Monday, November 11, 2013

cabaran jaga anak

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. semoga kawan2 semua sihat selalu.. monday blues ke? i xde nak blues2 pagi ni... sentiasa ada keje. hehe..

Ok hari ni nak share lah cerita hujung minggu.. weekend tak pegi mana2. tapi weekend yang agak stress sebab melayan karenah anak2 yang sedang melasak.. memang stress sangat jaga anak sorang2 ni kan. adalah adik aku tu tapi apa yang dia boleh buat pun kan..  nak pegi mana2 aku kena guide sebab tak familiar jalan.. nak tak nak semua aku jugaklah yang kena. ditambah lagi mood pregnant kali ni mood M.. jadi kejenya nak berlingkar je lah kan.. huhu..

Jadi, bila ada anak bujang yang sangat lasak seperti aqil, tahap kesabaran tu dah semakin menipis. marah je lah keje aku kan. haa. geram sangat.. aku sampai cakap aqil pegi sekolah lagi bagus lah. duduk rumah bukan nak reti diam. tapi budak kan, ko kutil dia pukul dia camana pun, kejap je dia diam. kejap je nangisnya pastu sambung melenting balik.. stress tau.

Lepas tu, lagi penambah stress aku bilamana jiran2 aku agak membingitkan keadaan hari tu.. aargghh.. stress.. sorang sibuk drill rumah tak habis2 apa benda barang baru yang dia bawa masuk pun tak tahu (haa.. jeles ke. kahkahkah. tak de makna okey) sorang lagi kejenya pasang radio kuat2 head banging punya lagu tau. satu taman boleh dengar.. ko ingat ko sorang ada radio ke. aku ni pagi2 suka buka sliding door, buka pintu kasi udara luar masuk kan. mula2 elok lagi, lama2 tak boleh jadi, aku tutup semua pintu tingkap, kurang sikit bingit telinga ni.

Nak ajak adik aku outing, aku lagi malas. dapat dibayangkan yang aqil akan melenting2 merengek2 nak main game, nak mainan.. yang aisyah pulak mesti nak berdukung je malas jalan... aaaa.. nangis. tapi, tak pelah kita duduk rumah je lah anak2 ye.. bila tengahari, aku tidokan aisyah. tido depan tv. dengan aku sekali tido. aqil pulak, tak de benda dia nak main, mulalah dia nak itu nak ini.. sekali aku dah baring, ingat senang ke nak bangun. tulang punggung ni dah lembut, jadi dia suruh baring je. kalau bangun boleh kembang bontot ni :-p

Kadang menyesal juga marah anak2 ni.. tapi nak buat camana. apasal ko nakal sangat nak oi.. aisyah boleh tahan lagi.. girl kan, slow sikit lah. aku dah cakap siang2 dengan hasben, kalau aku berpantang aku tak nak bawa aqil sama balik kluang. biarlah dia sekolah duduk dengan hasben. weekend je boleh balik jumpa ibu. teringat lagi keadaan berpantang sama dengan aqil.. tension.. sebab dia jenis yang kuat main, nak kena ada orang layan dia.. ni baru anak dua ni..

Bila dengan aisyah pulak, dah dia tak de kawan kan. adik pegang, dia rampas.. adik makan, dia amik. pastu adik nangis2 nak balik makanan tu, dia kasi plastik je. pastu aku mana ada stok dah kokocrunch ke apa. mana nak cari lagi dah benda dah habis. terpaksalah pujuk kasi benda2 lain. mujur aisyah ni jenis makan pujuk.. hmm.. gitulah keadaan yang selalu membingitkan keadaan. orang dalam rumah tak ramai, tapi suara macam ada anak ramai je. huhu

gambar diambil semasa sedang buat aduan kat whatsapp bersama ayah mereka

haa.. gitulah luahan perasaan aku.. semalam sebelum tidur dah kena kutil sekali nasib tak tertanggal kulit je. sebab buat adik dia sampai nangis. adik tu pulak demam.. aku berdoa je lah pada Allah semoga diberi kesabaran yang tinggi dalam diri aku ni nak didik anak2 ni.. kadang terfikir apalah dosa aku yang menyebabkan anak nakal ni. huhu. terlebih gula ke apa budak ni.. ni dah minggu sekolah, eloklah tu pergi lah sekolah sana. kang petang baru ibu amik. oklah. tu je lah luahan perasaan seorang ibu menjaga anak2 seorang diri selama seminggu. ceh baru seminggu, orang lain yang tak de suami tu jaga anak sendiri relaks je.. ok bye. wassalam..

8 comments:

aMiYs said...

aku pun...
anak 2 dah mcm anak 10..
hari2 jadi tarzan jerit2...

Suliana said...

sep la kita.. tapi penat gak marah2 ni. huhu

Nurulhuda Abdul Latip said...

Memang nak kena sabar, kadang anak2 yang buat perangai ni sebenarnya nak perhatian dari kita..kita pun kadang tak sabar jugak tapi lama-lama redha jelah..Kata orang anak aktif ni panjang akal senang kata pandai la..:) Kita memang kena bersabar la banyak-banyak..Doa pun banyak2 jugak yea su..Saya pun ada sorang anak laki dah nak masuk 9 tahun tapi memang tak reti diam, asik nak kena marah je hari-hari, tapi lepas tu saya muhasabah diri balik..Tapi kita ni manusia kan, kadang cakap sabar dan positif tapi adakalanya terlepas jugak..

umifariswafiq said...

tula kak sue..dugaan kan? fiza yg almost da time duk berdua je ngan anak ni tau la mcm mn pyh nk jaga anak klo takde husband di sisi.. klo husband ade, rs ringan je n krg stress.. faris pn makin lasak skrg..time preggy ni dah la kte penat, die mcm2 perangai.. stress n then nyesal marah anak.. faris tu kjap ok, kjap dtg mood ngamuk die, abes lah..
dugaan mmbesarkan anak, smga kita sabar dan kuat..aminnn

Nur Hasyimah Mahasan said...

Camtu la cabaran membesarkan anak2 kan...sama la kiter sue...setiap sabtu kena layan kids sendirian coz abahnyer keja...so tau jer la kan diorang ni...dalam proses nak membesar banyak la karenahnyer....mujur irsyad jenis yang boleh mengalah ngan si adik..aper yang adik nak bagi jer la walaupun terpaksa....huhu..moga Allah sentiasa bagi kekuatan pada kiter untuk mendidik anak2 ke arah yang diberkati Allah...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

cabaran membesarkan anak, taufiq cakap, suara mak dah ngalahkan petir dah... hehehe.. nanti bila anak2 dah besar sunyi pulak terkenangkan kenakalan depa skrg.. :)

Eyriqazz said...

Be strong su...

~MommyAqilMedina~ said...

Alahaii..kesiannya Su..dah lah tengah preggy lepas tu terpaksa layan anak yang tengah 'membesar'..tapi aida rasa budak yang nama Aqil ni memang 'bijak' amat...memang tak reti duduk diam..kekadang tak tau bile battery dia nk low kan..sampai aida pon kekadang tak terlarat nak layan, haa mulalah umpan tab..isy-isy..tak bagus sebenarnya..haih..sabar je la Su..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails