun dah sunat sebab doc suruh sunat ada infection kat bird dia.. best solution lah tu kan.. tapi budak kecik mana faham apa kan. kalau dia dah besar sikit sunat, mungkin kefahamannya banyak lagi.. mak ayahnya lah yang kena banyak sabar jaga anak sakit ni. wuhuuu... jadi aqil, silalah tunggu besar sikit ye kalau nak sunat. sebab ibu ayah ko ni memang tak penyabar. 

Okey, semalam tak plan pun nak gi GM Klang. Kak Long yang ajak pegi sebab nak beli barang kenduri untuk aiman. jadi aku pun ikutlah sekali. dekat je rumah kak long dengan GM.. hasben dan anak2 sume tinggal. aisyah je ikut kami berdua.. Dulu pun aku dah pernah pergi GM Klang ni. masa tu dia kat shop lot yang setingkat tu. masa tu tak reti nak beli apa. baju aqil pun lebih kurang sama je fesyen dia.. now bila dah ada anak pompuan, tengok gaun2 dia semua cute je.. murah plak tu. kalau kat pasar malam atau kedai2 baju, mahu 40 ke atas..

Oleh sebab murah, maka terbelilah sebanyak 11 pasang baju budak2 ni. aish.. pecah rekod betul.. macam nak raya kekdah nya. hehe.. aisyah dapat 3 helai baju gaun, 3 helai pijamas. aqil pulak dapat baju superhero kain jersey tu 3 helai dan baju tidur 2 helai.. dah dia kata beli 3 baru dapat harga RM 20 sehelai. jadi setelah mencongak sedikit sebanyak  ok lah.. lagi pun baju budak2 ni banyak yang dah kecik.. boleh lah bolehlah pejam mata.. ayah aqil pun dah pesan belilah baju diorang. wah, dapat green lite... orang lain yang nak beli barang, kita yang sakan..

baju biasa2 je..

Aisyah mula2 ok je nak berjalan sendiri.. dia lagi rambang mata tengok banyak mainan. semua nak pegang.. Mula2 elok jalan sendiri, pastu dah lama, dia pun dah letih, nak berdukung je.. kelakar aisyah ni. girlkan.. bila nak test baju gaun kat badan dia. siap pusing2 sofia sofia. hehe.. terikut2 cerita sofia the first tu..
  
happy boy.. walau pun tak ikut. 

Okeylah..ada lagi kedai borong yang aku belum pergi iaitu Kenanga Warehouse Sale, orang kata murah2 jugak... dekat dah dengan ofis. budak2 ofis ni selalu gak pergi tapi aku tak ikut sebab diorang tak ajak. haha.. tak pelah, next time kalau diorang nak pegi aku nak ikut lah. tapi bukan masa terdekat ni sebab aku dah borong banyak dah baju anak2 semalam..

baju superhero aqil. dapat RM 11 sehelai..

Puas hati jugaklah beli. dengan hanya RM 250 dapat 11 pasang baju.. kalau kat sogo tak dapek banyak ni :-) boleh lah buat baju basahan diorangkan.. aqil siap pilih sendiri baju apa nak pakai hari ni :-D upss. aku pun dapat gak 2 helai skirt kembang.. senang pakai skirt or seluar cotton ni, perut tengah nak membesar, baju sangatlah limited bila nak pakai.. oklah. bye. wassalam..


3 comments:

Marsha~ said...

sy pernah pergi tapi tak borong baju... borong benda lain... syiokkk eh

~MommyAqilMedina~ said...

wahh bestnya dapat shopping kat GM tu..teringin nak pergi sbb orang kata murah..tapi Kenanga ni dah dekat,mungkin nak terjah sana je nanti..hihih

Masya said...

banyaknya.. sbb tu tak sanggup jejak sana.. kang macam² nak dibeli.. mmg baju budak² buat rambang... baju mak budak x beli ker...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails