Wednesday, November 6, 2013

SeLaMaT PenGanTin BaRu

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1435.. Ni cerita weekend lepas.. lambat sikit update sebab aku sekarang pemalas gila nak update blog. macam tak de apa nak cerita dah. tambahan busy kerja lagi kan. blog kawan2 pun tak sempat nak tinggalkan jejak.. kemungkinan tambahan pembawakan budak, hormonnya lain sikit. kuikuikui.. hormon kali ini lebih kepada pemalas.. malas masak, malas mandi (sejak azali kot. haha) malas update blog, malas make up2..  malas serba serbi.. tapi kalau datang mood rajin tu, bergeraklah juga bontot tu. kalau boleh nak tidur je. nasiblah dapat suami yang memahami walaupun...... cewah.. kalau tak faham pun kena lah buat2 faham kan.. :-p

Okey2.. Minggu lepas, kami pergi wedding my beloved besty.. kak shiema salleh dan suami.. haa.. ni kawan dari diploma membawa ke degree membawa kepada masuk keje JKR sama :-) kawan dari asrama kat anggerik tu duduk bilik depan2, bangun lambat sama pergi toilet, bertembung di pintu bilik cover line sebab dah last minit dah nak pergi kelas baru hegeh2 nak mandi. haha.. kenangan betul.. jadi, adalah tidak patut rasanya kalau tidak menghadirkan diri ke majlisnya di Rembau.. jauh juga perjalanan sebab kebetulan jalan menuju ke Selatan adalah jammed!! ikut jalan dalam pun sama. kereta banyak... jadi hampir pukul 2 lebih baru sampai ke kenduri..

Dapatlah bertemu beberapa orang sahabat uitm.. nak borak lama pun tak berapa nak dengar sangat sebab speaker karaoke betul2 menghadap kami. jadi senyum cakap guna bahasa isyarat je lah. haha. nak marah anak pun boleh kuat2 sebab tak de orang dengar :-p 

Lepas makan, sembang sikit2, geraklah kami menuju ke pelamin. mestilah wajib amik gambar dengan pengantinkan. baru ada bukti. hehe.. kenangan tu, masuk album pengantin nanti. hehehe.. Anyway, happy sangat sebab kawan2 dah jumpa jodoh masing2. even lambat.. jodoh, ajal, maut, rezeki anak semuanya di tangan Allah.. kita sebagai hamba-Nya hanya berusaha yang penting doa yang tak putus-putus..

gambar kenangan bersama pengantin. dari kiri mirda, kak fazie, nana
belah kanan uji, me dan kak dilla. juga aqil :-)

Kepada sahabatku kak shiema dan suami.. selamat pengantin baru.. semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. Semoga dapat mendayung bahtera perkahwinan sehingga ke Jannah. Adat dalam rumahtangga ada pasang surutnya.. yang penting ialah komunikasi, tolak ansur dan saling memahami.. bila dah kawin baru tahu camana perasaan itu. hehe.. semoga menjadi isteri solehah ye kak.. ok bye.. wassalam..


1 comment:

SiNoMoSa said...

Salam Ngah,

Terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis.
Alahai kenapa tak ikut pergi dubai hehehe..
Btw, thanks atas doa dan pesanan tuh, Inshaa-Allah akan cuba sebaik mungkin menjadi isteri yang mithali hehe..Aaminn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails