Wednesday, November 13, 2013

serabut time

Assalamualaikum.

Hari ni lewat 5 minit masuk ofis sebab berangkut dengan aqil. Taska dia tutup sebab ada jangkitan chicken pox. setakat ni dah lebih 5 orang kawan2 aqil yang kena. tu yang jabatan kesihatan suruh tutup sebab nak bersihkan wabak chicken pox tu. haa.. sapelah yang tak bertanggungjawab biarkan anak chicken pox datang nursery.. masa aqil kena dulu, owner dia siap tak bagi aqil datang sampai kuping hitam tu tercabut. lama mana kitorang kena amik cuti gilir2 2 minggu lebih baru hantar dia ke taska.. tapi tak pelah, musim agaknya tu yang ramai berjangkit tu.

Jadi, masalahnya berpihak kat aku lah. 4 hari dia tutup. sampai sabtu. mujur sabtu memang tak hantar pun aqil ke taska. semalam sibuk dia nak ikut aku pegi ofis. dah macam2 janji dah berjanji, tapi ada dia kesah nak tepati ke tidak. dah kata jangan bising, jangan lari2.. ada dia dengar. hailah budak kecik ni. kalau dah nama aqil tu, aqil lah jugak. sentiasa ceria dan melenting2 macam ada cacing kerawet dalam bontot. esok tengok camana, dia nak ke tak pegi rumah pengasuh aisyah tu. aku risau takut aku kena masuk meeting kalau aqil ada camana nak tinggalkan dia.. huhu

Tadi nak main game dalam pc la. nasib baik aku tak de kerja urgent sangat.. kerja yang melibatkan pc. tapi kena melayan dia main game. sabo je lah aku ni..  pastu tengahari pengasuh aisyah call katanya anak ko sakit perut. menangis je. haa.. aku dah mula tak senang duduk..

Memang dari semalam lagi dia kata sakit perut. ye, aisyah dah tahu cakap sakit perut. angin kot. sebab bila sakit perut je dia nangis cakap "sakit perut". pastu, hilang sakit, elok je.. sembelit pun ye juga. sian aku tengok dia.. pastu tengahari tadi pegi klinik swasta. sejam juga tunggu, orang kata kliniknya bagus.. cubalah. doc pun tak tahu nak cakap apa sebab dia sedang demam, tekak dia tak merah.. maybe ada salah makan. kena biarkan najis dia kuar habis baru akan ok. sekiranya tak ok, kena bawa pegi hospital amik darah dan buat ultrasound.

So tadi, sebab dah panas sangat 38.5 degree, doc masuk ubat bontot. dapat ubat demam dan ubat buang angin kalau tak silap.. oklah rate klinik ni,  RM 26 kena tadi.. doc tu pun explain bagus tu yang berderet orang tunggu sebab setiap sorang lama juga amik masa.. lepas tu, kena pau dengan aqil kat kedai sebelah. haish budak bertuah ni, memang bijak. pantang nampak kedai. mainan yang dituju. tak nak banyak cerita drama swasta beli jelah walau pun gaji lambat lagi +_+.. 

Pastu, hantar aisyah balik rumah pengasuh dan aqil pak lang dia jaga sekejap.. tu pun sibuk call aku bila nak balik. haish.. tu lah, ibu ada nakal.. tak nak dengar cakap.. sabo je lah banyak2 su oii... aku masuk opis balik, sebab ingatkan sekejap je kat klinik tadi, so tinggal gitu je bilik tak kunci tak tutup lampu.. terpaksalah pegi keje balik, rasa serba salah sangat curi waktu. without time slip plak tu.. so ni balik lambat dalam setengah jam. qadak balik lah waktu yang dicuri tu..

Oklah tu je nak share.. doakan aisyah sihat kembali ye kawan2. bye. wassalam

1 comment:

~MommyAqilMedina~ said...

Semoga Aisyah cepat sembuh ye..demam rindu kat ayah dia kot tu Su..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails