Wednesday, November 20, 2013

random story

Assalamualaikum..

Hai korang. lama tak menulis. tak de idea pun. anyway selamat bercuti sekolah untuk adik2 yang sedang bercuti.. aku tak delah amik cuti pun sepanjang cuti sekolah even ada baki cuti 14 hari lagi.. tapi maybe ada amik cuti dalam bulan 12 kot. tu je lah cuti. yang lain2 masuk GCR dan carry forward :-)

Anyway, aisyah sekarang ni on off demam.. belum betul2 baiknya.. dah seminggu lebih on off demamnya.. demam mula2 tak tinggi sangat cuma dedar gitu je lah. pastu yang time tinggi tu masa dia sakit perut minggu lepas tu yang bawa pegi klinik. pastu ok, dah baik. minggu ni selsema pulak. tu yang turun naik suhu badannya.. hmmm... sian anak ibu yang comel ni. Aisyah ni senang nak jaga dia. compare dengan aqil lah kan.. jarang kena marah dia ni. kalau marah pun saje2 nak buat dia nangis. kuat merajuk. huhu.. anak perempuan cam tu lah gayanya.. hehe..

Now dia suka dengar lagu Sofia The First tu. kalau dengar je, mulalah dia pusing2 joget2 senyum2. hehe..memang betullah anak perempuan. Last weekend lepas ayahnya balik dari Dubai, ayahnya bawa gi Jusco, nak belikan mainan elok sikit untuk anak2 ni. heee.. selama ni yang cikai2 je.. so marilah kita pilih mainan yang mahal sikit :-p untuk aqil, ni lah mainan yang paling mahal kot. haha.. untuk aisyah pun sama.. belikan aqil kereta yang ada trek tu.. bawah 100 la harga dia. actually dia dah amik hotwheel pastu ayahnya tukar sebab yang lagi satu ni lagi best trek dia.. aqil pun seronok..

Balik rumah, main punya main.. dia kebosanan.. nak hotwheels jugak. dia suruh aku pulang balik kat jusco tukar dengan hotwheels. ko ingat apak ko ni cap duit ke. haha.. mainlah selagi boleh.. yang aisyah ingat nak belikan dia barbie ke, sekali tu dia tak heran pun barbie or mainan masak2 tu. dia lagi suka main tekan2 mainan yang ada bunyi2 tu.. so amiklah dia laptop kecik.. oklah boleh lah dia dengar abc ke, nyanyi2 ke dalam tu kan.. tapi agak memekak juga.. haha.. apalah ibu ni, nak main pun tak boleh.. 

hmm itu jelah nak cerita tak best pun. kisah anak2 aku je lah. kisah aku macam biasa.. mata ni kalau boleh nak tido je.. bangun pagi pun sama lebih2 lagi sekarang hujan malam kan. sejuk je.. tak payah dah bukak aircond.. tu yang bangun pun malasnya.. dugaan betul. oklah. bye. wassalam..

5 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Aisyah kita pun takde barbie2 ni semua..Dia lebih suka berangan main stationery jer..Konon jadik cikgu la kerja opis laa

Cik Puan Rara said...

sonok ye dpt mainan baru.princess pon suka sofia the first tu.

Masya said...

ape perkembangan taska aqil..

alahai so sweett lah aisyah ni.. pandai menari dah yer...

mas awal² ni biasalah mak yong .. kalau blh mmg nak td jer...

lily lotus said...

hihihi comel jer

~MommyAqilMedina~ said...

hhuhuhu..samalah jugak dengan Aqil aida..kalau nak tu,nak tu jugak..tp hot wheels tu daddy yang nak tgk anak main lebih..anak taknak pon..hahaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails