Friday, November 29, 2013

link susu ibu

Assalamualaikum..

Hai!!.. salam jumaat. hari ni tak keluar pegi mana.. haa.. kalau ikutkan hati tu, melonjak2 je nak kuar opis cuci mata shopping2 ke.. tapi semalam dah pun keluar pegi SOGO.. malam pulak pegi TESCO nak makan oven bake cookies sundae  :-p sambil2 tu soping sikit2 lah beli keperluan yang penting je. selalunya suka soping barang2 basah tapi dah laaamaaaa mak tak beli barang basah, sebab kurang masak sekarang ni.. alahan pembawakan budak. kuang kuang kuang.. sekeh sikit kepala ibu ni.. ok tak pe2.. dapat jimat masa.. lepas balik kerja petik je nak makan apa. pegi beli. dapat lah rehat lama sikit.. :-p tapi kerja2 seperti lipat kain, basuh kain,semua masih rajin.. yang tu jangan risau.. masih terurus. beras aku pun sampai dah berkutu, siap masuk mimpi kutu tu tukar jadi ulat beluncas. haha. saiko nya sebab jarang masak..

Ok.. aku kan baru dapat anak sedara baru.. danish namanya.. jadi adik aku ni banyaklah tanya aku gitu gini camana breastfeed, EBM etc.. jadi aku ni dah lama tak mentelaah benda2 ni. kira dah ada dalam kepala la golden rule dia. cewah.. tapi kadang tu lupa juga bila tak praktis. kita praktis ikut kebiasaan lah kan. kena banyak membaca benda2 macam ni. info tentang breastfeeding memang mudah didapati sekarang ni. Ibu2 lebih terbuka mindanya dan sudi berkongsi cerita dan ilmu BF ni..

Jadi, untuk memudahkan pencarian ilmu BF ni, aku kongsikan beberapa link penting untuk aku dan juga kawan2 yang lain sekiranya sedang mencari.. untuk adik aku jugaklah senang cite.. aku pun kadang lupa, menggagau cari info bila kita memerlukan. sekarang, semuanya dihujung jari.. tapi pastikan info yang kita cari tu betul.. jangan cari ilmu sesat asal boleh sudah ye.. 

1. link cara nak uruskan EBM kalau dah banyak sangat.. klik sini.. haa.. dulu masa aku sedang cari ilmu berkaitan susu ibu, banyak refer website sarakids ni. bila kita baca tentang BF ni, kita lagi semangat, berkobar2 rasa nak BF.. jangan baca blog yang down ye.. baca yang positif.. kalau aku ada rezeki nak menyusukan baby baru ni, aku akan stat pam semasa berpantang seawal yang boleh. samalah dulu pemikiran aku, nak simpan mana susu kalau banyak2 ni. tapi now aku dah ada Deep freezer, jadi tak payah risau.. lagi satu, kita tak tahu apa perancangan Allah tetapkan untuk kita. manalah tahu kena pergi kursus ke apa kan yang melibatkan masa yang panjang, time ni lah stok2 susu ni sangat berguna.. kalau tak mula dari awal, nanti dah hujung2 stress nak kumpul susu.. 

2. Camana pulak nak bawa balik susu ke rumah sendiri selepas berpantang.. ha.. jangan susah2.. boleh baca link dari farah sarakids ni juga. aku pun ada experience. Insya-Allah dijamin selamat dan susu tak mencair.. boleh refer link ini . okey boleh juga refer pengalaman aku masa bawa balik susu aqil dari induksi dan perjalanan pulang susu aisyah dari kluang ke ampang

3. Tips penyimpanan susu ibu boleh refer blog mummy luna. blog pilihan ku tentang susu ibu. klik here

4. rahsia susu banyak

Ha.. banyak lagi lah ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. kalau ada, nanti aku update lagi. ni baru sikit ni.. bergantung kepada pertanyaan adik aku. haha.. korang kalau ada nak tambah link yang menarik, sila lah drop komen dan bagi link tersebut ye.. ok.. bye.. wassalam. selamat menyusukan bayi anda.. cewah dah macam iklan apa dah..


4 comments:

Sharinginfoz said...

susu ibu memang bagus

suhaida shukor said...

Maceh maktehh

SiNoMoSa said...

Tq for sharing ngah hehehe..
Nanti kalau dah perlu, dtg sini balik hehehe

ietams said...

saya pun kenal su, dari google dedulu
pasal hal service pam spectra..
best!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails