Monday, November 4, 2013

kek yang membanggakan

Assalamualaikum..

hai! ramai ke cuti hari ni? aku pulak tak cuti. agak pelik bila aku tak cuti. sebabnya aku memang akan selalu amik cuti tersepit ni. tapi kali ni tak amik pulak, sebab tengok kawan2 kat opis ni tak cuti pun. bagus betul diorang ni. reasonnya ada yang cuti nak habis. aku pulak cuti consider banyak lagi tapi masa raya haji tu aku dah cuti direct seminggu, agak segan nak amik cuti. heee...

Ok, nak cerita pasal kek yang aku buat minggu lepas. actually kek dibuat untuk tempahan ofismate hasben.. aku buat kek coklat moist dan juga red velvet kek.. kek coklat moist tu aku suka pakai resepi macam2.. resepi kali ni oklah tak guna butter tapi dia pakai minyak jagung. kek tak berapa manis sebab aku kurangkan gula. tapi bila dah ada ganache topping tu, kira seimbang rasa dia. sedap juga. aku makan serpihan2 kek tu ye. kedua2 kek coklat dan rv ni berat dia 1.5kg masing-masing..

Kek coklat aku tak reti nak deco camana. tapi akak tu nak hantar ke taska anak dia. so kira budak2 lah kot makan. aku letak m&m je. ingat nak letak gambar kartun ke apa ke kan, tapi informer aku ni tak menjalankan tugas tanya detail kat akak tu. jadi aku buat lah corak ikut suka hati aku je lah. hehe..

dibantu oleh adik2 kecil yang sibuk nak juga coklat tu.. grrr....

font pakai red krim red velvet.. macam ni aku amik RM 50

Kek red velvet pulak, seperti biasa aku akan pakai resepi dari puan nani rostam (mohon halal ye kak :-) ). memang dari dulu lagi aku suka resepi dia ni. lain dari yang lain tak macam kek red velvet yang aku rasa.. specialnya apabila toppingnya ada mascarphone cheese. ada dua cheese la kat situ.. tapi kebanyakkan orang atau kedai tak jual topping macam ni sebab mascarphone cheese tu sendiri dah mahal. memang kita akan guna satu tab tu. satu tab 250g tu dalam RM 16++ ikut brand. ada yang RM26++.. tapi kelemahannya ialah dia tak boleh nak deco sangat sebab krim dia akan lembik. kena sentiasa duk dalam peti ais. bila nak makan baru keluarkan. gitu...  

harga RV ni aku amik RM 70. dah naikkan harga. dulu aku amik rm 50 je, rasa tak berbaloi sebab barang dia mahal. penat lagi kan..

Dan untuk order yang lalu, aku dah dapat satu design baru. cewah.. design gitu.. tak delah, dah lama aku teringin nak buat rose swirl. rupanya aku dah pernah beli nozzle dia tu, cuma tak reti nak apply. so aku tengok youtube.. korang cari je tajuk dia rose swirl. banyak tutorial pilih je. lepas tengok tu, aku bingkas bangun capai piping bag tu, terus picit. yeah.. jadi. alhamdulillah. rasa excited gila dapat buat bunga rose atas kek. haha.. tapi first time buatkan, placing rose pun berterabur. kena buat rapat2 sikit baru nampak banyak je rose tu :-) cuma tepi dia je aku buat garis2 macam tikar.. hehe..ok, let's tengok gambar..

nak juga tabur dengan manik2. hehe..

Ok tu je lah.. puas hati dapat buat kek ni. harap dapat menepati citarasa customer. cewah, customer tak tahan.. aku bukan lah serius buat kek ni.. ada orang minta aku buat, kalau tak de, tak delah, tak delah aku nak promote kat fb ke apa kan sebab tahu kek aku buat tak delah cantik mana. huhu... tu pun ikut rajin aku juga. kalau aku malas, memang tak gerak lah kan. tapi tak pernah pulak aku tolak buat kek ni.. ok je kalau kena dengan masa aku.. 

Oklah, bye. wassalam..

update : resepi kek red velvet kak nani rostam refer here.

16 comments:

Masya said...

terbaiklah.. makin lama makin pandai deko.. rose tu mmg cantik.. tp mudah cair yer..

nurul aini said...

wow!!bestnyerrr...

Ena said...

wahhhhhhhhhhh..
cerah biji mata sy tengok kek ni..
berseni la juga ni kan.. sy? ntah... x pernah mencuba utk deco2..
setakat wat togel2 pernah la..hihihi..

Mas reena said...

wow pandainya akak deco bentuk bunga cheese tu.. camane akak lekatkan m&m kat tepi2 kek coklat tu?

Suliana said...

Haah.. tapi klu pakai resepi buttercream or fresh cream yg lain lagi stabil kot..

Suliana said...

best. hihi.. kek rv yg xpernah jemu di mkn :-)

Suliana said...

hehe. ni baru first trial ni.. cubalah mana tahu ada bakat terpendam ke. hehe

Suliana said...

akak main tepek je.. tak jatuh pulak tu. hehe

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kalau awak dekat dah lama kita tempah kat awak laa

june mohd said...

wahhh...kek nampak macam sungguh lazat...bak mai sepotong :-)

umifariswafiq said...

Kagummmmmlah kak sueee.. Nk red velvet gk!! ;)

mama maman aka yana said...

wah.. pandainya... ok dah tuh... menjadi.. :-)

zulie ieta said...

Wahh cantikla su.. Dah taraf bakery dah ni..
Err... Bole share resepi RV cake tak..? ^_^

~ujicham~ said...

bangga aku baca :)

Lida Rahim said...

kena buat topping dulu ke baru letak atas pelapik kek tu? Bersih jer pelapik tu.

Kalau buat topping dulu baru letak atas pelapik, guna ape pulak.

Sekian.

Sy yg keras tgn wat kek

Suliana said...

kak lida,

topping tu hias last2.. dah sudah hias amik tisu lap je keliling pelapik tu. baru tak comot. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails